Anda di halaman 1dari 15

EDUP2093

TOPIK 1
Redzuan Radzi
Konsep Pedagogi
Pendidikan
● Konsep pedagogi
- Pengenalan
- Model pedagogi
● Kluster pedagogi
- Pedagogi antik (antiquated pedagogy)
- Pedagogi klasik (classical pedagogy)
- Pedagogi kontemporari (contemporary pedagogy)
● Ciri-ciri guru dan murid berdasarkan kluster
pedagogi
● Implikasi peranan

2
Pengertian PDPC
⊷ Pengajaran dan pembelajaran
merupakan satu proses, iaitu peluang
disediakan untuk murid menghasilkan
suatu perubahan yang agak kekal
melalui penglibatan dalam pengalaman
yang disediakan oleh guru.
⊷ Pengajaran boleh dihuraikan sebagai
satu cara untuk menyediakan pelajar
dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berfungsi
dengan baik.

3
Pengertian PDPC
⊷ Secara praktisnya, pengajaran
merupakan suatu yang diagnostik dan
preskriptif.
⊷ Guru menilai keperluan-keperluan
pembelajaran yang spesifik dan
mengaplikasikan strategi-strategi serta
aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk
pelajar.

4
Rumusan
• melibatkan diri dalam pembelajaran dan
perkembangan sepanjang hayat
• menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
• berkongsi pengetahuan
• membimbing, mengarah, memudahcara,
mengasuh dan merancang
• menentukan matlamat untuk diri dan
pelajarnya
• menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan
professional
• menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada
orang ramai
5

Pengajaran adalah satu pertembungan antara
seorang personel yang berpersonaliti matang
dengan seorang yang kurang matang dalam
proses membentuk pendidikan untuknya.
( Morrison, 1926)

6

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses
interaktif, melibatkan “ classroom talk” yang
berlaku antara guru dan murid serta berlaku
semasa aktiviti dilaksanakan ( Amidon &
Hunter, 1964 )

7
Pembelajaran merujuk kepada perubahan
dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku
berpotensi dalam suatu situasi yang


diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini
berlaku jika perubahan tingkah laku tidak
dapat diterangkan berdasarkan asas
kecenderungan respons subjek, kematangan
atau keadaan sementara seperti letih lesu,
mabuk, desakan dan sebagainya (Bower &
Hilgard, 1981)

8

Pembelajaran merupakan perubahan dalam
seseorang individu akibat daripada
pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia
dilahirkan dan semua pembelajaran ini
berkait dengan pengalaman. Slavin (2005)

9
1
Pembelajaran mencerminkan satu
perubahan dalam potensi suatu tingkah
laku. Ia tidak secara automatik
membawa kepada satu perubahan
tingkah laku. Kita harus dirangsang agar
dapat menterjemahkan pembelajaran ke
dalam tingkah laku.

10
2 Perubahan-perubahan tingkah laku yang
disebabkan oleh pembelajaran tidak
sentiasa kekal. Oleh sebab pengalaman-
pengalaman baharu, tingkah laku yang
telah dipelajari tidak dipamerkan.

11
Perubahan tingkah laku disebabkan

3
proses-proses selain daripada
pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah
laku kita boleh berubah kerana motivasi
bukan pembelajaran. Anda belajar untuk
mengelakkan kegagalan dan ketakutan
anda memotivasikan anda untuk belajar.
Perubahan tingkah laku ini adalah
sementara: apabila keadaan motivasi
berubah, tingkah laku juga berubah.
Oleh itu, anda akan berhenti belajar
apabila anda tidak rasa takut tentang
kegagalan peperiksaan. Berhenti belajar
adalah suatu contoh keadaan sementara
menyebabkan perubahan tingkah laku.
12
Ewell (1997)
8 PRINSIP PEMBELAJARAN
1. Penglibatan Aktif
2. Perkaitan dan Corak
3. Pembelajaran Informal
4. Pengalaman Langsung
5. Situasi Mendesak
6. Maklum balas
7. Suasana yang menyeronokkan
8. Refleksi
Ciri-ciri Guru dan Murid
dalam kluster pedagogi
⊷ Kenali murid
⊷ Guna ABM yang sesuai
⊷ Elemen mengajar yang unik
⊷ Komunikasi dua hala
⊷ Berhenti pada saat ingin tahu
⊷ Cikgu jangan garang

25
Implikasi
peranan guru
1. Memperkembang potensi individu secara
menyeluruh bagi melahirkan insan yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani, dan intelek (JERI)
2. Meningkatkan kreativiti dan inovasi dan
budaya ilmu pelajar;
3. Membudayakan sains dan teknologi dan
pembelajaran sepanjang hayat;
4. Menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan; dan
5. Meningkatkan martabat pendidikan
Malaysia pada peringkat antarabangsa.
26

Anda mungkin juga menyukai