Anda di halaman 1dari 7

LELAKI ITU ADALAH AKU

Mereka Juga Pernah Muda

Apabila kita berbicara tentang anak muda, fikiran masyarakat umum seringkali terpandang

melalu sisi pandangan yang primitif. Anak muda yang sinonim dengan cetek pemikirannya,

dangkal tindak tanduknya, serta pemalas dan tiada daya saing. Tidak sama seperti anak muda era

60-70 an. Adakah mereka tidak pernah muda?

Walau bagaimapaun, ada juga yang memandang mereka daripada sisi yang berbeza. Sisi

harapan yang konstruktif dan sisi harapan masa hadapan negara yang tercinta. Segelintir

memandang anak muda dengan impian yang tinggi.

Saya bukan penulis yang sekadar memenuhi gelaran ‘penulis. Tetapi, saya sangat

mengkagumi kesempurnaan dan kehebatan. Dalam konteks memiliki, semestinya adalah paling

baik akan saya cari. Begitu juga apabila saya sudah mempunyai kehendak, maka langkah

seterusnya ialah melakukan semaksimum mungkin sehingga berjaya.

Saya yakin, anda juga seperti saya. Tipulah jika saya katakan apa yang saya impikan

semuanya berjaya. Biarlah kegagalan diukur dengan setakat mana usaha dan peluh keringat

untuk mendapatkannya. Dahulu, saya lebih kecewa apabila usaha bagai nak mampus tetapi

kenapa acap kali sinar kejayaan yang saya mahukan tidak kunjung tiba? Semua perkara yang

tiada kaitan dengan kekecewaan saya akan berjangkit kepada tidak lalu makan, tidak boleh tidur

dan hilang keyakinan diri.

Tetapi, sekarang saya lebih faham bahawa bukanlah kejayaan menjadi penamat terakhir

tetapi nilai usaha membantai semaksimum itulah kepuasan paling optimum. Saya mula
membezakan, jika saya tidak berjaya untuk mencapai, rupanya saya diberi pilihan untuk

menikmati usaha yang telah saya laburkan itu.

Paling menonjol dalam kebanyakan jiwa kecil anak muda dan seringkali menjadi

tohmahan kepada mereka ialah terlalu gelojoh untuk mendapatkan sesuatu. Jiwa kecil mereka

terkehadapan dalam membicarakan konsep-konsep pemikiran lebih maju katanya, diperlekeh

oleh kaum tua yang seolah-olah cuba untuk menyelamatkan kantung peribadi mereka sahaja.

Maksud mudah, mereka lebih suka melihat perubahan secara revolusi sebagaimana

semua benda adalah segera dan pantas. Sebagaimana pada waktu kecil dahulu, mereka akan

mencuka masam dan menangis pada hari untuk mendapatkan mainan dan keesokannya bapanya

akan membelikannya.

Tetapi, sedarkah kita bahawa Barat mengambil masa yang lama untuk membina tamadun

mereka. Walaupun kita terasa kerdil kerana sering dilabel mundur oleh mereka, tetapi hakikatnya

mereka juga sebegitu. Proses mereka untuk mengubah sosio-budaya juga mengambil masa

ratusan tahun. Justeru, bersikap adillah dalam memberi nilai kepada sesuatu. Begitu juga jiwa

kecil anak muda yang selalu sahaja membolak balik tentang apa yang mereka perjuangkan.

Biar gambaran jelas dan impian kita tersemat, tetapi ia perlukan masa. Tahniah kepada

mereka yang telah melepasi langkah penting iaitu mempunyai impian yang besar. Mana mungkin

orang yang tidak mempunyai impian mendaki Gunung Everest, tetapi sedar tidak sedar, dia

sudah berada di sana. Sebagaimana kita tidak pernah berhajat untuk makan ikan siakap tiga rasa,

maka ia tidak akan pernah hadir di hadapan mata.


Jiwa kecil anak muda perlu dibelai dengan kesabaran dan proses kematangan yang

berperingkat. Jangan lupa, jika kita hendak makan gajah sekalipun, janganlah dikunyah sekaligus

pada waktu yang sama.

Tambahan lagi, saya amat yakin bahawa masa hadapan negara terletak pada bahu

golongan anak muda.


Ke Mana Akhirnya?

Saya menulis pada hari ini kerana bimbang umur saya tidak sempat untuk menyentuh era pencen

kerana penumpuan khusus dalam bidang tertentu sebagaimana saya selalu mengkategorikan

golongan tua tidak mahu lagi mengambil tahu dan lebih mementingkan kantung mereka. Ketika

saya sudah tiba pada usia itu, sudah tentu saya tidak mampu memberi apa-apa sebagaimana

kekuatan yang saya ada pada ketika ini. Seribu kesilapan mereka bukanlah nilai sebenar ukuran

anak muda kerana detik waktu bakal menghakimi masa hadapan mereka.

Terlalu banyak yang ingin disampaian, berterabur penerangan dan kenyataan yang masih

tiada hujung pangkal. Namun, saya yakin, luahan ini bukan picisan enteng yang bakal dinilai

tentang baik buruk sebuah perjalanan hidup seorang anak muda seperti saya.

Impian anak muda sejak kecil sangat menarik dan menggapai awan. Mahu jadi seorang

pelukis handalan dek kerana gembira menapat gred ‘A’ daripada lukisan pemandangan sawah

padi cuma. Mahu menjadi pelumba kereta apabila melihat jentera F1 Sauber Petronas. Mahu

menjadi doktor kerana dapat menyembuhkan penyakit. Mahu menjadi arkitek kerana melihat

bangunan pencakar langit. Mahu berkahwin dengan gadis jelita kerana keayuan pelakon drama.

Inilah garapan impian rata-rata anak muda pada dekad kini, yang entah mungkin terpahat

kepada puitis sahaja tanpa fikir arah dan halatuju yang sebenar. Jadi, seharusnya bagaimana?

Di manakah pengakhiran sebenar anak muda? Mereka hanya mahukan natijah yang

manis-manis sahaja. Bicara seorang teman, apabila masuk bab kahwin, cari isteri biar cantik dan

kaya. Apabila bab kereta, tidak mainlah kereta nasional, paling sepadan, Volkswagen GTI.

Masih sedar dalam ingatan akan ucapan seorang pengetua,


“Malaysia akan menurut jejak langkah Amerika pada suatu hari nanti. Maju tetapi ramai

manusia dipenjara sepertimana Amerika mempunyai penjara terbesar di dunia.”

[Zainudin Che Ismail]

Kita melihat apakah realiti sebenarnya anak muda kini daripada banyak sudut serta

perjuangan mereka, yang menjadi tulang belakang kemajuan negara dan umat. Bagaimana

mereka harus mendepani masyarakat zaman ini? Hendak dikata teruk, biadap namanya. Tetapi

saya fikir sudah hampir nazak nilai moralnya kerana anutan kapitalis moden yang menebal.

Bagaiman jiwa anak muda harus dibimbing? Ke barat ataupun ke timur? Cita-citi tinggi

seharusnya bagaimana ia dibentuk? Adakah cukup berkata, “Belajarlah rajin-rajin sehingga

pandai dan boleh bergaji mahal.”? Ke mana generasi muda ini harus dipimpin pada saat seperti

tiada tempat yang sanggup menerima impian besar mereka?

Pada masa kini, arus ledakan teknologi masih belum dapat menyamai kehebatan dan

kefahaman seseorang tentang disiplin ilmu. Dahulu, seorang ulama’ perlu merantau melintasi

dunia demi mencari ilmu. Tetapi, kecekapan video langsung masih belum lagi mengatasi

keizzahan ilmu pada zaman silam. Kecanggihan teknologi dimaksimumkan untuk mempunyai

kecekapan, bukan lagi untuk mengubah sempadan kejahilan ilmu. Kadar kepantasan itu tidak

pernah dapat mengubati penyakit kejahilan zaman moden.

Justeru, ke mana akhirnya anak muda?


Lelaki Itu Adalah Aku

Anak muda sering dilabelkan sebagai tidak produktif, manja dan lembik kerana hidup pada

zaman semua ada. Mahu ambil wudhuk, tekan lampu masuk tandas sahaja. Jika dahulu, perlu ke

luar dari rumah ambil air perigi dalam kesejukan. Mahu ke mana-mana, dalam masa yang

singkat dan mudah sahaja sudah sampai ke destinasi dengan kemudahan kenderaan bermotor.

Jika dahulu, mengambil masa beberapa hari malah berbulan-bulan dengan binatang tunggangan.

Mahu berhubung, hanya dihujung jari menekan nombor. Jika dahulu, perlu menghantar surat

yang sehari dua baru sampai kepada penerimanya. Tambahan lagi, tekan butang ‘share’ di laman

Facebook sudah mampu porak perandakan masyarakat.

Faktor-faktor berikut antara penyebab anak muda kini dipandang lembik dan tidak

produktif. Namun, kita tidak boleh menyalahkan teknologi kerana banyak perkara tidak mampu

dicapai dahulu kala akibat kekangan teknologi.

Cabaran anak muda kini lebih menduga kerana diuji dengan kesenangan dan kemewahan

dek kepesatan teknologi. Dalam lipatan sejarah, ramai orang berjaya kerana kesusahan yang

dialami dan gagal kerana dihanyut kesenangan.

Rasulullah s.a.w menyebarkan Islam dengan liku-liku kesusahan, akhirnya Islam tersebar

luas ke seluruh dunia. Salahuddin al-Ayyubi berhadapan dengan umar Islam yang berpecah-

belah untuk menentang pasukan Salib. Saifuddin Qutuz menghadapi kegawatan ekonomi dan

politik di saat umat Islam bagaikan telur di hujung tanduk sebelum menundukkan pasukan

Tartar.

Lihatlah tokoh-tokoh yang berjaya ini, diuji kesusahan sebelum menggarap impian.

Manakala, Firaun rebah kerana menentang Nabi Musa a.s ketika memiliki kerajaan besar dan
gagah. Qarun yang kaya-raya dilaknat oleh Allah kerana sombong dan kedekut dengan harta

yang dimilikinya. Kemegahan Quraysh menyebabkan mereka berpaling daripada Allah.

Kita tabah saat diuji kesusahan, rebah saat diuji kesenangan. Ketika susah, kita ingat

kepada Allah kerana peritnya kesusahan. Ketika senang, kita lupa diri, malah orang sekeliling

kita. Lebih malang, kita lupa Tuhan yang memberi kesenangan kerana hanyut ke dalamnya.

Bukan persoalan menerima kesusahan ataupun dibuai kesenangan menjadi faktor

penyebab sebuah kejayaan. Tetapi, itulah lumrah jalan hidup yang perlu diharungi. Maka, anak

muda perlu menjadi seorang lelaki, perlu berfikiran sebagai abang walaupun anak bongsu. Perlu

berperwatakan seorang wanita walupun masih seorang gadis sunti.

Anda mungkin juga menyukai