Anda di halaman 1dari 26

PENYEDIAAN SUDUT KOLEKSI SETEMPAT

SSJKC BAGAN PASIR, TANJONG KARANG, SELANGOR

Punca Kuasa

Mesyuarat Jawatankuasa PSS kali ke-2 tahun 2020 telah memutuskan Pelaksanaan Koleksi
Setempat di SJKC Bagan Pasir, Tanjong Karang, Selangor bertemakan makanan, kegiatan
ekonomi, ekopelancongan dan komposisi kaum setempat. Ia diserahkan kepada unit Panitia
Sejarah Sekolah untuk merangka perancangan dan strategi pelaksanaan. Rubriks Pusat
Sumber Sekolah yang dikeluarkan oleh BSTP KPM menekan konsep maklumat di mana usaha
untuk mengupayakan PSS yang mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid-
murid tentang koleksi setempat.

Objektif

1. Meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam maklumat koleksi setempat yang dipilih.


2. Memantapkan pengetahuan murid-murid tentang makanan, kegiatan ekonomi,
ekopelancongan, komposisi kaum setempat.
3. Menjalankan aktiviti pencarian maklumat dan kemahiran berfikir aras tinggi di ruang
koleksi setempat.
4. Mengukuhkan jalinan antara sekolah dan komuniti yang bersama menyiapkan sudut
koleksi setempat.

Sasaran

Semua warga sekolah dan komuniti.

1
Proses Pelaksanaan Koleksi Setempat

Carta Alir Proses Kerja


Mula

Menerima arahan

Membuat kertas kerja

Mendapatkan kelulusan daripada


pentadbir

Melantik AJK Pelaksana

Pelaksanaan (mengikut prosedur


pelaksanaan yang telah ditetapkan)
Membuat pemantauan dan penilaian
keberkesanan program

Membuat laporan lengkap dan cadangan


penambahbaikan

Tamat

Prosedur Pelaksanaan

1. Pelantikan AJK Pelaksana


2. Prosedur Pemilihan Koleksi
 kriteria pemilihan
3. Pemilihan bahan
4. Penyediaan bahan maujud
5. Menyiapkan ruang koleksi setempat

2
Impak Keberkesanan

Murid

Murid dapat diupayakan melalui aktiviti yang dapat mencungkil kemahiran dan pengetahuan.
Pengalaman dalam situasi sebenar sangat penting untuk menjadikan pembelajaran murid
menjadi bermakna. Memahami makna tentang apa yang dipelajari membantu mengukuhkan
akiviti pembelajaran mereka.

Sekolah

Sekolah berjaya menyediakan ruang untuk meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam


pengetahuan koleksi setempat. Peluang yang disediakan ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif dan berinformasi. Iklim sekolah yang merangsang pembelajaran
dapat meningkat jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Guru-guru akan menerima murid-
murid yang benar-benar bersedia dalam pembelajaran terutama dalam pengetahuan sedia ada.

Penilaian

Penilaian dan pemantauan akan dijalankan secara berterusan dalam memastikan program ini
memberi impak yang tinggi dan mencapai objektif yang disasarkan.

Cadangan Penambahbaikan

* akan dijalankan selepas aktiviti berjalan

3
CARTA ORGANISASI AJK PELAKSANA KOLEKSI SETEMPAT

PUSAT SUMBER SJKC BAGAN PASIR, TANJONG KARANG, SELANGOR.

PENGERUSI
EN. TEE SWEE KIM
(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI
CIK CHIA MUI LEE
(PENOLONG KANAN 1)

SETIAUSAHA
PN NAI CHAI HAR
(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA)

PENOLONG SETIAUSAHA
CIK JANET LEE SHU LING

4
PUNTEN
'Punten’ mula menjadi sebutan ramai terutama di kalangan orang luar yang datang ke
Sungai Besar. Masing-masing tertanya-tanya apakah itu punten yang bunyinya agak pelik bagi
AJK ia begitu popular di kalangan masyarakat
yang pertama kali mendengarnya, dan mengapa
keturunan Jawa terutama di daerah Sabak
PUAN GOHBernam. Punten adalah sejenis makanan tradisi
SOO CHOON
Jawa seakan-akan nasi himpit yang PUAN
popularKUA
di kalangan
XIAO YUNmasyarakat Melayu. Bezanya, ia lebih
berlemak kerana dicampur dengan PUAN
santanNG
dan garam.
SIEW WANPunten biasanya dimakan bersama
sambal cili padi dan bawang, pada waktu pagi dan petang. Penyediaannya menggunakan nasi
EN. TING HENG YING
yang telah dimasak akan ditumbuk dan dikepal sebelum dibentuk. Selepas sejuk, ia boleh
CIK FREDA YONG LI WEN
dihidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal udang atau ikan masin.
CIK AINAA NAZIHAH BINTI MOHD JAMIL

RESEPI PUNTEN

Ramuan
2 cawan beras
8 cawan santan cair
2 sudu kecil garam
Sedikit minyak masak

5
Sambal
2 genggam ikan bilis dicuci
4 biji bwg holland
2 genggam cili api hijau
Sedikit udang geragau atau udang kering
Minyak utk menumis
Perasa dan gula (secukup rasa)

Langkah-Langkah Penyediaan
1. Cuci beras dengan bersih.

2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata, masak sehingga nasi lembut dan
boleh dibentuk.

3. Nasi ditekan sehingga padat kemudian boleh mula dipotong dan dibentuk menggunakan
senduk plastik atau boleh juga gunakan acuan yang digemari.

4. Kisar semua bahan untuk sambal dan tumis hingga masak.

6
5. Tumis bahan-bahan yang disediakan hingga masak.

6. Nasi yang siap dibentuk boleh dihidang bersama sambal pedas. Siap dan sedia utk di
nikmati

7
PECAL

Pecal atau ‘pecel’ adalah salad tradisional Jawa yang terdiri daripada sayur-sayuran
bercampur dengan kuah kacang, biasanya disajikan dengan nasi kukus atau kadang-kadang
dengan lontong atau ketupat. Sos kacang yang digunakan dalam pecal juga serupa dengan
gado-gado. Sos kacang untuk pecal tidak mempunyai santan. Namun pecal telah dikaitkan
dengan masakan Jawa, sementara gado-gado biasanya dikaitkan dengan masakan Betawi dan
Sunda. Di Indonesia, ia dipanggil sebagai pecel seperti yang diperkenalkan oleh masyarakat
Jawa. Pecal juga sangat popular di Tanjong Karang kerana Pecal juga merupakan salah satu
hidangan tradisi orang-orang Jawa di sini. Ada pelbagai variasi, terutama penggunaan sayur-
sayurannya.

RESEPI PECAL

Bahan Kuah Pecal:

1 kg kacang tanah – digoreng dan ditumbuk halus

300 gm cili kering

2 inci belacan

8
10 biji isi kencur @ cekur

10 ulas bawang putih

5 labu bawang merah

1 sudu asam jawa

Gula dan garam

1/2 cawan minyak masak

Cara Penyediaan:

Goreng cili kering, belacan, bawang putih dan bawang merah. Tumbuk halus bahan-
bahan yang telah digoreng tadi. Gaulkan dengan kacang tanah bersama asam jawa, gula dan
garam serta isi kencur atau cekur yang telah ditumbuk halus. Bancuh dengan menggunakan air
panas untuk dihidangkan.

Sayur-Sayuran:

200 gm kacang panjang – direbus dan dipotong 2 inci panjang

3 keping tauhu – digoreng dan dipotong dadu

200gm taugeh – dicelur

1 biji timun – disagat

1/3 biji sengkuang – disagat

1 ikat pucuk ubi – dicelur

9
SAMBAL TAHUN KULIT LEMBU

Sambal tahun atau dipanggil sambal taun atau sambal taon. Pelbagai nama yang
digunakan bagi mengikut slang masing-masing merupakan merupakan makanan tradisi orang
jawa. Masakan ini memang sangat pedas hasil daripada cili padi atau cili burung yang
digunakan jika sekali imbas seakan-akan masak lemak cili api tapi kuah sambal tahun agak
cair. Pada kebiasaannya, lauk yang digunakan adalah seperti kerang, kulit lembu, perut lembu,
pedal ayam, hati ayam, paru lembu ataupun ikan bilis. Makanan ini memang sangat pedas.

Juadah ini dinamakan sambal tahun kerana mengikut sejarah orang dulu-dulu, masakan
ini boleh bertahan agak lama diibaratkan seperti bertahun-tahun. Maklumnya, orang dulu-dulu
tiada makanan yang mencukupi maka, jika ada makanan yang tidak habis, akan dipanaskan
semula dan ditambah apa-apa yang kurang. Namun, cara pembersihan kulit lembu perlu betul.
Bermula dari proses menjemur, membakar, mengikis bulu, dan merendam sehinggalah
memasaknya. Sekarang tidak perlu melalui proses itu semua, kerana kulit lembu mudah
didapati di pasaraya atau pun pasar malam. Kalau teringin menikmatinya, beli sahaja dan
masak di rumah.

10
Bahan-Bahan diperlukan:

Bahan A

500g kulit lembu yang telah direbus dan dipotong nipis


1/2 cawan cili padi kampung
2 cawan lengkuas muda dihiris nipis
1 keping asam keping
3 cawan air
garam dan serbuk perasa

Bahan B (Kisar)

1/2 cawan udang kering


10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan C

santan pekat dari 1 biji kelapa

Cara Penyediaan:
1. Rebus bahan-bahan A dan B sehingga lengkuas lembut.
2. Masukkan santan kelapa, kecilkan api, kacau selalu sehingga mendidih.
3. Rasa asam garamnya, bolehlah dihidangkan.

11
TANAMAN PADI

Tanjung Karang atau kadang-kadang juga dieja Tanjong Karang adalah sebuah
kawasan dan pekan penanaman padi yang terletak di Daerah Kuala Selangor, Selangor,
Malaysia. Ia juga merupakan kawasan jelapang padi kedua tebesar di Malaysia selepas negeri
Kedah. Pekan Tanjung Karang dibahagikan oleh Sungai Tengi di tengah-tengah dan
dihubungkan dengan jambatan. Tanjong Karang telah dipecahkan kepada dua mukim iaitu
Mukim Tanjong Karang 1 dan Mukim Tanjong Karang 2. Kedua-dua mukim diwakili oleh dua
Penghulu yang berbeza. Penduduk minoriti Cina tinggal di bandar dan kawasan sebelah laut
(Bagan), manakala kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan menjalankan
aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi.

Tanjong
Karang terkenal di
Selangor dan Malaysia dengan hasil tanaman padi. Antara kawasan yang mempunyai kawasan
tanaman padi yang luas adalah di Sawah Sempadan, Kg. Seri Tiram. Pemandangan indah
kawasan sawah padi di sini mungkin tidak banyak beza dengan pemandangan biasa di
kawasan sawah padi lain di Malaysia namun masih ada keunikan dan keindahan yang
tersendiri. Sesiapa yang datang ke sini pasti akan rasa ketenangan dan kedamaian suasana
desa yang jauh dari kesibukan dan pencemaran. Penduduknya yang ramah dan masih dengan
semangat kejiranan dan muhibah yang kuat. Paling meriah tatkala kenduri kahwin yang masih
mengamalkan gotong royong memasak dan rewang.

12
Pemandangan Indah di Sawah Padi
Sawah padi selepas bajak. Air sedang memenuhi petak sawah yang sedia untuk ditabur benih.

Proses menyulam padi. Ianya di lakukan untuk menyulam apabila ada anak padi yang tidak
tumbuh, mati atau terjarak.

13
Proses penanaman padi di kala ini lebih cepat dan mudah di mana mesin mengambil alih tugas
kuku kambing untuk menanam anak padi. Cara yang paling mudah di kala ini adalah dengan
menabur benih terus ke petak sawah.

Keindahan pemandangan di sawah padi diantara dua warna, bumi yang menghijau dan langit
yang membiru.

14
Pokok padi yang sudah mula berbuah menunggu masa untuk masak.

Sawah padi yang mula berubah warna kepada kekuningan menandakan padi sudah mulai
masak.

Lihat perbezaan warna antara petak sawah ini. Yang berwarna kuning itu menandakan padi
sudah cukup masak dan sedia untuk dituai.

15
Sawah padi yang cantik menguning.

Zaman telah berubah, tidak perlu lagi membanting tulang untuk menuai padi... Mesin
memudahkan kerja dan menjimatkan masa.

Dari padi inilah terhasilnya beras yang menjadi makanan utama (ruji) bagi rakyat malaysia.
Bersyukur dengan kesuburan tanah dan cuaca yang baik sesuai untuk penanaman padi yang
memberi rezeki kepada penduduk desa.

16
JETI-JETI NELAYAN

Di sebalik keluhan orang ramai dan peniaga berhubung kenaikan harga hasil laut,
penduduk kawasan Tanjong Karang bernasib baik berikutan barangan basah itu masih dijual
pada harga berpatutan. Menurut tinjauan di beberapa lokasi termasuk di Jeti Pendaratan Ikan di
Bagan Pasir di sini, mendapati harga ikan yang dijual di pasar berdekatan seperti di Pasar
Awam Tanjong Karang dan Sekinchan juga tiada perbezaan kerana sudah ditetapkan
pemborong.

Pengunjung melihat hasil laut di Jeti Pendaratan Ikan Bagan Pasir, Tanjong Karang,
Selangor.

Sila imbas qr-code untuk maklumat lanjut mengenai Jeti


Bagan Pasir, Tanjong Karang di laman sesawang ini.

Sumber: http://pipsterian.blogspot.com/2015/01/udang-
dan-ikan-segar-di-bagan-pasir.html

17
Jeti Bagan Pasir, Tanjong Karang, Selangor.

Jeti Sungai Burong, Tanjong Karang, Selangor.

18
MASYARAKAT JAWA

Suku Jawa adalah suku yang terbesar di Indonesia, dengan jumlahnya di sekitar 112
juta. Mereka berasal dari pulau Jawa dan menghuni khususnya di provinsi Jawa Tengah
Yogyakarta serta Jawa Timur tetapi di provinsi Jawa Barat, Banten dan tentu sahaja di Jakarta,
mereka juga banyak ditemukan. Namun, suku ini juga telah bermigrasi ke serata dunia dan
menetap di beberapa buah negara sejak dahulu kala. Maka, di Malaysia juga terdapat suku ini
dengan anggaran 1 - 2 juta orang telah berhijrah ke sini dan hingga sekarang telah menjadi
antara suku kaum di Semenanjung. Di Tanjung Karang, Selangor juga terdapat majoriti suku ini
dan lebih dikenali sebagai masyarakat Melayu Jawa di sini.

Bahasa

Sebahagian besar suku bangsa Jawa menuturkan bahasa Jawa sebagai bahasa
percakapan harian pada zaman dahulu. majoriti suku ini langsung tidak menggunakan Bahasa
Jawa pada hari ini disebabkan peredaran zaman yang semakin melupakan bahasa tradisi
terutamanya generasi kini. Namun, minoriti daripada masyarakat ini masih menggunakan
Bahasa Jawa dalam hidupan seharian.

Makanan Tradisional

Terdapat beberapa makan tradisi kaum ini dan sudah semakin diperluas dan dijamu
oleh semua lapisan masyarakat. Antara masakan masyarakat Jawa adalah nasi ambeng,
sambal tahun, sambal tempe, pecal, sambal goreng dan rojak.

Sambal Goreng

19
Pecal

Nasi Ambeng

Sila imbas qr-code untuk maklumat lanjut mengenai


masyarakat Jawa, Tanjong Karang di laman sesawang ini.

Sumber: http://chefwanmohd.blogspot.com/

20
MASYARAKAT BANJAR

Orang Banjar merupakan suku bumiputera bagi sebahagian besar wilayah provinsi
Kalimantan Selatan, Indonesia. Suku ini juga merupakan salah satu suku Melayu. Orang Banjar
dari Kalimantan Selatan (Kalsel) telah merantau secara beramai-ramai ke Malaysia, termasuk
ke negeri Selangor pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sebahagian besar daripada
mereka merupakan “perantau hilang” yang terus menetap di perantauan. Di Selangor, mereka
membuka “kampung Banjar” dan meneruskan cara hidup Banjar. Dengan berlalunya waktu
lebih 100 tahun, kini telah berlaku pelbagai perubahan dalam cara hidup keturunan mereka di
perantauan. Perubahan sosial ini berlaku terutamanya sebagai kesan dari dasar dan rancangan
pembangunan kerajaan, tetapi ada juga kerana pengaruh persekitaran.

Bahasa
Mereka menggunakan bahasa Banjar, yang pada asasnya adalah bahasa Melayu.
Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar,
bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya. Namun kini, hanya minoriti kau mini
sahaja yang masih menggunakan Bahasa banjar dalam komunikasi harian.

Makanan Tradisional
Semua etnik pasti ada makanan tradisinya sendiri. Seperti juga orang Banjar mereka
juga ada pelbagai makanan unik terutama berkaitan kuih tradisi yang sering dimasak untuk
majlis tertentu atau sekadar santapan ketika santai. Terdapat pelbagai jenis juadah dalam
masyarakat Banjar dan yang paling popular ialah kuih cengkaruk batu, wak wadik, wadai
kepeng, balungan hayam, mandai/hampapai, batil pisang (lengat) dan dadar gulung (ketayap).

Wak Wadik

21
Mandai/Hampapai

Wadai Kipeng

Sila imbas qr-code untuk maklumat lanjut mengenai


masyarakat Banjar, Tanjong Karang di laman sesawang ini.

Sumber:
http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/05/e
tnik-banjar.html

22
MASYARAKAT CINA

Tanjong Karang adalah mukim bagi daerah Kuala Selangor, Selangor, Malaysia. Pekan
Tanjong Karang terbahagi oleh Sungai Tengi di tengah. Minoriti masyarakat Cina tinggal di
Kawasan pekan dan berdekatan pantai. Kaum Cina adalah warganegara Malaysia yang
berketurunan Bangsa Han. Mereka merupakan kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia
selepas kaum Melayu dan kebanyakan mereka adalah keturunan pendatang berbangsa Han
yang datang ke Tanah Melayu semasa pemerintahan Dinasti Ming sekitar abad ke-15, Dinasti
Qing dan Republik China. Negeri Selangor mempunyai purata masyarakat Cina yang paling
tinggi di Malaysia maka tidak pelik jika kaum ini juga merupakan antara penduduk terawal di
kawasan Tanjong Karang, Selangor.

Bahasa

Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam suku dialek
utama: Hokkien, Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan dan Fuzhou. Secara amnya terdapat tiga
kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan.
Kumpulan masyarakat Cina di sini kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Namun,
terdapat juga minoriti generasi muda kaum ini tidak tahu berbahasa Kantonis dan Hakka.

Makanan Tradisional

Kaum Cina di sini makan semua jenis makanan termasuk makanan Cina, Melayu, India
dan barat. Tidak ramai dalam kalangan mereka adalah vegetarian, dan kebiasaannya penganut
agama Buddha yang taat. Makanan Kaum Cina di sini mengandungi persamaan dan perbezaan
dengan makanan Cina di China. Beberapa hidangan tradisional Cina telah dikembangkan,
sama ada dengan menggunakan bahan-bahan tempatan atau melalui penemuan baru ke dalam
hidangan tempatan. Sebagai contoh, terdapat ciptaan tempatan seperti Loh Mee ( 滷 面 ), Bak
Kut Teh ( 肉 骨 茶 ). Makanan jalanan seperti char kway teow dan nasi ayam Hainan biasa
terdapat di sini. Sempena tahun Baru Cina, Cina Malaysia juga makan makanan seperti
Yusheng yang dikembangkan.

23
Loh Mee

Bak Kut Teh

Yu Sheng

Sila imbas qr-code untuk maklumat lanjut mengenai


masyarakat Cina, Tanjong Karang di laman sesawang ini.

Sumber: https://www.tsemrinpoche.com/tsem-tulku-
rinpoche/malaysia/kaum-cina-di-malaysia.html

24
MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India Malaysia adalah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan
mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya. Namun, sumber-
sumber sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan
Dinasti Chola. Kini, kaum ini merupakan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum
Melayu dan Cina. Kaum ini juga merupakan salah satu kaum terbesar di Tanjong Karang.

Bahasa

Elemen budaya penting dalam menjalankan perdagangan pada zaman dahulu.


Sejarawan J.V. Sebastian, K.T. Thirunavukkarasu, dan A.W. Hamilton merekod bahawa Tamil
merupakan bahasa yang digunakan dalam perdagangan di Malaysia dan Indonesia semasa
zaman dahulu dan masih diguna pakai oleh kau mini sehingga ke hari ini. Majoriti kaum ini di
Tanjong Karang masih menggunakan Bahasa Tamil dalam hidupan seharian mereka.

Makanan Tradisional

Kaum India di sini makan semua jenis makanan termasuk makanan Melayu, Cina dan
barat. Tidak ramai dalam kalangan mereka adalah vegetarian, dan kebiasaannya mereka
adalah penganut agama Hindu yang taat. Makanan Kaum India di sini mengandungi banyak
persamaan dan sedikit perbezaan dengan makanan kaum di India.

Tosai

25
Idli

Nasi Daun Pisang

Sila imbas qr-code untuk maklumat lanjut mengenai


masyarakat India, Tanjong Karang di laman sesawang ini.

Sumber: http://kebudayaankaumindia.blogspot.com/

26

Anda mungkin juga menyukai