Anda di halaman 1dari 9

PELUKLAH HARI ESOK

Biarkan Ia Pergi

Banyak perkara yang membuatkan kita tersekat untuk melihat sesuatu yang sepatutnya

mudah kita perolehi. Kesilapan membuat resume untuk mendapatkan perkerjaan yang kita

impikan akan menyekat kita untuk mendapat panggilan temuduga.

Air yang mengalir akan tersekat jika ada sesuatu yang menghalang laluannya.

Kemuncup yang kecil apabila hinggap di kaki seluar akan membuatkan kita tidak selesa

untuk terus melangkah.

Bagi anak muda, perkara besar yang menyekat potensinya ialah masa silam mereka.

Saya fikir juga ia menghantui sebahagian manusia yang masih khayal membina impian palsu

mereka. Saban hari, memori hitam menjadi fobia paling mustajab untuk mereka siulkan.

Isu pergaduhan perebutan seutas rantai pusaka menjadi polemik pergaduhan adik-

beradik yang masih belum temui jalan damai sebagaimaa Palestin dan Israel yang tidak mahu

gencatan senjata dilakukan. Sehinggalah, kes-kes kekeluargaan menjadi melarat sehingga

tiada jabat salam atau sekadar senyum cukup syarat sahaja apabila adik dan kakak bertemu di

hari raya.

Diungkit-diungkit kisah puluhan tahun mereka dahulu. Rasional sesuau perkara tidak

lagi dijadikan asas penting menilai sesuata kejadian. Semuanya ingin digaul dan dipukul

sama rata. Di saat Jerman Barat telah berjaya meruntuhkan Tembok Berlin untuk bersatu

demi rakyatnya, ia tidak berlaku dalam kalangan kita.

Diulang kembali ungkapan puitis jiwang karat mereka seperti, “Semua perkara boleh

dimaafkan akan tetapi bukan bermakna ia boleh dilupakan.” Inilah benteng mereka menilai
sesuatu perkara apabila berhadapan untuk memberikan kata dua tentang sesiapa yang pernah

melukakan hati mereka.

Saya suka memaksa untuk memahami ungkapan ‘Let bygone be bygone’ atau ‘yang

lepas, biarlah lepas’. Inilah ungkapan melarikan diri bagi orang yang pernah melakukan

kesalahan.Tetapi bagi orang yang menjadi mangsa, bukan senang sebagaimana ungkapan

cantik itu dilepaskan.

Sehingga tercetuslah ‘sweet revenge’ atau dendam yang manis jika dibalas. Sekiranya

sang pembunuh dikhaskan hukuman kisas untuk membalas balik perbuatannya kenapa tidak

orang yang bersalah?

Ramai juga anak muda yang tersekat untuk mengembangkan potensi tersembunyi

mereka kerana rasa berdosa dengan kesilapan mereka. Rendah diri apabila berada di tempat-

tempat yang mereka fikir bukan untuk mereka. Menjauhkan diri apabila bertemu rakan-rakan

yang lebih terkehadapan daripada mereka.

Kerja apa? Berapa gaji? Sudah kahwin? Itulah sensitiviti dan soalan yang

meggerunkan bagi mereka. Malu untuk berhadapan dengan hakikat. Diubah agar kelihatan

cantik jawapannya atau sekadar cukup syarat pertanyaan. Tetapi dalam hati, perasaan tidak

percayaakan diri sudah mula menyelubungi hati kecil mereka.

Dendam dengan sesuatu juga menyekat.

Tidak mampu mengakui kelemahan juga akan menyekat. Jika kita tahu sudah berada

di dasar laut, maka ia sudah menjadi isyarat paling sesuai untuk kita naik ke atas permukaan

laut. Jika kita masih berdolak dalik di mana kita sudah berada, nescaya lemas dalam mencari

makna siapa kita sebenarnya.


Pakar pengurusan terkenal, Peter F drucker telah menekankan suatu polisi sesebuah

syarikat untuk terus berkembang ialah bukan tertakluk kepada di mana dan bagaimana cara

terbaik untuk berkembang tetapi berbalik kepada persoalan apakah yang perlu kita

tinggalkan.

Beliau membuktikan lagi apabila di sudut dinding rumahnya tidak terletak sebarang

gambar atau anugerah yang menunjukkan sebarang bentuk kejayaan yang pernah beliau

kecapi. Sedangkan, beliau memperolehi pelbagai pingat penghargaan antarabangsa.

Jika kisah kejayaan masa lampau patut dilupakan demi mencari maksud paling baik

tentang apa yang seharusnya perlu berlaku pada hari esok, jadi ia sudah menjadi basi jika kita

seringkali teringat akan kisah lampau yang kita simpan rapi dan tutup rapat-rapat di dalam

hati.

Biarkan ia pergi. Kejayaan mahupun kegagalan.Bersedialah untuk memeluk hari

esok.Jangan disebabkan isu ‘budak tadika’ menyekat potensi diri kita untuk terus bergerak.
Kenapa Maksud Baik Tidak Selalu Berguna?

Pernah suatu hari, ketika saya bersusah payah untuk membeli makanan dengan harapan ia

merupakan yang terbaik untuk dihadiahi ataupun dimakan bersama. Beratur panjang untuk

dapatkan makanan tersebut. Apabila ia sampai di mulut orang yang saya makan bersamanya,

terkeluarlah beberapa frasa yang tidak enak didengar yang sangat memberikan kesan kepada

usaha yang teramat sukar untuk mendapatkannya.

Pernah juga beberapa kali saya berjemur untuk mendapatkan tiket perlawanan bola

sepak untuk teman-teman sehingga menunggu berjam-jam dan berasak-asak untuk

mendapatkannya. Tetapi akhirnya, saya dibalas dengan pesanan ringkas tidak dapat hadir

pada saat akhir dan tiket tersebut digumpal lalu dilemparkan ke dalam tong sampah dengan

sekuat hati sebagai protes dalaman.

Kisah tersebut merupakan antara picisan-picisan peristiwa kehidupan yang barangkali

persis sebagaimana yang anda pernah alami. Hati saya selalu bergelojak untuk bertanya,

Kenapa maksud baik tidak selalu berguna? Walaupun saya dididik untuk memahami hadith

berikut,

“Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niat dan setiap orang (akan

dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-

Nya, maka dia akan mendapat (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang

hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya ataupun kerana wanita yang ingin

dikahwininya, maka hijrahnya seperti sebagaimana yang diniatkan.”

[Hadith riwayat Imam Bukhari r.h dalam Sahih Bukhari daripada Umar bin Khattab

r.a]
Hadith ini saya perhatikan, selalu dibualkan sehingga menjadi zikir setiap kali ucapan

ringkas berlaku dan ketikamana si pengucap kehilangan modal utama untuk berhujah.

Hari demi hari berlalu sehinggalah saya tersentap dengan pesanan yang sangat

membekas dihati saya.

“Awak apabila buat sesuatu, jangan letakkan piawaian atau nilaian manusia paling

atas, buat yang paling terbaik manakala hak manusia untuk menilai itu akan menyusul

sebagaimana kebiasaan, tetapi jangan letakkan sesuatu perkara yang kamu lakukan adalah

dengan niat untuk dihargai ”

Konsep asasnya tetap sama, tetapi cara kita memahami adalah berbeza. Pada

penghujungnya kita akan mendapat hasil apabila kita tersedar bahawa selama ini kita hidup

bersama bangkai-bangkai yang tidak seharusnya menjadi teman kita.

Sedar tak sedar, bangkai ‘tidak dihargai’ dan persoalan ‘kenapa maksud baik tidak

selalu berguna’ sebenarnya menghantui dan memberi titik hitam yang kekal kepada tingkah

laku kita selanjutnya.

Jika kita buat kerana sesuatu dan sesuatu itu tidak menjadi, nescaya kita akan kecewa

denganya. Tetapi jika kita melakukan kerana Dia, maka kita memahami bahawa rupanya

masih ada sesuatu yang mahu diberi nilai oleh Dia.

Walaupun kita telah terlanjur dengan bangkai-bangkai lampau, jangan lupa, peluklah

hari esok sehingga puas. Jangan biarkan hari esok berlalu tanpa berjabat tangan.
Semangat Rendra – Kita Berada Di Pihak Yang Mana?

Saya sangat suka untuk menaikkan semangat anak muda dengan membaca sajak Rendra yang

berjudul ‘Puisi Pertemuan Mahasiswa’. Anak muda yang berjaya menyedarkan pemerintah

Indonesia tentang masih ada orang yang berani bersuara dan menegur salah-laku pemerintah.

Kita bertanya,

Kenapa maksud baik tidak selalu berguna?


Kenapa maksud baik dan maksud baik, bisa berlaga?
Orang berkata,

Kami ada maksud baik.


Dan kita bertanya,

Maksud baik saudara untuk siapa?

Di bawah matahari ini kita bertanya,


Ada yang menangis, ada yang mendera
Ada yang habis, ada yang mengikis
Dan maksud baik kita
Memihak yang mana?!

[Rendra dalam Puisi Pertemuan Mahasiswa]

Antara ciri-ciri kematangan anak muda ialah mempunyai suatu pendirian yang kukuh

dan konsisten tentang suatu perkara. Sedikit tambahan, pendirian yang kukuh mengikut

definisi peribadi saya ialah sebuah pendirian yang diasaskan dengan asimilasi penghayatan

ilmu yang benar dan pembuktian melalui norma-norma tindakannya untuk membenarkan

ilmu tersebut.

Ramai saja insan-insan yang mempunyai maklumat yang cukup dengan hujah

berdegar-degar di laman Facebook, tetapi tidak menjadi ikutan utamanya di alam realiti.

Golongan ini adalah tidak termasuk dalam definisi seseorang yang berpendirian kukuh.
Cuba kita gali kembali peradaban dunia dan isu-isu kotemporari. Dunia bertarung

antara baik dan jahat. Begitu juga filem-filem kelas bawahan tempatan mahupun kelas atasan

jenama luar negara, semua adalah berkisar tentang dua puak, baik dan jahat.

Dunia moden pada hari ini juga serupa apabila di sebelah Barat menjaja kemakmuran

disamping menaja peperangan demi peperangan. Kisah besar yang sering disebut di dalam al-

Quran seperti Nabi Musa dan Firaun, manakala period awal Islam Nabi Muhammad bertemu

Abu Jahal. Inilah kisah-kisah yang seakan konsisten, malahan anjal mengikut peredaran

zaman. Sudah dijanjikan Dajjal akan menjadi musuh terakhir sebelum tamatnya riwayat

hidup manusia di muka bumi ini.

Pertembungan puak baik dan jahat tetap selari dan sentiasa wujud. Di pihak mana pun

mereka berada, mereka tetap yakin dan memerjuangkan apa yang mereka percayai.

Walaupun sejahat Amerika Syarikat sekalipun, mereka tetap mempunyai maksud baik untuk

memusnahkan senjata pemusnah yang masih belum dijumpai di Teluk Arab.

Jangan terkejut jika saya katakan, puak baik dan jahat juga turut berada dalam

kelompok keluarga kita. Buktinya, lihatlah betapa banyak jumlah kes perebutan harta pusaka

yang masih belum dapat diselesaikan dengan baik.


Bangsat Komunis – Kekuatan Ketika Diludah.

Amalan bola sepak moden tidak menggunakan kecantikan seni bola sepak ‘samba’ seperti

dahulu kala, tetapi mempraktikkan amalan bola sepak bermain dengan laju dan bertahan.

Hanya pasukan yang mampu bertahan daripada dibolosi hingga wisel penamat perlawanan

akan bergelar juara.

Fokus mereka adalah menjaringkan gol dan tidak bolos. Mereka bijak menyerap

serangan demi serangan dan hanya menunggu masa untuk menyerang balas ketika pasukan

lawan sedang leka menyerang. Jika berjaya mendapatkan gol pada ketika ini, moral value

pemain lawan juga akan mudah merudum.

Sangat sinonim dengan pahlawan tinju di pentas perlawanan, apabila seorang peninju

mampu bangun pada saat-saat dia sudah longlai dan meneruskan rentak tumbukan paling

padu untuk menjatuhkan lawan dengan kadar paling pantas. Lantas, dalam beberapa minit

beliau dinobatkan mahkota kejuaraan. Sedangkan pada permulaannya beliau hampir pengsan.

Ini terbukti apabila seorang peninju memberitahu kenapa beliau mampu bangkit

walaupun sudah ditumbuk sehingga darah meleleh. Beliau membalas dengan kemegahan

apabila dia menyatakan, disebabkan darah itulah semangatnya kembali membara.

Saya juga pernah melihat seorang rakan yang tiba-tiba menjadi ‘pelik’ serta berubah

semangatnya setelah kematian bapanya. Pada ketika itu, beliau berjaya membuktikan

daripada seorang pelajar yang biasa-biasa mampu menterjemahkan kepada keputusan yang

tidak disangka.

Inilah beberapa senario dan keadaan yang sudah menjadi sesuatu yang biasa untuk

diceritakan. Pada saat kita sedar bahawa kita tidak mampu mendapat apa-apa, di situlah

sebuah perjalanan baru akan bermula.


Saya juga sering mendengar soalan-soalan cepumas yang sering dilontarkan kepada

beberapa jutawan, apakah faktor yang menjadikan mereka jutawan. Ada beberapa orang yang

berkata, kerana beliau tidak mahu lagi dikutuk dan diherdik kerana kemiskinan yang beliau

hadapi. Tiada siapa yang sangka beliau boleh menjadi seperti hari ini.

Begitulah juga dalam mengharungi samudera waktu muda. Ditekan ketika sudah

mempunyai prinsip akan sesuatu perkara. Diludah oleh orang yang sentiasa memperlekeh

usaha dan idealisme kita. Pada ketika kita sudah memberi kata dua tentang sesuatu pendirian

melalui disiplin ilmu yang jelas, tetapi monyet-monyet selalu bertepuk tangan untuk memberi

kata nista pada usaha dan apa yang kita percayai.

Usahlah disambut seruan monyet-monyet tersebut, diamkan mereka dengan memberi

sebiji pisang atau gunakan taktik yang sedikit kejam dengan hanya membaling kulit pisang.

Didiklah mereka untuk berusaha berlari mendapatkan pisang sebagaimana kita berusaha

berpenat lelah mencari hujah dan ilmu akan sesuatu perkara yang menjadi perdebatan luar

jangka mereka.

Di saat kita bertanya siapa yang mampu menolong di saat lemas hampir tenggelam

dan haus mencari air yang pada ketika itu kita seolah-olah tiada arah tuju lagi. Tambahan

pula, kita masih terkial-kial mencari momentum untuk terus mencari siapa diri kita

sebenarnya.

Ketika saat itu menjelma, jentiklah telinga, cubitlah pipi untuk mengingatkan bahawa

hari esok masih ada. Peluklah hari esok walaupun kita memerlukan berbotol-botol sabun

untuk membasuh air kahak mereka.

Anda mungkin juga menyukai