Anda di halaman 1dari 9

Tajuk 1 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.1 Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran
dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan lebih baik prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran
seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

1.2 Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2. Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3. Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Pengajaran dan
Pembelajaran

Prinsip-Prinsip
Konsep Asas
Pengajaran dan
Pembelajaran (Ewell)

Definisi Pengajaran &


Penglibatan aktif Situasi mendesak
Pembelajaran Perkaitan dan corak Maklum balas berterusan
Pembelajaran informal Suasana yang menyeronokkan
Pengalaman langsung Refleksi

1
1.4 Kandungan

1.4.1 Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan


untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan
dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran boleh dihuraikan
sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran
merupakan suatu yang diagnostik dan preskriptif. Guru menilai keperluan-
keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta
aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Ini merupakan faktor penting dalam
pengajaran. Secara ringkasnya, pengajaran ialah :

 melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat


 menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
 berkongsi pengetahuan
 membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang
 menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya
 menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional
 menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai
(Noriati, Boon & Sharifah, 2012)

Definisi –definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

 Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan “ classroom


talk” yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti
dilaksanakan ( Amidon & Hunter, 1964 )

 Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang


berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses
membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, 1926)

Pengertian pembelajaran

Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah
laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak
dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan
atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower
& Hilgard, 1981)

2
Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu
akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua
pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.

Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:


 Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku.
Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita
harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah
laku.

 Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak


sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku
yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

 Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada


pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi
bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan
anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah
sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh
itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan
peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara
menyebabkan perubahan tingkah laku.

Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan “Adakah


pembelajaran itu kekal?”

1.4.2 Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell

Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana


pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk
belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,
belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan
pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.

Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang


dikemukakan oleh Ewell(1997). Beliau telah membentuk satu model yang
menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam
bilik darjah.

3
Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang
berikut:

(a) Penglibatan Aktif

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam
pengajaran guru. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara
langsung tetapi pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan.
Mengikut Ewell(1997,ms.6), ”the learner is not a ’receptacle’ of knowledge, but
rather creates his or her learning activity actively and uniquely” Cara
pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu
kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan


pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja
perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer,
2004).

Pelajarbukan sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu


diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat
selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,
pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan,
memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan
menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu.

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

 Perbincangan dalam kumpulan kecil


 Adakan diskusi atau forum secara online
 Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-sharedan pembelajaran jigsaw
 Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan
membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

(b) Perkaitan dan Corak

Pelajar mempunyai peluang menentu, menguji dan membina corak dan


perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran.
Proses kognitif iniinvolves actively creating linkages among concepts, skill
elements, people, and experiences (Ewell, 1997, ms.7). Pelajar dapat
mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan
mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran

4
yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan,
pelajar mendekatinyadengan membanding beza, menyusun dan memilih
daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh
menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat
perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan.
Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid
boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta
mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situasi baharu.

(c) Pembelajaran Informal

Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari


dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Semua murid belajar
sepanjang masa, bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal
merupakan pembelajaran implisit, iaitu memperoleh pengetahuan akibat
interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya
dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell,1997b).

Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, peluang


untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Pelajar boleh
mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak
perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar
di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk
meneroka dan belajar.

Guru boleh mewujudkan kawasan di sudut pembelajaran untuk pelajar


bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang
untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar
cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara
informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat
permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati, Boon & Sharifah,
2012).

(d) Pengalaman Langsung

Mengikut Ewell (1997), pembelajaran langsung merujuk kepada learning-by-


doing, iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran
secara langsung. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri

5
secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan
memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman
lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat.
Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran
murid (Halpern &Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman
langsung, pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat


dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.

(e) Situasi Mendesak

Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan


sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu.
Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak
kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian
inovatif yang boleh diguna pakai. Guru juga boleh menyediakan pelbagai
peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi
jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula,
guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara
caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar
merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan
keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

(f) Maklum balas

Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu


mengenai kesesuaian tindakan serta respons mereka. Maklumat ini
membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan
pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,
preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Peranan maklum
balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat
tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.

6
Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi
pelajar.

Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi
pelajar input secara lisan atau bertulis.Rakan sebaya juga memberi maklum
balas kepada rakannya. Selain itu, maklum balas dalam bentuk cadangan-
cadangan penambahbaikan akan membantu pelajar untuk membaiki
prestasinya.

Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau
insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses
pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum
balas ataaupun peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari
dengan baik boleh hilang begitu sahaja.

(g) Suasana yang menyeronokkan

Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan


adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi,
pelbagai tahap sokongan peribadi dan mewujudkan banyak peluang
pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak
kumpulan dan secara lisan.

Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan


suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja
dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan
mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar.

Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan


intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan
penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan
tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang. Ini akan
menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.

Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya


guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka, menggalakkan
pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini
mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang. Manakala,

7
kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar berada dalam keadaan
tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi
atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang
berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk
melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah
yang tidak selesa dan tidak terkawal.Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan
mempunyai unsur kecindan untuk mewujudkan suatu suasana yang
merangsangkan pembelajaran pelajar. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan
kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka.

Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan


dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktiviti-
aktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.

(h) Refleksi

Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan


kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama
bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross,1987).

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman


dan implikasinya terhadap diri kita. Ia adalah satu usaha bermakna untuk
menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan
kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita
menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai
kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.
Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi
tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.
Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu
serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi
pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Pelajar
membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai
proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.
Renungan:
Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru
menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah.
Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada
anda?

8
1.5 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-


prinsip pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap
jenis pembelajaranmemerlukan keadaan–keadaan dalaman dan luaran yang berlainan.
Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui.
Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang
berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara
pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

Rujukan
Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and comments. New
York:Holt,Rinehart & Winston.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared


for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved
from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Gagné, R. (1985). Conditions of learning. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005).Principles of instructional design (2nd


ed.). New York: Holt, Rinehart &Winston.

Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school.Chicago:University of


Chicago Press.

Noriati, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid dan alam belajar.


Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Slavin, R.E. (2005).Educational psychology: Theory into practice.Englewood


Cliff: Prentice Hall Ltd.

Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). Educational


Psychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore:
Thomson Learning.

Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Yelon, S. C., &Weinstein G. W. (1977).A Teacher’s world:Psychology in the


Classroom. New York: MacGraw Hill.

Anda mungkin juga menyukai