Anda di halaman 1dari 22

EDUP 3113

PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
DZUL HILMI BIN MOHD JANI
PENSYARAH AKADEMIK
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
EDUP 3113
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN

TOPIK 1:
KONSEP PEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (MK)

Pelajar akan dapat menjelaskan konsep


dan proses pembelajaran dalam
pendidikan
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pelajar akan memahami:


- Pengertian pembelajaran
- Ciri-ciri pembelajaran
- Prinsip-prinsip pembelajaran
- Jenis-jenis pembelajaran
- Proses pembelajaran
- Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
TINGKAP JOHARI (JOHARI WINDOWS)
(JOSEPH LUFT & HARRY INGHAM (1955))
KONSEP PEMBELAJARAN

Menurut Azizi Yahya (2019):


• Sebagai usaha memperoleh ilmu pengetahuan
• Pembelajaran berlaku apabila pengajaran
dapat mempengaruhi pelajar (berlaku
perubahan terhadap pelajar)
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
(SECARA UMUM)
• Perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran serta pembentukan sikap dan
kepercayaan
• Berjalan sepanjang hayat
• Membawa perubahan kepada diri seseorang sama
ada ke arah kebaikan atau keburukan
PENGERTIAN PEMBELAJARAN

• Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang


disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin,1987)
• Stalling (1973) berpendapat pembelajaran berlaku berdasarkan tiga
kriteria penting iaitu:
• Pembelajaran pengetahuan
• Berlaku perubahan dalam tingkah laku
• Menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
• Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah:
• perubahan tingkah laku,pengetahuan dan sikap.
• melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja.
• berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baharu.
• Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan proses kognitif
melibatkan ketrampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan kemahiran
intelek (Rahil Mahyuddin et al., 2000).
• Pengetahuan dibina daripada maklumat melalui pemikiran.
• Pengetahuan perlu dibina oleh pelajar sendiri semasa mencari pemahaman tentang
maklumat yang diterima.
PENGERTIAN PEMBELAJARAN
• Mazhab Behavioris
• Perubahan tingkah laku yang nyata dan dapat diperhatikan (cara
seseorang itu bertindak)
• Mazhab Kognitif
• Satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung.
• Memfokuskan kepada ciri-ciri yang sukar untuk diperhatikan
seperti pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
• Pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang
kekal.
• Perubahan tingkah laku adalah hasil mendapat kefahaman
daripada maklumat baharu dan pengalaman.
• Berlaku secara sedar atau tidak sedar.
• Proses berterusan yang berlaku sepanjang hayat.
• Pembelajaran adalah satu proses yang selari dengan perkembangan
kognitif sejajar dengan Teori Perkembangan Kognitif Piaget.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN

• Dikemukakan oleh Ewell (1997) yang


menggambarkan 8 prinsip ini mempengaruhi
penguasaan pengetahuan, perkembangan kemahiran
dan kompetensi apabila diaplikasikan di dalam bilik
darjah.
Penglibatan
aktif
Suasana yang Perkaitan
menyeronokkan dan corak

Maklum
8 PRINSIP Pembelajaran
balas
PEMBELAJARAN informal
berterusan
EWELL

Pengalaman
Situasi langsung
mendesak
Refleksi
Prinsip 1: Penglibatan aktif
• Pelajar melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian
dalam proses pembelajaran.
• Mewujudkan interaksi dua hala.
• Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan bahan
pembelajaran dan membina pemahaman dengan berkesan.
• Aktiviti yang boleh dijalankan seperti perbincangan dalam kelas
dan pembelajaran koperatif.
Prinsip 2: Perkaitan dan corak

• Pelajar perlu mempunyai peluang membina, menentu,


menguji dan membina corak serta perkaitannya dengan
situasi pembelajaran.
• Contoh:
Prinsip 3: Pembelajaran informal

• Pembelajaran yang tidak hanya berlaku dalam bilik


darjah/semasa sesuatu pengajaran.
• Memperolehi pengetahuan melalui pelbagai cara.
Contoh:
• Peraturan sekolah
• Program lawatan
Prinsip 4: Pengalaman langsung
• “Learning by doing”
• Bergantung kepada proses pelajar membina makna berdasarkan
pengalamannya.
• Memberikan fokus kepada pembelajaran individu – fokus
terhadap proses aktif antara guru dengan murid.
Contoh:
• Permainan boling padang
Prinsip 5: Situasi mendesak

• Situasi yang kompleks dan mendesak dapat memotivasikan


pelajar untuk mencari jalan penyelesaian.
Contoh:
• Sediakan aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar dan
menggalakkan pelajar untuk mencari jalan penyelesaiannya.
• Memberi pelajar tanggungjawab yang lebih.
Prinsip 6: Maklum balas berterusan
• Maklumat yang diberi kepada individu tentang kesesuaian sesuatu
tindakan serta respon mereka.
• Satu aspek penting dalam meningkatkan prestasi pelajar.
• Maklum balas dalam bentuk positif atau negatif.
• Dilakukan dengan serta-merta.
Contoh :
• Guru memberi komen terhadap tugasan yang disiapkan oleh pelajar.
Prinsip 7: Suasana yang menyeronokkan
• Pembelajaran perlu dalam keadaan yang menyeronokkan.
• Pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam
keadaan yang seronok.
Contoh :
• Memasukkan unsur didik hibur.
• Penggunaan ganjaran dalam bilik darjah.
Prinsip 8: Refleksi
• Merupakan proses memikir kembali pengalaman dan implikasinya
terhadap diri.
• Usaha yang bermakna untuk menjiwai proses pengajaran dan
pembelajaran.
• Merangsang penilaian kendiri yang memberikan hala tuju tentang
kekuatan atau kelemahan sendiri.
• Belajar secara efektif daripada pengalaman.
Contoh:
• Muhasabah diri.
TUTORIAL
• Nyatakan JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
menggunakan peta pemikiran yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai