Anda di halaman 1dari 30

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON,

KM 5, JALAN SEREMBAN,
71000 PORT DICKSON,
NEGERI SEMBILAN.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM ETE : TEKNOLOGI ELEKTRIK
CODE AND NAME

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK


KURSUS /COURSE NO. ETE 1033 : SINGLE PHASE WIRING MAINTENANCE
AND TITLE

NO. DAN TAJUK UNIT


K02: IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS,
KOMPETENSI
EQUIPMENT AND MATERIALS
COMPETENCY UNITNO.
AND TITLE

2.1 Wiring tools and equipment.


NO. DAN PERNYATAAN
2.2 Types of electrical cable for single phase.
AKTVITI KERJA
2.3 Types of electrical equipment and accessories.
2.4 Electrical testing instrument.
WORK ACTIVITIES N0.
2.5 Calibration requirement for electrical testing
STATEMENT
instrumentation.

NO. KOD / CODE NO. ETE1033/K02/P(2/6) Muka : Drpd :


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 2
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

TAJUK : PENYELENGGARAAN PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA

TUJUAN : Kertas penerangan ini akan menerangkan mengenai fungsi-fungsi peralatan yang
digunakan di dalam sistem pendawaian. Kertas ini juga akan menerangkan serba sedikit jenis-
jenis kabel elektrik dalam sistem pendawaian satu fasa serta peralatan elektrik dan aksesori
yang berkaitan.Selain itu, diselitkan juga pengenalan peralatan penguji elektrik dan keperluan
penentukuran untuk ujian peralatan elektrik.

PENERANGAN :

1. Peralatan Kuasa Mudah Alih dan Alatan Tangan

Peralatan kuasa atau peralatan kuasa mudah alih (power tools) dan alatan tangan (hand
tools) merupakan medium perantaraan yang digunakan oleh seseorang pekerja dalam
membantu melaksanakan sesuatu kerja atau tugasannya. Ia dapat mempercepat dan
memudahkan urusan kerja tersebut.

Kemalangan yang melibatkan peralatan kuasa dan alatan tangan sering terjadi yang
mana melibatkan kecederaan yang berlaku selalunya melibatkan anggota tangan serta
anggota badan yang lain di sebabkan kepada pendedahan yang tidak betul. Peralatan
tangan yang di maksudkan merupakan alatan yang memerlukan tenaga manusia untuk
mengerakkan, mengubah bentuk atau menyelaraskan bahan. Alatan tangan ini terdiri
kepala dan pemegang (aci dan badan) sebagai contoh :-

i. Pisau
ii. Tukul
iii. Pahat
iv. Pemutar Skru
v. Gergaji
vi. Plier

Peralatan Kuasa atau peralatan kuasa mudah alih pula merupakan peralatan yang
memerlukan sumber kuasa luaran untuk mengerakkan, mengubah bentuk atau
menyelaraskan bahan. Kuasa ini boleh di kategorikan sebagai elektrik, hidraulik,
minyak, stim dan serbuk letupan.

Perundangan juga mengariskan kepada keperluan berkaitan bagi peralatan tangan


dan peralatan berkuasa mudah alih di nayatakan secara khusus di bawah Akta Kilang
dan Jentera 1967 (FMA 1967)

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994) penerangan
secara dasar diberikan pada sekseyen 15(2)(a) dan (b) untuk memastikan peralatan
tangan dan peralatan berkuasa mudah alih yang di gunakan adalah sesuai dan selamat.

Hazard yang berada di sekitar tempat kerja samaada secara manual atau peralatan
berkuasa mudah alih sebagai contoh terpotong, tersangkut, bahan atau peralatan
terpelanting, tersepit antara peralatan pendedahan kepada bunyi dan juga getaran
sedikit sebanyak akan menyumbang kepada kadar risiko jika kaedah yang betul tidak di
praktikkan. Selain iitu tiada kaedah penyimpanan tertib, kegagalan penyelengaraan
peralatan juga samaada peralatan yang di gunakan tidak sesuai dengan kerja yang di
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 3
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

lakukan. Sebagai memastikan kurangnya risiko dari hazard di atas maka langkah –
langkah keselamatan perlu di lakukan seperti :-

i. Pemilihan peralatan yang betul dengan kerja yang hendak di lakukan.


ii. Latihan pengunaan serta tunjuk ajar yang berkesan kepada peralatan yang di
beri.
iii. Penyediaan Prosedur Standard Operasi (SOP) kepada pengunaan mesin atau
alatan yang di gunakan
iv. Penggunaan peralatan itu bersesuaian dengan pengguna.

Pemilihan kepada peralatan ini bergantung kepada beberapa kreteria seperti :-

i. Kualiti bahan pembinaan


ii. Ergronomik
iii. Pemegang dan badan peralatan dari bahan yang sesuai
iv. Peranti keselamatan peralatan tersebut.

Faktor di atas perlu di ambil serius oleh majikan dan penguna itu sendiri dan dari
mana keperluan informasi ini adalah datangnya dari seminar, program keselamatan
dan latihan peralatan.

2. Kabel

Pada umumnya kabel adalah suatu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban
dalam sistem pemasangan elektrik. Dengan ini kabel yang di gunakan mestilah
mampu mengalirkan arus, menghalang dari berlaku denyutan daya gerak elektrik
apabila tersentuh padanya dan mempunyai tempoh hayat yang lama. Bagi
membentuk suatu binaan kabel 3 bahagian utama perlu ada, iatu pengalir, penebat
dan pelindung mekanikal.

2.1 Pengalir
ialah suatu bahan yang membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus
secara bebas. (pengalir merupakan satu bahan yang membenarkan pengaliran
arus elektrik melaluinya) Pengalir kabel biasanya diperbuat daripada kuprum
dan aluminium. Tetapi peraturan IEE telah menyatakan bahawa luas keratan
rentas pengalir 10 mm² atau kurang mestilah daripada jenis kuprum. Pengalir
aluminium tidak dibenarkan bagi luas keratan rentas tersebut kerana ia mudah
patah semasa kerja pendawaian dilakukan.
Jenis jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
ialah:

i) Emas
ii) Perak
iii) Kuprum
iv) Aluminium
v) Timah
vi) Plumbum

2.1.1 Emas dan Perak


adalah merupakan pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir
biasa.oleh itu ia digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir
pada dalam komponen komponen elektronik.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 4
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

2.1.2 Kuprum
adalah tersenarai pengalir yang baik dan mudah lentur sesuai digunakan dalam
pepasangan.

2.1.3 Aluminium
adalah suatu pengalir yang ringan jika dibandingkan pengalir pengalir lain.
Oleh kerana ia ringan dan kerintangannya juga rendah sesuai digunakan
sebagai kabel talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah

2.1.4 Timah
adalah adalah suatu pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk
cantuman pengalir kabel semasa pematerian. Pengalir timah mudah cair apabila
dipanaskan.

2.1.5 Plumbum
adalah suatu pengalir dari jenis yang keras dan digunakan sebagai pengalir
bumi dan pelapik/pesalut untuk kabel bawah tanah

2.2 Penebat
ialah suatu bahan yang tidak membenarkan pengaliran elektron bebas atau arus
secara bebas. Jenis bahan penebat yang biasa digunakan dalam pepasangan
penguna ialah:
i) Getah
ii) Polivinil klorid
iii) Kertas terisitepu
iv) Penebatan miniral
v) Bakelit
vi) Mika
vii) Porslin

2.2.1 Getah
adalah suatu bahan penebat yang mempunyai rintangan tinggi, oleh itu
kegunaannya sebagai bahan dalam sistem pemasangan adalah menyeluruh.
Sebagai contoh ia biasa digunakan untuk menyaluti pengalir kabel

2.2.2 Polivinil Klorid


adalah suatu jenis bahan penebat campuran di antara plastik dan getah.
Penebat pvk biasanya digunakan sebagai penebat kabel bagi negara yang
mempunyai suhu ambien normal dan biasa sepanjang tahun. Suhu
pengendalian pengalir ialah 700C

2.2.3 Kertas terisi tepu


adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

2.11 Penebat mineral


adalah suatu bahan penebat daripada jenis mineral di mana ia tahan suhu
panas, minyak dan sebagainya. Bahan mineral jenis magnesium oksid biasanya
digunakan sebagai penebat kabel.

2.2.4 Bakelit
adalah suatu bahan penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori aksesori
elektrik didalam sistem pemasangan. Rintangan penebatnya adalah tinggi dan
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 5
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

mampu menghalang arus mengalir melaluinya.

2.2.5 Mika
adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

2.2.6 Porslin
adalah suatu bahan yang boleh meresapi lembapan, oleh itu ia biasa digunakan
sebagai penebat kabel yang digunakan di kawasan lembab contohnya sebagai
kabel pengalir bawah tanah

2.3 Perlindungan mekanikal


Perlindungan mekanikal adalah suatu bahan yang disalutkan atau dilapikkan sekeliling
penebat kabel untuk mengelak berlaku kerosakan keatas kabel semasa pemasangan
atau di sepanjang perkhidmatannya. Contoh adalah seperti berikut :
i) Salutan polivinil klorid
ii) Salutan getah
iii) Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai
iv) Salutan plumbum
v) Salutan kuprum
vi) Konduit atau sesalur atau sulur.

Rajah 1: Menunjukkan contoh bahagian kabel

2.4 Jenis-jenis Kabel


Terdapat beberapa jenis kabel seperti:
1. Kabel PVC – Poly Vinyl Chloride.
2. PVC/swa/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC).
3. MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
4. PICDSTA – Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured.
5. XLPE – Cross Line Poly Ethylene.

2.4.1 PVC Kabel Penebat Pvk Atau Getah Bersalut Pvk / Getah
Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel
perkhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Ia mempunyai perisai sebagai
perlindungan mekanikal. Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan
boleh tahan panas sehingga 85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium
atau tembaga. Kabel jenis ini terdapat dalam beberapa jenis teras iaitu dua
teras, tiga teras, empat teras, dan pelbagai teras (multicore cable).
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 6
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Kabel ini digunakan untuk:


- penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan
rendah.
- penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
- penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
- sistem pembahagian pelbagai pengguna .
- sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

Terdapat empat warna yang biasa digunakan:


- Merah untuk Fasa Merah.
- Kuning untuk Fasa Kuning.
- Biru untuk Fasa Biru.
- Hitam untuk Neutral.

2.4.2 Kabel XLPE - Cross Link Ethylene


“XLPE” ialah Cross Link Ethylene atau pautan rentas ethylene. Penebatnya
dibuat dari bahan plastik yang diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang
menggantikan kertas. Penebat plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir
fasa yang terdiri dari pengalir aluminium dan tembaga.
Ianya digunakan sebagai pengganti kertas adalah kerana ianya mudah dibentuk
mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling pengalir agar tiada
rongga terjadi di antara pengalir dan plastik. Selain itu, plastik adalah bahan
yang ringan dan mudah penjagaannya jika dibandingkan kabel jenis lain, dan
ianya juga tidak mudah menyerap air. Kehilangan daya elektrik kabel jenis ini
adalah rendah dan harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
“Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini
tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba
geseran ataupun tarikan.Plastik juga membawa arus yang tinggi dari kabel
PILCDSTA.
Kabel XLPE biasanya digunakan di kawasan pencemaran kimia dan minyak,
kawasan yang tidak rata atau tempat tinggi, dan di kawasanyang berpaya atau
tanah berat.

2.4.3 Kabel Micc (Mineral Insulated Copper Covered) – Kabel


Berkelongsong Tembaga Bertebat Bahan Galian.
Sarung luaran diperbuat dari tembaga tanpa pateri pada takat lebur 1038 °C.
Penebatnya dari jenis Magnesium Oksida dengan takat lebur pada 2800 °C.
Pengalirnya dari jenis tembaga elektronik ( electrolytic copper) takat lebur 1083
°C. Mengikut piawaian British bagi kabel ini ialah BS 6207.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 7
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Pengalir didapati dalam dua jenis iaitu:


LIGHT DUTY L 500V – digunakan untuk kuasa rendah.
HEAVY DUTY H 750V – digunakan untuk kuasa tinggi.
Pengalir dalam bentuk teras iaitu 1,2,3 dan 4 teras. Kabel ini digunakan untuk
pendawaian di tempat suhu yang tinggi atau tempat yang mudah terbakar
seperti rumah dandang (boiler house) untuk sistem pencegah kebakaran dan
lain-lain. Penamatan kabel ini mengunakan kabel gland.

Kelebihan penggunaan kabel jenis ini adalah:


- Tahan api-ketahanan telah diuji dalam ujian IEC 331 dan diiktiraf sebagai
“FIRE RESISTANT”
- Kalis cecair dan gas- sarung logam luar yang bersambungan tanpa pateri
menjadi kabel yang tidak dapat ditembusi oleh sebarang cecair dan gas.
- Garis pusat kecil dan kemampuan tinggi (hight capacity).
- Mudah dilentur (flexibility).
- Tahan kakisan.
- Kos pemasangan yang kompetitif.
- Kalis letupan.
- Operasi pada suhu tinggi.
- Ketahanan atau rintangan.
- Sistem pembumian.
- Sistem nuklear (nuklear radiators).
- Ketahanan operasinya tanpa penyelenggaraan.

2.5 Pengenalan Bagi Kabel Bukan Boleh Lentur


Warna campuran hijau dan kuning hanya dikhaskan untuk pengenalan bagi
pengalir perlindungan litar sahaja dan bukan untuk sebarang kegunaan yang
lain.
Setiap kabel teras tunggal, 2 teras atau teras berbilang yang digunakan sebagai
pendawaian tetap mestilah dibuat pengenalan pada keseluruhan kabel. Cara
pengenalan dijalankan adalah seperti berikut:
- Dengan menggunakan pengenalan warna kabel seperti jadual 51A IEE Edisi
ke 16 atau:
-Dengan menggunakan pita pelekat, sarung, atau cecincin.

Pengenalan warna teras kabel tak boleh lentur dan konduktor dedah untuk
pendawaian tetap. Bagi kabel bertebatkan p.v.c berperisai dan kabel
bertebatkan kertas, lihat Peraturan IEE 514-06-01 (ii)
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 8
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Jadual 2: Jadual 51A

Jadual di bawah menunjukkan pengenalan warna teras kabel boleh lentur dan
kord boleh lentur.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 9
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Jadual 3: Jadual 51B

2.6 Peraturan Kabel Umum


- Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnya 10mm2 atau
kurang, maka pengalirnya hendaklah daripada kuprum.
- Kadaran voltan bagi setiap kabel mestilah tidak kurang daripada voltan
nominal (bekalan) atau voltan yang ditetapkan.
- Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus
maksima yang mengalir dalam kabel.
- Susutan voltan bagi setiap kabel hendaklah mestilah tidak melebihi 4%
daripada voltan nominal atau bekalan ketika arus beban penuh.
- Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu litar akhir
mestilah sama dari segi jenisnya, luas keratan rentas dan kedudukan
pendawaian.

2.7 Peraturan Iee Bagi Kord Dan Kabel Boleh Lentur (Penggunaan)
Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik yang
berkadaran kurang daripada 3 kw.
Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai
pengalir perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar yang
berasingan mesti diadakan.
Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap
kecuali ia sependek-pendek yang boleh.
Pada keadaan yang terdedah, kord dan kabel boleh lentur hendaklah pendek
dan dilindungi dari kerosakan mekanikal.
Kord boleh lentur yang disambung pada ros siling atau pemegang lampu mesti
mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.

2.8 Pemilihan Saiz Kabel


Pemilihan saiz kabel bagi sesuatu beban bergantung kepada tiga perkara
utama iaitu:
- Kabel itu mesti mampu membawa arus maksimum (beban penuh) yang
mengalir dalam litar tanpa pemanasan yang tidak wajar.
- Susutan voltan yang berlaku pada kabel ketika membawa arus maksimum
mestilah tidak melebihi daripada 4% voltan bekalan.
- Saiz fius atau pemutus litar dimana dipilih atau dilaraskan kepada sesuatu nilai
yang hampir dan lebih tinggi daripada yang didapati.

3. Alatambah dan Alat Perlindungan


Alatambah (aksesori) ialah alat-alat yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian
yang tidak menggunakan tenaga elektrik seperti :

1. Pemegang lampu
2. Soket keluaran
3. Suis
4. Palam
5. Siling ros
6. Fius
7. Pemutus litar
8. Pemutus litar bocor ke bumi
9. Papan agihan

Selain itu alatambah juga terdiri daripada alatambah pemasangan dari sistem
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 10
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

pendawaian pembuluh (pvc/logam), sistem pendawaian sesalur (logam) dan


sebagainya.

3.1 Pemegang lampu


Pemegang lampu BS 5042 ialah alat yang digunakan untuk memegang lampu
dan memudahkan untuk menukar lampu. Antara contoh pemegang lampu
adalah seperti :

i. Pangkal Kilas (Bayonet Cap) - hingga 150 watt.


ii. Skru Edison Pertengahan - hingga 200 watt.
iii. Skru Goliath - hingga 200 watt.

Pande Batten
nt
Rajah 2: Menunjukkan contoh pemegang lampu

3.2 Soket Keluaran


Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus
yang tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian
tetap.Kegunaannya adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah-alih
disambung ke litar akhir dengan menggunakan palam yang sesuai. Contoh
soket keluaran adalah seperti :
i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - S/S/O 13A)
ii) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet - S/S/O 15A)
iii) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis

S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 5A BS


196

S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 11
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Rajah 3: Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 12
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

3.3 Suis
Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus
litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan
dipemasangan domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam
sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat
berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-
beza dari segi bentuk, kawalan dan sebagainya. Diantaranya adalah seperti
berikut :
i) Suis satu hala.
ii) Suis dua hala
iii) Suis perantaraan

Rajah 4: Menunjukkan contoh suis

3.4 Palam
Palam ialah suatu alat yang mempunyai beberapa pin sesentuh yang akan
disambung ke kord boleh lentur dan boleh dihubungkan ke soket alur keluar.
Kegunaannya ialah sebagai sebahagian boleh bergerak yang bersambung
kepada alat elektrik mudah-alih dengan kord atau kabel boleh lentur. Saiz piawai
bagi palam mengikut BS adalah sama dengan saiz piawai soket alur keluar.
Contoh palam adalah seperti :
i) Palam keluaran 3 pin 13A (plug top)
ii) Palam keluaran 3 pin 15A (plug top)

Palam 3 pin 13A BS 1363 Palam 3 pin 15A BS 1963

Rajah 5: Menunjukkan contoh palam keluaran 3 pin 13A dan 15A


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 13
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

3.5 Siling Ros

Siling ros ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia
disambungkan ke kord boleh lentur untuk sambungan ke beban seperti lampu
kipas siling dan sebagainya. Saiz piawai siling ros adalah merujuk BS 67.

Rajah 6: Menunjukkan contoh siling ros

3.6 Fius
Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur
apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan
seterusnya litar akan terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini
bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan
panjang sesuatu bahan.

3.6.1 Jenis fius

i) Fius Dawai Semula [ BS 3036 ]


ii) Fius Katrij [ BS 1362 ]
iii) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362 ]

Rajah 7: Menunjukkan contoh fius dawai semula

3.6.1.1 Fius katrij (Cartridge Fuse)


- lebih berkemajuan dimana sukatan bagi penukaran elemen fius yang
ditetapkan pihak pengeluar.
- Fius jenis ini selalunya untuk kadaran yang kecil iaitu kurang dari 5A untuk pemasangan
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 14
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

domestic.
- Sering digunakan untuk pemasangan DC 12V seperti didalam motokar.

Rajah 8: Fius Kartrij

3.6.1.2 Fius Keupayaan Pecah Tinggi (HRC (High Rapturing Capacity))


- Berkebolehan menghindar arus kerosakan yang berat dengan selamat.
- Biasa digunakan bagi melindungi beban-beban industri yang besar, kabel
utama.

Rajah 9: Fius Keupayaan Pecah Tinggi

4. Perlindungan
4.1 Perlindungan arus lebihan
Peraturan IEE 473 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung
lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara
sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus pada sesuatu litar itu. Oleh
kerana itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai
hidup secara siri dengan litar itu.

4.2 Pemutus litar


Berfungsi untuk memutuskan litar dari litar lengkap ke litar terbuka
menyebabkan pengaliran arus terhenti. Selain itu pemutus litar ini juga bertindak
sebagai perlindungan jika berlaku sebarang litar pintas atau lebihan arus.
Mempunyai mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka

Rajah 10: Pemutus litar MCB

4.3 Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK)


Atau dikenali juga sebagai (Residual Current Circuit Breaker (RCCB)). Ianya
berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi dan pengasing
litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya
ialah jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angina, jenis
vakum dan jenis miniatur. PLBK yang lazim digunakan sekarang ialah jenis
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 15
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

miniatur.
Residual current bermaksud perbezaan arus. (Terdapat perbezaan di antara
arus (ketidakseimbangan) masuk melalui beban dan keluar dari beban yang
sama. Ia mempunyai gelung pengesan (search coil) arus beza untuk membuka
sambungan ke beban. Selain itu, ianya dkenali juga sebagai Pemutus Litar
Bocor ke Bumi (Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB)).

Rajah 11: Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK)/(RCCB)

4.4 Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker (MCCB))


Berbeza dengan fius dimana hanya perlu di ON semula sekiranya
terpelantik/memutus. Ianya direka untuk penggunaan melebihi 400 A. Ketiga-
tiga fasa akan memutus jika berlaku beban lebih di salah satu fasa.
Kebanyakan MCCB menggunakan prinsip medan magnet pada gelung.

Rajah 12: Pemutus Litar Teracu (Moulded Case Circuit Breaker (MCCB))
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 16
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

5. Alat-alat Pengujian
Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna
atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu
pemasangan telah terlaksanakan mengikut peraturan IEE,TNB,JKR dan
Suruhanjaya tenaga (ST) agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:


- Pemasangan baru
- Pemasangan sedia ada untuk tujuan penambahan dan pengubahsuaian.
- Pemasangan elektrik yang ada secara berkala mengikut perancangan atau
perencanaan untuk tujuan penyelenggaraan.
- Ujian diatas permintaan pengguna atau arahan.ini biasanya apabila berlaku
kerosakkan terhadap pemasangan.
- Ujian untuk proses kemasukan borang kepada JKR.

Alat-alat pengukuran dan pengujian ini boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:-
1. Jenis analog.
2. Jenis digital.
Jangka jenis analog mempunyai jarum penunjuk yang bergerak diatas paparan
berskala, manakala jangka jenis digital mempunyai paparan berdigit.

5.1 Jenis Alat Pengukuran dan Pengujian Elektrik


Alat pengukuran dan pengujian yang selalu digunakan dalam pengujian pepasangan
elektrik satu fasa adalah:-

5.1.1 Jangka Pelbagai (Multimeter)


Antara alat yang digunakan adalah Analog Multimeter untuk menyukat arus
rintangan dan voltan dalam litar. Jangka meter juga digunakan untuk menguji komponen
elektronik dan ketelusan litar selain digunakan untuk mengukur nilai arus, beza-upaya,
dayagerak-elektrik rintangan dan keterusan litar elektrik. Multimeter terdiri daripada
voltan meter AC, voltan meter DC, dan Ohm meter.

Rajah 13: Jangka pelbagai (Multimeter) jenis Analog dan Digital

Rajah 14: Bahagian Jangka Pelbagai


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 17
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

5.1.2 Pena Ujian (Test Pen)


Alat lain ialah Pena ujian (test pen) untuk menguji kebocoran arus,
menentukan punca bekalan arus elektrik berkeadaan baik mahupun
mengalami kerosakkan. Selain daripada itu pena ujian juga boleh digunakan
untuk memasang dan menanggalkan skru kecil. Rajah 15 menunjukkan pena
ujian dan bahagian dalam pena tersebut.

Rajah 15: Pena ujian dan bahagian dalam pena ujian

5.1.3 Jangka Clamp On (Clamp On Meter)


Seterusnya alat penguji lain adalah Jangka Clamp On. Menyukat arus
elektrik pada sesebuah mesin dengan cara mengapit pada satu wayar/kabel.
Rajah 16 menunjukkan gambarajah alat uji clamp meter beserta cara
penggunaan.

Rajah 16: Meter Clamp


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 18
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

5.1.4 Jangka Ligat (Tachometer)


Jangka Ligat (Tachometer) adalah sejenis alat yang digunakan untuk
mengukur kelajuan sesuatu benda kerja seperti motor elektrik, enjin dan tayar
kenderaan. Terdapat dua cara untuk menggunakan Jangka Ligat (Tachometer),
iaitu melalui sentuhan, dan melalui photo (sensor).

Rajah 17: Jangka Ligat jenis digital dan analog

Cara melalui sentuhan adalah seperti berikut:


- Jalankan motor
- Sentuh bahagian syaf yang berputar dengan sentuh peralatan
- Pastikan penyentuh pada peralatan berputar sama dengan syaf motor
- Dapatkan bacaan selepas 10-20 saat dalam unit yang dikehendaki
- Tekan HOLD pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

Cara melalui photo (sensor) adalah seperti berikut:


- Tandakan bahagian syaf (berpusing) dengan pita pantulan
- Jalankan motor
- Halakan bahagian photo ke pita reflektif yang berputar
- Dapatkan bacaan selepas 10-20 saat dalam unit yang dikehendaki
- Tekan HOLD pada panel bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

5.1.5 Penguji Penebatan Megger (Insulation Megger Tester)


Alat yang lain adalah jangka Megger. Jangka ini adalah dari rekabentuk jangka Ohm
iaitu jika litar terbuka tiada arus yang mengalir. Ia digunakan untuk menguji rintangan
penebatan. Rajah 18 menunjukkan rajah jangka Megger.

Rajah 18: Jangka Megger


Jarum penunjuk akan menunjukkan pada skala infiniti. Jika litar mempunyai
rintangan yang sangat rendah, jarum penunjuk akan menunjuk ke arah sifar, dan
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 19
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

juga kemalangan elektrik seperti kebocoran elektrik, renjatan, dan kebakaran boleh
berlaku. Rintangan penebatan yang tinggi adalah lebih baik dan selamat
digunakan. Unit dalam rintangan penebatan adalah Mega Ohm (MΩ).
5.1.6. Jangka Ohm (Ohmeter)
Jangka Ohm digunakan untuk mengukur nilai rintangan sesuatu bahan elektrik.
Ia juga digunakan untuk menguji keterusan (continuity) sesuatu litar atau komponen
elektrik.

Rajah 19 : Jangka Ohm

5.1.7 Jangka Ampiar (Ammeter)


Jangka Ampiar digunakan untuk mengukur nilai arus yang mengalir didalam
sesuatu litar elektrik.

Rajah 20 : Jangka Ampiar

5.1.8 Jangka Voltan (Voltmeter)


Jangka Voltan digunakan untuk mengukur nilai beza-upaya atau daya-gerak-
elektrik sesuatu litar elektrik.

Rajah 21 : Jangka Voltan


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 20
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

5.1.9 Jangka Watt (Wattmeter)


Jangka Watt digunakan untuk mengukur nilai kuasa dalam litar elektrik

Rajah 22 : Jangka Watt

5.1.10 Jangka Watt-jam (Watt-hour meter)


Jangka Watt-jam digunakan untuk mengukur nilai tenaga yang dihasilkan dalam litar
elektrik.

Rajah 23: Jangka Watt-jam


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 21
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

5.1.11 Jangka Lux (Lux meter)


Jangka Lux digunakan untuk mengukur nilai pencahayaan sesuatu sumber
cahaya.

Rajah 24 : Jangka Lux

5.1.12 Jangka Frekuensi (Frequency Meter)


Jangka Frekuensi digunakan untuk mengukur frekuensi sesuatu bekalan elektrik.

Rajah 25 : Jangka Frekuensi

5.1.13 Jangka Faktor Kuasa (Power Factor Meter)


Jangka Faktor Kuasa digunakan untuk mengukur factor kuasa sesuatu litar elektrik.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 22
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Rajah 26 : Jangka Faktor Kuasa

5.1.14 Jangka Galvano (Galvanometer)


Jangka Galvano digunakan untuk menentukan adanya pengaliran arus elektrik
didalam sesuatu litar.

Rajah 27 : Jangka Galvano

5.1.15 Jangka Turutan Fasa (Phase Sequence meter)


Jangka Turutan fasa digunakan untuk menentukan turutan fasa sesuatu bekalan
elektrik.

Rajah 28 : Jangka Turutan Fasa

5.1.16 Penguji Pembumian Megger (Earth Megger Tester)


Penguji Pembumian Megger digunakan untuk menentukan nilai galangan bumi.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 23
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Rajah 29 : Jangka Pembumian Megger

5.117. Penguji ‘Cable Locator ‘ (Cable Locator Tester)


Penguji Cable Locator digunakan untuk menentukan kedudukan kabel yang
tersembunyi atau mengesan kerosakan kabel yang tersembunyi.

Rajah 30 : Jangka ‘Cable Locator’

5.1.18Penguji RCD (Residual Current Device Tester)


Penguji RCD digunakan untuk menguji pemutus litar arus baki (PLAB)

Rajah 31 : Jangka RCD

6. Keperluan Penentuukuran (Calibrate) Untuk Pengujian Pengukuran Elektrik


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 24
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Penentukuran ditakrifkan sebagai ukuran yang dirujuk kepada piawai yang 'diketahui'
Penentukuran instrumen pengujian adalah penting kepada pengguna kerana ia memberi
mereka keyakinan dalam ukuran yang dibuat, menyediakan bukti pengukuran yang
disahkan dan akhirnya membolehkan penjimatan masa ke atas kecekapan teras yang
menjana pendapatan, bukannya untuk menguji semula atau kerja semula pemasangan
jika ada yang tidak yakin dengan keputusan.

7. Langkah-Langkah Keselamatan Penggunaan Jangka Elektrik


Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jangka adalah
seperti berikut:-

7.1. Baca dan fahami simbol-simbol jangka.


Sebelum menggunakan jangka elektrik, pastikan cara penggunaan jangka ini
Bersesuaian dengan binaan dan cara penggunaannya. Ini boleh diketahui dengan
membaca symbol-simbol yang terdapat pada permukaan sesuatu jangka elektrik.

7.1.1. Simbol prinsip gerakerja jangka.

Rajah 32 : Simbol prinsip gerakerja jangka

7.1.2. Simbol kedudukan penggunaan jangka


Simbol ini menentukan kedudukan jangka ketika penggunaannya.

Rajah 33 : Simbol Kedudukan penggunaan jangka

7.1.3. Simbol nilai maksima voltan ujian.


Simbol ini menunjukkan nilai maksima voltan ujian yang telah dilakukan pada
sesuatu jangka. Ini adalah untuk menentukan tahap ketahanan gelong dan
komponen-komponen binaan jangka.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 25
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian Voltan ujian
maksima 500V maksima 1000V maksima 2000V maksima 3000V maksima
5000V

Rajah 34 : Simbol Nilai maksima voltan ujian

7.1.4 Simbol jenis bekalan.


Simbol ini menentukan jenis bekalan yang boleh digunakan pada jangka.

Rajah 35 : Simbol jenis bekalan

7.1.5 Simbol pengkelasan dan ketepatan


Simbol ini menentukan kelas dan pengaruh (dalam peratus %) yang dibenarkan
pada sesuatu jangka. Simbol ini ditunjukkan dalam nilaian angka samada 0.1, 0.2,
0.5, 1.0, 1.5, 2.5 dan 5.0. Jangka yang mempunyai nilaian angka yang rendah
mempunyai ketepatan yang lebih baik berbanding dengan jangka yang mempunyai
angka yang lebih tinggi.

Jadual 7.1 : Pengkelasan dan ketepatan jangka

Jenis Kelas ‘Error’ dan ‘Error’ dan pengaroh


pengaroh dibenarkan (%)
dibenarkan berpandukan kepada
(± %)
Alat jenis ketepatan 0.1 0.1 Nilai skala penoh
tinggi (precision type) 0.2 0.2

0.5 0.5 Jumlah bacaan


maksima
Alat industry 1.0 1.0 Panjang skala / lebar
1.5 1.5 rekod
2.5 2.5

5.0 5.0 Nilai sebenar

7.2 Kaedah sambungan jangka dalam litar


Setiap jangka perlu disambungkan dengan cara yang betul dan sesuai didalam sesuatu
litar elektrik samada secara sesiri, selari atau siri selari. Umpamanya Jangka Ampiar
perlulah disambungkan secara siri dengan bekalan atau beban; Jangka Voltan
disambungkan secara selari dengan bekalan atau beban dan jangka Watt
disambungkan secara siri-selari dengan bekalan.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 26
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Rajah 36 : Kaedah sambungan jangka

7.3. Memahami penggunaan pirauan (shunt) dan pengganda (multiplier)


Bagi menyukat arus yang rendah, Jangka Ampiar boleh disambungkan terus
kedalam litar secara siri dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat arus
yang tinggi, satu pirauan perlu disambungkan secara selari dengan jangka.

Rajah 37 : Penyambungan pirauan dalam litar jangka

Bagi menyukat voltan yang rendah, Jangka Voltan boleh disambungkan terus
kedalam litar secara selari dengan bekalan atau beban. Tetapi bagi menyukat voltan
yang tinggi, satu pengganda perlu disambungkan secara siri dengan jangka.
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 27
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Rajah 38 : Penyambungan pengganda dalam litar jangka

7.4. Pemilihan bidang jangka.


Pemilihan bidang jangka yang sesuai adalah sangat penting kerana bacaan jangka
yang tepat bergantung kepada bidang bacaan ini. Pilihlah bidang jangka yang tinggi
dahulu, kemudian dikurangkan kepada bidang yang lebih rendah supaya bersesuaian
dengan kuantiti yang hendak diukur. Ini dapat mengelakkan jangka daripada kerosakan
akibat menerima arus yang besar.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu rendah berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya tinggi, umpamanya 15 A disukat pada bidang 1 mA, kuantiti sebenar
tidak dapat disukat dengan tepat. Selalunya dalam keadaan begini, penunjuk jangka
akan terpesong jauh kehujung skala jangka dimana bahagian ini tidak mempunyai skala
bacaan. Keadaan ini boleh juga merosakkan komponen-komponen binaan jangka.

Jika memilih bidang bacaan jangka yang terlalu tinggi berbanding dengan nilaian yang
hendak disukatnya rendah, umpamanya 1 mA disukat pada bidang 15 A, penunjuk
jangka tidak akan terpesong daripada kedudukan zero. Dengan ini nilaian bacaan yang
disukat tidak dapat direkodkan.

Arus besar dengan bidang jangka rendah Arus kecil dengan bidang jangka tinggi

Rajah 39 : Kedudukan jarum penunjuk jangka pada pemilihan bidang pengukuran yang
salah
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 28
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

Sebaik-baiknya setiap sukatan yang dibuat hendaklah ada pemesongan penunjuk


jangka sehingga kebahagian tengah skala jangka.

7.5. Larasan penunjuk jangka kepada zero.


Setiap jangka mempunyai pelaras zero. Sekeru pelaras ini digunakan untuk
melaraskan penunjuk jangka kepada kedudukan ‘zero’ sebelum sesuatu kuantiti
disukat. Pelarasan ini mestilah dilakukan setiap kali sebelum sukatan bacaan
dilakukan.

Rajah 40 : Pelarasan penunjuk jangka kepada zero

7.6. Cara mengambil bacaan jangka


Bacaan jangka hendaklah diambil dari kedudukan tepat dihadapan skala jangka. Ini
adalah kerana senggatan skala dibuat sebegitu kecil supaya bacaan yang tepat dapat
diperolehi.

Sekiranya bacaan jangka direkodkan dari bahagian tepi, nilaian yang salah mungkin
direkodkan. Kesilapan bacaan cara ini dinamakan ‘parallex error’.

Jika penunjuk jangka menunjukkan bacaan diantara dua bahagian senggatan, bacaan
secara agakkan (estimate) dengan mata hendaklah dibuat. Mendapatkan bacaan
secara agakkan ini dinamakan ‘interpolation’.

Rajah 41 : Kedudukan penunjuk jangka untuk ‘interpolation’


NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 29
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

8. Pengenalan Kepada Pemeriksaan dan Pengujian Pepasangan Elektrik Satu Fasa

Pemeriksaan dan pengujian pepasangan elektrik dijalankan bagi mempastikan


pepasangan telah dilakukan mengikut peraturan dan pepasangan dapat berfungsi dengan
betul dan selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian ini perlu dijalankan kepada pepasangan baru, pepasangan
penambahan atau pengubahsuaian dan pepasangan sedia-ada.

Pemeriksaan dan pengujian yang dilakukan tidak menjamin pepasangan dapat digunakan
dengan selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari masa kesemasa mengikut
tempoh yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak mencapai atau memenuhi syarat-
syarat yang dikehendaki, kerja penyenggaraan atau penggantian perlu dilakukan.

Tempoh pengujian sesuatu pepasangan bergantung kepada jenis pendawaian, tempat


pendawaian dan pembekal tenaga elektrik. Secara umumnya, tempoh pemeriksaan sesuatu
pepasangan elektrik pengguna adalah seperti berikut:-

Jadual 8.1 : Jenis pepasangan dan tempoh pengujian pepasangan elektrik

Jenis Pepasangan Tempoh Pemeriksaan


Pepasangan domestic 5 tahun
Pepasangan pertanian 3 tahun
Pepasangan sementara 3 bulan
Pepasangan penggera kebakaran 1 tahun
Pepasangan penggera kecemasan Tidak ditetapkan
Pepasangan panggung 1 tahun
Pepasangan stesyen minyak 1 tahun
Pepasangan masjid / gereja Setiap 2 tahun pertama
Setiap tahun jika melebihi 5 tahun
Pepasangan kedai dobi 1 tahun
Pepasangan industri Kerap-kali
Pemeriksaan dan pengujian yang perlu dilakukan boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu:-
1. Pemeriksaan penglihatan.(visual test)
2. Ujian menggunakan peralatan pengujian.

Pemeriksaan penglihatan dilakukan bagi mempastikan bahan-bahan dan kelengkapan


pepasangan dipasang mengikut piawaian yang ditetapkan, pepasangan dijalankan mengikut
peraturan dan tiada kerosakan nyata pada pepasangan atau kelengkapan elektrik. Manakala
ujian menggunakan peralatan pengujian dilakukan berpandukan kepada kehendak
Peraturan
IEE iaitu semua pepasangan elektrik perlulah dilakukan ujian-ujian berikut:-
1. Ujian Kekutupan (Polarity Test).
2. Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).
3. Ujian Keberkesanan Pembumian (Test of Effectiveness of Earthing).
4. Ujian Keterusan Litar Gelang (Continuity of Ring Circuit).
NAMA KURSUS / ETE 1033 SINGLE PHASE WIRING Muka / Page : 30
COURSE NAME MAINTENANCE Drpd/of : 30

SOALAN :

1. Namakan lima (5) alat pengujian pepasangan elektrik satu fasa.

2. Mengapakan proses pelarasan zero perlu dilakukan sebelum proses pengukuran atau
pengujian dilakukan pada pepasangan elektrik satu fasa.

3. Berikan lima (5) langkah penjagaan yang perlu dilakukan pada alatan menguji bagi
mempastikan ketepatan pengukurannya.

4. Mengapakan pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan pada sesuatu pepasangan elektrik
satu fasa.

5. Namakan jenis-jenis pengujian yang perlu dijalankan pada pepasangan elektrik fasa tunggal
mengikut kehendak Peraturan IEE.

RUJUKAN:

1. ABD SAMAD HANIF(2000), Pemasangan Dan Penyelenggaraan ELEKTRIK,


Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka, ISBN 983-62-4063-2.

2. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN(2005), PANDUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK


DOMESTIK I.E.E EDISI 16 BS 7671 : 1992 PINDAAN 2 1997, EDISI KEDUA, IBS
BUKU SDN. BHD., ISBN 967-950-181-7

3. HAJI MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI


BANGUNAN KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU
SDN. BHD., ISBN 978-967-950-307-4

4. UNDANG-UNDANG MALAYSIA. AKTA SURUHANJAYA TENAGA 2001.

5. SURUHANJAYA TENAGA (2008), GUIDELINES FOR ELECTRICAL WIRING IN


RESIDENTIALS BUILDING BASED ON Electricity Supply Act 1990, The Electricity
Regulations 1994, MS IEC 60364:2003 Standard: Electrical Installations of Buildings,
MS 1936:2006 Standard: Electrical Installations of Buildings – Guide To MS IEC 60364,
MS 1979:2007 Standard: Electrical Installation of Buildings – Code of Practice.

6. XLPE Power Cable - Federal Power & Telecoms Sdn. Bhd. BS 6622:1985, IEC 502.

Anda mungkin juga menyukai