Anda di halaman 1dari 6

Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good.

Saya jamin, berani kerat jari (weehee, gurau je, tak berani pun) semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci. Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun. "eh yeke..? alamak, i ollz tak sedar lah." Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan. Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'. Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia. Saya juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (c'mon la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..? .? ..? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri. Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.

Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing.Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing. [HR Muslim]

Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.? Saya ulang sekali lagi ayat saya di atas, "Saya rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah." Persoalannya, "Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?" (noktah)

" Di antara perkara yang boleh membawa kepada dosa adalah kelalaian. Ia adalah titik penghalang untuk memacu perubahan pada diri."

------------------------------------------------------------------------ Menuju Perubahan Bergerak Memacu Perubahan. Berubah Untuk Masa Hadapan. Banyak benar slogan, motto dan laungan berkisar perubahan sejak akhir-akhir ini. Jauh disudut hati, saya juga ingin sentiasa berubah ke arah lebih baik. Fitrah manusia, dalam dirinya pasti cenderung untuk melakukan anjakan, paradigma dan kelainan dengan meningkat lebih baik, maju dan berwawasan. Semua kita, ingin dan berhajat untuk berubah. Namun di sana ada benteng-benteng penghalang yang menjarakan antara kita dengan pintu perubahan. Justeru itu, apa yang perlu kita buat? Saya masih ingat, seorang murabbi saya menyebut tentang perubahan. Jika kita ingin melakukan perubahan, kita perlu jelas dan fahami akan hakikat perubahan itu sendiri. Hampir semua orang ingin berubah, namun setelah masa berlalu mereka masih di tahap yang sama. Oleh itu, kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang perlu kita lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula. Inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya benar-benar ingin berubah. Titik mula melakukan perubahan, kata murabbi saya ialah : Kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita. Itu asasnya. Sedarkah kita bahawa kita ini sebenarnya insan yang lemah, kerdil lagi hina ? Sekali sekala air mata ini berguguran jua. Sekuat mana kita, sekental mana fizikal luaran kita dan segagah mana daya tahan perasaan yang ada, akhirnya kita bagaikan terpaksa - akur bahawa kita sebenarnya insan yang sangat sangat kerdil, hina dan lemah. Ujian demi ujian. Dugaan demi dugaan serta musibah yang bersilih ganti hadir mengusik setiap sanubari kita. Apabila musibah itu tiba, maka sedarlah diri kita bahawa sesungguhnya, kita sangat-sangat berhajatkan kepada Allah SWT. Ya, dalam segala hal, tindakan dan peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud : (Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah Yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. ( Al- Fatir 35 : 15) Inilah tandanya dan signalnya : kita sangat-sangat perlukan Allah SWT. Kita ini sangat-sangat lemah!

Justeru, berhentilah seketika. Saat itu, kita perhatikan insan-insan di sekeliling kita dan amatilah setiap wajah mereka. Ketika itu, rehatkan juga minda kita. Dan koreksi diri kita sedalam-dalamnya. Lihatlah hati kita yang berada di dada kita. Bersihkah ia? Jernihkah ia? Atau sebaliknya? Semua ini adalah titik mula untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang tercalit pada diri kita. Pengalaman Untuk Berubah Sejak akhir-akhir ini , saya mulai berlawan dengan suatu perkara yang begitu dekat dengan diri saya. Saya mulai perasaan akan beberapa perkara yang menganggu dan menyekat diri saya untuk meningkat. Apabila saya berbincang dengan zaujati, salah satu yang melalaikan saya ialah memiliki akaun muka buka atau facebook. - Laman sosial yang digilai ramai saat ini. Lama saya berfikir & bermuhasabah, jujurnya saya telah dilalaikan oleh facebook. Saya tidak kuat untuk mengendalikanfacebook dalam kehidupan saya. Walaupun, jarang mengemas kini status, melayari ke akuan rakan-rakan lain dan sebagainya. Bagi saya, - diri ini telah dilanda ketagihan bermuka buka yang belum pernah saya alami sebelum ini. Banyak kesan burukfacebook kepada saya. Dan paling mengesani saya ialah, saya terbaca dan terambil tahu tentang berita-berita, status-status dan perkara-perkara yang tidak perlu saya tahu dan virusvirus facebook yang melanda suatu masa dahulu sehingga memaparkan imej-imej yang tidak senonoh! Luka hati saya. Banyak rakan-rakan & adik-adik, mulai kongsikan permasalahan mereka dengan keburukan facebook dan perangkap-perangkapnya. Salah memahami maksud status yang membawa perselisihan faham, tercetusnya hubungan percintaan terlarang, penggunaan yang merosakan dan sebagainya. Ada juga terperangkap dengan kononnya saling menasihati kawan-kawan tetapi terselindung maksud yang buruk di sebaliknya. Setiap hari saya akan melayarinya, sehingga mengganggu dan merencatkan tugasan harian saya yang lebih utama. Saya kata bahawa saya lalai dengan facebook apabila saya menggunakannya lebih daripada 1 jam sehari. Bagi saya, itu terlalu membazirkan masa! Apa kesan kelalaian ini? Saya mulai rasa lain ketika solat, - hilang kekhusyukan. Membaca Al-Quran tidak lagi manis. Ibadah di awal Subuh mulai suam-suam sejuk. Masa menatap Al-Quran, berzikir dan tadabur ayat-ayat Al-Quran kian kurang dalam kehidupan. Justeru, saya berbisik kepada diri - saya ingin berubah kerana masih banyak perkara yang perlu saya lakukan. Masya-Allah, ketahuilah betapa sukarnya untuk mengurangkan masa saya bersama facebook. Saya menjadualkan semula kehidupan dengan hanya membuka akaun facebook hanya di sebelah malam dengan peruntukan masa hanya sejam sahaja. Tetapi saya gagal. Lalu hujung bulan lepas, - Bulan Mac- saya mulakan dengan deactivekan akaun facebook sehingga kini. Pada peringkat awalnya, ia kelihatan drastik saya tumpang juga untuk lihat apa maklumat berkaitan dengan menggunakan akaun zaujati saya & lama-kelamaan jarang-jarang membukannya. Dan, alhamdulillah ia menunjukan kesan yang sangat positif! Mungkin, menutup akuan itu adalah jalan yang terbaik buat saya. Bagi saya, walaupun ianya kelihatan kelakar, simple dan melucukan. Tetapi, itu realiti kehidupan. Itulah lemahnya saya.

Saya semakin tenang tanpa facebook, dikeliling status-status yang tidak perlu saya tahu, dan apa-apa yang berhubung kait dengannya. Maaf, bagi saya inilah titik kelemahan yang menyebabkan saya sukar meningkat selama ini. Kelemahan saya ialah : Kelalaian!

Hakikatnya, bukannya salah itu pada facebook. Tetapi diri saya, gagal menguasai hati, jiwa dan diri untuk bertindak mengikuti keimanan, ketaqwaan dan kefahaman yang benar. Justeru, setakat ini inilah jalan yang terbaik buat saya. Andai bagaimana? Inilah salah satu pengalaman saya dalam titian perjalanan untuk berubah dan terus meningkat. Berubah meninggalkan perkara yang boleh merosakan dan merencatkan pembangunan diri saya. Dan terima kasih buat zaujati yang sentiasa memberikan nasihat dan peringatan. Alhamdulillah, zaujati mampu mengendalikan diri dengan baik dalam berfacebook. Kagum saya!^^ Dalam hidup kita, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk meningkat. Terutamanya, meninggalkan perkara-perkara yang kita sayangi. Apatah lagi, jika ia adalah sesuatu yang aib, Nasihat murabbi saya suatu masa dahulu. Kita semua memiliki keaiban-keaiban yang sangat kita sayangi kerana hawa nafsu. Justeru, tinggalkan ia secara berperingkat-peringkat. Mungkin, setiap kita tidak sama kekuatan dan kudratnya. Tetapi, berusahalah dengan mengikis kelemahan-kelemahan yang ada, Ujar murabbi lagi. Bagi yang memiliki facebook, saya tidak menyatakan kalian bersalah atau apa-apa. Tidak sama sekali, itu hanya secebis pengalaman saya yang lemah dan kerdil yang gagal menguasai diri serta berdisiplin dalam mengemudi alat teknologi untuk manfaat diri. Itu sahaja. Kalian, mungkin bijak serta cermat menggunakan facebook. Maka teruskan memanfaatkannya, serta menggunakannya untuk kebaikan dan kebenaran. Saya hanya berkongsi akan gagalnya saya dalam hal ini. Teringat akan artikel saya berkaitan facebook pada tahun lepas, hari ini Allah SWT uji akan apa yang saya catat dan tulis dahulu. Allah! Saya masih berjuang, dan akan terus berjuang untuk berubah serta mengekalkan momentum perubahan buat diri kerana saya hajat ingin meningkat dalam perjalanan menuju Allah SWT. Dan, mohon maaf atas kekurangan, kelemahan dan kekerdilan hamba Allah ini.

BroHamzah 20 April 2012 Menerima Teguran Dengan Jiwa Yang Lapang Ingin Pulang Sebagai Hamba Allah SWT, Dengan Penuh Kasih Sayang

Anda mungkin juga menyukai