Anda di halaman 1dari 8

Diatas Sejadah Cinta

Aku mengenali iluvislam.com hampir lima bulan yang lalu oleh seorang
kenalanku yang sering kali mengikuti ruangan ini.

Saat pertama kali aku melihat isi kandungannya, aku tertarik namun
kesibukan kuliah dan masa yang senantiasa mengejarku membuatkan aku
leka untuk mendekati ruangan ini. Namun hatiku telah terdetik untuk
menulis kisah hidupku pada masa lalu. Ianya bukan untuk kepentingan diri
sendiri apatah lagi hendak memalukan sesiapa tapi cukuplah dijadikan
sebagai pengajaran hidup kepada hamba Allah yang berada di luar sana.

Satu perkara lagi, dorongan mama telah menguatkan lagi semangatku


untuk menulis sedikit sebanyak tentang perjalanan hidupku yang penuh
dengan noda seterusnya mudah-mudahan ianya akan memberi iktibar
kepada insan lain, insyaAllah.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang berada telah menyebabkan aku leka.
Aku terlalu hanyut dengan duniaku sehinggalah aku telah melupakan
perintah Allah. Tambahan pula, aku merupakan anak bongsu daripada lima
beradik dan kesemuanya belajar di luar negara. Dalam keluargaku hanya
terdapat seorang saja perempuan iaitu kakakku manakala empat lagi
merupakan kaum adam.

Aku mempunyai saudara kembar lelaki yang sekarang sedang belajar di


Russia dalam bidang perubatan manakala dua lagi abangku telah bergelar
doktor. Kakakku seorang engineer manakala mama dan papa merupakan
specialist doctor.

Alhamdullilah, Allah juga telah mengurniakan nikmatnya kepadaku dengan


memberi kecerdasan dalam bidang akademik dan disaat aku menulis
luahan ini, aku sebenarnya berada di bumi anbia’ (Jordan). Walaupun
bidang perubatan bukan cita-citaku namun aku akur dengan impian mama
dan papa untuk melihat anak bongsunya bergelar seorang doktor
walaupun pada hakikatnya cita-citaku ingin bergelar seorang pilot.

Sebagai seorang anak bongsu aku diberi segala kemewahan hatta dari
segi wang ringgit atau harta benda. Percaya atau tidak, seawal umurku 17
tahun aku dah mempunyai kereta waja milikku sendiri, hasil penat lelah
berusaha dalam menempuh SPM dan ianya merupakan hadiah daripada
papa sebagai ganjaran untuk anak-anaknya yang berjaya dalam akademik.

Namun, semua itu telah membuatkan diriku hanyut dan lalai akan
tanggungjawabku kepada Allah. Tambahan pula, hobiku yang suka
berlumba kereta secara haram dan minat yang mendalam dalam
equestrian telah memberi peluang kepadaku untuk bergaul dengan semua
jenis lapisan masyarakat.

Papa dan mama tidak kisah dengan kehidupanku yang terlalu sosial tapi
apa yang penting pelajaran mesti diutamakan. Lagipun, aku jarang sekali
pulang ke rumah memandangkan aku bersekolah berasrama penuh dan
tatkala aku pulang ke rumah aku akan menghabiskan masaku dengan
lepak dan berlumba kereta.

Kadang-kadang, aku tidak balik ke rumah langsung kerana bagi aku,


rumah hanya tempat tinggalku sementara lagipun mama dan papa
menyewa di tempat lain memandangkan jarak perjalanan ke tempat kerja
terlalu jauh. Ini menyebabkan hanya aku dan orang gaji sahaja yang
tinggal melainkan Abang Longku yang akan pulang seminggu sekali.

Dipendekkan cerita, aku berkenalan dengan seorang perempuan. Cantik


orangnya dan aku percaya setiap mata yang memandangnya akan
berusaha untuk mendapatkannya untuk dijadikan teman tidur. Tetapi tidak
bagi aku, pada mulanya aku tidak layan perempuan ini kerana bagi aku
perempuan terlalu murah harga dirinya. Hanya dengan sejumlah wang
mereka sanggup menggadai maruah mereka lagipun aku dibesarkan
dalam sebuah keluarga yang professional dan dihormati malahan papaku
merupakan seorang hamba Allah yang berpangkat Dato’.

Namun akhirnya aku kalah dengan sifatnya yang sentiasa menarik


perhatianku dan sentiasa mengekori aku kemana sahaja aku pergi serta
ditambah pula dengan sifatnya yang suka menggoda. Mungkin kerana latar
belakang keluarga dan penampilanku yang membuatkan diriku sentiasa
menjadi perhatian perempuan.

Setelah seminggu berkenalan, akhirnya kami tidur bersama. Semua


perkara kami lakukan kecuali seks kerana sebagai seorang lelaki, aku tidak
sesekali melakukan hubungan itu dengan seorang perempuan yang aku
tidak cinta apatah lagi perempuan liar macam dia. Kadang-kadang hampir
dua minggu perempuan itu tidur bersama aku.

Hari demi hari aku semakin hanyut bersama-sama perempuan itu dan buat
pertama kalinya aku telah menjejakkan kakiku ke pusat hiburan dan di
situlah juga aku telah mengambil arak. Hatta sebelum ini aku tidak pernah
terfikir untuk menjejakkan kaki ke tempat sebegitu apatah lagi untuk
menjamah air haram. Begitulah besarnya pengaruh seorang Hawa kepada
seorang Adam.

Duitku banyak ku habiskan untuk perempuan itu sampaikan kadang-


kadang memcecah tiga ribu ringgit apabila kami keluar bersama untuk
membeli-belah. Langit tidak selalunya cerah, Allah telah memperlihatkan
kekuasaanNYA kepadaku. Sewaktu aku dan keluarga sedang membeli –
belah untuk membuat persiapan untukku ke matrikulasi, aku telah
terserempak dengan perempuan tadi yang sedang berkepit dengan
seorang lelaki yang layak dipanggil ayahnya. Aku tidak dapat menahan
perasaan geramku lantas ku menampar perempuan itu di hadapan lelaki
tadi. Mama dan papa terkejut tapi aku tak menitiskan setitik pun air mataku
kerana perempuan tersebut malah aku bangga dapat melepaskan
perempuan sial itu.

Kini kehidupanku di matrikulasi telah bermula. Biarpun pada mulanya berat


untuk aku melangkah ke tempat ini namun aku akur akan kehendak mama
dan papa. Sebenarnya, sebelum ini aku mendapat tawaran belajar dalam
bidang perubatan di united kingdom dan Russia tapi aku terpaksa menolak
hanya kerana kehendak keluarga. Abang kembarku telah lama berangkat
ke luar negara. Keputusan mama telah banyak mengecewakan aku. Aku
ditempatkan di bawah program satu tahun dan demi mama juga aku
terpaksa mengambil sains hayat di matrikulasi.

Masa berlalu terlalu pantas, sedar atau tidak, dua hari lagi pelajar-pelajar
Program Dua Tahun (PDT) akan mendaftarkan diri. Aku tidak tahu kenapa
aku tertunggu-tunggu saat itu. Hari dan waktu telah pun tiba, aku
ditugaskan untuk menguruskan hal-hal pendaftaran pelajar-pelajar
berkenaan. Letih hanya Allah sahaja yang tahu namun aku seronok
melakukannya. Sewaktu aku sedang menguruskan seorang pelajar, aku
terpandang akan seorang pelajar perempuan ni, manis orangnya dan
sentiasa tersenyum, dan yang paling aku suka sifatnya yang lemah lembut.
Entah kenapa hatiku berdebar apabila aku terpandang wajah dia.

Namun, aku tetap dengan egoku. Dari dulu lagi, aku memang tidak
berminat dengan perempuan yang berkulit hitam manis. Namun sebagai
lelaki aku tidak dapat menipu diriku sendiri, rupa-rupanya aku sudah
terjatuh cinta kepada pelajar perempuan tadi. Sampaikan satu tahap aku
terfikir kenapa aku terlalu berdebar bila melihat wajahnya dan kenapa aku
menjadi tidak tentu arah bila aku melihat dirinya.

Isi hatiku aku luahkan kepada kawan sebilikku. Kami dah nekad untuk
mengenakan perempuan itu, di satu kedai dalam kawasan matrikulasi
kawanku telah menegur perempuan tadi. Nak tahu apa reaksi perempuan
itu? Dia hanya terkebil-kebil lalu kawanku memperkenalkan dirinya tetapi
perempuan itu hanya berdiam diri, memandang tepat ke wajah kawanku
itu. Barulah kawanku tahu yang rupanya perempuan itu bisu.

Kawanku bergegas pulang ke bilik kami sambil ketawa dan berkata: "oi Tg
Mohd Yusuf Hafizi, kau punyelah handsome, anak orang kaya, pandai dan
muka Chinese look tiba-tiba terjatuh cinta kat perempuan bisu dah ke
pulak? Tak ada perempuan lain ke dalam dunia ni kau nak buat makwe?"

Aku terkejut akan penjelasan kawanku tadi. Sebenarnya mamaku


merupakan seorang mualaf dan kesemua adik-beradikku kelihatan seperti
Chinese. Namun jauh disudut hatiku, aku ingin mengenali dan akan
menerima dirinya seadanya kerana aku terlalu cintakan dia. Hari demi hari
aku sering mengekori dia tanpa dia sedar, sehinggalah aku terserempak
denganya di perpustaan dan untuk kali pertamanya air mataku menitis
apabila aku terpandang dirinya menggunakan bahasa isyarat apabila
bercakap. Hancur hatiku hanya Allah saja yang tahu.

Bermula dari saat itu, perwatakan ku mula berubah dari terlalu sosial
kepada lebih berdiam diri. Kehadiran perempuan ini telah mengganggu
hidupku. Dalam diam sudah hampir sebulan aku mengekori perempuan ini.
Takdir telah menentukan segala-galanya apabila buat kali pertamanya aku
bertentang mata dengan dia sewaktu di pejabat Hal Ehwal Pelajar.
Tambahan pula, tujuan kami ke sana sama iaitu ingin mendapatkan
tandatangan untuk keluar daripada matrikulasi.

Namun, pada waktu itu dia terpaksa menghadiri kelas lantas ku hulurkan
bantuanku untuk menolongnya mendapatkan tandatangan. Tanpa sepatah
kata, dia terus menghulurkan borang miliknya sambil tersenyum. Sebelum
dia keluar daripada pejabat tersebut, aku telah meminta nombor telefonnya
dan bermula pada saat inilah aku mengetahui bahawa si dia sebenarnya
tidak bisu.
Aku bersyukur ke hadrat Allah. Keesokan paginya, kakak dan abangku
telah tiba di matrikulasi untuk membawa ku pulang. Sedih hati hanya Allah
saja yang tahu. Namun, jauh didalam hatiku yang aku akan sentiasa akan
mengingati perempuan ini sampai ke akhir hayatku. Dia tiba dari asrama
dengan berbaju kurung dan bertudung labuh. Sungguh tenang hatiku
melihat perwatakan dan penampilannya dan pada waktu itulah aku teringat
akan kebesaran Allah.

Sejujurnya aku sendiri tidak sedar sejak bila aku mula menyukai
perempuan yang bertudung litup apatah lagi berbaju kurung. Dia telah
menciptakan seorang lelaki untuk seorang perempuan dan seorang laki-
laki yang baik untuk seorang perempuan yang baik sahaja.

Sesuaikah aku dengannya? Dulu aku seorang yang sosial, minum arak,
tidur bersama perempuan dan tidak pernah menunaikan tanggungjawabku
sebagai seorang muslim, persoalannya layakkah aku dengannya?

Aku perkenalkan dia kepada kakak dan abangku, kakak hanya tersenyum
manis saja. Sebenarnya dari dulu lagi aku telah memberitahu kakak akan
hal ini. Kini, aku sedang membuat persiapan untuk pergi ke Jordan.
Perasaan aku bercelaru antara rindu dan sayangkan perempuan tu.
Kadang-kadang aku rasa aku ni dah gila, mana mungkin perempuan yang
aku tak pernah kenal dan tidak pernah bercakap boleh mengambil hatiku?
Mama dan papa mula bertanya akan kehadiran perempuan itu dalam
hidupku. Aku hanya tersenyum sebab aku tidak tahu nak bagitahu apa
mengenai perempuan itu.

Allah telah menentukan segalanya, rupa-rupanya dia adalah kawan sepupu


aku sewaktu berada di matrikulasi. Gembira hatiku hanya Allah saja yang
mengetahui. Hari demi hari berlalu, aku telah meluahkan isi hatiku
kepadanya dan dia terima dengan hati yang terbuka. Tapi kami tidak
couple kerana baginya antara aku dan dia tidak sekufu. Pada mulanya aku
tidak memberitahu latar belakang keluarga dan aku tapi mama telah
memberitahu si dia akan kisah silamku. Menurut mama, muslimah itu
hanya menangis sewaktu mendengar pengakuan jujur daripada mama.
Tapi alhamdullillah muslimah itu telah dapat menerima diriku seadanya.
Sampai ke saat aku menulis luahan ini, (05/11/09) hubungan yang terjalin
hampir mencecah tiga tahun. Insya Allah bulan lima tahun depan (2010),
dia akan menamatkan pengajiannya di UDM dan aku pula insyaAllah akan
menghabiskan pengajianku dalam bidang perubatan dalam masa tiga
tahun lagi.

Perhubungan kami sudah diketahui keluarga. Cuma antara kami masih ada
penghalangnya. Untukmu wahai muslimahku, aku tidak akan sesekali
melupakanmu walaupun sesaat kerana setiap kata-katamu telah
menyedarkanku akan kebesaran dan tanggungjawab kita sebagai
hambaNya. Allah telah mengurniakan kamu kepadaku agar menyedarkan
diriku yang dulunya terlalu hanyut akan keseronokkan dunia. Sejak aku
mengenali dirimu aku aku telah belajar bagaimana cara untuk solat, aku
telah belajar berpuasa dan satu lagi kenangan manis yang aku tidak akan
lupakan apabila dirimu memujukku untuk mendalami kalam Allah iaitu
sesuatu yang telah lama aku tinggalkan dan selama itu juga aku tidak
pernah sentuh kalam itu.

Alhamdulillah pada saat ni aku telah berjaya menghabiskan 14 juzuk al-


Quran hanya tinggal 16 juzuk saja lagi untuk khatam. Hadirnya dirimu telah
membawa nur Islam yang selama ini aku dan keluarga tercari-cari di dalam
gelap. Seperkara lagi wahai muslimahku, namamu bukan sahaja berada
didalam hatiku tetapi didalam hati seluruh ahli keluargaku. Wahai
muslimahku, samada kau percaya atau tidak, kakakku sekarang telah
memakai tudung setelah pertama kali melihat dirimu. Setiap kali solat aku
tidak pernah lupa untuk berdoa kepada Allah agar disatukan hatimu
dengan hatiku pada suatu hari nanti.

Alhamdulillah, baru-baru ini aku telah mengerjakan umrahku buat kali


pertama dalam hidupku bersama-sama keluarga. Di hadapan kaabah aku
berdoa sambil menangis kepada Allah agar menghadiahkan dirimu
untukku. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan salah satu daripada
kekuasaan Engkau kepadaku yang telah membawa sinar baru dalam
kehidupan kami yang selama ini masih tercari-cari akan redhaMu.

Buat muslimah yang berada di luar sana, hargailah dirimu seadanya.


Sesungguhnya segala pintu kebaikan dan keburukan berada di tanganmu.
Kamu berupaya mengubah kaum adam daripada negatif kepada positif
malah lebih dari itu lagi. Seorang lelaki tidak memandangmu hanya kerana
kecantikanmu walaupun kadang-kadang kaum adam tertarik
memandangnya tetapi suburilah akan dirimu dengan sifat ketakwaan dan
kelembutan yang bertempat dan jangan sesekali engkau mencampakkan
dirimu kelembah hina, walaupun untuk sesaat kerana sebaik-baik
perhiasan di dunia adalah wanita solehah.

Anda mungkin juga menyukai