Anda di halaman 1dari 4

RAMADHAN BUKAN PENJARA

Bersyukur kepada Allah yang masih menghidupkan sisa-sisa perjalanan hidup dalam bulan yang

mulia dan penuh berkat ini. Amat malang dan rugi, bonus bulan Ramadhan tidak digarap

sepenuhnya oleh anak muda pada harini.

Harapan saya agar tulisan ini bukan sekadar menjadi pelengkap manuskrip yang sama

seperti Ramadhan lepas, tetapi hasil itu perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang lebih

bernilai dalam memberi makna akan sebuah kehidupan.

Jika seorang pengedar dadah keluar daripada penjara, masih mampu untuk menyambung

kembali kegiatan masa lepasnya, apakah natijah kewujudan sebuah penjara itu sebenarnya?

Jangan pelik jika seorang ketua pengedar dadah di Thailand mampu membunuh seorang warden

penjara melalui arahan yang dikeluarkan daripada sel penjara itu sendiri.

Jika kita menilai Ramadhan sebagai pusat latihan, maka kita akan keluar sebagai seorang

manusia yang lebih terpimpin daripada sudut penampilan dan tingkah laku yang lebih baik

daripada sebelum ini. Seandainya kisah bekas banduan yang masih melakukan kegiatan masa

lepasnya dijadikan panduan utama, maka tidak hairan akhlak kita kembali seperti dahulu kala.

Cara pandang sisi Ramadhan sebagai sebuah pusat latihan, lebih membuahkan hasil

daripada melihat Ramadhan sebagai bulan ‘semua tidak boleh’. Kita perlu sedar bahawa rahmat

Ramadhan bukan sekadar untuk singgap tanpa disapa, tetapi sebagai satu tawaran lumayan utnuk

bekalan 11 bulan mendatang.


Kembangkan Potensi Pada Tahap Maksimum

“Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya al-Quran, menjadi petunjuk buat manusia

dan dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas daripada petunjuk dan al-Furqan (pemisah

kebenaran daripada kebatilan).”

[al-Baqarah : 185]

Kita tidak mahu hanya sekadar bercakap panduan Islam ialah al-Quran dan hadith tetapi

tidak mampu memahami kandungan itu sendiri. Usaha dan gagahkan diri untuk menjadikan

Ramadhan sebagai medan untuk mengkhatamkan maksudnya sedaya mampu.

Allah tidak menciptakan manusia yang bodoh, tetapi Allah menciptakan manusia yang

mempunyai kelebihan yang berbeza. Siap-siagalah untuk keluar daripada zon selesa agar kita

boleh menilai potensi kita pada tahap yang lebih tinggi. Tanpa perubahan, nescaya kemanisan

mengecap kejayaan itu tidak akan dirasai.

Manja dan malas bukan sebuah penyakit tetapi sebuah ‘dosa’ yang tidak boleh

diampunkan melainkan dengan transisi perubahan yang bersungguh-sungguh. Tambahan pula,

antara tujuan kita adalah untuk menjadi seorang khalifah, dalam erti kata lain seorang pemimpin

kepada diri sendiri dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Jadilah anak muda yang

mempunyai gambaran yang jelas akan sebuah analogi ‘air mutlak’ iaitu ‘suci dan mensucikan

orang lain’.

Semoga Ramadhan bukan sekadar ritual pengulangan yang gagal dan taboo, tetapi jadilah

seperti ‘repetition is mother of knowledge’ dengan maksud pengulangan demi pengulangan

mampu menjadikan kita manusia yang lebih baik amalannya. Sebagaimana Lagenda Golf Dunia
Tiger Woods berusaha keras memukul seribu biji bola sehari untuk memperbaiki kualiti

pukulannya.

Terampunkah Dosa Kita?

Perjalanan kehidupan adalah sangat berbeza bagi kebanyakan muda-mudi. Berbagai rencam

kehidupan dihadapi walaupun realiti kita mempunyai matlamat dan tujuan yang sama, iaitu

bertemu dengan Allah di syurga kelak. Persoalannya, bagaimanakah persiapan kita ke sana?

“Maka, Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya

beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya merugilah orang yang

mengotorinya.”

[as-Syam : 8-10]

Kita diberikan pilihan untuk memilih menjadi baik dan janganlah saat ajal menjemput

baru kita ingin merasa menyesal kerana tidak memilih cara yang sudah lama kita maklum itu.

Izinkan saya kongsikan sedikit antara petikan ucapan Perdana Menteri Turki tentang konflik

yang sedang berlaku di Mesir dan Syria yang sangat menyentuh perasaan.

“Ratusan ribu orang dibunuh di sana, dan kamu tidak bersuara. Kamu masih membisu. Berapa

kamu mahu lakukan sedemikian? Jangan lupa, perkara yang sama akan berlaku kepada kamu

pada esok-esok hari.”

[Recip Tayyep Erdogan]


Tersangat pantas Ramadhan kali ini berlalu. Harapan saya agar kita masih berkesempatan

untuk menikmatik Ramadhan pada tahun hadapan. Watak kita pada 11 bulan akan datang adalah

hasil didikan Ramadhan kali ini. Semoga ktia terus mampu utnuk menghadapi mehnah dan

tribulasi untuk hari-hari mendatang.

Anda mungkin juga menyukai