Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 2
SEMESTER SEMESTER 4 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK / SVM

KOD/KURSUS ETN 4023 ELECTRONIC EQUIPMENT CORRECTIVE MAINTENANCE

KOMPETENSI 02. CHECK SERVICE MANUAL AND CONTENT

1.Identify the electronic tools, equipment and materials


2. Check service manual and content
KOMPETENSI 3. Perform troubleshooting
UNIT 4. Report electronic equipment corrective maintenance activities
5. Repair electronic equipment corrective maintenance report

Trainee must be able to:


 Identify the electronic tools, equipment and materials
 Check service manual and content
KOMPETENSI
 Perform troubleshooting
PEMBELAJARAN
 Functionality test
 Prepare electronic equipment corrective maintenance report

ETN 4023/K 02/NK 02-04


NO KOD
MUKA : 01 DARIPADA 10
EE-021-3 : 2012-C04
NO KOD JPK
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 2 drp : 10

TAJUK : PERIKSA SERVIS MANUAL DAN ISI KANDUNGAN

PENERANGAN :

1.0 SERVICE MANUAL

Manual perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai “service manual” peralatan selalunya
disertakan dengan peralatan yang dibeli. Manual ini digunakan untuk memudahkan kerja
pembaikan atau penyelenggaraan pada peralatan tersebut. Manual tersebut mengandungi;-
i. Keselamatan peralatan
ii. Spesifikasi peralatan
iii. Arahan pelarasan peralatan
iv. Rajah peralatan
v. Gambarajah skematik peralatan
Dengan adanya manual ini, mana-mana aktiviti penyelenggaraan boleh sentiasa merujuk
kepada panduan yang diberi.

1.1 Keselamatan dan langkah penjagaan peralatan

Langkah penjagaan akan dinyatakan dalam manual sesuatu peralatan bagi


menyatakan dengan jelas langkah yang perlu dilakukan dalam
mengoperasikan peralatan tersebut mengikut kaedah dan langkah yang betul
disamping memastikan keselamatan pengguna serta keselamatan peralatan
tersebut. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan contoh langkah penjangaan bagi
produk TV elektronik.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 3 drp : 10

Rajah 1.1 Contoh langkah penjagaan bagi produk Elektronik

1.2 Spesifikasi peralatan

Setiap manual bagi sesuatu peralatan akan disertakan sekali spesifikasi


peralatan tersebut. Spesifikasi ini akan memberi fakta mengenai keupayaan,
prestasi dan kapasiti dengan penerangan mengenai saiz, berat, sumber kuasa
serta bahan api bagi sesuatu peralatan tersebut seperti dalam Jadual 1.1
Jadual 1.2 dibawah menunjukkan spesifikasi suatu sumber kuasa akan
dinyatakan dalam manual.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 4 drp : 10

Jadual 1.1 Contoh spesifikasi TV

Jadual 1.2 Contoh spesifikasi sumber kuasa

Spesifikasi tersebut menyatakan voltan masukan (input voltage) dengan nilai


minima dan nilai maksima. Nilai minima bermaksud sekiranya voltan kurang
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 5 drp : 10

dari spesifikasi minima tersebut, maka sumber kuasa tidak dapat dihidupkan,
manakala nilai maksima menyatakan voltan masukan untuk peralatan tersebut
tidak boleh melebihi nilai maksima tersebut. Sekiranya terlebih voltan
masukan dari nilai maksima maka kemungkinan akan merosakakn litar dalam
peralatan tersebut. Jenis sumber kuasa juga dinyatakan dalam spesifikasi iaitu
sama ada menggunakan voltan AC atau DC. Unit VAC menyatakan bahawa
voltan masukan untuk sumber kuasa peralatan tersebut adalah voltan AC
(Alternating Current).

1.3 Arahan pelarasan peralatan

Arahan pelarasan terbahagi kepada dua iaitu untuk pengguna dan juga
pengilang. Arahan pelarasan ini digunakan untuk tujuan penyelenggaraan bagi
sesuatu peralatan elektronik.

Rajah 1.2 Contoh arahan pelarasan bagi pengguna


NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 6 drp : 10

Rajah 1.3 Contoh arahan pelarasan bagi pengilang

1.4 Rajah peralatan

Rajah peralatan akan disertakan di dalam manual di mana ini akan


memudahkan pengguna melakukan proses pembaikan atau penyelenggaraan
dengan membuka dan memasang semula setiap bahagian pada peralatan
tersebut dengan betul. Rajah dibawah menunjukkan contoh membuka
peralatan elektronik.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 7 drp : 10

Rajah 1.4 Contoh membuka bahagian-bahagian TV

1.5 Gambarajah skematik peralatan

Gambarajah litar akan membantu pengguna untuk mengenal pasti


sambungan pada peralatan tersebut. Pengguna perlu tahu bagaimana hendak
membaca dan memahami gambarajah litar tersebut. Rajah 1.5 dan 1.6 di
bawah menunjukkan contoh litar sumber kuasa dan gambarajah skematik
yang akan di sertakan pada manual.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 8 drp : 10

Rajah 1.5 Contoh litar sumber kuasa

Rajah 1.6 Contoh gambarajah skematik

2.0 Cara Menggunakan Service Manual

1. Pastikan anda mempunyai manual yang betul di hadapan anda


 Biasanya manual kelihatan jelas dan selalunya ada pada setiap peralatan atau
produk, tetapi oleh kerana kebanyakan setiap peralatan lebih kurang sama dan
maklumat kemungkinan berbeza-beza dari satu bahagian ke bahagian yang
lain, periksa manual anda untuk memastikan yang anda menggunakan manual
yang betul

2. Lihat pada bahagian-bahagian tertentu yang memperincikan jenis servis atau


pembaikan yang akan dilaksanakan. Di sini terdapat beberapa yang dapat anda
perolehi pada setiap kebiasaan peralatan:

 Pelinciran: Bahagian ini akan menerangkan tempat pelinciran pada mesin,


jenis minyak pelincir yang digunakan, dan kapasiti jika berkenaan pada setiap
pelincir.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 9 drp : 10

 Pemeriksaan: Di sini pengguna akan mendapati petunjuk untuk memeriksa


peralatan atau mesin. Ini kemungkinan termasuk pemeriksaan pendawaian
elektrik untuk bahagian yang rosak atau bahagian yang pecah, penyambungan
berkarat, atau fius meletup. Pengguna boleh mendapatkan maklumat
mengenai cara memeriksa galas (bearing), tali pinggang, hos, atau peralatan
lain, bergantung pada peralatan yang berkenaan.
 Penyelenggaraan berjadual: Di sini pengguna akan mendapati kalendar jenis
berjadual untuk penyelenggaraan biasa. Pada peralatan berat ia mungkin
termasuk penukaran pada minyak, penapis minyak, atau penapis udara dan
lain-lain. Manakala pada mesin yang lebih kecil (seperti mesin jahit)
kemungkinan dilakukan secara berkala, jadual penyelenggaraan untuk
lincirkan pada bahagian yang bergerak. Peralatan lain seperti sistem
penghawa dingin mempunyai tali pinggang, galas (bearing), penapis dan
gegelung yang memerlukan rutin penyelenggaraan jadual.
 Cara menyelesaikan masalah: Kebanyakan manual perkhidmatan
mempunyai bahagian yang meliputi penyelesaian masalah, di mana ia akan
membantu dalam mengatasi masalah mekanikal dalam mana-mana jenis
mesin. Selain daripada secara rawak untuk menggantikan pada bahagian bagi
membetulkan masalah, pengguna boleh mengimbas cara untuk penerangan
pada masalah yang dialami, di mana akan disertakan kemunginan punca
kerosakan berlaku.

3. Baca jadual pada isi kandungan untuk mencari topik utama. Contohnya, pada
pemilik sebuah kereta (yang mungkin mengandungi manual asas
penyelenggaraan) akan mempunyai topik seperti “Pilihan Peralatan” dan
“Penjagaan Kenderaan”.

4. Lihat pada indeks untuk kunci perkataan atau frasa berkaitan dengan tugas
tertentu yang bertujuan untuk melaksanakan jika ia tidak dinyatakan dalam jadual
isi kandungan.

5. Baca bahagian dimana menerangkan tugas yang dilakukan sebelum pengguna


memulakan tugas penyelenggaraan. Ini akan membantu pengguna memahami
apa yang terlibat dan apa alat yang perlu digunakan.

6. Lihat pada amaran khusus. Bekerja pada sebuah mesin dengan enjin
pembakaran dalaman atau peralatan dimana digunakan untuk memampatkan gas
atau bahan lain ia memerlukan kesedaran dan amaran pada keadaan bahaya dan
risiko yang akan terlibat.

7. Lihat pada rujukan untuk alat khusus, tolok atau peralatan khas lain yang
dikehendaki untuk menjalankan penyelenggaraan atau pembaikan. Sebahagian
daripada ini adalah khusus untuk satu jenis atau (kadang-kadang) model mesin.
NO. KOD ETN 4023/K 02/NK 02-04 Muka : 10 drp : 10

Jika pengguna menggunakan mesin ini secara kerap, ia mungkin berbaloi untuk
melabur pada mana-mana alat atau kelengkapan peralatan yang digunakan
dalam servis dan pembaikan.

8. Cuba menggunakan sumber di luar yang tidak dinyatakan dalam manual untuk
membaiki atau masalah penyelenggaraan. Banyak manual mengandungi nombor
telefon bebas dan laman web.

9. Dapatkan manual yang berkaitan jika pengguna merancang untuk melakukan


kerja pada peralatan tersebut. Ini termasuk pada bahagian manual dan penerbitan
yang meliputi diagnostic dan spesifikasi. Ini kadang-kadang pada CD atau DVD
dari pengilang dan beberapa laman web khas untuk menjual salinan yang boleh
dimuat turunkan bagi mengurangkan kos.
10. Ikut arahan dengan berhati-hati apabila melakukan apa-apa penyelenggaraan
sehingga pengguna biasa dengan prosedur. Semak semula kerja dan lakukan
pengujian mengikut keselamatan yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai