Anda di halaman 1dari 10

KEBERKESANAN TEKNIK A&P DALAM PEMBELAJARAN SAINS

BAGI TOPIK MAKANAN SEIMBANG

Oleh

RUMY ALIZA BINTI ROSDI


Sekolah Kebangsaan Parun Suan, Serian.

ABSTRAK

Kerangka Konsep Kurikulum Sains adalah berfokus untuk menghasilkan murid yang
fikrah Sains. Ini bermakna, murid mampu memahami idea Sains serta mampu
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa saintifik. Dalam membudayakan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), kemahiran menaakul merupakan satu
kemahiran yang perlu diutamakan selain kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman dan minat menaakul dalam
kalangan murid ketika sesi perbincangan bagi tajuk Makanan Seimbang. Kajian ini
melibatkan 12 orang murid tahun 3 di sebuah sekolah di Serian, Sarawak. Tinjauan
awal telah dilaksanakan berdasarkan dokumen jawapan dan latihan murid di dalam
kelas. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa pemahaman 12 orang murid tersebut
adalah tidak memuaskan. Murid juga tidak berminat untuk menyertai sesi soal jawab
dan perbincangan. Perancangan tindakan difokuskan bagi meningkatkan kefahaman
serta minat murid untuk menaakul dengan menggunakan Teknik A&P yang
berasaskan cara perdebatan. Kajian ini dijalankan dalam satu kitaran selama satu
bulan. Setelah pelaksanaan Teknik A&P tersebut, didapati tahap pemahaman murid
meningkat. Murid-murid juga semakin aktif melibatkan diri dalam sesi perbincangan
yang berasaskan perdebatan. Teknik A&P diyakini berkesan bagi meningkatkan
kefahaman dan minat menaakul dalam kalangan murid ketika sesi perbincangan bagi
tajuk Makanan Seimbang.

Kata kunci: makanan seimbang, kemahiran menaakul, Teknik A&P, perdebatan

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN


Pendidikan Malaysia semakin berubah dari masa ke semasa. Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula diperkenalkan pada tahun 2011 mula
menekankan kepada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Kemahiran menaakul merupakan satu komponen yang dititik beratkan dalam
matapelajaran Sains bagi mencapai seorang murid yang fikrah Sains. Menurut
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sains KSSR Sains Tahun 4
(Semakan 2017), murid yang berfikrah sains diertikan sebagai murid yang boleh
memahami idea sains, berkomunikasi dengan bahasa sains serta menghasilkan murid
yang kritis dan kreatif dalam memenuhi keperluan abad ke-21.
Pembelajaran berfikrah hanya dicapai apabila murid dilibatkan secara aktif
dalam proses pembelajaran. Pembelajaran begini hanya dicapai melalui

1
pengaplikasian kemahiran berfikir. Menurut dokumen tersebut, terdapat 9 elemen
kemahiran berfikir, salah satunya adalah mengesan kecondongan. Mengesan
kecondongan ini diertikan sebagai mengesan pandangan atau pendapat yang
berpihak kepada atau menentang sesuatu. Dari sini, akan terbentuklah kemahiran
menaakul. Kemahiran menaakul ditakrifkan sebagai kemahiran yang digunakan
untuk membuat pertimbangan secara logik dan rasional secara adil dan saksama.
Selama ini, murid-murid gemar belajar secara bersendirian. Ini bertepatan
dengan pendapat Glesser in Gough (1992) bahawa murid-murid kini lebih gemar
belajar bersendirian dan diingatkan untuk berdiam diri serta kekal memberi tumpuan
kepada tugasan yang diberikan. Ini akan membantutkan hasrat untuk mencapai
pembelajaran koperatif seterusnya pembelajaran berfikrah tidak akan tercapai.
Pengkaji percaya, pembelajaran secara kolaborasi dan secara koperatif dapat
meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Sains. Ini disokong oleh pandangan
Blosser (1993) bahawa pembelajaran koperatif yang digunakan akan menyebabkan
murid-murid akan mempelajarai lebih matapelajaran Sains dan Metematik,
menyukai matapelajaran ini dan mempamerkan tingkahlaku yang lebih sihat
terhadap rakan-rakan di dalam kelas mereka.
Pengkaji optimis untuk mengaplikasikan elemen perbahasan ala-parlimen
dalam pengajaran. Perbahasan mampu menggalakkan pempelajaran aktif dalam
kalangan murid dengan memberi kepercayaan kepada mereka untuk memahami isi
kandungan matapelajaran dan ini merupakan pendekatan yang mampu mengubah
perspektif murid dari pasif kepada aktif. (Snider & Schnurer, 2002)
Pengkaji mendapati murid-murid tidak terlibat aktif dalam sesi pembelajaran
dan lebih memilih untuk berdiam diri. Maka pengkaji memperkenalkan Teknik A&P
yang berasaskan perdebatan bagi mengubah sikap dan pemahaman murid.

2.0 REFLEKSI P&P YANG LALU

Pada tahun 2021, pengkaji diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Sains


tahun 3. Sepanjang pengajaran di dalam kelas ini, pengkaji dapat perhatikan dengan
jelas, terdapat beberapa orang murid pada asalnya sangat suka bercakap dan aktif di
dalam kelas, menjadi pendiam ketika matapelajaran Sains. Pengkaji yakin, keadaan
ini tidak sewajarnya berlaku terutamanya bagi kanak-kanak berumur 9 tahun.
Semasa mengajar, murid-murid akan diam mendengar tanpa bertanyakan soalan.
Semasa sesi soal-jawab, murid-murid ini akan memilih untuk berdiam diri, kecuali
disebut nama.
Semasa sesi pembentangan, tiada sesi soal jawab akan berlaku. Murid-murid
ini seakan-akan tidak faham tentang topik yang dibincangkan. Murid-murid yang
dikategorikan cemerlang juga memilih untuk berdiam diri seakan-akan tiada elemen
paksaan untuknya berfikir dengan lebih jauh lagi. Apabila diberikan latihan di dalam
buku aktiviti, keputusan juga menunjukkan kefahaman mereka hanya berada di
tahap sederhana. Jadi pengkaji mengambil keputusan untuk memfokuskan
permasalahan ini dalam kajian pengkaji.

2
3.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Tujuan kajian ini dilaksanakan oleh pengkaji adalah untuk meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam tajuk Makanan Seimbang.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji yakin dengan kajian ini dapat,

1. Meningkatkan kefahaman murid tentang makanan seimbang berdasarkan


piramid makanan.

2. Meningkatkan minat murid menaakul dan menyuarakan pendapat mengenai


makanan seimbang.

5.0 SOALAN KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini agar dapat menjawab soalan berikut:

1. Adakah Teknik A&P dapat meningkatkan kefahaman murid tentang makanan


seimbang berdasarkan piramid makanan?

2. Adakah Teknik A&P mampu meningkatkan minat murid menaakul dan


menyuarakan pendapat?

6.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran pengkaji ialah murid-murid Tahun 3. Jumlah murid yang diambil
sebagai sasaran adalah seramai 12 daripada 24 orang keseluruhannya.

Maklumat sampel kajian dirumuskan di dalam jadual 1 dibawah.

Jadual 1
Informasi responden berdasarkan jantina dan kaum

Kaum
Jantina Melayu Bidayuh Iban Lain-lain Peratus (%)
Lelaki 1 6 1 - 66.7
Perempuan 0 3 1 - 33.3

7.0 PERLAKSANAAN KAJIAN

3
7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan,
tinjauan awal telah dijalankan terhadap masalah yang dikenalpasti. Langkah-langkah
telah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan ujian pra.

i. Pemerhatian

Pengkaji telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas. Semasa sesi pembelajaran berlangsung, pengkaji
mendapati terdapat 12 orang murid tidak mahu melibatkan diri secara aktif
dalam sesi perbincangan sedangkan ada di antara mereka tahu akan isi
kandungan yang sedang dibincangkan. Semasa sesi perbincangan juga,
didapati terdapat murid yang enggan bertanya soalan. Pengkaji juga mendapati
terdapat murid yang malu untuk bertanya dan hanya bertanya kepada kawan-
kawan sekelasnya sahaja.

Refleksi daripada pemerhatian:


Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, murid akan menyerahkan
buku latihan kepada pengkaji. Setelah disemak, pengkaji mendapati murid
belum dapat menguasai isi kandungan bagi tajuk ini.

7.1.1 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Hasil analisis dokumen jawapan, dapat dilihat melalui jadual


data yang disediakan. (Rujuk Lampiran 1). Jadual 1 menunjukkan
markah yang diperoleh daripada latihan dalam buku latihan murid.
Latihan tersebut memperuntukkan 10 markah untuk keseluruhan
soalan. Hasil dapatan daripada murid, 3 orang murid mendapat 4
markah, 5 orang murid mendapat 5 markah dan 4 orang murid
mendapat 6 markah. Tiada murid mendapat markah penuh untuk
latihan tersebut.

Data tersebut diperoleh sebelum pelaksanaan tindakan.


Pengkaji mendapati tahap penguasaan murid dalam tajuk ini adalah
sederhana.

7.1.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

a) Peringkat Pra -Tindakan

Tinjauan awal telah dilaksanakan berdasarkan ujian pra dalam


kelas. Ujian pra tersebut mengandungi 50 soalan dan murid perlu

4
menjawab dalam masa 1 jam. Keputusan ujian pra akan dinilai dalam
bentuk peratusan dan digredkan seperti berikut.

Jadual 3
Gred dan julat markah

BI
GRED MARKAH (%)
L
1 A 80-100

2 B 65-79

3 C 50-64

4 D 40-49

5 E 0-39

Hasil tinjauan menunjukkan bahawa penguasaan sasaran dalam tajuk


Makanan Seimbang adalah sederhana dan minat untuk menaakul juga
tidak memuaskan.

b) Peringkat Tindakan

Tindakan pertama, sasaran perlu membentuk kumpulan.


Terdapat 12 orang sasaran dan mereka membentuk 3 kumpulan. Dalam
kumpulan, responden perlu berbincang dengan ahli kumpulan dan
melakarkan bentuk piramid makanan pada kad manila.

Kedua, fasa gunting dan tampal. Murid perlu berbincang


dengan ahli kumpulan untuk menggunting gambar makanan daripada
katalog atau majalah mengikut aras piramid makanan yang dipilih oleh
setiap ahli. Kemudian tampal.

Ketiga, fasa merancang hidangan makanan. Dalam fasa ini,


sasaran perlu berbincang untuk merancang satu hidangan makanan
yang boleh dihasilkan berdasarkan kandungan piramid makanan.
Pemilihan hidangan makanan tersebut perlulah seimbang dan
mengandungi semua kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi.

Keempat, fasa pembentangan. Setiap kumpulan dikehendaki


melukis serta menulis maklumat mengenai hidangan makanan yang
telah dipilih di atas kad manila. Antara maklumat yang perlu ditulis
adalah nama hidangan, kandungannya, kuantiti serta sebab mengapa
memilih hidangan makanan tersebut sebagai makanan seimbang.
Setiap kumpulan perlu membentang mengenai makanan seimbang
mereka di hadapan kelas.

5
Setelah selesai sesi pembentangan, Teknik A&P akan
berlangsung. ‘A’ membawa maksud Attack manakala ‘P’ pula
membawa maksud Protect. Dalam sesi ini, kumpulan pembentang
akan diajukan soalan oleh kumpulan-kumpulan lain mengenai
makanan seimbang yang dibentang. Kumpulan pembentang perlu
mempertahankan hidangan makanan seimbang yang dipilih oleh
mereka. Manakala, kumpulan-kumpulan lain perlu mengesan
kelemahan hidangan makanan yang dipilih oleh kumpulan
pembentang. Apabila sesi A&P dibuka, murid akan mengangkat
tangan dan mengajukan soalan kepada kumpulan pembentang.
Kumpulan pembentang pula perlu sedaya upaya mempertahankan
hidangan makanan seimbang yang dipilih oleh mereka bagi
mengelakkan pemotongan markah.

Kelima, fasa menilai dan rumusan. Setelah semua kumpulan


membuat pembentangan yang disusuli teknik A&P, murid akan
membuat penilaian kendiri terhadap semua hidangan makanan
seimbang yang dipilih dengan bantuan pengkaji. Di sini murid akan
membuat penaakulan.

c) Peringkat Pasca Tindakan

Setelah selesai pengaplikasian Teknik A&P, pengkaji


menjalankan ujian pasca. Ujian pasca tersebut mengandungi 50 soalan
yang sama seperti ujian pra dan murid perlu menjawab dalam masa 1
jam. Pengkaji juga menjalankan soal selidik kepada responden. Soal
selidik tersebut mengandungi 7 soalan.

7.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Dapatan kajian diperoleh menerusi instrumen ujian pra dan pasca yang
dijalankan ke atas kumpulan sasaran yang disasarkan. Dapatan juga diperoleh
melalui soal selidik terhadap sasaran. Dapatan dianalisis dengan huraian
diskriptif bagi peratus untuk mencapai keputusan terhadap objektif kajian yang
digariskan. Dapatan kajian ini juga dibentangkan dengan mudah dan jelas serta
dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf bagi memudahkan pemahaman serta
penghuraian yang lebih berkesan. Penyelidik menghuraikan analisis terhadap
data serta maklumat yang diperoleh melalui kajian ini mengikut susunan
objektif kajian seperti mana yang telah ditetapkan.

8.0 DAPATAN KAJIAN

1. Bagi mengkaji keberkesanan Teknik A&P dalam meningkatkan kefahaman murid


tentang makanan seimbang berdasarkan piramid makanan, pengkaji telah
mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada ujian pra dan pos yang telah
dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual dan graf. Jadual 4
menunjukkan analisis markah murid secara peratusan. (Rujuk Lampiran 2)

6
Keputusan Ujian Pra dan Pasca

10
9
8
7
6
5 PRA
PASCA
4
3
2
1
0
A B C D E

Graf 1
Berdasarkan jadual dan graf penskoran ini, pengkaji dapati ada peningkatan markah
bagi semua sasaran. Sebelum pengaplikasian teknik A&P dalam pembelajaran,
didapati tiada responden yang boleh mencapai peratusan A, 2 orang mendapat gred
B, 7 orang mendapat C dan 3 orang D. Namun setelah menggunakan teknik A&P
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bersama murid, pengkaji mendapati
keputusan ujian pasca cukup memuaskan. Bilangan sasaran yang berjaya
memperoleh gred A adalah seramai 9 orang manakala gred B sebanyak 3 orang.
Tidak ada murid berada di gred C, D dan E.
Dari sudut penilaian gred purata matapelajaran, berikut adalah dapatan kajian.
Jadual 5
Perbandingan gred purata matapelajaran antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

7
Ujian Gred purata matapelajaran

Ujian pra 3.33

Ujian pasca 1.54

Jumlah beza 1.79

Berdasarkan jadual 5 di atas, dapat dilihat dengan jelas peningkatan dari segi kualiti
pemahaman sasaran bagi tajuk ini. Dalam ujian pra, gred purata yang diperoleh
adalah 3.33. Selepas pengaplikasian Teknik A&P ini, gred purata dalam ujian pasca
mencatatkan keputusan 1.54. GPMP dapat diturunkan sebanyak 1.79. Di sini dapat
disimpulkan, Teknik A&P dapat meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk
Makanan Seimbang.
Untuk mengkaji kemampuan Teknik A&P ini dalam meningkatkan minat murid
menaakul dan menyuarakan pendapat, pengkaji telah mengumpulkan penskoran
melalui soal selidik.

Jadual 6
Perbandingan respon setelah Teknik A&P dijalankan

BI Y TIDA
L SOALAN A PERATUS K PERATUS
Saya berasa malu untuk bercakap
1 0 0 12 100
di hadapan kelas
Saya tidak suka menyoal rakan-
2 0 0 12 100
rakan
3 Saya suka mendiamkan diri 0 0 12 100
Saya lebih suka guru seorang
4 0 0 12 100
sahaja yang bercakap

5 Saya yakin untuk bertanya soalan 12 100 0 0

6 Saya dapat mengkritik pihak lawan 12 100 0 0

Saya dapat mengesan kelebihan


7 12 100 0 0
kawan

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan, semua sasaran sudah tidak berasa malu
untuk bercakap di hadapan kelas. Mereka juga kini yakin untuk menyoal rakan-
rakan dan tidak memilih untuk berdiam diri. Mereka juga cenderung untuk tidak
membiarkan guru bercakap bersendirian. Sasaran juga yakin untuk mengajukan
soalan dan berani untuk mengkritik pihak lawan. Dalam pada itu, sasaran juga dapat

8
mengesan kelebihan kawan-kawan mereka. Ini membuktikan, Teknik A&P mampu
meningkatkan minat murid menaakul dan menyuarakan pendapat.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas sasaran, teknik yang telah
dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini telah memberikan suatu impak
yang positif. Peningkatan skor markah responden dapat dilihat meningkat dengan
ketara. Ini menunjukkan teknik yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan.
sasaran juga semakin yakin untuk menaakul dan menyuarakan pendapat.

Sebagai seorang guru, pengkaji merasakan sesuatu kejayaan yang besar


apabila melihat peningkatan skor sasaran yang lemah. Kajian dan teknik yang
diberikan sangat bersesuaian dengan sasaran. Pada pandangan pengkaji, sasaran -
sasaran ini mampu melakukan sesuatu perkara itu dengan lebih baik dari biasa
asalkan diberi sedikit tekanan melalui perdebatan.

Pengkaji berpendapat, Teknik A&P boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain


dalam matapelajaran Sains. Pengkaji mencadangkan teknik ini digunakan dalam
tajuk Mesin, Sains tahun 3, di mana murid boleh memperdebatkan Model Kren dan
Model Takal dalam kajian masa depan. Dalam matapelajaran Sains tahun 3 juga,
teknik ini boleh digunakan dalam tajuk Ketumpatan. Murid-murid boleh diminta
merekacipta kenderaan yang mampu terapung dengan lebih stabil dan mereka boleh
mempertimbangkan dan menaakul kenderaan manakah yang terbaik.

Dalam tajuk Haiwan Imaginasiku, Sains tahun 5 juga, teknik ini sesuai
dilakukan. Murid melakarkan haiwan imaginasi mereka dan bahan-bahan yang akan
digunakan. Mereka juga perlu menaakul dan menyuarakan pendapat tentang cara
haiwan melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

Selain matapelajaran Sains, pengkaji berpendapat, teknik ini juga sesuai


diaplikasikan dalam matapelajaran lain. Dalam matapelajaran Reka Bentuk &
Teknologi, murid-murid tahun 6 mempelajari tajuk Keusahawanan di mana mereka
perlu mereka menu makanan dan menjual makanan tersebut. Jadi murid-murid
berpeluang menaakul dalam membuat keputusan makanan yang mana sesuai
dijadikan sebagai makanan terbaik. Selain itu, matapelajaran Reka Bentuk &
Teknologi tahun 4 dalam tajuk Reka Bentuk Pembungkusan serta matapelajaran
Matematik bagi tajuk Matawang juga sesuai diaplikasikan teknik ini.

Secara keseluruhan, kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.


Kefahaman murid turut meningkat. Diharapkan, Teknik A&P boleh terus
diaplikasikan dalam tajuk-tajuk atau matapelajaran yang difikirkan sesuai bagi
melahirkan generasi yang bukan sahaja kukuh kefahaman mereka, namun lebih
kepada mampu membuat pertimbangan berasaskan fakta logik dan menaakul dengan
baik.

Kesimpulannya, kajian tindakan yang pengkaji jalankan ini sangat memberi


manfaat kepada murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi

9
kelebihan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran amnya. Pengkaji berharap
hasil kajian ini boleh diguna pakai oleh semua guru di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Blosser, P. E. (1993). Using cooperative learning in science education. The Science Outlook
an Information Buletin, 1-11. Dimuatturun February 12, 2010 daripada [ERIC]
http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/00000
9b/80/12/f4/b7.pdf.

Gough, N. (1992). Testing a Theoretical Model of Student Interaction and Learning in Small
Groups. In R. Hertz-Lazarowitz Miller (Eds.). Introduction in Cooperative Groups:
the Theoretical Anatomy of Group Learning. (pp. 102-119). New York: Cambridge
University Press.

Snider, A., Schnurer, M. (2002). Many Sides: Debate across the Curriculum. International
Debate Education Association, New York

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 4 (2019), Kementerian


Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sains Tahun 3 (2019), Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

10

Anda mungkin juga menyukai