Anda di halaman 1dari 1

KEBERKESANAN TEKNIK A&P DALAM PEMBELAJARAN SAINS

BAGI TOPIK KELAS MAKANAN

Oleh

RUMY ALIZA BINTI ROSDI


Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian.

ABSTRAK

Kerangka Konsep Kurikulum Sains adalah berfokus untuk menghasilkan murid yang
fikrah Sains. Ini bermakna, murid mampu memahami idea Sains serta mampu
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa saintifik. Dalam membudayakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang perlu
diutamakan selain kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan kefahaman dan minat menaakul dalam kalangan murid ketika sesi
perbincangan bagi tajuk Kelas Makanan. Kajian ini melibatkan 24 orang murid tahun 3
di sebuah sekolah di Serian, Sarawak. Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan
dokumen jawapan dan latihan murid di dalam kelas. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa
pemahaman murid adalah tidak memuaskan. Murid juga tidak berminat untuk menyertai
sesi soal jawab dan perbincangan. Perancangan tindakan difokuskan bagi meningkatkan
kefahaman serta minat murid untuk menaakul dengan menggunakan Teknik A&P yang
berasaskan cara perdebatan. Kajian ini dijalankan dalam satu kitaran selama satu bulan.
Setelah pelaksanaan Teknik A&P tersebut, didapati tahap pemahaman murid meningkat.
Murid-murid juga semakin aktif melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang
berasaskan perdebatan. Teknik A&P diyakini berkesan bagi meningkatkan kefahaman
dan minat menaakul dalam kalangan murid ketika sesi perbincangan bagi tajuk Kelas
Makanan.

Anda mungkin juga menyukai