Anda di halaman 1dari 11

Rekacipta Instrumen Multipurpose Step Test Untuk

Ujian Kecergasan Kardiovaskular


Muhamad Riduan Efandy, Mohad Anizu
Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan, UTM Skudai

A)

Pengenalan
Malaysia dalam proses menjadi sebuah Negara yang maju dalam apa jua

bidang yang diceburi. Sukan merupakan bidang yang amat jelas menunjukan
peningkatan serta pembangunan yang luar biasa. Atlet kita pada masa kini sudahh
mula mengorak langkah dalam menyaingi atlet dari seluruh pelusuk dunia dalam
banyak sukan. Akan tetapi teknologi yang terdapat dalam Negara kita pada masa kiti
sedikit mebantutkan usaha para atlet serta jurulatih kita dalm membawa kejayaan
kepada Negara amnya dan kepada atlet tersesbut khususnya. Pelbagai kekangan
seperti modal, teknologi serta pengetahuan menyebabkan kita sering ketinggalan
dalam bidang sukan khususnya bagi menyaingi Negara-negara kuasa besar sukan
seperti Amerika, Australia, dan juga Negara eropah serta amerika latin yang sering
menonjol dalam bidang sukan yang mereka ceburi.
Alat latihan yang berteknologi amatlah diperlukan dalam menjana kebolehan
serta meningkatkan prestasi atlet. Oleh yang demikian, penciptaan alat yang
berteknologi adalah perlu bagi meningkatkan kualiti serta pencapaian dalam bidang
sukan di Negara kita Malaysia. Multipurpose step test merupakan alat ujian yang direka
dengan menggunakan teknologi elektronik yang mampu menjimatkan kos, tenaga serta
masa melalui penggunaanya. Multipurpose step test ini dicipta dengan fungsi bagi
meningkatkan daya tahan kardiovaskular serta kekuatan otot kaki seseorang atlet. Alat
ini dicipta dengan menggunakan kos yang rendah di samping mampu untuk berfungsi
dengan kadar yang optimum serta pelbagai kegunaan.

B)

Latar Belakang Masalah


Intrumen Multipurpose step test ini adalah alat yang dicipta bagi melihat

kebolehan serta kebolehupayaan system kardiovaskular disamping mampu untuk


dijadikan alat untuk latihan kardiovaskular serta ketahanan otot terumanya bahagian
kaki. Ketidaan kewujudan alatan yang berteknologi eloktronik bagi ujian inidilihat

2
mampu diatasi dengan penciptaan alat ini disamping mampu menjimatkan kos, tenaga
serta masa berbanding penggunaan kaedah yang lama.

Ujian daya tahan

kardiovaskular adalah satu ujian yang penting dalam penilaian prestasi serta
keupayaan seseorang atlet. Menurut Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh (2000), daya
tahan kardiovaskular adalah komponen terpenting dalam profil fisiologi badan manusia.
Ia melibatkan daya tahan aerobik serta anaerobik. Kecergasan kardiovaskular
bergantung kepada kecekapan kombinasi salur darah serta jantung dan paru-paru.
Menurut Hockey (1981), pula mendefinisikan daya tahan kardiovaskular sebagai
kebolehan untuk melakukan serta meneruskan aktiviti yang berat dengan melibatkan
kumpulan otot yang desar serta jangka masa yang lama. Aktiviti yang

berat

memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap kerana situasi ini
memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan
oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Peningkatan daya tahan
kardiovaskular boleh merendahkan kadar nadi rehat seseorang serta menjadikan
jantung lebih sihat. Hasil daripada ini, peredran darah menjadi lebih cekap dan
peningkatan kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan
dan oksigen boleh dikekalkan ke otot-otot untuk melambatkan proses keletihan dan
juga kelesuan.
Kekurangan alatan berelektronik dalam ujian bagi daya tahan kardiovaskular
khususnya menjadi satu titik tolak mengapa tahap kecergasan serta keupayaan
seseorang atlet tidak boleh dikesan. Misalnya, jika kita dapat mengetahui tahap daya
tahan kardiovaskular seseorang atlet, kita juga dapat mengetahui sejauh mana
kesediaan mereka sebelum mengharungi sesuatu pertandingan. Hal ini amatlah
penting bagi membolehkan atlet kita sentiasa berada dalam keadaan yang betul-betul
bersedia sebelum mengharungi pertangdingan. Disamping itu juga, kita juga boleh
membuat pembahan dari segi latihan jika terdapat kekurangan dalam kebolehupayaan
seseorang atlet jika keadaan tersebut dapat dikesan melalui penggunaan perlatan ujian
berelektronik seperti ini.

C)

Pernyataan Masalah
Bagi instrumen Multipurpose step test ini, dahulunya ujian dijalankan dengan

menggunakan kaedah yang manual iaitu dengan menggunakan kerusi, tangga,


ataupun kotak yang ketinggiannya mencapi tahap yang diperlukan. Oleh itu,
sesetengah individu menganggap bahawa ujian yang dijalankan perlulah lebih

3
bersistematik dan mampu menilai prestasi secara lebih jitu. Penciptaan alatan seperti
ini mampu untuk mengubah segala persepsi masyarakat terutamanya terhadap
kemajuan dalam bidang sukan di Negara kita. Penggunaan peralatan seperti ini juga
akan dapat membuka mata pihak yang berwajib tentang kepentingan kajian serta
penerokaan dalam bidang elektronik sukan.
D)

Objektif Kajian
1.

Merekacipta satu alat untuk ujian step test secara berelektronik serta
pelbagai guna.

2.

Mengenalpasti kebolehpercayaan dan kesahan instrumen Multipurpose


step test dalam menjalankan ujian step test terhadap seseorang atlet.

3.

Meninjau persepsi pengguna terhadap instrumen untuk dipasarkan bagi


kegunaan umum sebagai satu peralatan ujian kecergasan.

E)

Kepentingan kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan mereka alat elektronik bagi mengantikan alat

manual sedia ada bagi ujian step test. Kebanyakkan peralatan yang digunakan untuk
melakukan sesuatu ujian kecergasan serta daya tahan di Negara kita adalah
menggunakan kaedah yang manual. Penciptaan alat elektronik ini bukanlah satu
perkara yang baru dalam bidang sukan. Pelbagai barangan atau alatan yang
berunsurkan elektronik telah dicipta bagi memudahkan urusan serta prosedur ujian
disamping menjimatkan masa, kos serta tenaga.
Bagi alat ini, penciptaannya adalah tujuan yang pelbagai iaitu merangkumi
beberapa jenis ujian step test. Kajian ini dilakukan bertujuan adalah untuk
mengetengahkan alat ini kepada tenaga kerja sukan. Sebagai contohnya seperti para
jurulatih dan para pengurus dan juga guru-guru pendidikan jasmani berhubungan
dengan tahap kekuatan seseorang individu ataupun pelajar sekolah. Hasil kajian
kepada pembangunan alat elektronik ini ialah dapat membantu mepertingkatkan sukan
dalam bidang sukan Negara. Kebanyakkan alat yang dicipta setakat ini telah
menampakkan perubahan yang besar dalam kemajuan sukan. Ini adalah kerana,
dengan pembangunan alat ini dapat meringankan dan memudahkan lagi tenaga kerja
sukan dalam mengguruskan aktiviti ujian kecergasan dengan lebih mudah dan
kebolehpercayaan dan kesahan ujian tersebut dapat dipercayai serta disahkan sebagai
sesuatu ujian yang dapat mengukur tahap ketahanan kardiovaskular seseorang itu.

4
Kajian ini juga dijalankan dengan tujuan bagi memastikan alat yang dicipta
mampu

untuk

memberikan

impak

yang

besar

dalam

bidang

sukan

serta

memartabatkan kursus Pendidikan Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia


terutamanya. melalui penggunana alat elektronik ini di dalam ujian ketahanan
kardiovaskular, akan meningkatkan lagi kebolehpercayaan kerana alat ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi, hal ini juga disebabkan oleh menggunakan alat
elektronik ini akan menghasilkan perolehan dapatan dan keputusan yang hampir sama
dengan menggunakan kaedah ujian secara manual atau lebih tepat dari menggunakan
kaedah manual. Penggunaan kaedah yang manual akan menyebabkan kadang kala
prestasi seseorang bahan ujikaji tidak menentu. Walaupun sudah ditetapkan bilangan
langkahan serta irama bagi sesutau ujian step test, akan tetapi kaedah manual yang
digunakan akan menyebabkan subjek akan mengikut keupayaan mereka sendiri dam
diakhir kajian dapatan yang diperoleh adalah tidak jitu dengan hipotesis awal yang telah
ditetapkan.
F)

Pengenalan Rekabentuk Instrumen


Pada peringkat awal, penyelidik telah menjalankan kajian yang mendalam

berkaitan komponen kecergasan fizikal. Tumpuan penyelidik dalam kajian kecergasan


fizikal ini lebih tertumpu kepada ujian mengukur tahap kecergasan kardiovaskular
individu.

Daripada dapatan yang diperolehi, penyelidik telah memutuskan untuk

menghasilkan instrumen yang boleh membantu memudahkan ujian kecergasan


kardiovaskular dilaksanakan tanpa sebarang masalah ralat.

Di samping itu,

pelaksanaan ujian menggunakan peralatan elektronik mempunyai kesahan dan


kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dengan penggunaan ujian ketangkasan
secara kaedah manual.

5
Rajah 1: Lakaran Awal Rekabentuk Instrumen

Rajah 2: Lakaran Awal Litar Elektronik Instrumen

Rajah 3: Rupabentuk Instrumen Elektronik Multipurpose Step Test

Rajah 4: Jenis Bekalan Kuasa Kepada Instrumen

Penyelidik telah memilih gabungan besi dan papan lapis untuk digunakan
sebagai struktur kerangka asas tangga langkah instrumen ini. Tangga langkah boleh
dilaras mengikut kehendak ujian yang hendak dilakukan. Dengan menggunakan
teknologi mekanikal iaitu menggunakan jek lantai, instrumen ini mudah dilaras
ketinggian bagi ujian tertentu. Pada bahagian atas tangga langkah, penyelidik

7
menggunakan papan lapis yang agak tebal bagi instrumen ini lebih tahan lasak.
Bahagian tapak pula di lebarkan dengan kepingan besi bagi menstabilkan instrumen
apabila digunakan. Bagi penambahbaikan untuk kestabilan instrumen, penyelidik telah
menggunakan besi sebagai penahan pada bahagian boleh laras tangga langkah. Besi
penahan juga boleh ditukar mengikut ketinggian yang telah dipilih bagi ujian tertentu.

Rajah 5: Struktur Instrumen Tangga Langkah

Penyelidik memasukkan 4 elemen ujian dalam satu instrumen. pada kotak


elektronik tertera 4 bahagian ujian bermula dengan YMCA 3 minutes step test, harvard
step test, sharkey step test dan kemudian terdapat dua butang kecil bagi pemilihan
jantina untuk ujian queen step test. Terdapat satu lagi butang bagi memulakan ujian
dan

memberhentikan ujian. Suis juga diletakkan pada bahagian atas bagi

membolehkan pengguna lebih mudah menggunakan instrumen ini.


Intrumen ini menggabungkan dua teknologi iaitu teknologi mekanikal dan
elektronik. Untuk menggunakan instrumen ini, subjek perlu melaraskan dahulu bahgian
tangga langkah mengikut ketinggian yang tertentu dan ujain yang tertentu. Kemudian
subjek perlu memasukkan besi penahan bagi lebih kestabilan pada bahagian tangga
langkah. Instrumen Multipurpose Step Test direkacipta dengan menggunakan
komponen teknologi elektronik yang memerlukan seseorang menghidupkan instrumen
ini dengan menekan butang on/off. Seterusnya, subjek akan menekan butang ujian
yang ingin dilakukan. Terdapat 4 jenis ujian yang boleh dijalankan menggunakan
instrumen ini YMCA 3 minute step test, harvard step test, sharkey step test dan

8
kemudian terdapat dua butang kecil bagi pemilihan jantina untuk ujian queen step test.
Selepas itu, subjek akan menekan butang start bagi memulakan ujian.

Rajah 6: Ujian Sedang Dilakukan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, penyelidik mendapati instrumen yang


dibangunkan adalah releven untuk dijadikan sebagai satu instrumen utama untuk
membantu

memudahkan

ujian

kecergasan kardiovaskular dilaksanakan

tanpa

sebarang masalah pada masa akan datang. Keupayaan alat ini menjalankan 4 jenis
ujian step test dalam satu alat juga memudahkan serta mengurangkan kesulitan
penyediaan peralatan manual. Selain itu, dengan kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen yang mampu mengukur komponen yang hendak diukur merupakan
kelebihan yang saintifik yang dimiliki oleh sesuatu peralatan pengukuran tersebut (Azizi
Yahya, 2007). Namun begitu, instrumen perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa
supaya mengikuti perkembangan teknologi sesuai dengan keperluan sukan-sukan
tertentu (Loland, 2003). Selain itu, ciri-ciri instrumen yang mudah digunakan, mudah
alih, tidak terlalu besar dan mudah disimpan merupakan antara kelebihan untuk
peralatan tersebut mendapat sambutan dalam masyarakat sekarang (Garreh, 1995).

9
G)

Penutup
Setelah semua data-data yang dikumpulkan itu dianalisis dan dibincangkan,

maka di sini dapat dibuat kesimpulan bahawa alat elektronik multi test step yang direka
cipta oleh penyelidik mendapat sambutan yang baik daripada pelajar-pelajar Sains
Sukan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Alat ini juga boleh digunakan untuk
pelbagai ujian step test. Dapatan data juga menunjukkan alat ini juga mampu untuk
dipasarkan sebagai satu alat ujian kecergasan.

10
RUJUKAN:
1.

America College of Sports Medicine (2000). ACSMs Guideline for Exercise


Testing and Prescription. (6th Ed.) Baltimore, MD: Pillincott, Willians and Wilkins

2.

Azizi Yahaya., Shahrin Hashim., Jamaludin Ramli., Yusof Boon., dan Abdul
Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

3.

Elanggo Munusamy.

(2007). Pembinaan Instrumen Pengujian Daya Tahan

Kardiovaskular (ujian blip) Menggunakan Teknologi sensor dan Paparan Digital.


Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
4.

Nagle, F.J, Balke, B, Naughton, J.P.

(2008).

Gadational step tests for

assessing work capacity. Journal of Applied Physiology. 01/08/196508/1965; 20.


5.

Garreh, J. (1995). Design and Technology. Great Britain: Cambrigde University


Press.

6.

Kurz, T. (2001). Science of Sport Traning. (2ndEd.). Island Point, Vt: Station
Publishing Company.

7.

Lim Chew Ping (2006). Perbezaan Peningkatan Daya Tahan Kardiovaskular


Dalam Latihan Treadmill Berbanding Latihan Padang Bagi Pelajar Sains Sukan
UTM. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia.

8.

Loland, S. (2003). Technology in Sport: Three Ideal-Typical Views and Their


Implication.
(http://www.idrottsforum.org/articles/loland/loland031009_2.pdf)

9.

Mohad Anizu Mohd Nor.

(2010). Kecergasan Fizikal Ke Arah Hidup Sihat

Sepanjang Hayat. Skudai: Penerbit UTM.


10.

Rahimi Iqbal (2007). Rekacipta Alat Ujian Kecergasan Kardiovaskular


Berlandaskan Ujian Bleep Berbantukan Komputer

Ijazah Sarjana Muda,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai


11.

Rosandich, T. J. (2000). Sports Equipment and Technology. The Sport Journal.


Vol. 3 No. 2. USA: United States Sports Academy.

12.

Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad (2000). Buku Sumber Kecergasan Fizikal.


(3rd Ed.). Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia: Kuala Lumpur.

11

Anda mungkin juga menyukai