Anda di halaman 1dari 63

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir.

Anda berazam
untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada
Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi
walaupun kakimu menjejaki perlimbahan. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan
wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat
subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang
saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.
Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya
juga.

Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu

perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni
tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya
lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang


dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang
tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah
dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik,
pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut.
Benarlah bak kata orang tua-tua, Nikmat sihat itu hanya berada pada
seseorang yang sakit. Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan
makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada
mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan
rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan
fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani
serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan
Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, Jagalah nikmat sihat sebelum
datang sakit.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu
memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengahtengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa
depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat.
Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran
yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi

seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga
ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di seberang
lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting. Sememangnya,
semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk seseorang itu
menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang,
sesungguhnya di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan


ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu
lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu,
saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya
perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal
atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan
membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke manamana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai
salah satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling
memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan
harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah
sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, Bertanyalah


kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu jelas menuntut supaya saya
sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para
guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya
ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus
didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin
masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi
untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis
daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada
yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh
perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang


disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan.
Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya
yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat
pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya
cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada
Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat

yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah
kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita.
Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru
usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda
memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala
hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik
mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas
trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam


untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.


Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada
Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi
walaupun kakimu menjejaki perlimbahan. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan
wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat
subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang
saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.
Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya
juga.

Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu

perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni
tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya
lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang


dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang
tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah
dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik,
pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut.

Benarlah bak kata orang tua-tua, Nikmat sihat itu hanya berada pada
seseorang yang sakit. Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan
makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada
mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan
rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan
fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani
serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan
Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, Jagalah nikmat sihat sebelum
datang sakit.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu
memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengahtengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa
depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat.
Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran
yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi
seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sihingga
ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di seberang
lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting. Sememangnya,
semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk seseorang itu
menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang,
sesungguhnya di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan


ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu
lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu,
saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya
perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal
atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan
membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke manamana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai
salah satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling
memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan
harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah
sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, Bertanyalah


kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu jelas menuntut supaya saya
sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para

guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya
ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus
didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin
masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi
untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis
daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada
yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh
perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang


disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan.
Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya
yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat
pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya
cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada
Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat
yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah
kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita.
Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru
usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda
memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala
hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik
mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas
trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

2. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan


ekonomi dalam rumah tangga. Selaku pengerusi kelab pengguna di sekolah,
anda

diminta

menyampaikan

berbelanja dalam

usaha

ucapan

mengurangkan

tentang
bebanan

langkah-langkah

hemat

ekonomi dalam

rumah

tangga.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos
sara hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana
ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu
dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak.
Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu.

Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India,
dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun
bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis
kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500. Beban kewangan adalah
antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu,
anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu bapa dengan cara melakukan
pelbagai prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila
berada dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi
suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan
berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan
hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti
mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa
merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya
mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak
diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya
tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap.
Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah
daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Inilah
sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak
tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah
menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki.
Fahamilah akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata
memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan
mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja
sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era
sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka
mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka
mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan
pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif.
Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya
bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang
masakan dapat terbang bersama.

Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara
seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka.

Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecilkecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat
menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas
sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah
ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat dikuti
daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon
Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan
memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak
perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh
tersohor Sukarno, Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu
masih mencecahi perlimbahan.

Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu
ialah peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali
kepada induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak
yang telah menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap
membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu
bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk
melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah
apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih
kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar
remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan
sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah
bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang
saudara.

Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya
adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal putus
asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang
digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin
esok ke atas. Prakara yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak
berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan
sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan
yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat
agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah
akan firman Allah dengan mafhumnya, Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendiri. Insya-Allah

jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan
restu Allah akan tetap bersama-sama kita.

Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan


daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah
mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham
akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling
memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, Rumahku Syurgaku.
Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya,
ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.

3.

Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan

tamadun sesuatu bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah
telah melanda generasi muda.

Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata


pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam


lagu Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh
negara, rasuah, dan tidak menghormati undang-undang adalah antara

anasir

kerendahan budi bahasa dan lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun demikian,
fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi kepuasan kepada sesetengah individu
untuk menunjukkan diri mereka hebat. Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya
merobek-robek sistem perundangan, peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku
keji seperti ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat
seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan telah
mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua pelajar, malahan
subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan
kontra, saya berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan situasi untuk
mengembalikan hak dan maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang
tidak bertanggungjawab.

Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk
melahirkan negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun.
Hal demikian amatlah penting kerana

kejahilan terhadap asal usul boleh melahirkan

individu yang mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk berasa megah
terhadap tanah tumpah darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid
untuk memberikan segala maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa
sendiri. Sama ada dalam bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segalagalanya menjadi penting apabila boleh dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja
wadah yang dapat membezakan kewujudan sesebuah negara dengan negara yang lain.
Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat sejarah, justeru fahamlah mereka akan
tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa ini dapat diterjamahkan, nescaya amat
relevanlah syarat wajib lulus sejarah dalam kalangan pelajar diperkasakan semula.

Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara
akan terus kekal berdaulat. Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah
yang dapat menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem
politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah
pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai
pentas. Mereka

gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-

agak untuk merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio
politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun akan menjadi catatan di atas
kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu,

rakyat harus faham dan sedia bertolak ansur

dalam kalangan masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam.
Rakyat perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa
Malaysia yang berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui.
Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat sebagai strategi mendidik
rakyat agar faham dan tahu akan sejarah terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan
masyarakat majmuk.

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang
pernyataan yang menyebut, Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak
pernah berbohong. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling
penting untuk mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk
kepada peristiwa yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu,
pengalaman landskap sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku
masyarakat agar faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah
mengajar rakyat menghargai negara, menghormati pemimpin yang telah banyak berjasa
dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara yang damai dan aman
serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada catatan
sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang wujud pada
hari ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi terdahulu seperti
dalam peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat dan beberapa
episod pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan rakyat menjadi lebih
matang.

Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu


mempercepat pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud
sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam. Sesungguhnya, pengalaman inilah
yang telah menjadikan beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa
negara Komanwel di Asia Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah.
Semua negara berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang

melanda. Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka
bangkit untuk membajai semangat patriotisme menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang
sama turut dikongsi oleh Malaysia yang mampu bangkit dalam tempoh 57 tahun sahaja
selepas ratusan tahun kita dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah
sahaja di mana-mana pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di
hadapan mata. Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh
bangun bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat
yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang
dan terhutang budi kepada negara akan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa
patriotik, berintegriti dan berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk
menjadi tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,

inilah barisan kita


yang ikhlas berjuang

akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah
keamanan sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus
terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai yang rela menyahut panggilan untuk
menjalankan misi keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah
pasti memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin.
Oleh yang demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan
menyatakan langkah mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang
kerana kononnya sejarah tidak mempeunyai nilai komersial.

Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan


tanah air. Kini setelah 57 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus
merasai sendiri denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa,
mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih
susah. Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka
amat wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus
sejarah dalam peperiksaan seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa
depan negara.

4.

Pelaburan

asing

memainkan

peranan

yang

penting

dalam

proses

pembangunan sesebuah negara.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di


sesebuah negara.

Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan sektor


ekonomi kepada sesebuah negara. Dalam konteks pasaran, pelaburan asing bermaksud
sesebuah kerajaan atau konglomerat cuba menjualkan teknologi, kepakaran dan produk
menjangkau ke pasaran global. Dalam era globalisasi kini, pelaburan asing menjadi
sebahagian daripada insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan pendapatan
syarikat mahupun negara. Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia turut
tidak ketinggalan sebagai pemain ekonomi industri yang sedang berkembang dengan
membuka dasar pelaburan luar di samping turut menggalakkan pelabur-pelabur
tempatan untuk mengembangkan sayap perniagaan di lapangan antarabngsa. Hal

demikian telah menunjukkan bahawa pelaburan asing sebagai suatu kemestian jikalau
sesebuah negara mahu bersaing di pentas ekonomi antarabnagsa. Pelaburan asing yang
bersifat rentas negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini adalah dipengaruhi
oleh beberapa faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran.

Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus


untuk negara tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kini
dalam suatu nada untuk mewujudkan kesamarataan sejagat, kestabilan politik dan
keamanan di sesebuah negara menjadi agenda penting. Hal tersebut akan mendorong
syarikat-syarikat besar di peringkat antarabangsa untuk memperkembangkan polisi
pelaburan mereka di rantau lain. Dengan hal yang demikian, setiap negara mula
menggerakkan inisiatif agar iklim politik dan keamanan domestik sentiasa terkawal.
Dengan keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat ternama antarabangsa seperti Apple,
Pansonic, IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam lingkungan geopolitik
antarabangsa. Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini tidak mengetahui
tentang asal usul sesebuah syarikat itu mula diasaskan adalah semata-mata atas
kewujudannya yang melampaui garis sempadan geografi antarabangsa.

Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah
kerajaan turut menyokong pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia Ketiga
khususnya mula membuka mata kepada pelaburan asing sebagai suatu strategi untuk
menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Hal demikian telah membuka
laluan kepada berkembangnya pasaran luar oleh negara-negara industri seperti Jepun,
Amerika Syarikat dan negara-negara EU. Di Asia Tenggara sendiri, polisi yang
dilaksanakan oleh negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah
membuka peluang pekerjaan yang banyak di samping berjaya memacukan ekonomi
domestik. Pada hari ini, industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah mula
membuka pelaburan mereka terutama di Indonesia dan Thailand.

Syarikat-syarikat

automotif ternama Jepun seperti Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan pada hari ini telah mula
memindahkan teknologi mereka terutama ke Indonesia dan Thailand atas dasar
ketelusan negara terbabit dalam polisi pelaburan asing mereka ibarat sambil menyelam
minum air.

Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama


kemasukan pelaburan asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk memperluas
pasaran produk. Oleh itu, peluang terbaik kepada pelabur adalah dengan terus menanam
modal di negara terbabit. Selain memperoleh bekalan buruh tempatan yang murah,
antara 20 hingga 30 peratus produk dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik.
Sementara itu, bagi kebanyakan negara dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran tidak

pernah disekat. Sebagai contoh, negara-negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand 80
juta, Pakistan 196 juta sudah tentu mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar.
Fenemona tersebut telah memberi insentif besar kepada kemajuan pasaran domestik
bak kata peribahasa banyak air ikan tidak mati.

Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin komplek
dengan fenomena pergerakan migrasi dan pendatang. Gelombang perpindahan
dari negara miskin ke negara-negara maju dan negara Dunia Ketiga menyebabkan
peningkatan buruh asing di kebanyakan negara semakin sukar dikawal. Fenomena yang
sama jelas terjadi kepada Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta
orang.

Limpahan tersebut telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas dasar

kemanusiaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada pekerja asing untuk berkhidmat
dalam sektor swasta dan syarikat multinasional. Lama-kelamaan dasar tersebut sudah
menjadi suatu polisi pula apabila lebih banyak pelabur asing yang berminat untuk
melabur. Hal demikian samalah seperti kata peribahasa, di mana-mana ada air bertakung
di situlah ikan bernaung.

Selain

itu,

kemasukan

pelabur

asing

turut

disokong

oleh

dasar

pelaburan kebangsaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara. Apabila dirujuk


kepada Malaysia, kerajaan melalui MITI sentiasa menghantar misi kempen pelaburan luar
ke negara-negara maju. Langkah tersebut yang merupakan strategi serampang dua
mata yang memberikan fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan
teknologi menyebabkan pelabur luar bagai pucuk dicita ulam mendatang, orang
mengantuk disorongkan bantal. Kemasukan pelabur asing juga turut menerima pelbagai
insentif daripada pihak kerajaan seperti zon perindustrian bebas, kemudahan prasarana,
jaminan pinjaman bank dan keselamatan operasi yang terjamin. Di samping itu, negara
turut menerima tempias positif apabila berlaku pemindahan teknologi kepada anak-anak
tempatan yang menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai tenaga
profesional tempatan.

Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini, sesuatu polisi
hendaklah dirancang

dalam situasi menang menang kepada semua pihak yang

berkepentingan. Dasar perlindungan dan dasar monopoli sudah tidak relevan lagi. Hal
yang sama sudah tentu berlaku dalam dasar pelaburan antara negara kerana ekonomi
adalah menjadi tangan ghaib yang menentukan kedudukan politik dan sosial di sesebuah
negara. Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada masa
ini adalah tepat juga.

1. Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap
berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya
penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam


memupuk budaya penyayang di sekolah.

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut,


bahawa orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan
santun. Malah nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di
seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman
globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya
dan tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat
Malaysia kelihatan komplek. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan
berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang
megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola baru imej bangsa Malaysia
pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu menghayati semula
nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat dinobatkan semula.

Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak
yang terpuji mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik disenangi rakan dan
para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan, cepat mesra,
peramah dan menghormati rakan menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh
kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah terikut-ikut
dengan perangai buruk rakan tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang akademik ikhlas
membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul dengan rakan-rakan


secara sihat menyumbang kejayaan kepada sekolah mengangkat imej sekolah agar
tersohor di persada negara

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa
yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa.
Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada
lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya
sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik
ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang.
Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan
datang.
2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah .
Tajuk pidato anda ialah, Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam Merealisasikan
Budaya Membaca.

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Pendahuluan 1
Apabila kita menoleh semula kepada

sejarah kemajuan manusia, perihal

membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu
maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca.
Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak
sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat
selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman
telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia
menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turuntemurun

ini

hendaklah

diteruskan

khususnya

dalam

kalangan

keluarga

untuk

membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan 2
Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat
mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah
amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan
sekadar

menjadi

pelengkap

kepada

sesuatu

peperiksaan,

sebaliknya

menjadi

tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai

dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks
apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di
peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca
gagal

dibudayakan.

Walaupun

pelbagai

kempen

dan

insentif

diberi

untuk

menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh


itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah
memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.

Isi 1 :

Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib

dalam rumah tangga membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan
keperluan asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar


dan berfikir mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman
membaca melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 :

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat

membaca melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca


dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 :

Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak menyediakan

bahan bacaan yang sesuai dengan minat mereka

Isi 5 :

Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara

intelektual pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca sesi sumbang saran
dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu
bapa adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan
dan bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting
untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga
akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka
minati.

3.

Gagasan

1Malaysia

antara

lainnya

bertujuan

untuk

mengeratkan

perpapaduan kaum ke arah melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan
dihormati oleh orang lain.

Huraikan

usaha-usaha

yang

dapat

dilakukan

oleh

pelbagai

pihak

bagi

mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negeri ini.


Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila
Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan
ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut
telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk
pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang
menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang demikian, dalam merealisasikan matlamat
keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia hendaklah menyumbangkan peranan yang aktif
mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing.

Tanggungjawab

paling

utama

ialah

para

pemimpin

hendaklah

melaksanakan

tanggangungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan


amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadith Rasulullah yang
bermaksud,

Setiap

daripada

kamu

mempunyai

tanggungjawab

dan

setiap

yang

dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka. Inilah doktrin yang perlu dipegang
dengan kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal ini, para pemimpin hendaklah
mempunyai komitmen yang tinggi agar janji dan manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin.
Imej seseorang pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir, pekerti yang mulia, adil
lagi berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah disamaratakan dalam
kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak terasa diri mereka terpinggir daripada arus
perdana. Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu
dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak mendapat


sokongan dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, Imej 1Malaysia hendaklah
dijelrnakan daripada kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin
dan rakyat bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang nescaya musnahlah keduaduanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni antara
kedua-dua pihak.

Sikap saling hormat dan saling menyokong boleh menjadi jambatan yang

memperkukuh hubungan. Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar
sentiasa dikagumi rakyat. Manakala sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi
kerana kedua-duanya memerlukan kerjasama erat ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama
dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.

Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat hendaklah
memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas. Rakyat
seharusnya mempunyai kemahuan yang tinggi untuk meletakkan diri mereka sebagai masyarakat
kelas pertama. Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran jumud dalam
kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan berfikir di luar
kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan
gigih berdaya saing. Langkah strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan
membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran. Langkah terbaik seperti yang sedang
berlaku kini adalah dengan wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta yang
menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus
diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia pasti menjadi realiti.

Memetik kata-kata filosof agung Confucious, Apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi
berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama. Kata-kata yang telah
diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benar-benar memberikan impak kepada negara berbilang
kaum seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling utama ialah
masyarakat

menjalinkan

perpaduan

yang

sejati

dalam

kalangan

rakyat

pelbagai

kaum.

Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan ragam
hidup menjadi perintang perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian
daripada pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu negara bangsa yang
unik. Sebagai rakyat Malaysia jauhilah fahaman perkauman yang masih menebal, sebaliknya
jadilah masyarakat yang berfikiran terbuka dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap
kepercayaan agama, adat resam, dan kaum. Insya-Allah, sekiranya nilai taboo ini berjaya

disingkirkan pastilah suatu fasa baru

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat membuktikan
semangat patriotisme mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan
agenda pembangunan. Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak
serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya dengan pelbagai potensi ini
tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama berganding bahu untuk
membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut
untuk memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan mematangkan
kreativiti. Seluruh rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah dirinya di bumi bertuah ini?
Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka perlu bangkit untuk memaksimumkan daya
pengeluaran negara. Oleh itu, sudah tiba masanya kita menjadi negara yang mengeksport produk
dan kepakaran daripada sekian lama menjadi masyarakat pengguna semata-mata.

Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik Malaysia Berjaya yang berbunyi Dari Perlis
hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan
berusaha untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut
hendaklah direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang
oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh
rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus
diteruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

4.

Masalah

pencemaran

dan

isu

kemusnahan

alam

sekitar

semakin

membimbangkan masyarakat dunia akhir-akhir ini.

Bincangkan

langkah-langkah

yang

serantau bagi mengatasi masalah ini.

KELANTAN

boleh

dilakukan

oleh

negara-negara

1. Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan negara.

Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja berwawasan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang


kerjayanya sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang
pragmatik. Idea-idea seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan
Persyarikatan Malaysia, Slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang paling menarik
ialah Wawasan 2020 (WW 2020). Kini, WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala
tuju untuk kerajaan dan rakyat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.
Walau bagaimanapun, segala dasar yang dibentangkan bukan sekadar muluk dalam
kata-kata sahaja, tetapi hendaklah direalisasikan dengan kegigihan dan strategi yang
betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat dan wawasan tersebut akan menjadi kenyataan,
justeru inilah jaminan saya untuk hasrat murni negara itu tercapai. Dengan hal yang
demikian, sebagai remaja pencetus inovasi madani, saya perlulah memperlengkap diri
sebagai remaja trampil demi menggalas amanah negara yang cukup mencabar itu.

2. Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang penting
dalam menangani masalah remaja.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah terbuka


setiap kali menyambut perayaan kerana amalan ini mendatangkan pelbagai
manfaat.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Membuktikan Malaysia sebuah negara yang memiliki pelbagai budaya,


adat resam dan upacara sambutan yang boleh dilakukan secara besar-besaran
lambang kepada keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia pelbagai kaum

Isi 2 : Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera Malaysia sukar
ditemui di mana-mana negara di dunia

Isi 3 : Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur mengadakan majlis dan
keraian untuk rakan taulan dan tetamu pelbagai kaum

Isi 4 : Membina jambatan perpaduan masyarakat mengeratkan hubungan saling


ziarah dan menghargai kehidupan yang aman dan toleran

Isi 5 : Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai


keindahan alam semula jadi yang turut diserikan dengan pelbagai corak kehidupan
rakyat yang harmoni.

4. Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan telah
melanda beberapa buah negara di dunia. Kerjasama sejagat amat diperlukan
bagi membantu negara-negara terlibat.

Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk membantu negara


yang dilanda bencana alam seperti itu.

Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak
ketinggalan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa
malapetaka di seluruh dunia.

Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa malapetaka alam.

Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu menduganya. Geruh
tidak berbunyi, malang tidak berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka
yang berlaku tidak pernah dijangkakan. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang
berkuasa dan berlaku secara natural. Fenomena alam seperti perubahan suhu,
pergerakan tektonik, dan ombak laut amat sukar dijangkakan walaupun dengan bantuan
sistem teknologi canggih. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Mangsa yang
terlibat langsung tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar
fenomena alam, abad ke-21 merupakan tempoh matang terhadap perubahan sistem
alam yang berlaku dalam tempoh 2000 tahun. Dengan hal yang demikian, malapetaka
alam berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat jua.
Memandangkan

kita

tidak

mempunyai

kudrat

untuk

menghalang

tragedi

besar

malapetaka alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dilanda
pelbagai malapetaka.

Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia tidak


ketinggalan menghulurkan pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu dilakukan atas
dasar perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat Malaysia sentiasa insaf, jikalau hari ini kita
bebas daripada malapetaka, namun esok atau lusa bencana mungkin menimpa. Kita
mengambil pendekatan sedikit tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu
mereka yang dilanda musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan dan
jalinan mesra antara pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.

Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu termasuklah


menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan yang terdiri daripada
Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal
untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan tersebut
pernah dihantar membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan
tragedi Taufan Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan
bomba dihantar juga dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran di
Sumatera dan kepulauan Riau di Indonesia.

Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan


menyalurkan khidmat merawat mangsa. Selain merawat mereka juga memberikan

khidmat kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma. Kini Mercy Malaysia yang
dipimpin oleh Dato Dr Jamilah semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat
kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat
mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian
hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain
khidmat sosial yang berkualiti, pasukan tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk
menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak berkemampuan
untuk sampai ke tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha
dijalankan seperti mewujudkan tabung derma mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap
agensi dan organisasi telah mengambil iniisiatif mengumpul derma dalam bentuk wang
ringgit. Agensi-agensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik telah
membuka akaun khas di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang ramai
menderma kepada mangsa tragedi. Bukan sekadar usaha tersebut, terdapat juga orang
perseorangan atau organisasi bukan kerajaan yang sanggup mengumpul pakaian baru
dan terpakai untuk dihantar ke lokasi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.
Semua usaha tersebut terhasil daripada penghayatan nilai murni dan falsafah
kemanusiaan yang sentiasa dianuti oleh rakyat Malaysia.

Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang


diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan semula
kawasan yang telah tejejas teruk. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan
rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia
dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta
di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan
sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung
oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup
baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit.

Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa ngeri itu


bakal berulang tiada sesiapapun yang dapat menduga. Walau bagaimanapun, atas sifat
perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap berazam untuk terus membantu mangsa selagi
terdaya. Segala bantuan yang telah dihulurkan terbit daripada perasaan yang ikhlas
demi kesejahteraan dunia sejagat.

1. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan
pengorbanan mereka.
Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk
menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.

Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.
Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut
menjadi kenyataan.

Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri)
dengan izin Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang
memberikan sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang
tidak putus-putus ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT
supaya anak tersebut menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah
suatu hakikat yang sering melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke
dunia ini menjadi permata hati yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah
bahagianya kedua-dua insan mulia tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar
menuruti acuan yang telah disepoh dan dicanai sejak awal. Dengan hal demikian, betapa
besar harapan ibu bapa, seyogia besar lagilah azam anak-anak untuk menzahirkan
impian tersebut menjadi kenyataan.

Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah
kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang

terpenting ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi
barakah kesihatan dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga
perlu membentuk jati diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang
diredai. Binalah kekuatan peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh
ganjaran pahala. Tiada yang lebih berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah
harapan agar anak-anak mengirimi mereka doa seperti dalam Hadith Rasulullah yang
bermaksud , Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal baik
dan buruknya, melainkan tiga yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfat, dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu
bapa.

Kalangan bijaksana pernah menukilkan, Budi pekerti pakaian peribadi, akal


fikiran pakaian insani. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar
untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh
itu, jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi
bahasa yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai
kecelaruan dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja.
Akhirnya, sikap keji tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa
terpaksa menelan malu akibat anak-anak yang bankrup akhlak. Pelbagai angkara
songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu dan seribu satu angkara lagi seyogia
dijauhi jikalau ada perasaan sayang terhadap ibu bapa.

Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar
menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup
yang lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai
dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak
berilmu apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan
teknologi, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai
kemahiran. Kedua-dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran
global. Sesungguhnya, ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang
cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah SAW dalam Hadith baginda tentang
kepentingan menuntut ilmu yang bermaksud, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara
Cina sekalipun, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup
bahagia.

Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak.
Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang
bagai menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat
dewasa ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya,

celakalah anak-anak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di
dunia malah di akhirat akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi
kudrat, ibu bapa tidak akan menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap
kepada sifat mawaddah anak-anak sahaja. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah
Israk, ayat 23 yang bermaksud, Dan Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan
menyembah selain-Nya. dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu
bapa.

Jika

salah

seorang

atau

kedua-duanya

telah

lanjut

usia

dalam

peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu meninggikan suara walaupun


dengan perkataan, oh!. Oleh yang demikian, sebaik-baik anak ialah mereka yang
tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.

Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik,
jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi
harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran
tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang
lebih dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati,
dengan yang tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat.
Tingkah laku yang baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang
pada daunnya. Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan
harapan kepada ibu bapa.

Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi
mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkaraperkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah
imej anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia
emas mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi remaja
bagi menyampaikan ucapan bersempena dengan hari Anugerah Ibu Cemerlang.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,


Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah Jabatan
Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Pengarah Pusat
Komuniti Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guru-guru dan seterusnya raka-rakan pelajar
yang dikasihi sekalian.

Hadirin sekalian,
Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah memilih saya
untuk melafazkan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna kepada
golongan Hawa. Tahniah untuk seluruh wanita yang bergelar ibu kerana telah diberi
penghargaan khas pada hari yang istimewa yang dinamakan Hari Ibu. Semoga
pemilihan hari ini menjadi lakaran sejarah untuk semua pihak merenung sejenak akan
sumbangan besar yang telah diberikan oleh para ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya
mengucapkan, Selamat hari Ibu.

Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan ingatan


tentang pengorbanan besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu yang juga sebagai
pengemudi rumah tangga merupakan nukleus kepada perkembangan tamadun manusia.
Ibu juga sebagai penyeri dan penghias rumah tangga. Sesuai dengan sifat mereka yang
lemah lembut, teliti, penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang bergelar ibu
mampu membahagiakan sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa selamat
apabila berada dalam pangkuan ibu. Anak-anak akan berasa tenteram dan riang apabila
berada di samping ibu. Manakala suami pula berasa dirinya terjaga apabila berada di sisi
isteri yang tersayang. Demikianlah hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan
ibu , bak kata peribahasa tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia.

Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan keluarga


amatlah penting. Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah insan yang menjadi
penentu hala tuju mendidik dan menguruskan rumah tangga agar anak-anak membesar
dengan sempurna. Dalam masyarakat tradisi, ibu menjadi penunggu setia di dalam
rumah, sementara si suami keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu melaksanakan
tanggungjawab menjaga anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan
dalam keluarga pasti membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara. Atas
sokongan padu isteri, biasanya suami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan
sebaik mungkin. Tanpa isteri sebagai sumber inspirasi seseorang suami menghadapi
pelbagai kesulitan untuk melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki apabila dalam
masa yang sama terpaksa melihat kebajikan anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah
tangga sama ada dalam aspek ekonomi dan pendidikan anak-anak mesti terjana
daripada gemblengan sinergi suami dan isteri. Dengan komitmen kuat itulah, para
cendekiawan pernah menyatakan Kejayaan seseorang lelaki itu berdiri di
belakangnya seorang wanita.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami proses
mobiliti. Mobilasasi tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami keluar mencari
rezeki. Hal tersebut adalah kerana wanita hari ini memiliki ilmu pengetahuan dan lebih
berdaya saing dengan kehendak semasa. Ramai wanita yang berjaya menjadi profesional
seperti guru, doktor, jurutera, akauntan, dan peniaga. Situasi ini membangkitkan cabaran
yang lebih besar terhadap para ibu untuk menyeimbangkan tanggungjawab mereka
antara keluarga dan kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan hati mereka, ramai wanita
yang berjaya dalam kedua-dua fungsi iaitu menjadi ibu yang baik dan menjadi pekerja
yang profesional. Ramai wanita profesional yang telah bergelar ibu dapat menguruskan
rumah tangga dengan baik dan melahirkan anak-anak yang pintar untuk meneruskan
tradisi kecemerlangan keluarga.

Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan


Masyarakat telah diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh Dato Seri Shahrizat
Abdul Jalil itu adalah sebagai induk yang menjaga hal ehwal kebajikan wanita dan
keluarga. Selain itu, kementerian tersebut menjadi ikon kepada kejayaan kaum wanita
apabila semua kegiatan wanita telah diselaraskan agar peranannya lebih menyeluruh.
Langkah mewujudkan kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan
terhadap komitmern tinggi gender tersebut dalam masyarakat.

Rakan-rakan sekalian,
Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi manusia
tidak akan berubah. Keinginan kepada jantina yang berbeza dan keinginan untuk
membentuk sebuah keluarga yang bahagia akan terus menjadi fokus masyarkat.
Walaupun dunia berubah dalam pelbagai bentuk atas permintaan dan aspirasi manusia,
fungsi lelaki dan wannita sebagai suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang
demikian, sanjungilah peranan ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan
anda. Hormatilah wanita sebagai penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu

Sekian terima kasih.

4.

Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja didapati

terjebak dalam kegiatan keldai dadah di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, mengapakah fenomena tersebut berlaku?

Keldai dadah, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan berdarjah


tinggi manakala dadah ialah najis yang amat kotor dan membinasakan. Alangkah
hinanya barang siapa yang terlibat dengan pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri
yang

boleh

memerangkap

sehingga

membawa

kepada

kemusnahan.

Walau

bagaimanapun, fenomena tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga
kini sudah ratusan anak muda yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah
yang

telah

diformasikan

oleh

rangkaian

penyeludup

berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah Timur.

dadah

antarabangsa

yang

Bukan sedikit pula dalam kalangan

mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara di beberapa buah negara seperti di
China, Amerika Latin dan di beberapa buah negara Eropah. Inilah suatu musibah
daripada tempelak peribahasa, niat di hati nak peluk gunung, malang terpeluk biawak
celaka. Sesungguhnya, banyak sekali umpan sama ada dalam bentuk material mahupun
keinginan nafsu yang memerangkap anak-anak muda untuk dijadikan keldai dadah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang
baru tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara

Isi 2 : Kejahilan untuk

menilai benar atau salah sesuatu tawaran mudah

termakan janji manis

Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat


bekerja di luar negara menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal
masuk perangkap sindiket untuk dijadikan keldai dadah

Isi 4: Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong


asing ejen-ejen pengedar dadah mudah bolos mudah berkomunikasi dan merekrut
anak-anak muda tempatan untuk menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian
antarabangsa

Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah
antarabangsa peluang untuk memperoleh bekalan dadah urusan pengedaran dapat
dilakukan dengan cepat

Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan
dan pencegahan dadah di luar negara kawalan ketat di pintu masuk di lapangan
terbang mudah mengambil risiko untuk membawa dadah apabila mendapat tawaran
yang lumayan

5. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.


Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya
tersebut.

Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan
tajam serta diasosiakan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang ingin disampaikan
adalah berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan.
Gabungan antara minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca
melalui medium bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang
demikian, karya-karya kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui
pemikiran yang kritis dan analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat
deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa,
teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita
bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji pelbagai genre sastera.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali
segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir
dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan
- mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan

Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan
yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan
idea penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan
yang dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui
perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif

Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat -

penerapan

melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau

tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak
hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi

Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang
kaya dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati
pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi,
bidalan, dan peribahasa

Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur
nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui
penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang
dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan
sama ada secara langsung atau tidak langsung

Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti
yang diungkapkan dalam serangkap syair,

Ilmu alat yang sangat berguna


Idaman orang yang bijaksana
Hamparnya luas amat saujana
Tepinya ajal sempadannya fana

Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal
diperoleh.

Yakinlah

bahawa,

dengan

mengkaji

genre

sastera

adalah

amat

menguntungkan selain sangat menghiburkan.

DIMENSI DIRI
Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul
Rahman, Tun H.S. Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.
Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.
Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang
dan manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada
sumbangan seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan
dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan

kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa
kepada masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus
kekal terpahat dalam tinta sejarah. Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku
Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Zaaba, Tun H S Lee, Tun Sambantah dan ramai lagi
wajar diberi pengnormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai
generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesjeahteraan, saya akan
terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi
rakyat Malaysia dapat menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan
tokoh-tokoh terdahulu
Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa
memahami dan menghayati sejarah negara sentiasa menyimpan perasaan
bangga

dan

berterima

kasih

kepada

tokoh-tokoh

yang

telah

bersusah

payah

memerdekakan dan memajukan negara


Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya berasa bangga,
teruja dan terhutang budi atas kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka
memperjuangkan keamanan negara menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan
mereka
Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang berkaitan
dengan sejarah, tamadun dan budaya menyertai pertandingan seperti kuiz,
melukis poster, mengarang dan mengadakan sambutan ulang tahun mengingati jasa
mereka yang telah pergi
Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokohtokoh negara pada setiap tempat penting sebagai suatu langkah untuk
menghidupkan perjuangan mereka mendidik masyarakat muda mengenali secara lebih
dekat diri dan sumbangan mereka
Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang
sekarang dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung
kait antara yang lama dan yang baru sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi
terdahulu sebagai pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah menauladani sejarah
dan bijak pula menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah
dijadikan wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana yang salah
jadikanlah panduan untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana yang baik
jadikan tauladan, manakala yang buruk jadikan sempadan.

Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.


Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan remaja
kini.

Pendahuluan

Mafhum

daripada

sepotong

ayat

al-Quran

yang

bermaksud,

Sesungguhnya aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar
mereka saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa
bukanlah

alasan

untuk

memisahkan

antara

manusia.

Sepatutnya

manusia

memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa.


Pelbagai bahasa wujud di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa
Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa
yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal yang demikian,
amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik gesaan kerajaan untuk mempelajari
pelbagai bahasa.

Isi 1: Bahasa merupakan unsur yang global dan universal


-

untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta (Maksud ayat al-Quran, Aku jadikan
manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa
agar mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain)

membentuk umat yang sentiasa bersyukur

pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat

Isi 2: Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh
pelbagai bangsa
-

setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan


teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun
dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya,
kesenian, seni bina dan falsafah.

sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa memerlukan medium
perterjemahan yang panjang/lama

Isi 3 :

Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia

mengeratkan hubungan diplomatik antara negara

mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati

dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di


dunia
-

dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia

memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia

medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat global

Isi 5 : Strategi keselamatan


-

dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain terhadap diri kita

langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir yang tidak baik

memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan dan perang saraf

Kesimpulan :

Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati

membuktikan bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara
yang boleh kita lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti
menolong kita untuk menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah
usaha memperluas pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita
bangun bersaing di peringkat global.

Sikap

pengguna

jalan

raya

yang

tidak

berhemah

telah

mengakibatkan

peningkatan kes kemalangan di jalan raya.


Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya
yang berhemah.
Pendahuluan : Pelbagai OPS

untuk mengatasi kemalangan di jalan raya telah

dilancarkan oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia. Malang sekali dalam
setiap operasi yang dilancarkan bukan sahaja sasaran untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya tidak tercapai, malah mangsa yang paling ramai terlibat ialah golongan
remaja. Golongan remaja sebagai pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut
dikenal pasti sebagai pihak yang

kurang beretika semasa memandu mahupun

menunggang motosikal. Aksi-aksi seperti memandu laju, berlumba, merempit dan tidak
menghormati undang-undang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Hal demikian
telah membawa musibah apabila statistik kemalangan di Malaysia semakin meningkat
tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang semakin parah itu dan boleh menyebabkan
bunga bangsa taruhan negara menjadi korban di jalan raya, saya berpendapat banyak
prakarsa yang harus direalisasikan oleh remaja untuk menjadi pengguna jalan raya yang
berhemah.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai
undang-undang trafik syarat seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran serta
pengetahuan tentang undang-undang jalan raya
Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamtan pada kenderaan
kebanyakan remaja hanya tahu memandu/menunggang kenderaan sahaja perlu
tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri mekanikal kenderaan

Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan raya
tidak bersikap terburu-buru dan melayani kehendak darah muda remaja tidak mudah
tersirna dengan cabaran berlumba atau dicabar
Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain tidak angkuh
dan menganggap jalan raya sebagai kemudahan bersama boleh bertolak ansur dalam
situasi sukar seperti kesesakan jalan raya, waktu puncak atau kerosakan kenderaan
pemandu lain
Isi

Mengelak

diri

daripada

aktiviti

memandu/menunggang

secara

berkumpulan dan berkomboi dengan rakan sebaya sebagai sebab utama berlaku
perlumbaan haram dan merempit mengelak diri dipengaruhi kegiatan tidak sopan
semasa di jalan raya.
Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan jalan raya
terpapar di merata-rata tempat strategik, namun hakikatnya belum mampu untuk
mendidik masyarakat agar lebih berhemah di jalan raya. Fenomena inilah yang
mendedahkan rakyat negara ini menjadi mangsa di jalan raya. Walaupun kecil dalam
peta dunia, namun Malaysia cukup besar dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh
itu, remaja sebagai golongan sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan
raya kerana geruh tidak berbunyi malang tidak berbau.

Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan


mereka.
Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola
kepada orang lain.

Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola mereka,


nescaya pelbagai watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka. Antara yang paling
popular tentulah pemimpin negara, golongan artis, ahli sukan atau tokoh-tokoh agama.
Walau sesiapa jua yang menjadi pilihan, seyogia keterampilan, kebijaksanaan dan hemah
adalah menjadi kayu ukur untuk menentukan individu berkenaan menjadi idola. Hakikat
peribahasa, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya menunjukkan
bahawa ciri yang terbaik haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu menjadi
tokoh ikutan dan pimpinan yang boleh diteladani. Oleh itu, sebagai pemimpin masa
depan, saya amat teruja untuk memperkasakan diri dengan pakej peribadi yang
sempurna agar mampu menjadi ikon yang boleh memberi impak terbaik kepada orang
lain.
Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak
yang terpuji mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik disenangi rakan dan
para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati senang berkawan, cepat mesra,
peramah dan menghormati rakan menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh
kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri tidak mudah terikut-ikut
dengan perangai buruk rakan tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah menjadi pelajar yang cemerlang akademik ikhlas
membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum proses bergaul dengan rakan-rakan


secara sihat menyumbang kejayaan kepada sekolah mengangkat imej sekolah agar
tersohor di persada negara

Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai gabung kepada tema nyatakan
cadangan lahirkan impian/harapan

DIMENSI KELUARGA

Kenaikan

kos

sara

hidup

membebankan

golongan

masyarakat

yang

berpendapatan rendah.
Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam
menangani permasalahan tersebut.

Anda

merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Kepenggunaan

dan

Koperasi

(KPDNKK)

diminta

menyampaikan

dan

sebuah

ceramah kepada belia-belia

di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah

Usaha-usaha Kerajaan dalam

Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai
peristiwa pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah
mengecapi kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang
sangat adil lagi telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai
sehinggakan Baitul Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima
zakat. Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf
menjadi Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada
beberapa kejayaan pemerintah yang lain sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium
ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti pun, kejayaan sesebuah negara adalah
bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang pelan strategik negara melalui
agenda berjimat cermat.

Isi-isi penting :

Isi 1 :

Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun

usaha untuk menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir kempen penjimatan tenaga
elektrik, air dan bahan makanan amalan berbelanja secara berhemah

Isi 2 :

Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan

Malaysia langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) langkah


serampang dua mata, selain berjimat dapat sokong IKS

Isi 3 : Galakan usaha menabung mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu
inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M, tabungan
koperasi, pembelian insurans)

Isi 4 :

Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti untuk

mengurangkan kos perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen
kurangkan gula, kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)

Isi 5 :

Melancarkan skim khidmat sokongan membantu golongan yang

berpendalatan rendah KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia langkah membantu


rakyat agar tidak tertekan dan terpaksa berhutang

Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis
hendaklah dijadikan amalan dan Hadith Melayu agar dapat mendidik manusia supaya
beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak
berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat
persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak
beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh


selepas hujan.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga
emas.

Pendahuluan : Warga Emas Teras Masyarakat. Itulah suatu slogan yang


memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat.
Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan
mereka

banyak

memberikan

impak

positif

untuk

melahirkan

masyarakat

yang

penyayang, prihatin dan tahu membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah
Cina yang bermaksud, Apabila di dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah
bahawa di dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang yang berharga. Oleh hal
yang demikian, keberadaan warga emas perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan
hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah
yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga
emas.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan
datuk dan nenek kepada anak-anak anak akan faham bahawa keidupan

berkeluarga yang mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan induk yang
lebih tua

Isi 2 :

Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung penting

kepada masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga emas anakanak dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua


memberi ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua elakkan bercerita
tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan


menziarah kematian anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua boleh
berinteraksi dan kenal cita rasa warga emas

Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama anak berasa lebih
mesra dengan datuk dan nenek mereka cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

Kesimpulan : Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada
generasi masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang
setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan
sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu-cucu. Inilah hakikat hidup dalam
rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus buat selama-lamanya.

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti


Facebook, Twitter, dan Instagram.
Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap
hubungan kekeluargaan.

Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari


ke hari.
Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran


kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anakanak menguasai kepelbagaian kemahiran.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA
Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab
Keusahawanan sekolah bertajuk Pertanian ialah Perniagaan.
Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.


Bincangkan
diperkasakan.

faedah-faedah

yang

diperoleh

apabila

sektor

pertanian

Bak kata orang tua-tua, Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah menipu.
Maksud di sebalik ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-kerja bercucuk tanam
sudah pasti membawa hasil yang tidak mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut boleh
dirujuk dengan aktiviti pertanian di negara ini yang memerlukan pemerkasaan semula
setelah kerancakannya semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain terutama
dalam sektor industri pembuatan. Sebagai sebuah negara yang dianugerahi Allah
dengan kesuburan tanah-tanihnya, pihak kerajaan hendaklah meletakkan sasaran sektor
pertanian dalam NKRA negara. Sebenarnya terdapat banyak habuan positif kepada
semua pihak sekiranya sektor pertanian ini diperkasakan semula.

Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila dapat
mewujudkan suatu lagi saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak kerajaan dapat
mengurangkan kadar pengaliran wang keluar kerana mengimport barangan makanan
khususnya barangan pertanian. Statistik yang dikeluarkan dalam tahun 2013, sejumlah
30 bilion telah dibelanjakan untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal
demikian amatlah ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai
suatu daripada maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat mengurangkan
kadar pengangguran dalam kalangan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Pada
hari ini, sektor pertanian terpaksa menerima penangan kuat daripada sektor-sektor lain
sehingga keadaannya diibaratkan hidup segan mati tak mahu.

Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta yang
mempunyai hubung kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para peniaga yang terlibat
secara

langsung

mengeluarkan

input-input

pertanian

seperti

pembekal

jentera,

pengeluar baja, racun dan biji benih akan dapat mengembangkan sayap perniagaan
mereka dengan lebih meluas lagi. Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF
dan ICI, sukar untuk mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian
kembali diperkasakan sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang. Dengan
perkataan yang lain, semua syarikat yang ada hubung kait dengan produk pertanian
bakal meraih untung daripada polisi kerajaan yang bersifat menang-menang dan mesra
perniagaan seperti itu. Demikianlah hakikat yang saling menyokong bagai aur dengan
tebing.

Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh terbesar
sekiranya dasar kerajaan yang lebih mesra pertanian benar-benar berlaku. Selama ini
golongan tani yang dilihat sebagai komuniti kelas ketiga dalam strata masyarakat di
Malaysia, sebaliknya apabila sektor pertanian kembali bernafas golongan inilah yang
bakal menjadi entreprenuer dan pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat.
Kesuraman dalam sektor ini telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna

tanah selain turut terjadi penyelewengan ke atas tanah pertanian di seluruh negara.
Belakangan ini, pengubahan status tanah pertanian kepada tanah industri dan tanah
pegangan bebas semakin menjadi-jadi. Alasan utama yang diberi kerana wujud tanah
terbiar dan tanah rang yang tidak diusahakan. Seharusnya, perkembangan negatif itu
hendaklah dilihat sebagai suatu strategi untuk melenyapkan kuasa pemilikan tanah
khususnya dalam kalangan rakyat tempatan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah daripada


prakarsa yang positif ini. Bidang perniagaan seperti eksport import akan memasuki fasa
baru apabila Malaysia mula menjadi hub utama pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi
merancakkan lagi eksport, Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada
eksport komoditi pertanian seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa ini keduadua bidang komoditi ini mula mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran
seperti Indonesia dan Thailand. Oleh itu, pemerkasaan sektor pertanian akan memberi
ruang kepada bidang pertanian yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan
bunga-bungaan. Langkah seperti yang diambil oleh kerajaan Perlis dalam menjenamakan
pengeluaran mempelam Harumanis sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada negerinegeri lain. Oleh itu, motto Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani dalam
menjenamakan semula pertanian dengan logo, Pertanian ialah Perniagaan boleh
memberikan nafas baru kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sektor yang
sangat dominan ini.

Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar dimanfaatkan agar
faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak. Walaupun sektor petroleum dan pembuatan
menjadi sumber kebergantungan ekonomi negara, justeru tidak salah sekiranya bidang
pertanian turut menjadi pelengkap kepada seluruh kegiatan ekonomi di negara ini.
Inisiatif

yang

paling

penting,

kita

hendaklah

melipatgandakan

usaha

dan

menggemblengkan kepakaran kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat


sagunya?

Semua

warga

sekolah

terutama

murid-murid

bertanggungjawab

untuk

mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Bincangkan.

Pendahuluan :

Disiplin suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu

dalam kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun
sentiasa rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa
keadaan, guru-guru yang menjadi penguasa disiplin sangat popular dengan kebencian
oleh para pelajar. Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau
disimbah cat telah menjadi sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau
bagaimanapun, dalam benci tapi rindu tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem
pendidkan di Malaysia tidak sampai ke tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu,
pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan dan sentiasa diperkasakan supaya
proses kemenjadian pelajar akan berhasil.

Isi-isi penting :
Isi 1 :

Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat,

tenteram serta dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tanpa suasana
pembelajaran yang kondusif matlamat mendidik akan terbantut melahirkan generasi
pelajar yang membawa pelbagai anasir kepada mengara

Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan
guru serta sebaliknya mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan
berhikmah wujud jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah

Isi 3 :

Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan

kompeten sebagai jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat
dan cemerlang

Langkah-langkah :

Isi 4 :

Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh

pelajar cuba menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan

Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma


mater menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah
ke persada pendidikan negara

Kesimpulan :

Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai

janakuasa yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah


bahaya. Walaupun, disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar,
namun kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat
mujarab.

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna


yang bijak.
Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.

Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat.


Langkah-langkah

perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang

bahayanya penyakit kronik.


Bincangkan.

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempattempat bersejarah, dan kawasan tanah tinggi.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh

dilakukan oleh

masyarakat setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.

Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis
rencana

berkaitan

dengan

peranan

pelbagai

pihak

untuk

memajukan

industri

pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Tajuk : Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak


Oleh

: Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar

Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi
sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh
pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali
di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan eksotik. Malaysia telah
menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara yang paling popular dikunjungi pelancong.
Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong kepada
24.5 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar dengan hasrat
negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka
semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.

Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA


negara, justeru gemblengannya hendaklah

diterajukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-

agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti Kementerian


Pelancongan, Jabatan-jabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian
Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit perlu
mengambil tanggungjawab untuk merancangkan pelbagai program promosi dan menjualkan
nama Malaysia di persada dunia. Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas
untuk menentukan sasaran kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik, kementerian

perlualah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelancong ke Malaysia. Sepatutnya
pihak berkenaan perlu mengambil kesempatan daripada kedudukan strategik Malaysia untuk
laluan ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan
kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada cabang membuat duit, justeru pihak
swasta tidak boleh terlepas pandang dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi
pelancongan yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta hendaklah menyokong
dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara. Pihak swasta
terutama konglomerat utama seperti YTL,Kumpulan Genting, FELDA, Perbadanan Kemajuan Negeri
hendaklah lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan
pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan
selepas hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat
pelancongan ternama seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi masalah tempat
penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain
penginapan, kemudahan pengangkutan yang lebih cekap dan mesra pelancong perlu disediakan .
Pendek kata, kemudahan infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dari
pelancong menjejaki kaki hinggalah mereka pulang dengan senyuman puas.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar
negara hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak
sudah maklum, kunjungan pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup
udara dan persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit wajar
mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti
sungai, laut dan gunung perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif
mewartakan tempat-tempat tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan
semua pulau sebagai taman luat. Pulau-pulau seperti Phuket, Koh Adang, Koh Lanta, Koh Samui
dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan lombong emas kepada negara Thai. Malaysia
juga bukan kurang dengan potensi tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau
Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin mendapat tempat di hati
pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar daripada kejayaan negara jiran tersebut dalam
usaha memanipulasikan sumber alam sebagai dana kekayaan negara.

Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap
industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh

sektor

pelancongan sebagai industri yang mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama
itu adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih

positif dengan menyokong semua usaha

pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor palancongan. Semua pihak hendaklah
berganding bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka
fikirannya dan berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah negara
Islam, kita hendaklah lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya
bermujahadah dan melancong seperti dalam konteks ibadah Haji , Umrah dan Ziarah. Seperkara

lagi, apabila lebih ramai pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global yang boleh
membentuk suatu dimensi baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar negara.
Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama secara rasmi atau individu hendaklah
mengambil peluang menarik minat lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan
kuasa usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke merata pelosok untuk
turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan terbesar iaitu pelajar Malaysia
di seberang laut hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air untuk
menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda yang mempunyai ilmu
pengetahuan, mereka sewajarnya boleh menjadi misi negara untuk menerangkan pelbagai
keistimewaan negara sama ada dalam aspek rumpun bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai
cita rasa makananya dan tentang indahnya permata yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai
Semenanjung Emas dalam kalangan padagang dari Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua
pihak dapat melaksanakan komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti
berjaya.

Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi
oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur Tengah
dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak kata peribahasa
rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

Sikap prihatin,

bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan

bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan
nilai-nilai murni.

Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai


menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama dan
bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung sama
didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bagai
aur dengan tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup ibarat suatu
anggota, jangan memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu
banyak sarana agar masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan bermasyarakat agar
terbentuk kekuatan ummah sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun

demikian, impian untuk membentuk sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin
muluk dalam kata-kata, tetapi bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh hal yang
demikian, semua entiti dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah
masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci masyarakat
madani.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan nilai
bersyukur bersyukur kerana ditakdirkan hidup dalam sebuah negara yang aman mensyukuri nikmat Allah dan menghargai sumber alam berpada-pada dan reda (redha)
dengan nikmat yang ada

Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan bertauladan,


hemah dan bijaksana pemimpin sebagai cerminan kepada rakyat tunjuk tauladan dan
pekerti yang mulia perlu diserlahkan untuk ikutan masyarakat

Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing
anak-anak mengamalkan pekerti mulia anak-anak dan remaja akan tumbuh
membesar dalam persekitaran yang paling awal iaitu di rumah dan sekolah (hakikat
peribahasa, air perabung mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid kencing
berlari)

Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas ilmu


pengetahuan anak-anak dididik menerima ilmu secara berhikmah mengamalkan
ilmu dengan jalan yang betul ilmu untuk kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat
Tuhan

Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang dan


menyayangi alam sekitar masyarakat yang bijak, dinamik dan faham akan nilai
murni dalam masyarakat masyarakat yang menghargai alam sebagai komponen
penting masyarakat yang bertanggungjawab

Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku
celaka padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua
tingkah laku tidak menyalahi pertaturan dan tataetika. Justeru, perihal kehidupan dengan
amalan nilai murni hendaklah diperkasakan. Baik negara mahupun masyarakat pasti
memperoleh impak yang cukup signifikan apabila masyarakat mula mengamalkan nilainilai murni seperti prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya, inilah
impian untuk membentuk negara maju dalam acuan kita menjelang Wawasan 2020.

DIMENSI ANTARABANGSA

Keamanan

hanya

dapat

dicapai

melalui

perundingan

bukannya

melalui

peperangan.
Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah


hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak
perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan
maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar
mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi keamanan
dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah
mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia
tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara


menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala
dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia amalan saling mengiktiraf sebagai
negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam
kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global boleh
mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat
dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO
- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas


pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran
antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian


dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan
keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negaranegara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang
bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan

diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat


dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana
sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap
sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai
agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti
kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,
banyak tanda ada.

Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui
kerjasama dengan negara-negara jiran.
Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negaranegara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah


hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak
perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan
maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar
mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, demi keamanan
dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah
mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia
tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara


menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala
dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia amalan saling mengiktiraf sebagai
negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam
kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global boleh
mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat
dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO

- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas


pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran
antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian


dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan
keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negaranegara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang
bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan
diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat
dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana
sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap
sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai
agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti
kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,
banyak tanda ada.

Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat


diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia
yang kini telah menjadi isu global.
Bincangkan pernyataan tersebut.
Pendahuluan :

Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena

tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula
mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam
kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah
sindiket

pemerdagangan

manusia

yang

ditunjangi

oleh

rangkaian

penjenayah

antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada
jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan
sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang
berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut
mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial.
Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk
tubuh dan memandang sebelah mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan
kerjasama

strategik

dengan

negara-negara

jiran

agar

jenayah

yang

tidak

berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :
Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masingmasing kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan
warga asing dengan sewenang-wenangnya

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan


negara-negara dunia ketiga berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama dalam
kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan
negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran


mencegah kemasukan warga asing sacara haram kedudukan Malaysia dengan negara

jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin
(hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara


pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan
(peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis


kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus
operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah
diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan
manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.


Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara
yang berjiran.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah


hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup
bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak
perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan
maksudnya, Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar
mereka saling mengenali dan bertolong bantu. Oleh hal yang demikian, sebagai
kerajaan yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk
menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di

dunia tanpa memilih

perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di
sebalik usaha diplomatik seperti itu.

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara


menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala
dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf
antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak
perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global menjadikan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat
dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO

- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan
persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas


pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran
antarabangsa menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global
mewujudkan jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian


dalam pelbagai aktiviti antarabangsa persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan
keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negaranegara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang
bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan
diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok
masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan
maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan
warga dunia

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana
sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita
dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam
pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus
berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit
tanda ingat, banyak tanda ada.

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang


menarik seperti Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di
Vietnam.
Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam
memajukan industri pelancongan.

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat


antarabangsa memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan.
Berikan pendapat anda.
Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat
antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program
dan pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama
iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar
menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak
memperoleh

kasih

bagaimanapun,

sayang

dalam

dan

beberapa

hak

untuk

kepentingan

mencari
tertentu

ilmu

pengetahuan.

masyarakat

dunia

Walau
sering

bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini
pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk merapatkan
semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan pertandingan sama ada
sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat
antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap
negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program seperti ini.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara jalinan kerjasama dan


keamanan di bawah payung PBB memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam
kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang


ilmu pengetahuan sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas
jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) memahami hakikat bahawa
setiap bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina
tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab tentang
falsafah dan seni bina dan ilmu agama)

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara transformasi amat berkait


rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan anak-anak Malaysia yang pulang dengan
ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara mereka menjadi
penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang 2020.

Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat


asing boleh mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang bijak bergaul
dan mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik


membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global kemajuan dunia
berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia tiada lagi penindasan
dan peperangan

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam
belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana
sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap
sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai
agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti
kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,
banyak tanda ada

Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah


kepada pelajar dan negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut

Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan


geopolitik.

Sungguhpun

demikian,

pemisahan

bukanlah

bererti

manusia

tidak

mempunyai persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati

telah wujud secara azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber
seperti sekarang, pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu,
manusia harus bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses
tersebut boleh membuang segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina
tamadun alaf baru yang saling menyokong dan melahirkan suasana menang-menang.
Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah melalui program
pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang
telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu, bak kata peribahasa lama hidup luas
pengalaman, jauh berjalan banyak pengetahuan (pandangan)

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial


mewujudkan suatu era baru dalam slogan, Satu Dunia Satu Komuniti mewujudkan
kedamaian sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan
ilmu pengetahuan pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara
membangun

(peribahasa,

jauh

berjalan

luas

pandangan,

lama

hidup

banyak

pengalaman)

Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham


politik dan ideologi para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai
dan menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan

Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk saling memahami


dan saling menghormati budaya, adat resam, dan agama mencetuskan keamanan
dengan saling menghormati hak dan piagam masyarakat lain

Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara wujud


hubungan

lebih

intim

antara

negara-negara

peserta

boleh

mengelak

sikap

mementingkan diri serta dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia

Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara


Adam dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus
bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya
haiwan yang telah sekian lama mempengaruhi minda sebahagian daripada pemimpin
besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai
nikmat keamanan yang sejati.

Anda mungkin juga menyukai