Anda di halaman 1dari 12

PJ2051 (P)

PENDIDIKAN JASMANI

PEDAGOGI
PENDIDIKAN
JASMANI

Oleh:

DEFINISI PEMBELAJARAN
Guy Le Francois ( 1982 ).
Pembelajaran merangkumi semua
perubahan tingkah laku yang agak
kekal yang dihasilkan melalui pengalaman.

Woolfook dan McCune-Nicolich.

Pembelajaran sebagai suatu perubahan dalaman


di dalam diri seseorang, pembentukan perkaitan-
perkaitan baharu, ataupun potensi-potensi untuk
tindak-tindak balas yang baharu.
Pembelajaran membawa kepada perubahan
yang agak kekal di dalam kebolehan seseorang.

1
Woolfook dan McCune-Nicolich.
Pembelajaran boleh membawa perubahan yang
membawa akibat yang lebih baik atau lebih buruk
dan ianya boleh berlaku dalam keadaan
disengajakan atau tanpa niat.

Sesuatu perubahan tingkahlaku boleh


didefinisikan sebagai pembelajaran jika dihasilkan
melalui pengalaman iaitu interaksi individu-
individu dengan persekitarannya.

Suatu pembelajaran agak kekal sifatnya dalam


kebolehan seseorang hasil daripada pengalaman
dan latihan seseorang.

Stallings ( 1973 ) dan Hall ( 1976 )

Definisi pembelajaran berdasarkan tiga


kriteria.Berlaku perubahan
tingkahlaku.Perubahan hendaklah stabil
dan kekal. Dihasilkan melalui pengalaman.

KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI


Di gubal untuk memenuhi keperluan dan
perkembangan individu bagi membentuk
masyarakat yang cergas, sejahtera dan
produktif

2
MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI
Bertujuan membantu pelajar menjadi cergas dan
berdisiplin melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan
amalan kecergasan

OBJEKTIF

• Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan


berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri.
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin
harian.
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan
keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan
fizikal.
• Membentuk sahsiah dan disiplin diri
• Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

ORGANISASI KURIKULUM

• Kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid.


• Pendekatan melalui aktiviti.
• Murid berpeluang mempelajari pengetahuan ,
kemahiran dan nilai dengan melakukan aktiviti,
eksperimen dan amalan rutin.
• Penyertaan aktif SETIAP murid.
• Berpeluang meluahkan emosi, memperkembangkan
proses mental, membentuk perhubungan yang sihat
dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang
membina dan selamat.

3
ASPEK PENTING PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
• Penglibatan murid secara aktif dan selamat
• Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan
rakan.
• Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai
bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN


PENDIDIKAN JASMANI

3 Tunjang utama
• Kecergasan
• Kemahiran
• Kesukanan

KECERGASAN

Berasaskan kesihatan.
• Daya tahan kardiovaskular
• Daya tahan otot
• Kekuatan
• Kelenturan
• Komposisi badan

4
KECERGASAN
Berasaskan perlakuan.
• Koordinasi
• Imbangan
• Ketangkasan
• Kuasa
• Masa tindak balas
• Kepantasan

KEMAHIRAN
• Pergerakan asas
• Permainan
• Olahraga
• Gimnastik
• Pergerakan kreatif
• Rekreasi
• Kesenggangan

KESUKANAN

• Keselamatan.
• Pengurusan
• Kerjaya
• Isu pendidikan jasmani dan
sukan
• Etika

5
KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

Dalam proses pengajaran P. Jasmani, guru


merancang apa yang hendak diajar dan
bagaimana hendak diajar.
Kaedah yang berkesan dapat membantu
pelajar mencapai kemahiran, perubahan
sikap yang positif, mendalami serta
meluaskan kefahaman tentang diri sendiri
dan orang lain, serta dapat mempraktikkan
dalam kehidupan sebenar.

KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
• Kaedah Tradisi

• Kaedah Selesai Masalah


• Kaedah Gabungan

KAEDAH TRADISI
Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara
kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir
membuat tunjuk cara).
Murid akan melakukan kemahiran .
(Secara kelas, kumpulan atau individu) .
Guru menunjukkan semula gerak kerja
sekiranya ada kesalahan yang dilakukan.
Murid melakukan berulang-ulang sehingga
menguasainya.

6
KAEDAH SELESAI MASALAH
Guru mendedahkan satu masalah.
Murid meneliti dan mencara cara mengatasi.
Murid diberi peluang menunjukkan
bagaimana mereka mengatasi masalah.
Latihan dan latih tubi dilakukan untuk
memperbaiki cara mengatasi kesalahan.
Panduan diberikan disamping
mengemukakan soalan untuk diatasi sendiri oleh
murid.

KAEDAH GABUNGAN …

Gabungan kaedah tradisi dan


penyelesaianmasalah.
Menyatukan kebaikan dari kedua kaedah
tersebut.
Memberi kelonggaran kepada guru
memilih kaedah yang sesuai dengan situasi
tertentu.
Memberi peluang kepada pelajar
menggunakan bakat dan kebolehan sendiri.

…KAEDAH GABUNGAN

Menggalakkan murid berfikir


danmenggunakan proses pemikiran secara
lojik dalam menyelesaikan masalah.
Sekiranya murid bingung untuk
menyelesaikan masalah, kaedah terus atau
tradisi diteruskan

7
Bimbingan Secara
Tunjuk Cara Individu

TEKNIK
PENGAJARAN

Mengesan Arahan
( diagnosis )

TEKNIK TUNJUK CARA


Pembelajaran melalui pemerhatian dan
pendengaran.
Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan
yang dilihat walaupun berlaku kesilapan.
Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik
yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.
Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan
sebagai ganti.
Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian
sebagai membantu penerangan.

TEKNIK MENGESAN

Ada pelajar yang mengalami masalah dalam


mencapai kemahiran. Disebabkan oleh tekanan
emosi, masalah koordinasi, bentuk badan dan
fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah
tersebut.
Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru:
• Boleh melakukan kemahiran dengan betul.
• Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.
• Mengetahui tentang cara mengesan kesilapan.

8
TEKNIK ARAHAN

Kemahiran yang boleh dipelbagai.


Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan
murid tidak ragu untuk mencuba.
Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
Bagi memgalakkan murid mencuba secara
sendiri dan lebih kreatif.
Bandingkan dengan pergerakan kemahiran
tertentu (permainan atau acara tertentu).

TEKNIK BIMBINGAN INDIVIDU


Perhatikan setiap murid untuk mengetahui
masalah pembelajaran.
Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu
murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru.
Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk
penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul
dalam program yang dirancang.
Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari
yang mudah kepada susah dan kompleks.
Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar
yang mampu menguasai kemahiran dalam masa
singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN…


Secara syarahan.
Elakkan daripada mengajar secara syarahan.
Kurang persediaan.
Peralatan mestilah lengkap supaya semua
murid terlibat secara aktif.
Arahan yang meleret.
Arahan guru hendaklah tepat, ringkas dan
tegas.
Pakaian yang tidak kemas dan tidak sesuai.
Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan sesuai
untuk gerak kerja Pendidikan Jasmani.

9
…PERKARA YANG PATUT DIELAKKAN

Rancangan pelajaran yang tidak lengkap.


Rancangan pelajaran mestilah lengkap dan
cukup masa yang diperuntukkan.
Penglibatan murid yang cergas sahaja.
Semua murid hendaklah diberi peluang yang
sama melibatkan diri dalam pergerakan Pendidikan
Jasmani selain daripada mereka yang cergas dan
berbakat. Guru hendaklah memberi perhatian,
dorongan dan bantuan yang lebih kepada murid
yang kurang aktif dan yang mempunyai masalah.

PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS…

Pembahagian murid kepada kumpulan kecil


adalah penting.sebolehnya maksima 3
orang satu kumpulan.
Perkembangan seorang individu hendaklah
diambil kira.
Murid hendaklah bergerak secara teratur
semasa keluar dan masuk kelas.
Pergerakan murid semasa pengajaran perlu
diperhati dengan teliti.
Penerangan dan arahan guru hendaklah jelas,
terang dan pendek.

…PENGELOLAAN DAN KAWALAN KELAS

Guru hendaklah berdiri di tempat yang boleh


dilihat oleh murid dan pelajar hendaklah
tidak menghadap matahari.
Pembahagian tugas hendaklah diberi kepada
semua murid secara bergilr.
Pastikan disiplin pelajar sentiasa dalam
keadaan baik dan terkawal.

10
KAWASAN DAN TEMPAT

Keselamatan hendaklah dipentingkan


semasa memilih tempat untuk pengajaran
Pendidikan Jasmani.
Kawasan untuk kegiatan Pendidikan Jasmani
hendaklah diberi tanda dengan alatan yang
selamat.
Keseluruhan tempat yang dipilih mestilah
membolehkan guru mengawasi semua
kegiatan yang dilakukan oleh murid.

KESELAMATAN…

Guru hendaklah memberhentikan pengajaran


apabila keadaan murid terancam.
( tolak menolak, memukul, tendang menendang )
guru hendaklah mengetahui unsur yang
membahayakan seperti lantai licin, pokok
yang rapuh, serangga berbahaya, padang yang
berlubang serta berbatu dan lain-lain.
Pastikan alatan dalam keadaan selamat dan
tidak membahayakan.
Guru hendaklah sentiasa tenang jika berlaku
kecemasan dan kemalangan.

…KESELAMATAN

Elakkan pelajar berebut-rebut terutama semasa


mengambil alatan.
Segera laporkan kepada guru yang bertugas atau
guru besar jika berlaku sebarang kemalangan.
Berikan tumpuan yang lebih dan peraturan yang
ketat untuk aktiviti yang membahayakan.

11
PENGELOLAAN ALATAN…

Alatan hendaklah cukup untuk membolehkan


murid menjalankan kegiatan dengan
sepenuhnya.
Jika perlu berkongsi pastikan setiap kumpulan
tidak melebihi 3 orang.
Sebolehnya alatan hendaklah sama bagi semua
pelajar.
Alatan diletakkan di tempat yang mudah diambil
oleh pelajar.

…PENGELOLAAN ALATAN

Pastikan seorang murid bertanggungjawab


terhadap alatan itu dalam gerak kerja
kumpulan.
Alatan hendaklah dikembalikan ke tempat
asalnya selepas tamat gerak kerja
dilakukan.
Tentukan alatan yang digunakan sesuai untuk
pelajar.

12

Anda mungkin juga menyukai