Anda di halaman 1dari 10

SALAH FAHAM ANAK MUDA

Nasib Kita Tidak Serupa

Seronok mendengar ungkapan motivasi pagi dalam corong-corong radio. Lantas, terkial-kial

saya mencari sebatang pen dan mana-mana kertas untuk ditulis agar ia bukan memotivasikan

saya sahaja tetapi orang lain juga. Saya tidak mahu ia sekadar lalu ‘check-in’ dan ‘check-out’

dalam minda saya dan semestinya saya mahu ia boleh dijadikan sandaran bagi tindakan saya

akan datang.

Biarlah menulis kata-kata yang baik agar ia menjadi ‘backup hardisk’ dan virus yang

menyerang diri kita. Penyampai radio tersebut berkata-kata dengan lunaknya yang tersendiri.

“Kehidupan adalah sebuah pengembaraan

Permulaan adalah pengembaraan

Pertengahan pula adalah pengalaman

Manakala pengakhiran adalah Kepulangan”

Cuba kita perhatikan manusia yang dipaksa hidup bersama kita, orang yang sebaya

ataupun atau rakan-rakan yang pernah dikenali. Banyak sahaja ragam dan sudah tentu

karakter mereka juga tidaklah dominan persamaan antara satu sama lain. Pucuk pangkalnya

mereka tidak mempunyai nasib yang sama sebagaimana kisah hidup kita.

Ada teman-teman kita dilahirkan dalam keluarga yang sudah ‘established’ katanya,

namun tidak diberi kesempatan untuk sebaris dengan pelajar-pelajar pintar di sekolah. Ada

juga sepupu-sepapat yang dilahirkan daripada keturunan datuk kita yang sama, tetapi tidak

pernah sama halatuju mahupun lukisan peta kehidupan mereka.


Kepelbagaian bentuk peristiwa bagi setiap individu yang kita kenal sama ada menjadi

pancaroba mahupun justifikasi kegembiraan adalah merupakan suatu ramuan yang ajaib

untuk kita teliti. Ia nasib saya, awak dan dia tidak pernah serupa.

Sebagaimana pepatah Melayu juga pernah menyebut, “Lain tempat, maka lainlah

belalangya.” Ada yang diberi peluang untuk menjadi cantik dan kacak semenjak kecil.

Pakailah baju apa-apa pun, pasti orang akan terpandang dengan rupa parasnya. Manakala

ramai juga terpaksa membeli jenama mahal untuk diletakkan ditubuh mereka bagi

mendapatkan tahap konfiden yang tinggi kononnya.

Saya memerhatikan saban hari, dan seringkali bertanya kenapa nasib kita tidak

serupa? Kenapa cara kita diuji juga tidak serupa? Kenapa ramai yang tidak layak mendapat

keputusan cemerlang dan hanya sesetengah sahaja yang memperolehinya?

Jauh di sudut sana, ada segolongan remaja yang sangat kuat semangat jihadnya

apabila bertungkus lumus memperbanyakkan amalan mereka bagi mengejar 10 hari terakhir

Ramadhan di atas jalan raya dan disaksikan sorakan penonton yang keterujaan melompat-

lompat kesini dan kemari.

Sekali lagi saya bertanya, kenapa nasib saya dan mereka tidak serupa?
Tanggungjawab Diselaputi Alasan

Antara nasib yang agak ganjil bagi saya ialah terlibat atau diberi tanggungjawab untuk

memimpin beberapa persatuan ketika berada di sekolah menengah mahupun di peringkat

universiti. Secara jujur mengakui bahawa saat menerima taklifan merupakan kisah-kisah

hidup yang sangat menakutkan walaupun umum melihat ia sebagai satu kemegahan.

“Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jawatan), sedangkan jawatan

merupakan amanah. Pada hari kiamat, ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi

sesiapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.”

[Hadith riwayat Imam Muslim r.h dalam Sahih Muslim, daripada Abu Dzar r.a]

Banyak perkara yang acap kali saya termenung untuk mengenang saki-baki apa yang

harus saya lalui. Seronok melihat rakan taulan sentiasa tenang dan tidak perlu runsing hanya

memeikirkan sekitar akan kepelbagaian teman wanita dan tempat makan yang paling baik

makanannya sahaja. Tetapi tidak bagi saya. Masalah Perdana Menteri pun kadang-kadang

menjadi masalah untuk saya selesaikan.

Kesibukan dengan hal-hal yang kalau saya tidak hiraukan, sudah pasti tidak akan

menjejaskan saya. Mengejar entah apa yang saya inginkan. Sehinggalah dunia

‘tanggugjawab’ ini menjadi darah daging saya.

Kemuncak paling tidak tentu arah bagi saya ialah menguruskan empat mesyuarat

serentak pada suatu malam. Bergegas untuk berada pada setiap tempat tersebut. Soalan

popular teman-teman sebilik ialah, “Untuk apa engkau lakukan semua benda ini?”,

“Dimanakah hasilnya? Tak Nampak pun ” Tidak mampu untuk memberi penjelasan lisan,

hanya mampu menjawab dengan hati.


Ini jawapan hati saya, “Saya yakin dan percaya bahawa generasi hari ini akan

kehilangan arah dan panduan jika saya tidak berada dalam medan ini.” Inilah ungkapan yang

saya selalu ulang dan sangat melekat di hati saya sehingga ia cukup menjadi benteng utama

untuk menjawab kritikan luar mahupun sinisan rakan-rakan.

“Ketahuilah, setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan diminta

bertanggungjawab atas apa yang dipimpin. . .”

[Hadith riwayat Imam Bukhari r.h dalam Sahih Bukhari, daripada Abdullah bin Umar r.a]

Jadi alasan apa yang akan kita berikan apabila bertemu dengan janji Allah kelak?

Seringkali juga alasan merupakan senjata wajib apabila ingin mengelakkan tugasan

yang diberikan. Kalau ingin berjumpa pukul 10.30 malam, maka saya akan terima pesanan

ringkas pada pukul 10.15 malam, “Maaf ada masalah, lewat sikit.”

Mereka pandai membuat janji, dan mereka juga pandai memungkiri janji. Paling

menyedihkan, mereka meminta maaf tanpa ganti rugi. Nada yang lebih teruk ialah apabila

menyalahkan orang lain dengan menempelkan maksud hadith untuk membenarkan

tindakannya.

Tambahan terakhir bagi saya ialah, hanya dua alasan sahaja yang akan saya terima

sekiranya membuat apa-apa tugasan iaitu pertama ahli keluarga meninggal dan sakit yang

teramat sangat. Selain daripada ini hanyalah sampah yang patut dibuang.
Janji Yang Dicabuli

Apabila sudah mencapai maksud faham, proses seterusnya adalah bagaimana untuk

menatijahkan hasilnya. Sebagaimana apabila kita terasa ‘termotivasi’ adalah merupakan

gabungan perkataan ‘motive’ dan ‘action’. Semakin kuat motif kita akan sesuatu perkara,

maka aksinya lebih menjurus kepada halatuju yang jelas.

Sebagaimana contoh ramai orang berpuasa pada bulan Ramadhan. Kualitinya kita

boleh lihat memalui motif apa yang mereka faham. Ada yang faham puasa adalah setakat

untuk puasa dan menahan nafsu daripada makan dan minum. Tetapi di pihak lain memahami

puasa daripada sudut pesanan Allah

“Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana

diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.”

[al-Baqarah : 183]

Nescaya puasa mereka yang faham akan motif sebenar akan menzahirkan tindakan

dan menampakkkan hasil yang lebih cantik untuk dipersembahkan kepada Sang Pencipta.

Begitu juga dalam operasi turun temurun peradaban dunia iaitu memberikan janji.

Saya memahami daripada sudut ini,

“Ada empat perkara, barangsiapa yang empat perkara tersebut ada pada dirinya,

maka dia menjadi munafik sejati, dan apabila salah satu sifat dariapda empat perkara

tersebut ada pada dirinya, maka pada dirinya terdapat satu sifat daripada kemunafikan

hingga dia meninggalkannya. Jika berbicara, selalu berbohong. Jika melakukan perjanjian,

melanggar. Jika berjanji, selalu ingkar, dan jika berselisih, licik.”


[Hadith riwayat Imam Muslim r.h dalam Sahih Muslim, daripada Abdullah bin Amru

r.a]

Tetapi manusia yang meneladani falsafah ‘Ketam Berjangkit’ akan cuba

menjustifikasi tindakan orang yang tidak sama seperti mereka dengan ungkapan yang tidak

enak didengar seperti, “Hebat sangatlah itu? Kalau setakat nak riak tak ada maknanya”.

Jika teman kita memungkiri janji dan memberi alasan terlupa, itu pun boleh dijadikan

isu keretakan perhubungan.

Secara kesimpulan, daripada mana sumber ambilan sesuatu perkara, sehingga kepada

bagaimana kita memahaminya, akan menjadi kualiti sesuatu tindakan lebih menyerlah. Jadi,

jangan nak memandai-mandai mencabuli janji yang sudah dimeterai.


Serba Tahu Dan Semua Tahu

Pada saat kita berasa megah dengan perangai ‘serba tahu’ dan ‘semua tahu’, itu sudah tibanya

suatu masa untuk kita belajar bagaimana cara untuk menekan butang ‘pause’ seketika.

Sebagaimana kita berlari pecut ataupun berjogging untuk tempoh yang tertentu, maka

berhentilah seketika untuk merehatkan tubuh badan. Begitu juga dengan sikap ‘semua tahu’

kita itu, ia perlu kepada semakan semula tentang beberapa perkara.

Kenapa saya maksudkan begini? Pernahkah kita mengalami situasi pada tahun-tahun

sebelum ini, kita melihat suatu perkara dari sudut pandangan yang lain dan pada ketika ini ia

sudah berubah. Jika dahulu, kita hanya mengenali kemewahan kenderaan hanya kerana

menaiki kereta Waja sahaja, tetapi sekarang kita sudah mengalami pengalaman memandu

kereta Toyota. Bagaimana perasaan pada ketika itu?

Maka, cara dan lagak kita juga sudah berubah. Pernah juga kita melihat seseorang

yang compang-camping tidak teurus atau persepsi air mukanya ibarat sebagai bengis dan

angkuh pada waktu lampau, tetapi sekarang dia adalah orang yang duduk semeja dengan kita

bertentang mata dengan kita. Apabila perkara itu berlaku, rupa-rupanya kita baru tahu dia

tidak seperti yang dibayangkan pada sebelum ini. Pernah, bukan?

Pernah juga saya membuat keputusan luar jangka daripada falsafah yang saya yakini

yakni daripada saya perlu terbuka dan menerima semua manusia untuk menjadi kawan saya,

kepada saya perlu memilih untuk mereka menjadi sebahagian daripada saya. Melihat

newsfeed sebahagian daripada mereka yang ‘semua tahu’ dan tersangatlah kurang kasih

sayang, saya membuat keputusan untuk deactivated akaun Facebook kerana serabut

barangkali.
Saya perlu keluar daripada radar serba tahu mereka untuk mencari perkara sebenar

yang saya mahu. Saya tidak mahu cara fikir saya terganggu dengan maklumat ‘semua tahu’

mereka. Kesimpulannya, saya perlu memilih apa yang saya perlu baca dan apa yang saya

perlu tahu. Mereka mahu menjadikan diri mereka sebahagian daripada video viral dan ‘top

commentators’ serta menjadi pengkritik tegar tanpa memahami lunas-lunas ilmu dalam

perbezaan pendapat.

Saya fikir, kejayaan terbesar sejak penubuhan Facebook ialah telah melahirkan ramai

manusia yang mempunyai ijazah kedua mereka dalam pelbagai cabang ilmu dalam masa

yang cukup singkat dan pada kadar yuran yang paling murah.

Bagaimana seharusnya kita keluar daripada belenggu masalah ini? Jawapan ringkas

penawarnya ialah dengan mempunyai ilmu akan sesuatu perkara dan bersikap rendah diri

dengan apa yang kita tahu.

Akhir sekali, bertenanglah dengan apa yang kita tahu dan bukalah seluas-luasnya dada

untuk menerima apa bentuk pandangan yang tidak menjadi kegemaran kita. Mungkin kita

terlepas pandang perkara-perkara yang tersangat penting dalam membuat sesuatu keputusan.

Agar kelak, kita tidak menyesali dengan berkata, “Alangkah baik jikalau dulu aku buat

macam ini.”
Salah Faham Atau Tak Faham

Kebiasaanya, alasan yang paling selamat dan tidak memerlukan kos untuk menutup aib bagi

sesuatu perkara ialah dengan memberi alasan, “Maaflah, saya tersalah faham maksud awak

kelmarin, saya ingatkan awak nak saya buat macam ini.”

Sedar ataupun tidak, disebabkan lakonan salah faham tersebut telah membuatkan

betapa ramai manusia terlibat untuk menangung kerugian masa dan tenaga. Salah faham

menerangkan sesuatu telah mengakibatkan timbul persepsi yang tidak senang. Salah faham

menerima sesuatu arahan telah menyebabkan banyak kerja orang lain tergendela.

Tambahan pula, penyakit buruk kebanyakan daripada kita selepas melakukan

kesalahan ialah mengeluarkan kata pemanis mulut, “Nak buat macam mana, benda sudah

berlaku. Perkara yang sudah berlalu biarkan berlalu”. Paling tragis, mereka menyalahkan

takdir, “Sudah ini semua ketentuan Ilahi. Kalau Dia tak izinkan, maka tak bolehlah sesuatu

perkara itu berlaku.”

Maka, berlegar-legarlah mereka dengan kenyakinan palsu yang mereka sendiri

ciptakan dan mereka sendiri mencari penawarnya. Sikap yang sepatutnya apabila mengalami

situasi seperti ini ialah setiap ucapan maaf kita seharusnya mempunyai ganti rugi setimpal

dengan apa yang kesalahan yang dilakukan.

Saya selalu sebutkan analogi ini, jika kita terlanggar kereta orang, tidak cukup sekadar

memohon maaf sahaja. Aturan kehidupan memerlukan kita untuk membayar balik ganti rugi

yang dialami. Begitu juga kesalahan ‘tersalah faham’ perlu diganti dengan ‘saya tidak akan

ulang’ pada masa akan datang.


Penyakit kita yang ‘tersalah faham’ akan memberikan masalah berangkai kepada

masalah-masalah lain. Umpama untaian tasbih terjatuh satu demi satu apabila ia diputuskan

tali pengikatnya.

Justeru, jangan biarkan salah faham kita dibawa hingga ke tua. Kasihanilah generasi

mendatang, bimbang mereka mewarisi perangai ‘salah faham’ dan ‘tak nak faham’ kita.

Anda mungkin juga menyukai