Anda di halaman 1dari 7

GADIS PILIHAN SAYA

Adakah Itu Cinta?

Segan untuk saya menulis kisah ini. Tujuan asal saya ialah untuk mengalih definisi cinta ‘jiwang

karat’ kepada suatu yang lebih bertanggungjawab.

Semasa sekolah rendah, jika diberikan kosa kata perkataan ‘cinta’, maka teman-teman

sekelas akan menyambung kosa kata tersebut seperti ‘cinta itu buta’ ataupun ‘cinta itu dusta’

ataupun ‘cinta itu sakit, tetapi manis’.

Situasi justifikasi minda kartun semasa zaman kanak-kanak dahulu kala beredar kepada

proses mencari pasangan paling ideal melalui nama yang sama bilangan abjadnya sehingga

terpaksa menerima jodoh kerana sebab itu sahaja.

Tambahan lagi, memakai baju yang kebetulan sedondon ketika majlis sambutan Hari raya

merupakan saat paling merah padam. Nescaya terjadilah berbulan-bulan gosip yang akan

berkeliaran tanpa henti. Persekitaran ini memberikan mandat yang seakan-akan itulah yang harus

saya dan si dia terima.

Setakat itu sahaja yang mampu saya fahami jika kembali menghayati kisah pada waktu-

waktu dahulu. Jika diberi persoalan, adakah itu cinta? Saya akan jawab, itu hanya suka sama

suka. Dalam plot drama, mungkin ia boleh dikategorikan sebagai sebuah kisah cinta yang gagal.

Jika itu bukan cinta, jadi bagaimana sebenarnya cinta?

‘Cinta sesungguhnya’ bersambung kembali ketika beralih ke alam sekolah menengah.

Kali ini konsepnya tetap sama, cuma anak muda pada ketika ini sudah semakin berani. Sifat
malu dihamparkn pada sudut lain dan diganti dengan perkataan ‘gentlemen’ jika berjaya

memiliki cinta gadis perawan.

Gelojak jiwa pada waktu ini akan mencari dalil-dalil khusus untuk mendapatkan permit

khas sebagaimana yang mereka inginkan. Belajar di pusat tuisyen tertentu dengan niat hanya

untuk bertemu dengan si dia.

Tambahan pula, ketika sekolah menengah, saya tidak pernah bertemu muka dengan

pelajar perempuan. Maka, kesempatan menaiki bas digunakan sepenuhnya oleh lelaki seperti

kami berjalan lagak paling macho. Kejayaan mendapatkan nombor telefon kenalan perempuan

yang baru merupakan saat pencetus paling bernilai bagi anak muda seperti kami.

Rutin harian menunggu bas untuk pulang dan kembali ke sekolah menjadi saat ditunggu-

tunggu untuk melancarkan modus operandi yang dirancang dari awal. Bagi yang pemalu, mereka

lebih mulia untuk disimpan dalam diam asalkan mereka dapat berjumpa melihat wajah saban

hari.

Maka, sepanjang perjalanan ke sekolah, angan-angan paling indah ialah sekiranya si dia

muncul dan adanya kerusi kosong di sebelah agar mudah menjemput si dia duduk. Saya kembali

bertanya, adakah semua ini cinta?


Sabarlah, Kita Pasti Akan Disatukan Jua

Seketika sahaja sempat merasai sempoian angin, namun tidak pernah sempat

menyentuhnya. Sanggup menunggu kisah persis novel itu menyapa saya. Akhirnya, saya perlu

mengaku bahawa fantasi saya sangat menyakitkan. Fikir saya lagi, tidak mengapalah bulu mata

tidak beberapa lentik, asalkan nampak cerdik.

Hari berlalu, sesi persekolahan zaman menengah sampai ke penghujungnya. Kisah

keasyikan mengelamun ala-ala Bollywood ditinggalkan sebagai kisah silam. Si dia tidak kenal

hasrat hati saya. Dibiarkan cinta itu terbang jauh bagai layang-layang dan saya masih memegang

tali layang-layang tersebut dengan penuh harapan.

Namun, umur yang semakin dewasa menjemput saya untuk menjawab pelbagai persoalan

yang hadir untuk difikirkan dengan serius. Rupa-rupanya cinta bukan tersekat kepada wanita

semata-mata. Tetapi di sana, masih ada cinta kepada Pencipta dan sebuah perjuangan yang lebih

manis.

Perempuan perawan ada sahaja yang menjadi alat ‘pameran’ sebagai penambah rasa

untuk menarik perhatian lelaki. Mereka menisbahkan tindakannya sebagai satu hak asasi

kebebasan dalam bertindak. Padahal, mereka sengaja menjemput sang lelaki yang hanya tahu

memanfaatkan akan lubang dua inci gadis sunti sahaja.

Di saat ramai menuju ke arah sana, janganlah hanya menjadi pengikut setia yang tertipu

dengan kecantikan kosmetik seorang gadis. Jangan benarkan jiwa menyembah kecantikan palsu

yang dijaja melalui dandanan rambut dan solekan ayu mereka sahaja.
Konsep kecantikan yang ditaja oleh Barat ialah menjadikan gadis sebagai bahan tayangan

untuk kebanggaan maksimum dan seterusnya menarik perhatian lelaki. Seandainya kita kemaruk

terhadap kecantikan wanita, ia perlu kembali kepada siapa yang telah menjadikan wanita

tersebut.

Ramai yang tergila-gilakan pemain bola sepak tersohor tetapi mereka lupa disebalik

pemain yang berbakat hadir seorang jurulatih yang hebat. Jurulatih tersebut yang telah

menggilap sehingga menjadi super star dunia. Akan tetapi namanya tidak pernah disebut. Jadi,

tidak salah meminati seorang pemain bola sepak yang handal, tetapi jangan dilupai jasa jurulatih

tersebut.

Perhambaan dan pujian sepatutnya hanya kepada Pencipta bukan kepada menggilai paras

rupa wanita. Saya terlalu memilih bukan kerana mahu yang paling ayu dan jelita, tetapi mencari

ibu yang paling baik untuk anak-anak saya kelak.

Saya serahkan kepada Tuhan agar menghadiahi gadis pilihan saya menurut ukuran-Nya

terhadap saya. Sabarlah, kerana kita pasti akan disatukan jua.


Dialah Gadis Pilihan Saya

Apabila membincangkan tentang gadis ataupun kriteria apa yang menjadi pilihan sebagai calon

isteri, maka keterujaan rakan-rakan membicarakan topik ini sangat jelas kelihatan. Dibualkanlah

impian mereka untuk memiliki isteri secantik Balqis, segebu artis-artis Korea dan yang enak-

enak sahaja tentang bakal isteri.

Sekurang-kurangnya saya tahu mereka mempunyai cita rasa tersendiri. Tepatlah pepatah

Inggeris mengatan, “Beauty in the eye of beholder”. Kecantikan adalah pada mata orang yang

melihatnya.

Kadangkala, keterujaan memulakan misi mencari boleh lupa tentang prioriti zaman

muda. Tambahan lagi, keinginan yang terlalu subjektif seperti kecantikan yang menyamai

keindahan Puteri Gunung Ledang, walhal belum pernah melihat pun.

Sehingga, terjerumus ke dalam doktrinisasi halus tentang kecantikan ini menjadi kayu

ukur anak muda membina sebuah rumah tangga yang harmoni. Tambahan lagi, saya tidak pernah

berkata, “Cukuplah.” Tetapi lebih senang dengan ungkapan, “Ada lagi yang lebih baik.”

Di saat saya dan mereka mendambakan isteri yang memenuhi kriteria cukup lengkap,

adakah si dia mengizinkan lamaran seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa?

Musim yang paling membuatkan perasaan cemburu membuak-buak ialah ketika

menerima jemputan majlis perkahwinan melalui laman sosial Facebook. Walaupun sangat

bahagia melihat rakan-rakan sudah menemui teman hidup, tetapi terdetik juga bilakah hari

bahagia saya akan tiba?


Kadangkala, suka untuk saya menyedapkan hati bahawa perkahwinan hanya mainan

perasaan dan bersifat bermusim. Serta, banyak perkara lain yang lebih berprioriti untuk

difikirkan. Perkahwinan itu hadir apabila perlu.

Rakan saya pernah bertanya, “Bagaimana mahu mencari seseorang yang memahami jiwa

kita?”

Saya jawab, “Kita tidak akan pernah jumpa sesiapa yang memahami jiwa kita.”

Dia bertanya lagi mengapa? Kerana perempuan yang ingin menjadi teman hidup kita

bukanlah ketika selesai 10 minit akad nikah tetapi untuk hidup bertahun-tahun. Dalam tempoh

yang panjang itu, pasti adakan ada masalah yang timbul. Itu sudah cukup untuk membuatkan kita

berkata dia tidak memahami kita.

Maka, secara spontan untuk menjawab persoalan hati saya ialah saya tidak melihat lagi

gadis yang cantik kerana saya yakin Tuhan akan menghadirkan isteri yang baik untuk saya.

Justeru, saya mengingatkan kembali bahawa misi saya bukan mencari yang cantik-canti tetapi

berusaha mencari ibu yang paling baik untuk anak-anak saya kelak.

Pada saat ini, saya sangat berterima kasih kerana sifat malu telah berjaya menyekat saya

untuk memiliki ‘teman tetapi mesra’ sebelum lafaz sakinah disahkan. Gadis pilihan saya pun

seharusnya begitu.

Tetapi jauh disudut hati untuk terus mencari bimbang tidak dipeduli. Ingin sahaja tunggu

Gadis Pilihan Saya hadir. Saya selalu mejadikan syarat wajib apabila ditegur sudah berpunya

atau tidak dengan jawapan cinta saya sudah dimiliki. Sebenarnya saya masih mencari Ibu untuk

anak-anak saya. Itu hanya satu cara saya untuk menunggu Gadis Pilihan Saya. Jika asbab bacaan
ini kita dipertemukan itu bakal menjadi lukisan potret yang sangat manis untuk diceritakan

kepada anak cucu kita.

Anda mungkin juga menyukai