Anda di halaman 1dari 66

KEDAH

1.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda


berazam untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan tersebut.
Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai
matlamat tersebut.
Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat
daripada mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, Gantunglah citacitamu di langit yang tinggi walaupun kakimu menjejaki perlimbahan.
Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan wawasan kepada kehidupan
seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat subur sepohon
yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang saya
impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.
Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guruguru saya juga. Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan,
sebaliknya terlalu perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi
memenuhi hasrat murni tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan
banyak prakarsa yang harus saya lakukan.
Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang
dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset
peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan
sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan
kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang
stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang
tua-tua, Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit.
Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan
memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati
makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak,
dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda.
Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin
harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal
ini, saya amat tertarik dengan pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada
Hadithnya, Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit.
Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya
perlu memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di

tengah-tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing


dan tiada masa depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang
merangkumi dunia dan akhirat. Resipinya, saya perlu belajar ketika usia
remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa saya.
Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik
yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga ke
peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di
seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah
penting. Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi
pananda aras untuk seseorang itu menentukan hala tujunya. Insya-Allah
sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya di manamana ada kemahuan di situ ada jalan.
Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai
kejayaan ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat
suntuk ini, saya perlu lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat
mengimpakkan hasil. Oleh itu, saya perlu melipatgandakan latihan daripada
koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya perlu memperkukuh daya ingatan
yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal atau membuat latih tubi.
Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan membuat
beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke manamana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya
amalkan sebagai salah satu daripada strategi belajar secara berkesan.
Percambahan idea dan sikap saling memberi dan menerima dengan rakanrakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan harus diraikan dan tidak
pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah sikap saling
membantu bak aur dengan tebing.
Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud,
Bertanyalah kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu jelas
menuntut supaya saya sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh
ilmuwan. Mereka itu pastilah para guru, ikon-ikon yang berjaya dan
golongan profesional dalam bidang yang ingin saya ceburi. Sekiranya ingin
menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus didekati atau
jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin
masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan
terbina motivasi untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar
dan malu bertanya harus dikikis daripada jiwa dan sanubari, bak kata
peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada yang tahu dan sentiasa
berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan


yang disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam
segala urusan. Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam
benak sanubari kita. Saya yakin kepada qada dan qadar yang telah
ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat pemurah-Nya, doa dan kegigihan
tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya cukup yakin, hasil ramuan
usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah pasti segala
yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat yang
lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti
selangkah kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah
pasti bersama-sama kita. Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan,
Allah jangan sama sekali dijauhi.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam
melengkapkan cita-cita, justeru usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah
diolah dengan sebaik-baik mungkin. Adat muda memikul tugas dan muda
juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala hajat dan
impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan
sebaik mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan
diri berada di atas landasan yang betul, insya-Allah segala impian pasti
menjadi kenyataan.
2.

Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan


bebanan ekonomi dalam rumah tangga. Selaku pengerusi kelab
pengguna di sekolah, anda diminta menyampaikan ucapan
tentang langkah-langkah hemat berbelanja dalam usaha
mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah tangga.
Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari
ini kos sara hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca
daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga
minyak, perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan
cukup menakutkan banyak pihak. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia
masih dalam suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda
negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat
menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun
bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada
pada garis kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500.
Beban kewangan adalah antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan
berkenaan. Sehubungan dengan itu, anak-anak hendaklah memahami akan
susah payah ibu bapa dengan cara melakukan pelbagai prakarsa agar dapat
mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.
Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan
apabila berada dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik
dalam menghadapi suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak
diharap dapat memahami keadaan berat ringan yang ditanggung oleh ibu
dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan hendaklah bermula dengan
amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan
keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut
tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya
mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang
ketika tidak diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak
dibicarakan sebaliknya tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segalagalanya adalah berpunca daripada sikap. Contoh yang paling mudah, jikalau
kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM20 justeru
penggunaan domestik tersebut adalah percuma. Inilah sebenarnya hakikat
amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.
Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka.
Setiap anak tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu,
anak-anak perlulah menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa
bekerja mencari rezeki. Fahamilah akan beratnya tanggungan bak kata
peribahasa, seberapa berat mata memandang beratlah lagi bahu yang
memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan mengamalkan sikap
bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar
yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era
sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu

bapa. Mereka mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang
lebih mewah. Mereka mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang di luar
upaya ibu bapa seperti inginkan pakaian yang berjenama dan berselera
untuk makan di tempat-tempat yang eksklusif. Sepatutnya, anak-anak
hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya bermewahmewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang
masakan dapat terbang bersama.
Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah
negara seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan
sentiasa terbuka. Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai
dan berniaga secara kecil-kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anakanak yang baik sudah tentu dapat menghidu peluang tersebut dengan cara
melakukan kerja sambilan sewaktu lepas sekolah dan lebih-lebih lagi dalam
musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah ketepikan perasaan malu dan
malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat diikuti daripada ikonikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon
Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat
dengan memulakan perniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang
terpenting setiap anak perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal
untuk berjaya ibarat kata tokoh tersohor Sukarno, Gantunglah cita-citamu di
bintang yang tinggi sekalipun kakimu masih mencecahi perlimbahan.
Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke
perdu ialah peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik
sentiasa kembali kepada induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan
pedoman oleh anak-anak yang telah menginjak usia dewasa. Mereka ini
hendaklah memperlihatkan sikap membalas budi dan bertanggungjawab
terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu bapa mendidik dan menjaga,
apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk melihat susah
payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah
apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik
yang masih kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anakanak yang sudah besar remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa.
Oleh itu, berpada-padalah dan sedarlah bahawa setiap kita mempunyai
tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah bersikap kacang lupakan
kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang saudara.
Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah.
Semuanya adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya
agar tidak mengenal putus asa. Demi berhadapan dengan cabaran

kesusahan dan beban hidup, semua orang digalakkan berusaha dengan


lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin esok ke atas.
Prakarsa yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak
berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ
ada jalan. Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak
langkah untuk memikirkan sebarang kerja yang dapat meringankan beban
ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan yang tidak putus daripada khaliqNya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat agar diberikan taufik
dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah akan
firman Allah dengan mafhumnya, Tuhanmu tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka
sendiri. Insya-Allah jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya,
nescaya limpah kurnia dan restu Allah akan tetap bersama-sama kita.
Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai
kesan daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu
bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab,
manakala anak-anak perlu faham akan tanggungjawab mereka terhadap ibu
bapa. Sikap saling menyokong dan saling memerlukan boleh menjadi
jambatan untuk menzahirkan impian, Rumahku Syurgaku. Semoga dengan
sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya, ibarat
sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.
3.

Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan


tamadun sesuatu bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom
buta sejarah telah melanda generasi muda.
Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan
lulus mata pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat


dalam lagu Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol
dengan musuh negara, rasuah, dan tidak menghormati undang-undang
adalah antara anasir kerendahan budi bahasa dan lunturnya jiwa patriotik
seseorang. Namun demikian, fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi
kepuasan kepada sesetengah individu untuk menunjukkan diri mereka hebat.
Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya merobek-robek sistem

perundangan, peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku keji seperti


ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat
seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan
telah mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua
pelajar, malahan subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM.
Walaupun terdapat reaksi pro dan kontra, saya berpendapat langkah tersebut
sebagai kena pada masa dan situasi untuk mengembalikan hak dan maruah
negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan
untuk melahirkan negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar
umbi tamadun. Hal demikian amatlah penting kerana kejahilan terhadap
asal usul boleh melahirkan individu yang mudah menderhaka dan tidak
mempunyai jati diri untuk berasa megah terhadap tanah tumpah darah. Oleh
itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid untuk memberikan segala
maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa sendiri. Sama ada
dalam bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segalagalanya menjadi penting apabila boleh dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah
sahaja wadah yang dapat membezakan kewujudan sesebuah negara dengan
negara yang lain. Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat sejarah,
justeru fahamlah mereka akan tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa
ini dapat diterjamahkan, nescaya amat relevanlah syarat wajib lulus sejarah
dalam kalangan pelajar diperkasakan semula.
Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi,
sebaliknya negara akan terus kekal berdaulat. Demi mempertahankan
kedaulatan, maka sejarahlah yang dapat menjelaskan tentang
kedudukan sebenar masyarakat dan sistem politik di sesebuah
negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah pasti akan
lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai
pentas. Mereka gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak
teragak-agak untuk merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang
tamadun, budaya, sosio politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun
akan menjadi catatan di atas kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu, rakyat
harus faham dan sedia bertolak ansur dalam kalangan masyarakat yang
menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam. Rakyat perlu
menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa
Malaysia yang berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah

dipersetujui. Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat
sebagai strategi mendidik rakyat agar faham dan tahu akan sejarah
terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan masyarakat majmuk.
Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat
tentang pernyataan yang menyebut, Sejarah ialah guru yang paling benar
dan sejarah tidak pernah berbohong. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah
menjadi elemen paling penting untuk mendidik rakyat memahami
sistem bernegara. Sejarah merujuk kepada peristiwa yang pernah terjadi
dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu, pengalaman landskap sejarah
hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku masyarakat agar
faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah mengajar
rakyat menghargai negara, menghormati pemimpin yang telah banyak
berjasa dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara
yang damai dan aman serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
mengambil iktibar daripada catatan sejarah tentang betapa sulitnya untuk
menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada hari ini. Pengalamanpengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti dalam
peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan
beberapa episod pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan
rakyat menjadi lebih matang.
Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu
mempercepat pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan
terus jumud sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam.
Sesungguhnya, pengalaman inilah yang telah menjadikan beberapa negara
seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa negara Komanwel di Asia
Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah. Semua negara
berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang
melanda. Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah,
justeru mereka bangkit untuk membajai semangat patriotisme menjadi
bangsa yang berjaya. Hal yang sama turut dikongsi oleh Malaysia yang
mampu bangkit dalam tempoh 57 tahun sahaja selepas ratusan tahun kita
dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah sahaja di manamana pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di hadapan
mata. Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan
jatuh bangun bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk mengorak
langkah semula.

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan


rakyat
yang sentiasa bersedia
mempertahankan
kedaulatan
negara. Perasaan sayang dan terhutang budi kepada negara akan
membentuk peribadi rakyat yang berjiwa patriotik, berintegriti dan
berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk menjadi
tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,
inilah barisan kita
yang ikhlas berjuang
akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas
amanah keamanan sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman,
panggilan jihad terus terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai yang
rela menyahut panggilan untuk menjalankan misi keamanan di seluruh
pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah pasti memberi jaminan
bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin. Oleh yang
demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan
menyatakan langkah mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah
ke belakang kerana kononnya sejarah tidak mempeunyai nilai komersial.
Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan
kemerdekaan tanah air. Kini setelah 57 tahun negara mengecapi
kemerdekaan setiap rakyat harus merasai sendiri denyut nadi mengecapi
nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa, mempertahankan
kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih susah.
Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka
amat wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat
lulus sejarah dalam peperiksaan seandainya langkah tersebut boleh
menyelamatkan masa depan negara.
4.

Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses


pembangunan sesebuah negara.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan
asing di sesebuah negara.

Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan


sektor ekonomi kepada sesebuah negara. Dalam konteks pasaran,
pelaburan asing bermaksud sesebuah kerajaan atau konglomerat cuba
menjualkan teknologi, kepakaran dan produk menjangkau ke pasaran global.
Dalam era globalisasi kini, pelaburan asing menjadi sebahagian daripada

insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan pendapatan syarikat


mahupun negara. Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia
turut tidak ketinggalan sebagai pemain ekonomi industri yang sedang
berkembang dengan membuka dasar pelaburan luar di samping turut
menggalakkan pelabur-pelabur tempatan untuk mengembangkan sayap
perniagaan di lapangan antarabngsa. Hal demikian telah menunjukkan
bahawa pelaburan asing sebagai suatu kemestian jikalau sesebuah negara
mahu bersaing di pentas ekonomi antarabnagsa. Pelaburan asing yang
bersifat rentas negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini adalah
dipengaruhi oleh beberapa faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran.
Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi
bonus untuk negara tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat
antarabangsa. Kini dalam suatu nada untuk mewujudkan kesamarataan
sejagat, kestabilan politik dan keamanan di sesebuah negara menjadi
agenda penting. Hal tersebut akan mendorong syarikat-syarikat besar di
peringkat antarabangsa untuk memperkembangkan polisi pelaburan mereka
di rantau lain. Dengan hal yang demikian, setiap negara mula menggerakkan
inisiatif agar iklim politik dan keamanan domestik sentiasa terkawal. Dengan
keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat ternama antarabangsa seperti Apple,
Pansonic, IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam lingkungan
geopolitik antarabangsa. Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini
tidak mengetahui tentang asal usul sesebuah syarikat itu mula diasaskan
adalah semata-mata atas kewujudannya yang melampaui garis sempadan
geografi antarabangsa.
Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah
kerajaan turut menyokong pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia
Ketiga khususnya mula membuka mata kepada pelaburan asing sebagai
suatu strategi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka.
Hal demikian telah membuka laluan kepada berkembangnya pasaran luar
oleh negara-negara industri seperti Jepun, Amerika Syarikat dan negaranegara EU. Di Asia Tenggara sendiri, polisi yang dilaksanakan oleh negaranegara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah membuka peluang
pekerjaan yang banyak di samping berjaya memacukan ekonomi domestik.
Pada hari ini, industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah mula
membuka pelaburan mereka terutama di Indonesia dan Thailand. Syarikatsyarikat automotif ternama Jepun seperti Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan
pada hari ini telah mula memindahkan teknologi mereka terutama ke

Indonesia dan Thailand atas dasar ketelusan negara terbabit dalam polisi
pelaburan asing mereka ibarat sambil menyelam minum air.
Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama
kemasukan pelaburan asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk
memperluas pasaran produk. Oleh itu, peluang terbaik kepada pelabur
adalah dengan terus menanam modal di negara terbabit. Selain memperoleh
bekalan buruh tempatan yang murah, antara 20 hingga 30 peratus produk
dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik. Sementara itu, bagi kebanyakan
negara dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran tidak pernah disekat.
Sebagai contoh, negara-negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand 80 juta,
Pakistan 196 juta sudah tentu mempunyai potensi pasaran yang terlalu
besar. Fenemona tersebut telah memberi insentif besar kepada kemajuan
pasaran domestik bak kata peribahasa banyak air ikan tidak mati.
Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin
komplek dengan fenomena pergerakan migrasi dan pendatang.
Gelombang perpindahan dari negara miskin ke negara-negara maju dan
negara Dunia Ketiga menyebabkan peningkatan buruh asing di kebanyakan
negara semakin sukar dikawal. Fenomena yang sama jelas terjadi kepada
Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta
orang. Limpahan tersebut telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas
dasar kemanusiaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada pekerja
asing untuk berkhidmat dalam sektor swasta dan syarikat multinasional.
Lama-kelamaan dasar tersebut sudah menjadi suatu polisi pula apabila lebih
banyak pelabur asing yang berminat untuk melabur. Hal demikian samalah
seperti kata peribahasa, di mana-mana ada air bertakung di situlah ikan
bernaung.
Selain itu, kemasukan pelabur asing turut disokong oleh dasar
pelaburan kebangsaan yang diamalkan oleh kebanyakan
negara. Apabila dirujuk kepada Malaysia, kerajaan melalui MITI sentiasa
menghantar misi kempen pelaburan luar ke negara-negara maju. Langkah
tersebut yang merupakan strategi serampang dua mata yang memberikan
fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi
menyebabkan pelabur luar bagai pucuk dicita ulam mendatang, orang
mengantuk disorongkan bantal. Kemasukan pelabur asing juga turut
menerima pelbagai insentif daripada pihak kerajaan seperti zon perindustrian
bebas, kemudahan prasarana, jaminan pinjaman bank dan keselamatan
operasi yang terjamin. Di samping itu, negara turut menerima tempias positif
apabila berlaku pemindahan teknologi kepada anak-anak tempatan yang

menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai tenaga


profesional tempatan.
Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini,
sesuatu polisi hendaklah dirancang dalam situasi menang menang kepada
semua pihak yang berkepentingan. Dasar perlindungan dan dasar monopoli
sudah tidak relevan lagi. Hal yang sama sudah tentu berlaku dalam dasar
pelaburan antara negara kerana ekonomi adalah menjadi tangan ghaib yang
menentukan kedudukan politik dan sosial di sesebuah negara.
Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada
masa ini adalah tepat juga.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang
5.
Petikan gurindam di atas menjelaskan perlunya bersifat sabar
dalam diri seseorang.
Huraikan pendapat anda tentang kepentingan-kepentingan
bersabar dalam melakasanakan sesuatu tugas.

TERENGGANU
1.

Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru
kerap berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan
amalan budaya penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.
Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda
dalam memupuk budaya penyayang di sekolah.

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang


menyebut, bahawa orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi
nilai hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang telah mengangkat
imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas dilanda
pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi yang semakin pantas,
nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat
Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan
komplek. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan

berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia
dapat, dan yang megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk
pola baru imej bangsa Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai
anak muda saya perlu menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar
budaya hormat dapat dinobatkan semula.
Isi-isi penting :
Isi 1 :
saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam
mengamalkan akhlak yang terpuji mempamerkan sikap dan
tingkah laku yang baik disenangi rakan dan para guru
Isi 2

:
menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan,
cepat mesra, peramah dan menghormati rakan menjadi pelajar
yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada perintah Tuhan

Isi 3

:
mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah
terikut-ikut dengan perangai buruk rakan tegas dan berani kerana
benar

Isi 4

:
belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang
akademik ikhlas membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5

:
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul
dengan rakan-rakan secara sihat menyumbang kejayaan kepada
sekolah mengangkat imej sekolah agar tersohor di persada negara

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan


peribahasa yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk
menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya penyayang seandainya dipupuk
dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya masyarakat yang
bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya sangat teruja
untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi menguar-uarkan idea yang baik
ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta
penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita
menjelang dekad yang akan datang.

2.

Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat


sekolah . Tajuk pidato anda ialah, Ibu Bapa Pendorong Anak-anak
Dalam Merealisasikan Budaya Membaca.
Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Pendahuluan 1
Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia,
perihal membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk
sesuatu bangsa itu maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani
bermula dengan membaca apabila Nabi Muhammad SAW menerima wahyu
pertama di Gua Hira dengan asas membaca. Seterusnya membaca terus
menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak sumber bacaan
dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat selepas
berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di
Jerman telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang
menganjak manusia menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan.
Oleh itu, tradisi warisan turun-temurun ini hendaklah diteruskan khususnya
dalam kalangan keluarga untuk membudayakan amalan membaca dalam
kalangan anak-anak.
Pendahuluan 2
Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang
tersurat mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang
diperoleh tentulah amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan.
Kewajipan membaca bukan sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu
peperiksaan, sebaliknya menjadi tanggungjawab untuk melahirkan umat
yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai dunia keilmuan. Namun
demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila
masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di
peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan
membaca gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi
untuk menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah
mengecewakan. Oleh itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari
rumah, nescaya keluarga haruslah memainkan peranan aktif untuk memupuk
semula amalan membaca.

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda


wajib dalam rumah tangga membaca hendaklah menjadi amalan
penting setaraf dengan keperluan asasi yang lain seperti makan,
minum, riadah dan semua aktiviti keluarga
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan
terpelajar dan berfikir mencetuskan idea-idea baru, bernas dan
matang melalui pengalaman membaca melahirkan rasa bangga
kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa
Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat
membaca melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan
prasarana membaca dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang
Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak
menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan minat mereka
Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara
intelektual pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca
sesi sumbang saran dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga
Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak,
sudah pasti ibu bapa adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak
dinafikan aspek minat, kecerdasan dan bakat menjadi penentu jalan hidup
anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting untuk mewarnakan mereka
dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga akan menjadi
mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka
minati.

3.

Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan


perpapaduan kaum ke arah melahirkan negara yang aman, stabil,
makmur dan dihormati oleh orang lain.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negeri ini.

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah
negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri
Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan
ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja,
malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan
Malaysia moden dilancarkan. Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan
rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai
bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang demikian, dalam
merealisasikan matlamat keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia
hendaklah menyumbangkan peranan yang aktif mengikut kemampuan dan
kedudukan masing-masing.
Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah
melaksanakan tanggangungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan
rakyat. Tanggungjawab merupakan amanah yang amat penting untuk
ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadith Rasulullah yang bermaksud,
Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab dan setiap yang
dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka. Inilah doktrin yang
perlu dipegang dengan kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam
hal ini, para pemimpin hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi agar janji
dan manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin. Imej seseorang pemimpin
akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir, pekerti yang mulia, adil lagi
berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah
disamaratakan dalam kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak
terasa diri mereka terpinggir daripada arus perdana. Sesungguhnya, dengan
kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu dan
menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara.
Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak
mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang
demikian, Imej 1Malaysia hendaklah dijelrnakan daripada kerjasama yang
terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin dan rakyat
bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang nescaya musnahlah
kedua-duanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman
yang kukuh dan harmoni antara kedua-dua pihak. Sikap saling hormat dan
saling menyokong boleh menjadi jambatan yang memperkukuh hubungan.
Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar
sentiasa dikagumi rakyat. Manakala sebagai rakyat berilah taat setia yang

tidak berbelah bahagi kerana kedua-duanya memerlukan kerjasama erat


ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama
dilapah dan hati kuman sama dicecah.
Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global,
masyarakat hendaklah memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang paling tuntas. Rakyat seharusnya mempunyai kemahuan
yang tinggi untuk meletakkan diri mereka sebagai masyarakat kelas pertama.
Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran jumud
dalam kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara
global dan berfikir di luar kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang
memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan gigih berdaya saing. Langkah
strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan membangunkan
pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran. Langkah terbaik seperti yang
sedang berlaku kini adalah dengan wujudnya kerjasama antara pihak
kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang
bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus diperkasakan, nescaya gagasan
1Malaysia pasti menjadi realiti.
Memetik kata-kata filosof agung Confucious, Apalah guna kita tidur
sebantal jikalau mimpi berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun
mimpi kita masih sama. Kata-kata yang telah diucapkan sejak lebih 3000
tahun itu benar-benar memberikan impak kepada negara berbilang kaum
seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling
utama ialah masyarakat menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan
rakyat pelbagai kaum. Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan
dalam aspek agama, budaya dan ragam hidup menjadi perintang perpaduan
perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian daripada
pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu negara
bangsa yang unik. Sebagai rakyat Malaysia jauhilah fahaman perkauman
yang masih menebal, sebaliknya jadilah masyarakat yang berfikiran terbuka
dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat
resam, dan kaum. Insya-Allah, sekiranya nilai taboo ini berjaya disingkirkan
pastilah suatu fasa baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.
Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat
membuktikan semangat patriotisme mereka. Keharmonian dan
kesejahteraan negara perlulah diisi dengan agenda pembangunan.
Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak
serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya

dengan pelbagai potensi ini tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan.


Kita harus bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan dan
mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut
untuk memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan
mematangkan kreativiti. Seluruh rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah
dirinya di bumi bertuah ini? Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka
perlu bangkit untuk memaksimumkan daya pengeluaran negara. Oleh itu,
sudah tiba masanya kita menjadi negara yang mengeksport produk dan
kepakaran daripada sekian lama menjadi masyarakat pengguna sematamata.
Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik Malaysia Berjaya yang berbunyi
Dari Perlis hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya memaparkan betapa
pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang
berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh
generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh
pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda
kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus diteruskan dengan pengisian
dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

4.

Masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar semakin


membimbangkan masyarakat dunia akhir-akhir ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negaranegara serantau bagi mengatasi masalah ini.

Pendahuluan : Apabila memperkatakan negara serantau tentulah merujuk


kepada kumpulan negara-negara yang berada dalam sesuatu wilayah yang
mendominasi suatu ekosistem dan perairan yang sama. Pada mutakhir ini,
boleh dikatakan setiap rantau di dunia mengalami masalah pencemaran dan
kemusnahan alam sekitar yang sangat serius. Keadaan yang sama tidak
terkecuali bagi rantau ASEAN yang Malaysia ialah satu daripada entitinya.
Justeru, perihal alam sekitar sudah menjadi masalah global terutama dalam
anasir perubahan cuaca yang tidak menentu seperti ribut taufan, banjir kilat
fenomena El Nino dan kemarau panjang. Sekalipun fenomena alam yang
terjadi secara azali mungkin tidak dapat disekat oleh kuasa tangan manusia,
namun perbuatan mencemar dan memusnahkan sumber alam adalah

menjadi suatu dosa yang patut disedari oleh semua pihak. Oleh itu, ancaman
fenomena seperti itu perlu ditangani secara kolektif oleh negara-negara
serantau.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Adakan muafakat serantau tentang tahap penerokaan alam yang
seimbang dalam kalangan semua negara sebagai rasa tanggungjawab
menjaga kelesteraian alam sekitar setiap negara perlu peka terhadap
keperluan alam semula jadi yang diseimbangkan dengan pembangunan.
Isi 2 : Mewujudkan undang-undang pengawalan alam sekitar yang
seragam bagi semua negara atas dasar alam sekitar bersifat universal
dan hanya dibezakan oleh kuasa pentadbiran politik sahaja
Isi 3 : Mewujudkan komitmen bersama terhadap sebarang ancaman
daripada fenomena alam sekitar - negara lain tidak boleh berlepas tangan
terhadap kerosakan alam sekitar negara mereka hingga mengancam negara
lain (kes jerebu di Indonesia)
Isi 4 : Mewujudkan dana tetap antara negara untuk
membasmi/menangani pencemaran alam sekitar suatu dasar muafakat
untuk menyelamatkan perairan dan udara serantau
Isi 5 : Menjalinkan kerjasama kepakaran antara negara untuk
menggembleng usaha menangani gejala alam sekitar
persidangan/tindakan bersama apabila berlaku sesuatu ancaman fenomena
alam menyalurkan maklumat antara negara dan menjalankan usaha
bersepadu
Kesimpulan : Alam sekitar ialah anugerah Allah kepada umat manusia yang
amat tidak ternilai harganya. Alam sekitar juga sebagai warisan kepada
generasi hadapan yang layak hidup dalam persikataran yang sihat dan
lestari. Sebarang tindakan yang boleh mencemarkan alam sekitar hendaklah
ditangani dengan penuh beijak sana, bertoleransi dan
profesional. Sesungguhnya alam tidak pernah melakukan apa-apa dosa
terhadap kesejahteraan hidup manusia, sebaliknya manusialah yang

sentiasa mungkir terhadap komitmen saling memerlukan antara alam dan


manusia.

KELANTAN
1. Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan
negara.
Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja
berwawasan.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
sepanjang kerjayanya sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan
pelbagai idea yang pragmatik. Idea-idea seperti Dasar Pandang Ke Timur,
Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia, Slogan Bersih, Cekap, dan
Amanah dan yang paling menarik ialah Wawasan 2020 (WW 2020). Kini,
WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala tuju untuk kerajaan dan
rakyat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Walau
bagaimanapun, segala dasar yang dibentangkan bukan sekadar muluk
dalam kata-kata sahaja, tetapi hendaklah direalisasikan dengan kegigihan
dan strategi yang betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat dan wawasan
tersebut akan menjadi kenyataan, justeru inilah jaminan saya untuk hasrat
murni negara itu tercapai. Dengan hal yang demikian, sebagai remaja
pencetus inovasi madani, saya perlulah memperlengkap diri sebagai remaja
trampil demi menggalas amanah negara yang cukup mencabar itu.
2.

Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang


penting dalam menangani masalah remaja.
Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3.

Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah


terbuka setiap kali menyambut perayaan kerana amalan ini
mendatangkan pelbagai manfaat.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.


Isi-isi penting :
Isi 1

:
Membuktikan Malaysia sebuah negara yang memiliki
pelbagai budaya, adat resam dan upacara sambutan yang boleh
dilakukan secara besar-besaran lambang kepada keunikan dan
kepelbagaian rakyat Malaysia pelbagai kaum

Isi 2

:
Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera
Malaysia sukar ditemui di mana-mana negara di dunia

Isi 3

:
Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur
mengadakan majlis dan keraian untuk rakan taulan dan tetamu
pelbagai kaum

Isi 4

:
Membina jambatan perpaduan masyarakat mengeratkan
hubungan saling ziarah dan menghargai kehidupan yang aman dan
toleran

Isi 5

:
Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang
pelbagai keindahan alam semula jadi yang turut diserikan dengan
pelbagai corak kehidupan rakyat yang harmoni.

4.

Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan
telah melanda beberapa buah negara di dunia. Kerjasama sejagat
amat diperlukan bagi membantu negara-negara terlibat.
Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk
membantu negara yang dilanda bencana alam seperti itu.

Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia


turut tidak ketinggalan menghulurkan pelbagai bantuan kepada
mangsa yang ditimpa malapetaka di seluruh dunia.
Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa
malapetaka alam.

Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu


menduganya. Geruh
tidak
berbunyi,
malang
tidak
berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka yang berlaku tidak
pernah dijangkakan. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang berkuasa
dan berlaku secara natural. Fenomena alam seperti perubahan suhu,
pergerakan tektonik, dan ombak laut amat sukar dijangkakan walaupun
dengan bantuan sistem teknologi canggih. Segala-galanya berlaku dengan
begitu pantas. Mangsa yang terlibat langsung tidak berpeluang untuk
menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar fenomena alam, abad ke-21
merupakan tempoh matang terhadap perubahan sistem alam yang berlaku
dalam tempoh 2000 tahun. Dengan hal yang demikian, malapetaka alam
berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat jua.
Memandangkan kita tidak mempunyai kudrat untuk menghalang tragedi
besar malapetaka alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan kepada
mangsa yang dilanda pelbagai malapetaka.
Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia
tidak ketinggalan menghulurkan pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu
dilakukan atas dasar perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat Malaysia
sentiasa insaf, jikalau hari ini kita bebas daripada malapetaka, namun esok
atau lusa bencana mungkin menimpa. Kita mengambil pendekatan sedikit
tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu mereka yang dilanda
musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan dan jalinan
mesra antara pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.
Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu
termasuklah menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa.
Pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART
sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal untuk turut sama dalam kerja-kerja
mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan tersebut pernah dihantar
membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan tragedi
Taufan Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan
bomba dihantar juga dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan
kebakaran di Sumatera dan kepulauan Riau di Indonesia.
Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan
menyalurkan khidmat merawat mangsa. Selain merawat mereka juga
memberikan khidmat kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma.
Kini Mercy Malaysia yang dipimpin oleh Dato Dr Jamilah semakin mendapat
tempat di hati masyarakat setempat kerana perkhidmatan cemerlang mereka.
Ketika mengadakan operasi menyelamat mangsa dalam tragedi gempa bumi

di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian hasil kepakaran dan


disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain khidmat
sosial yang berkualiti, pasukan tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk
menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak
berkemampuan untuk sampai ke tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah
berhenti. Pelbagai usaha dijalankan seperti mewujudkan tabung derma
mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap agensi dan organisasi telah
mengambil iniisiatif mengumpul derma dalam bentuk wang ringgit. Agensiagensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik telah
membuka akaun khas di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang
ramai menderma kepada mangsa tragedi. Bukan sekadar usaha tersebut,
terdapat juga orang perseorangan atau organisasi bukan kerajaan yang
sanggup mengumpul pakaian baru dan terpakai untuk dihantar ke lokasi
dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia. Semua usaha tersebut
terhasil daripada penghayatan nilai murni dan falsafah kemanusiaan yang
sentiasa dianuti oleh rakyat Malaysia.
Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara
bantuan yang diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk
membangunkan semula kawasan yang telah tejejas teruk. Sebagai negara
berjiran yang dapat merasakan rintihan dan suara hati saudara serantau,
Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia dalam usaha membangunkan
semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta di Indonesia yang
terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan sokongan
yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung
oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran,
sementara hidup baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit.
Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa
ngeri itu bakal berulang tiada sesiapapun yang dapat menduga. Walau
bagaimanapun, atas sifat perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap berazam
untuk terus membantu mangsa selagi terdaya. Segala bantuan yang telah
dihulurkan terbit daripada perasaan yang ikhlas demi kesejahteraan dunia
sejagat.

MPSM KUANTAN, PAHANG

1.

Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai


jasa dan pengorbanan mereka.
Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda
lakukan untuk menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.
Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.
Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat
tersebut menjadi kenyataan.

Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda
sendiri) dengan izin Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini.
Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu dan
ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus ditadahkan ke petala langit
memohon restu dan makbul Allah SWT supaya anak tersebut menjadi
cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu hakikat yang
sering melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini
menjadi permata hati yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah.
Alangkah bahagianya kedua-dua insan mulia tersebut sekiranya anak yang
bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah disepoh dan dicanai sejak
awal. Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar
lagilah azam anak-anak untuk menzahirkan impian tersebut menjadi
kenyataan.
Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan
limpah dan kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu
berterima kasihlah kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah
melahirkan kita. Langkah yang terpenting ialah anak-anak hendaklah
sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi barakah kesihatan dan
kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga perlu
membentuk jati diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang
diredai. Binalah kekuatan peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan
memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang lebih berguna selepas ibu bapa
pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak mengirimi mereka doa
seperti dalam Hadith Rasulullah yang bermaksud, Apabila mati seseorang
anak Adam itu, maka terputuslah segala amal baik dan buruknya, melainkan
tiga yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfat, dan
anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

Kalangan bijaksana pernah menukilkan, Budi pekerti pakaian peribadi,


akal fikiran pakaian insani. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani
merupakan modal besar untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan
dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh itu, jadilah anak-anak yang hebat di
tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi bahasa yang terserlah
serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai kecelaruan
dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja.
Akhirnya, sikap keji tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu
bapa terpaksa menelan malu akibat anak-anak yang bankrup akhlak.
Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu dan
seribu satu angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang
terhadap ibu bapa.
Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu
bapa agar menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih
demi jaminan hidup yang lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan
pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan membudayakan ilmu dalam
kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu apabila berada di
tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan teknologi,
tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai
kemahiran. Kedua-dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam
pasaran global. Sesungguhnya, ilmulah yang dapat membezakan antara
yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah SAW
dalam Hadith baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang
bermaksud, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara Cina sekalipun,
membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup bahagia.
Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap
anak-anak. Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anakanak sudah ditimang bagai menatang minyak yang penuh. Malang sekali
apabila anak-anak sudah meningkat dewasa ada yang tergamak
memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya, celakalah anak-anak
yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di dunia malah
di akhirat akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi
kudrat, ibu bapa tidak akan menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan
berharap kepada sifat mawaddah anak-anak sahaja. Patuhilah seperti
Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, Dan Tuhanmu
memerintahkan kamu agar jangan menyembah selain-Nya. dan
hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang
atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan

sekali-kali kamu meninggikan suara walaupun dengan perkataan,


oh!. Oleh yang demikian, sebaik-baik anak ialah mereka yang tidak pernah
memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.
Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak
yang baik, jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan
taulan. Hidup menjadi harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati
antara satu dengan yang lain. Jiran tetangga umpama keluarga sendiri
kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang lebih dahulu mendatangi
kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati, dengan yang tua
dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat. Tingkah
laku yang baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal
batang pada daunnya. Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi
permata hati dan harapan kepada ibu bapa.
Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu
bapa sejadi mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada
terjebak dengan perkara-perkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa
dengan arang. Sebenarnya, inilah imej anak-anak yang didambakan oleh ibu
bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia emas mereka. Ingatlah bahawa,
syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi
remaja bagi menyampaikan ucapan bersempena dengan hari Anugerah
Ibu Cemerlang.
Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia
Pengarah Pusat Komuniti Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guru-guru dan
seterusnya raka-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.
Hadirin sekalian,
Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah
memilih saya untuk melafazkan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh
bermakna kepada golongan Hawa. Tahniah untuk seluruh wanita yang
bergelar ibu kerana telah diberi penghargaan khas pada hari yang istimewa

yang dinamakan Hari Ibu. Semoga pemilihan hari ini menjadi lakaran
sejarah untuk semua pihak merenung sejenak akan sumbangan besar yang
telah diberikan oleh para ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya
mengucapkan, Selamat hari Ibu.
Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan
ingatan tentang pengorbanan besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu
yang juga sebagai pengemudi rumah tangga merupakan nukleus kepada
perkembangan tamadun manusia. Ibu juga sebagai penyeri dan penghias
rumah tangga. Sesuai dengan sifat mereka yang lemah lembut, teliti,
penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang bergelar ibu mampu
membahagiakan sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa
selamat apabila berada dalam pangkuan ibu. Anak-anak akan berasa
tenteram dan riang apabila berada di samping ibu. Manakala suami pula
berasa dirinya terjaga apabila berada di sisi isteri yang tersayang.
Demikianlah hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu , bak kata
peribahasa tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia.
Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan
keluarga amatlah penting. Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah
insan yang menjadi penentu hala tuju mendidik dan menguruskan rumah
tangga agar anak-anak membesar dengan sempurna. Dalam masyarakat
tradisi, ibu menjadi penunggu setia di dalam rumah, sementara si suami
keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu melaksanakan tanggungjawab menjaga
anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan dalam
keluarga pasti membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara.
Atas sokongan padu isteri, biasanya suami dapat melaksanakan
tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Tanpa isteri sebagai sumber
inspirasi seseorang suami menghadapi pelbagai kesulitan untuk
melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki apabila dalam masa yang
sama terpaksa melihat kebajikan anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah
tangga sama ada dalam aspek ekonomi dan pendidikan anak-anak mesti
terjana daripada gemblengan sinergi suami dan isteri. Dengan komitmen kuat
itulah, para cendekiawan pernah menyatakan Kejayaan seseorang lelaki
itu berdiri di belakangnya seorang wanita.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami
proses mobiliti. Mobilasasi tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami
keluar mencari rezeki. Hal tersebut adalah kerana wanita hari ini memiliki

ilmu pengetahuan dan lebih berdaya saing dengan kehendak semasa. Ramai
wanita yang berjaya menjadi profesional seperti guru, doktor, jurutera,
akauntan, dan peniaga. Situasi ini membangkitkan cabaran yang lebih besar
terhadap para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab mereka antara
keluarga dan kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan hati mereka, ramai
wanita yang berjaya dalam kedua-dua fungsi iaitu menjadi ibu yang baik dan
menjadi pekerja yang profesional. Ramai wanita profesional yang telah
bergelar ibu dapat menguruskan rumah tangga dengan baik dan melahirkan
anak-anak yang pintar untuk meneruskan tradisi kecemerlangan keluarga.
Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga,
dan Masyarakat telah diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh
Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil itu adalah sebagai induk yang menjaga hal
ehwal kebajikan wanita dan keluarga. Selain itu, kementerian tersebut
menjadi ikon kepada kejayaan kaum wanita apabila semua kegiatan wanita
telah diselaraskan agar peranannya lebih menyeluruh. Langkah mewujudkan
kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan terhadap
komitmern tinggi gender tersebut dalam masyarakat.
Rakan-rakan sekalian,
Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi
manusia tidak akan berubah. Keinginan kepada jantina yang berbeza dan
keinginan untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia akan terus
menjadi fokus masyarkat. Walaupun dunia berubah dalam pelbagai bentuk
atas permintaan dan aspirasi manusia, fungsi lelaki dan wannita sebagai
suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang demikian, sanjungilah
peranan ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan anda.
Hormatilah wanita sebagai penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu
Sekian terima kasih.
2.

Kemalangan jalan raya masih menunjukkan statistik yang


membimbangkan. Selaku pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan,
anda diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada golongan
belia di tempat anda anda. Tajuk ceramah tersebut ialah,
Kemalangan Jalan raya Berpunca Daripada Sikap Pemandu Itu
Sendiri.

Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.


3.

Dalam usaha meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di


seluruh negara, aspek keselamatan murid sekolah diutamakan
melalui pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
Pada pendapat anda, nyatakan kebaikan-kebaikan pelaksanaan
program tersebut.
4.

Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja


didapati terjebak dalam kegiatan keldai dadah di peringkat
antarabangsa.
Pada pendapat anda, mengapakah fenomena tersebut berlaku?

Keldai dadah, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan


berdarjah tinggi manakala dadah ialah najis yang amat kotor dan
membinasakan. Alangkah hinanya barang siapa yang terlibat dengan
pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri yang boleh memerangkap
sehingga membawa kepada kemusnahan. Walau bagaimanapun, fenomena
tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga kini sudah
ratusan anak muda yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah
yang telah diformasikan oleh rangkaian penyeludup dadah antarabangsa
yang berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Bukan sedikit pula
dalam kalangan mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara di
beberapa buah negara seperti di China, Amerika Latin dan di beberapa buah
negara Eropah. Inilah suatu musibah daripada tempelak peribahasa, niat di
hati nak peluk gunung, malang terpeluk biawak celaka. Sesungguhnya,
banyak sekali umpan sama ada dalam bentuk material mahupun keinginan
nafsu yang memerangkap anak-anak muda untuk dijadikan keldai dadah.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba
sesuatu yang baru tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat
melancong ke luar negara

Isi 2 : Kejahilan untuk menilai benar atau salah sesuatu tawaran


mudah termakan janji manis
Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak
dapat bekerja di luar negara menerima tawaran daripada sindiket
tanpa banyak soal masuk perangkap sindiket untuk dijadikan keldai
dadah
Isi 4 : Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada
pelancong asing ejen-ejen pengedar dadah mudah bolos mudah
berkomunikasi dan merekrut anak-anak muda tempatan untuk
menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian antarabangsa
Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan
dadah antarabangsa peluang untuk memperoleh bekalan dadah
urusan pengedaran dapat dilakukan dengan cepat
Isi 6

:
Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang
pengawalan dan pencegahan dadah di luar negara kawalan
ketat di pintu masuk di lapangan terbang mudah mengambil risiko
untuk membawa dadah apabila mendapat tawaran yang lumayan

5.

Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.


Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan
karya-karya tersebut.
Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif
dan tajam serta diasosiasikan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang
ingin disampaikan adalah berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan
konflik dalam kehidupan. Gabungan antara minda dan emosi itu
diketengahkan kepada masyarakat pembaca melalui medium bahasa yang
indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang demikian, karya-karya
kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui pemikiran
yang kritis dan analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat
deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai sumber seperti persoalan,

gaya bahasa, teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang tinggi. Oleh
itu, tidak syak lagi kita bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji
pelbagai genre sastera.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana menggali segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif
- mengenali gaya berfikir dan cetusan ilmu yang diketengahkan
melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan - mewujudkan
interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan
budayawan
Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan
persoalan yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk
berfikir berdasarkan gagasan idea penulis - berfikir secara realistik
dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan yang dikemukakan menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui
perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif
Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat penerapan melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak
langsung dapat meninjau tentang sesuatu lokasi walaupun tidak
pernah menjejakkan kaki - mendalami corak hidup, corak pemikiran,
dan pelbagai aktiviti sosioekonomi
Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif
memang kaya dengan variasi bahasa - mempelajari pelbagai bentuk
bahasa - menikmati pengucapan seni yang indah seperti dalam
pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi, bidalan, dan peribahasa
Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak penerapan unsur nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif menajamkan minda melalui penghayatan dan berfikir secara hikmah
daripada pelbagai konflik dan episod yang dipaparkan - mendidik diri
untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan sama ada
secara langsung atau tidak langsung

Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak


bertepian seperti yang diungkapkan dalam serangkap syair,
Ilmu alat yang sangat berguna
Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana
Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu
yang bakal diperoleh. Yakinlah bahawa, dengan mengkaji genre sastera
adalah amat menguntungkan selain sangat menghiburkan.
SOALAN-SOALAN TAMBAHAN TERMASUK DARIPADA PPD SABAK
BERNAM
DIMENSI DIRI
Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku
Abdul Rahman, Tun H.S. Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.
Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
PERHATIAN : (Soalan ini pada asasnya hampir sama dengan soalan
Bahagian A SPM 2012)
Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan
belang dan manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk
kepada sumbangan seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah
tiada lagi. Sumbangan dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama
sekali jasa yang ditaburkan kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan
yang telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat dan negara adalah
wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal terpahat dalam tinta
sejarah. Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku Abdul Rahman,
Tun Abdul Razak, Zaaba, Tun H S Lee, Tun Sambantan dan ramai lagi wajar
diberi penghormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu,
sebagai generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan
kesejahteraan, saya akan terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai
cara yang boleh dilakukan.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah
menjadi rakyat Malaysia dapat menyuntik perasaan sayang dan
menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu
Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang
sentiasa memahami dan menghayati sejarah negara sentiasa
menyimpan perasaan bangga dan berterima kasih kepada tokohtokoh yang telah bersusah payah memerdekakan dan memajukan
negara
Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya berasa
bangga, teruja dan terhutang budi atas kebijaksanaan, hemah
peribadi dan keberanian mereka memperjuangkan keamanan negara
menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan mereka
Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang
berkaitan dengan sejarah, tamadun dan budaya menyertai
pertandingan seperti kuiz, melukis poster, mengarang dan
mengadakan sambutan ulang tahun mengingati jasa mereka yang
telah pergi
Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama
tokoh-tokoh negara pada setiap tempat penting sebagai suatu
langkah untuk menghidupkan perjuangan mereka mendidik
masyarakat muda mengenali secara lebih dekat diri dan sumbangan
mereka
Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada
yang sekarang dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu
menunjukkan bahawa hubung kait antara yang lama dan yang baru sentiasa
saling memerlukan. Seandainya, generasi terdahulu sebagai pelakar sejarah,
nescaya generasi kini perlulah meneladani sejarah dan bijak pula
menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah
dijadikan wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana
yang salah jadikanlah panduan untuk membuka lembaran sejarah yang baru,
kerana yang baik jadikan tauladan, manakala yang buruk jadikan sempadan.
Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.
Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam
kehidupan remaja kini.

Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud,


Sesungguhnya aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan
bahasa agar mereka saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu.
Perbezaan bangsa dan bahasa bukanlah alasan untuk memisahkan antara
manusia. Sepatutnya manusia memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu
dengan menguasai pelbagai bahasa. Pelbagai bahasa wujud di dunia ini
seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Ibrani,
bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa yang
berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal yang
demikian, amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik gesaan kerajaan
untuk mempelajari pelbagai bahasa.
Isi 1 : Bahasa merupakan unsur yang global dan universal
- untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta (Maksud ayat alQuran, Aku jadikan manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan
bersuku-suku dengan pelbagai bahasa agar mereka dapat
berkenal-kenalan antara satu sama lain)
- membentuk umat yang sentiasa bersyukur
- pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat
Isi 2 : Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang
dimiliki oleh pelbagai bangsa
- setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah
dengan kemajuan teknologi, bangsa Cina dengan tamadun
perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun dengan kecanggihan
ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya,
kesenian, seni bina dan falsafah.
- sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa
memerlukan medium perterjemahan yang panjang/lama
Isi 3

: Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga


dunia
- mengeratkan hubungan diplomatik antara negara
- mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati
- dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh


bangsa di dunia

dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia


memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia
medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali
budaya masyarakat global

Isi 5 : Strategi keselamatan


- dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain
terhadap diri kita
- langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir
yang tidak baik
- memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan
dan perang saraf
Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati
membuktikan bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak
pula perkara yang boleh kita lakukan. Demikianlah dengan pengayaan
pelbagai bahasa sudah pasti menolong kita untuk menggali segala khazanah
ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah usaha memperluas pengetahuan
tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita bangun bersaing di
peringkat global.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan


peningkatan kes kemalangan di jalan raya.
Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan
raya yang berhemah.
Pendahuluan : Pelbagai OPS untuk mengatasi kemalangan di jalan raya
telah dilancarkan oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia.
Malang sekali dalam setiap operasi yang dilancarkan bukan sahaja sasaran
untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tidak tercapai, malah mangsa
yang paling ramai terlibat ialah golongan remaja. Golongan remaja sebagai
pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut dikenal pasti sebagai
pihak yang kurang beretika semasa memandu mahupun menunggang
motosikal. Aksi-aksi seperti memandu laju, berlumba, merempit dan tidak
menghormati undang-undang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Hal

demikian telah membawa musibah apabila statistik kemalangan di Malaysia


semakin meningkat tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang semakin
parah itu dan boleh menyebabkan bunga bangsa taruhan negara menjadi
korban di jalan raya, saya berpendapat banyak prakarsa yang harus
direalisasikan oleh remaja untuk menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai
undang-undang trafik syarat seperti lesen memandu, cukai jalan
dan insurans serta pengetahuan tentang undang-undang jalan raya
Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamatan pada
kenderaan kebanyakan remaja hanya tahu memandu/menunggang
kenderaan sahaja perlu tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri
mekanikal kenderaan
Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan
raya tidak bersikap terburu-buru dan melayani kehendak darah
muda remaja tidak mudah tersirna dengan cabaran berlumba atau
dicabar
Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain
tidak angkuh dan menganggap jalan raya sebagai kemudahan
bersama boleh bertolak ansur dalam situasi sukar seperti
kesesakan jalan raya, waktu puncak atau kerosakan kenderaan
pemandu lain
Isi 5 : Mengelak diri daripada aktiviti memandu/menunggang secara
berkumpulan dan berkonvoi dengan rakan sebaya sebagai
sebab utama berlaku perlumbaan haram dan merempit mengelak
diri dipengaruhi kegiatan tidak sopan semasa di jalan raya.
Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan
jalan raya terpapar di merata-rata tempat strategik, namun hakikatnya belum
mampu untuk mendidik masyarakat agar lebih berhemah di jalan raya.
Fenomena inilah yang mendedahkan rakyat negara ini menjadi mangsa di
jalan raya. Walaupun kecil dalam peta dunia, namun Malaysia cukup besar
dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh itu, remaja sebagai golongan
sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan raya kerana geruh
tidak berbunyi malang tidak berbau.

Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam


kehidupan mereka.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh
menjadi idola kepada orang lain.
Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola
mereka, nescaya pelbagai watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka.
Antara yang paling popular tentulah pemimpin negara, golongan artis, ahli
sukan atau tokoh-tokoh agama. Walau sesiapa jua yang menjadi pilihan,
seyogia keterampilan, kebijaksanaan dan hemah adalah menjadi kayu ukur
untuk menentukan individu berkenaan menjadi idola. Hakikat peribahasa,
kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya menunjukkan
bahawa ciri yang terbaik haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu
menjadi tokoh ikutan dan pimpinan yang boleh diteladani. Oleh itu, sebagai
pemimpin masa depan, saya amat teruja untuk memperkasakan diri dengan
pakej peribadi yang sempurna agar mampu menjadi ikon yang boleh
memberi impak terbaik kepada orang lain.
Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan
akhlak yang terpuji mempamerkan sikap dan tingkah laku yang
baik disenangi rakan dan para guru
Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan, cepat
mesra, peramah dan menghormati rakan menjadi pelajar yang luhur
budi bahasa serta patuh kerpada perintah Tuhan
Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah
terikut-ikut dengan perangai buruk rakan tegas dan berani kerana
benar
Isi 4 : belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang
akademik ikhlas membantu rakan untuk berjaya dalam akademik
Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul dengan
rakan-rakan secara sihat menyumbang kejayaan kepada sekolah
mengangkat imej sekolah agar tersohor di persada negara

Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai gabung kepada tema


nyatakan cadangan lahirkan impian/harapan
DIMENSI KELUARGA
Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang
berpendapatan rendah.
Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat
dalam menangani permasalahan tersebut.
CATATAN : SAMA DENGAN CONTOH JAWAPAN SOALAN 2 NEGERI
KEDAH
Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah
ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut
ialah Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat
Cermat.
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang
pelbagai peristiwa pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah
diberitakan, rakyat pernah mengecapi kenikmatan hidup semasa
pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang sangat adil lagi telus dalam
urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai sehinggakan Baitul
Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima zakat.
Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi
Yusuf menjadi Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah
sebahagian daripada beberapa kejayaan pemerintah yang lain sejak zaman
prasejarah hinggalah era milenium ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa
kapasiti pun, kejayaan sesebuah negara adalah bermula daripada
kebijaksanaan pemimpin merancang pelan strategik negara melalui agenda
berjimat cermat.
Isi-isi penting :

Isi 1 : Mewara-warakan kempen penjimatan secara berterusan dan


tersusun usaha untuk menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir
kempen penjimatan tenaga elektrik, air dan bahan makanan
amalan berbelanja secara berhemah
Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan
buatan Malaysia langkah penjimatan tepat, harga murah barang
bermutu) langkah serampang dua mata, selain berjimat dapat
sokong IKS
Isi 3 : Galakan usaha menabung mengelak daripada berbelanja yang
tidak perlu inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham
amanah (ASNB, AS1M, tabungan koperasi, pembelian insurans)
Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti untuk
mengurangkan kos perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya
hidup sihat (kempen kurangkan gula, kurangkan penggunaan minyak
masak dan penjimatan petrol)
Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan membantu golongan yang
berpendalatan rendah KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia
langkah membantu rakyat agar tidak tertekan dan terpaksa berhutang
Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara
belum habis hendaklah dijadikan amalan dan Hadith Melayu agar dapat
mendidik manusia supaya beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi
sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak berbau dan geruh tidak berbunyi yang
sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat persediaan agar tidak
dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak beringat-ingat,
bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.
Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan
tumbuh selepas hujan.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai
warga emas.

Pendahuluan : Warga Emas Teras Masyarakat. Itulah suatu slogan yang


memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengah
masyarakat. Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran
buruk, namun kewujudan mereka banyak memberikan impak positif untuk
melahirkan masyarakat yang penyayang, prihatin dan tahu membalas budi.
Malahan berdasarkan sepotong pepatah Cina yang bermaksud, Apabila di
dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah bahawa di dalam rumah
itu sudah menyimpan suatu barang yang berharga. Oleh hal yang demikian,
keberadaan warga emas perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan
hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini,
ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar
tahu menghormati warga emas.
Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan
sumbangan datuk dan nenek kepada anak-anak anak akan
faham bahawa keidupan berkeluarga yang mereka sedang alami
adalah hasil daripada pengorbanan induk yang lebih tua
Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung
penting kepada masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh
daripada warga emas anak-anak dapat kenal dan bermanja dengan
induk mereka
Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang
tua memberi ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan
tua elakkan bercerita tentang sejarah silam orang tua terutama
tentang perkara negatif
Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kendurikendara dan menziarah kematian anak-anak akan lebih dekat
dengan khalayak tua boleh berinteraksi dan kenal cita rasa warga
emas
Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak
berasa lebih mesra dengan datuk dan nenek mereka cepat tumbuh
perasaan kasih sayang.

Kesimpulan : Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan


jasa kepada generasi masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai
dan diberi balasan yang setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah
pengorbanan tersebut terus lestari dengan sikap tahu membalas budi
daripada anak-anak dan cucu-cucu. Inilah hakikat hidup dalam rangkaian
generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus buat selama-lamanya.

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang


seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial
terhadap hubungan kekeluargaan.
Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin
meningkat dari hari ke hari.
Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anakanak.

Pendahuluan : Telahan orang tua-tua yang selalu menyebut bahawa, dunia


semakin tua dan dunia sudah sampai ke akhir zaman. Ironinya, dalam
ketuaan dunia bukan proses alam yang semakin nyanyuk, sebalik isi dunia
khususnya manusia yang menjadi keliru. Isu pembunuhan kejam, haruan
makan anak, peperangan yang tiada berpenghujung seolah-olah menjadi
hiburan dan permainan. Mutakhir ini, gejala malang turut menimpa kanakkanak apabila penculikan dan perdagangan kanak-kanak semakin berleluasa
termasuk di Malaysia juga. Sekalipun ibu bapa yang wajib memberikan
perhatian serius ke atas fenomena ini, namun masyarakat juga tidak harus
berlepas tangan untuk berganding bahu membanteras gejala haiwaniah itu.
Isi 1 : Jangan terlalu mengutamakan kerjaya dan minat
- agar anak-anak tidak terbiar tanpa belaian kasih sayang
- anak-anak hanya berpeluang bermanja dengan pengasuh
- terdapat anak-anak yang langsung terbiar
- timbul kesan protes apabila anak-anak melarikan diri
Isi 2 : Mengawasi setiap pergerakan anak-anak

tidak membiarkan mereka terlalu bebas di tempat-tempat awam kes


Syarlinie dan Nurin yang terlalu menyayat hati
ibu bapa harus mempunyai perasaan cemburu akan kebebasan anakanak
untuk keselamatan kanak-kanak yang masih kecil ibu bapa hendaklah
sentiasa bersama-sama mereka pada setiap masa
Isi 3 : Menghantar anak-anak ke pusat jagaan yang berlesen
mengutamakan ciri-ciri keselamatan
tidak melepaskan anak-anak pergi sendiri ke pusat jagaan ataupun
tadika walaupun jarak yang berdekatan
kenal pasti segala maklumat pusat asuhan termasuk pengasuhnya juga
Isi 4: Sentiasa mencurigai orang-orang yang baru dikenali atau yang
datang secara tidak berjadual
kenal pasti kelibat dan gaya berkomunikasi
kemungkinan mereka menyimpan hasrat yang tidak baik
segera menghubungi pihak berkuasa jikalau mengesyaki wujud individu
atau kumpulan
sentiasa bimbang akan taktik jahat orang-orang tertentu
Isi 5 : Wujudkan rangkaian kejiranan dan masyarakat prihatin
hapuskan gaya hidup individualistik seperti enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing
amalkan gaya hidup masyarakat desa yang sentiasa mengutamakan
jiran
pihak berkuasa atau individu yang berpengaruh dalam komuniti harus
memecah tembok ego masyarakat bandar yang hidup terlalu
mementingkan diri sendiri
Kesimpulan : Sesungguhnya kehidupan kita akan menjadi bahagia dan
selesa apabila sentiasa dilindungi daripada perasaan bimbang dan takut.
Peristiwa-peristiwa seperti yang dinyatakan telah meninggalkan pelbagai
trauma dan keluh kesah dalam masyarakat. Oleh itu, semua pihak hendaklah
mengetepikan segala perbezaan yang wujud dalam kalangan mereka.
Berilah tumpuan dengan ihsan demi anak-anak yang bakal menjadi permata
hati negara.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan


kemahiran kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.
Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
membantu anak-anak menguasai kepelbagaian kemahiran.

Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam pekerjaan adalah menjadi


destinasi akhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di peringkat sijil,
diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan peluang
pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan
untuk memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu
menjanjikan seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan.
Sebaliknya, individu yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik
yang baik sudah pasti dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para
majikan.Justeru, seseorang pelajar itu wajarlah memperlengkapkan dirinya
dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sebelum melamar sebarang
pekerjaan.
Isi 1 : Memiliki kemahiran dalam berkomunikasi
petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan pendapat, dan berani
berhadapan dengan pelbagai peringkat klien
berinteraksi dalam gaya yang sopan
Isi 2 : Kemahiran menguasai pelbagai bahasa
mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat
menguasai dengan baik sama ada dalam aspek lisan mahupun tulisan bahasa utama di Malaysia: Bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab,
Jepun, dan banyak lagi
berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih
lumayan di seberang laut
Isi 3 : Kemahiran teknologi
penting selaras dengan kemajuan teknologi global
hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu oleh sektor
perindustrian teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan

memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor


(pembuatan, pemesinan, perkakasan, dan operasi)

Isi 4 : Kemahiran dalam ICT (katak di bawah tempurung)


selaras dengan kemajuan teknologi langit terbuka
mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan maklumat melalui
rangkaian internet dan laman web.
boleh bersaing dalam gelanggang maklumat yang menguasai gaya
hidup moden
Isi 5 : Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri
penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir
meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri
mudah diterima dalam kelompok
Isi 6 : Kemahiran-kemahiran seni istimewa
seni suara, seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi.
sebagai aset tambahan untuk lebih berdaya saing
Sampel kesimpulan: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada
sesiapapun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta tuah. Oleh
yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah
yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang diidamidamkan.
DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA
Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh
Kelab Keusahawanan sekolah bertajuk Pertanian ialah Perniagaan.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.
Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.
Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila sektor pertanian
diperkasakan.
Bak kata orang tua-tua, Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah
menipu. Maksud di sebalik ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-

kerja bercucuk tanam sudah pasti membawa hasil yang tidak


mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut boleh dirujuk dengan aktiviti
pertanian di negara ini yang memerlukan pemerkasaan semula setelah
kerancakannya semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain terutama
dalam sektor industri pembuatan. Sebagai sebuah negara yang dianugerahi
Allah dengan kesuburan tanah-tanihnya, pihak kerajaan hendaklah
meletakkan sasaran sektor pertanian dalam NKRA negara. Sebenarnya
terdapat banyak habuan positif kepada semua pihak sekiranya sektor
pertanian ini diperkasakan semula.
Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila
dapat mewujudkan suatu lagi saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak
kerajaan dapat mengurangkan kadar pengaliran wang keluar kerana
mengimport barangan makanan khususnya barangan pertanian. Statistik
yang dikeluarkan dalam tahun 2013, sejumlah 30 bilion telah dibelanjakan
untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal demikian amatlah
ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai suatu
daripada maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat terutama yang
tinggal di luar bandar. Pada hari ini, sektor pertanian terpaksa menerima
penangan kuat daripada sektor-sektor lain sehingga keadaannya diibaratkan
hidup segan mati tak mahu.
Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta
yang mempunyai hubung kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para
peniaga yang terlibat secara langsung mengeluarkan input-input pertanian
seperti pembekal jentera, pengeluar baja, racun dan biji benih akan dapat
mengembangkan sayap perniagaan mereka dengan lebih meluas lagi.
Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF dan ICI, sukar untuk
mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian kembali
diperkasakan sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang.
Dengan perkataan yang lain, semua syarikat yang ada hubung kait dengan
produk pertanian bakal meraih untung daripada polisi kerajaan yang bersifat
menang-menang dan mesra perniagaan seperti itu. Demikianlah hakikat
yang saling menyokong bagai aur dengan tebing.
Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh
terbesar sekiranya dasar kerajaan yang lebih mesra pertanian benar-benar
berlaku. Selama ini golongan tani yang dilihat sebagai komuniti kelas ketiga
dalam strata masyarakat di Malaysia, sebaliknya apabila sektor pertanian
kembali bernafas golongan inilah yang bakal menjadi entreprenuer dan

pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat. Kesuraman dalam sektor


ini telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna tanah selain
turut terjadi penyelewengan ke atas tanah pertanian di seluruh negara.
Belakangan ini, pengubahan status tanah pertanian kepada tanah industri
dan tanah pegangan bebas semakin menjadi-jadi. Alasan utama yang diberi
kerana wujud tanah terbiar dan tanah rang yang tidak diusahakan.
Seharusnya, perkembangan negatif itu hendaklah dilihat sebagai suatu
strategi untuk melenyapkan kuasa pemilikan tanah khususnya dalam
kalangan rakyat tempatan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah
daripada prakarsa yang positif ini. Bidang perniagaan seperti eksport import
akan memasuki fasa baru apabila Malaysia mula menjadi hub utama
pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi merancakkan lagi eksport, Malaysia
tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada eksport komoditi pertanian
seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa ini kedua-dua bidang
komoditi ini mula mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran
seperti Indonesia dan Thailand. Oleh itu, pemerkasaan sektor pertanian akan
memberi ruang kepada bidang pertanian yang lain seperti buah-buahan,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Langkah seperti yang diambil oleh
kerajaan Perlis dalam menjenamakan pengeluaran mempelam Harumanis
sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada negeri-negeri lain. Oleh itu, motto
Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani dalam menjenamakan semula
pertanian dengan logo, Pertanian ialah Perniagaan boleh memberikan
nafas baru kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sektor yang
sangat dominan ini.
Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar
dimanfaatkan agar faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak. Walaupun
sektor petroleum dan pembuatan menjadi sumber kebergantungan ekonomi
negara, justeru tidak salah sekiranya bidang pertanian turut menjadi
pelengkap kepada seluruh kegiatan ekonomi di negara ini. Inisiatif yang
paling penting, kita hendaklah melipatgandakan usaha dan
menggemblengkan kepakaran kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di
manakan dapat sagunya?
Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk
mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Bincangkan.
Pendahuluan : Disiplin suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat
berhantu dalam kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana
peringkat sekalipun sentiasa rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin.
Malahan, dalam beberapa keadaan, guru-guru yang menjadi penguasa
disiplin sangat popular dengan kebencian oleh para pelajar. Kisah-kisah
panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau disimbah cat telah
menjadi sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau
bagaimanapun, dalam benci tapi rindu tanpa peraturan dan disiplin mungkin
sistem pendidkan di Malaysia tidak sampai ke tahap yang ada seperti
sekarang. Oleh itu, pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan dan
sentiasa diperkasakan supaya proses kemenjadian pelajar akan berhasil.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa,
selamat, tenteram serta dapat melahirkan modal insan yang
berkualiti tanpa suasana pembelajaran yang kondusif matlamat
mendidik akan terbantut melahirkan generasi pelajar yang
membawa pelbagai anasir kepada mengara
Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid
dan guru serta sebaliknya mewujudkan suasana taman ilmu yang
tenteram dan berhikmah wujud jalinan kasih sayang dalam
kalangan warga sekolah
Isi 3 : Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan
kompeten sebagai jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal
insan yang hebat dan cemerlang
Langkah-langkah :
Isi 4 : Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi
oleh pelajar cuba menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan
penjana kejayaan

Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga


terhadap alma mater menanamkan azam untuk berjasa kepada
sekolah dan menjulang nama sekolah ke persada pendidikan negara
Kesimpulan : Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan
sebagai janakuasa yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada
terjerumus ke kancah bahaya. Walaupun, disiplin bukan elemen yang
popular dalam kalangan umum pelajar, namun kehadirannya hendaklah
diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat mujarab.

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai


pengguna yang bijak.
Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.
Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin
meningkat. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyedarkan
masyarakat tentang bahayanya penyakit kronik.
Bincangkan.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Inisiatif kerajaan menyedarkan rakyat dengan pelbagai maklumat
tentang penyakit berbahaya peranan media massa milik kerajaan perlu
lebih proaktif
Isi 2 : Tindakan proaktif Kementerian Kesihatan adalah amat perlu
melancarkan perang terhadap sebarang anasir/kegiatan membawa kepada
penularan penyakit berbahaya menyediakan ubat-ubatan/pencegahan yang
lebih efisien
Isi 3 : Mengawal pintu masuk negara dengan lebih ketat dan tegas
dasar menarik pelancong asing hendaklah dikaji untuk mengehadkan
kemasukan pelancong dari negara pembawa penyakit (Ebola, H1N1, dan
AIDS

Isi 4 : Masyarakat perlu beralih kepada kesedaran gaya hidup sihat


mengutamakan kesihatan sebagai keutamaan bukan lagi keperluan
agenda kesihatan dijadikan tugas rutin harian/mingguan aktiviti senaman
dan pengambilan makanan berskala zat kesihatan diutamakan
Isi 5 : Tindakan tegas pihak kerajaan terhadap pesalah yang disabitkan
dengan punca/pembawa penyakit berbahaya hukuman berat dan
penjara mandatori
Isi 6 : Mendidik masyarakat terhadap gaya hidup beragama, moral dan
etika yang mulia mengurangi gaya hidup bebas, merokok, mimuman
keras, berzina kempen, MALAYSIA SEJAHTERA, KESIHATAN
DIUTAMAKAN, AGAMA DIDAHULUKAN,

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai,


tempat-tempat bersejarah, dan kawasan tanah tinggi.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan
oleh masyarakat setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.
Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.
Anda ingin menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak
untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
NOTA : Karangan ini dalam bentuk berformat rencana. Pastikan anda
mematuhi arahan format.
Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak
Oleh : Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar
Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh
pelbagai agensi sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan dengan


menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali
di seantero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan
eksotik. Malaysia telah menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara
yang paling popular dikunjungi pelancong. Kerajaan Malaysia telah
menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong kepada 24.5
juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar
dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai
penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut
memainkan peranan aktif masing-masing.
Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada
matlamat dalam NKRA negara, justeru gemblengannya hendaklah diterajui
oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan
dengan industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatanjabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian
Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif.
Pihak yang terbabit perlu mengambil tanggungjawab untuk merancangkan
pelbagai program promosi dan menjualkan nama Malaysia di persada dunia.
Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas untuk
menentukan sasaran kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik,
kementerian perlulah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat
pelancong ke Malaysia. Sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil
kesempatan daripada kedudukan strategik Malaysia untuk laluan ke
Singapura, Indonesia, dan Thailand.
Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga.
Memandangkan kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada
cabang membuat duit, justeru pihak swasta tidak boleh terlepas pandang
dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi pelancongan
yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta hendaklah
menyokong dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan
di luar negara. Pihak swasta terutama konglomerat utama seperti YTL,
Kumpulan Genting, FELDA, Perbadanan Kemajuan Negeri hendaklah lebih
gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan
penginapan dan pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan hotel
bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ternyata jumlahnya adalah
terlalu kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat pelancongan ternama
seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi masalah tempat
penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti

pameran LIMA. Selain penginapan, kemudahan pengangkutan yang lebih


cekap dan mesra pelancong perlu disediakan. Pendek kata, kemudahan
infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dari pelancong
menjejaki kaki hinggalah mereka pulang dengan senyuman puas.
Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar negara hendaklah menjaga dan memperindah
kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak sudah maklum, kunjungan
pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup udara dan
persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit
wajar mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam.
Semua potensi bumi seperti sungai, laut dan gunung perlu dikekalkan
lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif mewartakan tempattempat tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan
semua pulau sebagai taman luat. Pulau-pulau seperti Phuket, Koh Adang,
Koh Lanta, Koh Samui dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan
lombong emas kepada negara Thai. Malaysia juga bukan kurang dengan
potensi tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau Langkawi,
Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin mendapat
tempat di hati pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar daripada
kejayaan negara jiran tersebut dalam usaha memanipulasikan sumber alam
sebagai dana kekayaan negara.
Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan
positif terhadap industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang
silam orang selalu menuduh sektor pelancongan sebagai industri yang
mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama itu adalah
meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih positif dengan menyokong semua
usaha pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor
pelancongan. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk memaparkan
identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka fikirannya dan
berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah
negara Islam, kita hendaklah lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri
amat menggalakkan umatnya bermujahadah dan melancong seperti dalam
konteks ibadah Haji, Umrah dan Ziarah. Seperkara lagi, apabila lebih ramai
pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global yang boleh
membentuk suatu dimensi baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan
bertaraf dunia.
Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta
di luar negara. Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama

secara rasmi atau individu hendaklah mengambil peluang menarik minat


lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan kuasa usaha di
luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke merata pelosok
untuk turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan
terbesar iaitu pelajar Malaysia di seberang laut hendaklah bijak
berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air untuk
menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda
yang mempunyai ilmu pengetahuan, mereka sewajarnya boleh menjadi misi
negara untuk menerangkan pelbagai keistimewaan negara sama ada dalam
aspek rumpun bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai cita rasa
makanannya dan tentang indahnya permata yang suatu ketika dahulu
dikenali sebagai Semenanjung Emas dalam kalangan pedagang dari
Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua pihak dapat melaksanakan
komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti berjaya.
Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat
strategik untuk dikunjungi oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur
atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa
ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah dan
Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak
kata peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.
Sikap prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam
kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang
mengamalkan nilai-nilai murni.
Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik
sebagai menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai
murni bekerjasama dan bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik
adalah seperti ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bagai aur dengan tebing hidup
serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup ibarat suatu anggota,
jangan memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu
banyak sarana agar masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan
bermasyarakat agar terbentuk kekuatan ummah sama ada dalam aspek
ekonomi, sosial dan budaya. Namun demikian, impian untuk membentuk
sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin muluk dalam kata-kata,

tetapi bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh hal yang demikian, semua
entiti dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah
masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci
masyarakat madani.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan
nilai bersyukur bersyukur kerana ditakdirkan hidup dalam sebuah
negara yang aman - mensyukuri nikmat Allah dan menghargai
sumber alam berpada-pada dan reda (redha) dengan nikmat yang
ada
Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan
bertauladan, hemah dan bijaksana pemimpin sebagai cerminan
kepada rakyat tunjuk tauladan dan pekerti yang mulia perlu
diserlahkan untuk ikutan masyarakat
Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk
membimbing anak-anak mengamalkan pekerti mulia anak-anak
dan remaja akan tumbuh membesar dalam persekitaran yang paling
awal iaitu di rumah dan sekolah (hakikat peribahasa, air perabung
mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid kencing berlari)
Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas
ilmu pengetahuan anak-anak dididik menerima ilmu secara
berhikmah mengamalkan ilmu dengan jalan yang betul ilmu untuk
kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat Tuhan
Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang
dan menyayangi alam sekitar masyarakat yang bijak, dinamik dan
faham akan nilai murni dalam masyarakat masyarakat yang
menghargai alam sebagai komponen penting masyarakat yang
bertanggungjawab
Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur,
terlajak laku celaka padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan
agar dalam semua tingkah laku tidak menyalahi pertaturan dan tataetika.

Justeru, perihal kehidupan dengan amalan nilai murni


hendaklah
diperkasakan. Baik negara mahupun masyarakat pasti memperoleh impak
yang cukup signifikan apabila masyarakat mula mengamalkan nilai-nilai
murni seperti prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya,
inilah impian untuk membentuk negara maju dalam acuan kita menjelang
Wawasan 2020.

DIMENSI ANTARABANGSA
Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui
peperangan.
Bincangkan pernyataan di atas.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.
Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang
lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada
sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, Aku
jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka
saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi
keamanan dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin
mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan pendapat,
ideologi, bangsa, dan agama.
Isi-isi penting :
Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar
negara menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan
multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan
di seluruh dunia amalan saling mengiktiraf sebagai negara yang
berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis
dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global
boleh mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan

mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan


kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara
hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan
sumbangan kemanusiaan
Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk
masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan
dagang dan memperluas pasaran global
Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang
siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negaranegara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka
(KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga
dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk
hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan
diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia - memperluas
sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus
terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi
hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra
masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita
memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda
ingat, banyak tanda ada.
Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan
melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan
negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.


Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang
lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada
sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, Aku
jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka
saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi
keamanan dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin
mahupun rakyat hendaklah mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan
diplomatik dengan seluruh warga dunia tanpa memilih perbezaan pendapat,
ideologi, bangsa, dan agama.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar
negara menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan
multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan
di seluruh dunia amalan saling mengiktiraf sebagai negara yang
berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis
dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2 : Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global
boleh mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan
mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan
kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara
hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan
sumbangan kemanusiaan
Isi 3 : Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk
masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan
dagang dan memperluas pasaran global
Isi 4 : Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang
siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negara-

negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka


(KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5 : Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga
dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk
hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan
diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat dunia - memperluas
sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber
Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus
terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi
hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra
masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita
memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda
ingat, banyak tanda ada.
CATATAN : SILA UBAH SUAIKAN SOALAN INI DENGAN RANGKA ISI DI
BAWAH
Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat
diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang
kini telah menjadi isu global.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu
fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan
bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi
gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di
beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan
manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut
dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada jenayah
tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia
dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit
dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek

politik, demografi, ekonomi, dan sosial. Sebagai salah sebuah negara transit
dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk tubuh dan memandang
sebelah mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan kerjasama
strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara
masing-masing kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk
menghalang kemasukan warga asing dengan sewenang-wenangnya
Isi 2

:
Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam
kalangan negara-negara dunia ketiga berusaha mengurangkan
indeks rasuah terutama dalam kalangan penguatkuasa seperti polis,
tentera, dan pengawal pintu masuk perairan negara (peribahasa
amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara


berjiran mencegah kemasukan warga asing sacara haram
kedudukan Malaysia dengan negara jiran terutama Indonesia yang
kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (hidup
berjiran, ibarat aur dengan tebing)
Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin
negara pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain
mengambil kesempatan (peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian
daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari
masa ke masa hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian
secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia
dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap
pepat di luar runcing di dalam.
Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.

Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara


negara yang berjiran.
Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing.
Demikianlah hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang
lain. Kita tidak boleh hidup bersendirian bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Banyak perkara yang kita perlu kepada
sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan maksudnya, Aku
jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar mereka
saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, sebagai
kerajaan yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif
untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia
tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.
Sesungguhnya, amat besar natijah di sebalik usaha diplomatik seperti itu.
Isi 1 : Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar
negara menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan
multilateral (hubungan dua hala dan pelbagai hala) dengan kerajaan
di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf antara satu sama
lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak
perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia
Isi 2 : Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global menjadikan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport
sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama
di bawah badan dunia seperti UNESCO - mengenali cara hidup
budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan
kemanusiaan
Isi 3 : Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global memperluas pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk
masing-masing di pasaran antarabangsa menjalinkan hubungan
dagang dan memperluas pasaran global mewujudkan jaringan yang
harmoni dalam situasi menang-menang
Isi 4 : Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil
bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang

siasah, ekonomi, sosial, dan keamanan - menjaga kebajikan negaranegara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara merdeka
(KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)
Isi 5 : Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga
dunia yang bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk
hidup bebas, berdaulat, dan diiktiraf - tidak bersikap mementingkan
diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan
maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi rakyat agar
setanding dengan warga dunia
Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus
terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh
hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat global. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra
masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita
memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda
ingat, banyak tanda ada.

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan


yang menarik seperti Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia
dan Hanoi di Vietnam.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara
dalam memajukan industri pelancongan.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Menjalinkan kerjasama diplomatik, sosial dan budaya antara
negara menjaminkan keamanan di rantau Asia Tenggara mewujudkan
sekretariat pelancongan dalam kalangan negara ASEAN
Isi 2 : Menjalankan kerjasama kelestarian alam sekitar mengekalkan
keindahan alam sekitar bersama (lautan, gunung-ganang, sungai dan rimba)

mencegah anasir cuaca buatan manusia seperti jerebu, pembakaran hutan,


dan mencemarkan laut (tumpahan minyak)
Isi 3 : Menjaminkan keamanan/keselamatan perairan bersama kawalan
daripada serangan lanun, malapetaka dan bencana di luar jangka
mengadakan rondaan bersama
Isi 4 : Mengadakan program pertukaran duta pelancongan berkongsi
maklumat dan bertukar pengalaman menguruskan program pelancongan
program mentor (Thailand boleh menjadi mentor kepada negara-negara jiran)
mewujudkan jalinan/jaringan pelancongan antara negara
pengangkutan/penerbangan
Isi 5 : Menjalankan promosi tarikan pelancongan secara bersama
wujudkan situasi menang-menang dalam usaha menarik kunjungan
pelancong pelancong luar yang datang perlu digalakkan melawat kesemua
negara dalam jiran ASEAN tidak berebut/mencuri pelancong

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada


peringkat antarabangsa memberikan peluang kepada peserta untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa dan menambahkan ilmu
pengetahuan.
Berikan pendapat anda.
CATATAN : SILA UBAH SUAI SOALAN INI DENGAN RANGKA
JAWAPAN DI BAWAH
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di
peringkat antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata
dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam
program dan pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat


yang sama iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang
dituntut agar menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak
untuk kebebasan, hak memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu
pengetahuan. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu
masyarakat dunia sering bertelagah sehingga membawa kepada
peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini pelbagai usaha telah
dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk merapatkan semula jurang
perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan pertandingan sama ada sukan
inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat
antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh
setiap negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program
seperti ini.
Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara jalinan
kerjasama dan keamanan di bawah payung PBB memupuk
semangat perpaduan dan berdamai dalam kalangan manusia sejagat
Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam
bidang ilmu pengetahuan sifat ilmu yang akan berkembang
apabila semakin luas jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali
KW) memahami hakikat bahawa setiap bangsa memiliki
keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina
tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi,
bangsa Arab tentang falsafah dan seni bina dan ilmu agama)
Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara transformasi amat
berkait rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan anak-anak
Malaysia yang pulang dengan ilmu pengetahuan akan membantu
mempercepat kemajuan negara mereka menjadi penyebar
pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang
2020.
Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial
masyarakat asing boleh mengubah cara berfikir dan bertindak
secara lebih matang bijak bergaul dan mempunyai jaringan
komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga


akademik membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang
secara global kemajuan dunia berkembang secara positif untuk
manfaat semua warga dunia tiada lagi penindasan dan peperangan
Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus
terkongkong dalam belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi
hidup bersendirian kerana sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh
masyarakat luar. Daripada kita dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra
masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai agenda lebih baik kita
memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti kepada
masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda
ingat, banyak tanda ada.
Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai
faedah kepada pelajar dan negara yang terlibat.
Huraikan faedah-faedah tersebut
Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan
geografi dan geopolitik. Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti
manusia tidak mempunyai persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa
dan hak untuk dihormati telah wujud secara azali sejak manusia dilahirkan
lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber seperti sekarang, pemisahan secara
tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu, manusia harus bertemu dan
berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses tersebut boleh
membuang segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina tamadun
alaf baru yang saling menyokong dan melahirkan suasana menang-menang.
Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah melalui
program pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan
di sebalik usaha yang telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu, bak
kata peribahasa lama hidup luas pengalaman, jauh berjalan banyak
pengetahuan (pandangan)
Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan
sosial mewujudkan suatu era baru dalam slogan, Satu Dunia Satu
Komuniti mewujudkan kedamaian sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda pendedahan tentang kepelbagaian


budaya, etika, dan ilmu pengetahuan pertukaran maklumat antara
negara maju dan negara-negara membangun (peribahasa, jauh
berjalan luas pandangan, lama hidup banyak pengalaman)
Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah
faham politik dan ideologi para pelajar bakal menjadi duta kecil
yang membawa misi damai dan menjadi bakal pemimpin masa depan
yang mesra keamanan
Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk saling
memahami dan saling menghormati budaya, adat resam, dan agama
mencetuskan keamanan dengan saling menghormati hak dan
piagam masyarakat lain
Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara
wujud hubungan lebih intim antara negara-negara peserta boleh
mengelak sikap mementingkan diri serta dendam kesumat dalam
kalangan pemimpin dunia
Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan
benih antara Adam dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari
zaman pratamadun lagi terus bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif
hendaklah digemblengkan agar budaya haiwan yang telah sekian lama
mempengaruhi minda sebahagian daripada pemimpin besar dunia dapat
dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai nikmat
keamanan yang sejati.
Peperangan, kezaliman, dan penindasan yang menimpa warga dunia
semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Anda berpendapat terdapat
pelbagai faktor yang menyumbang kepada amalan buruk tersebut.
Tulis pendapat anda tentang faktor-faktor yang mendorong berlaku
peristiwa tersebut dan cadangkan langkah-langkah yang boleh
dijalankan oleh warga dunia.

Pendahuluan : Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah.


Peribahasa tersebut benar-benar menggambarkan nasib malang yang
ditanggung oleh rakyat jelata apabila kuasa-kuasa pemerintah bertelagah
sesama sendiri. Korban rakyat Iraq yang sudah mencecah hampir sejuta
orang berpunca daripada sikap angkuh mantan Presiden Amerika George W.
Bush. Malahan dunia terus bercelaru apabila isu nuklear Iran dan Korea
Utara masih berlarutan dan tiada jalam penyelesaian. Gara-gara daripada
pertelingkahan merebut kuasa itu berakhir dengan tindakan kejam dan
penindasan yang tidak pernah berkesudahan. Malapetaka yang sudah sekian
lama menimpa rakyat Palestin, Pakistan, Afghanistan, Kashmir, Darfur, dan
pembersihan etnik yang berlaku di beberapa negara di Afrika telah
menyaksikan sejarah peradaban manusia semakin ternoda. Oleh itu, selagi
peluang masih ada, kita wajarlah menelusuri akan punca gejala tersebut
membara dan seterusnya bertindak atas hemat untuk menyelesaikan krisis
kemanusiaan tersebut.
Faktor-faktor
Isi 1 : Bangkit perasaan tamak dan ingin menunjuk kuasa - sikap yang
ditunjukkan oleh kuasa-kuasa besar dunia (Amerika Syarikat dengan
konco-konconya Perancis, England, Jerman, Australia dan Itali) mahukan negara-negara kecil berada di bawah telunjuk mereka bertindak secara kekerasan apabila order mereka tidak dipatuhi
(serangan terhadap Afghanistan, Iraq, dan Palestin, ancaman
terhadap Iran berkaitan isu nuklear - banyak korban harta benda dan
rakyat
Isi 2 : Keengganan pihak bertelingkah berunding secara jujur - hasil di
meja rundingan tidak dipraktikkan - menghasut pengikut melakukan
kekejaman - sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang bertindak
secara memihak - menghalalkan pembunuhan sekiranya dasar
mereka ditentang
Isi 3 : Kegiatan memperdagangkan senjata moden - kuasa-kuasa utama
dunia kemaruk untuk memperagakan senjata canggih mereka - cuba
mencipta masalah untuk menghalalkan tindakan memerangi negaranegara yang lemah - mengadu-dombakan pemimpin yang bertelagah

agar pertikaian berpanjangan - memperjudikan nasib rakyat yang


tidak berdosa
Langkah-langkah mengatasi
Isi 1 : Negara-negara kecil yang bertelingkah harus menamatkan
sengketa - elakkan sikap mementingkan diri sendiri - memulakan
episod dunia moden dengan kemahuan untuk berdamai daripada
terus bersengketa - elakkan campur tangan kuasa asing terutama
kuasa besar
Isi 2 : Memperkasakan misi damai - perlu ada order baru dunia yang
berani bangkit untuk menaja keamanan dunia - gabungan negaranegara kecil dan negara Dunia Ketiga mesti berani bangkit untuk
memperjuangkan keamanan sejagat - menolak campur tangan kuasa
besar yang dilakukan secara tidak adil
Isi 3 : Memboikot kuasa besar yang menjadi paksi kekejaman dunia negara-negara membangun mesti beralih untuk berlindung di bawah
pengaruh kuasa ekonomi yang mementingkan kedamaian (Cina dan
Jepun) - tidak memberi laluan penggunaan kuasa tentera kepada
negara-negara kuasa besar yang angkuh - masyarakat di negara
bergolak perlu memilih amalan bertolak ansur daripada berperang
sesama sendiri (bandingan peribahasa jong pecah yu yang kenyang)
Kesimpulan : Sesungguhnya setiap insan mempunyai hak untuk hidup dan
hak untuk memperoleh kebebasan. Maha kaya Tuhan telah menciptakan
pelbagai bentuk muka bumi dan pelbagai bangsa dengan setiap bangsa
diperuntukkan tanah air sendiri. Sudah sewajarnya bangsa tersebut
memakmurkan bumi mereka sendiri. Justeru mereka dilarang pula
mengancam peluang orang lain untuk hidup selamat dan stabil. Seyogia,
angkara sombong yang mengganggu gugat hak orang lain untuk hidup bebas
perlu dibanteras sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai