Anda di halaman 1dari 22

PROGRAM KEMAHIRAN

DI KOLEJ
DI KOLEJ KEMAHIRAN
KEMAHIRAN MARA
MARA
PASIR MAS,
PASIR MAS, KELANTAN
KELANTAN DALAM
DALAM
MEMBERI PELUANG KERJAYA DI
KALANGAN PELATIH
KALANGAN PELATIH

PENYELIDIK : PENYELIA :
MOHD RIDWAN BIN ISMAIL PROF MADYA DR YAHYA BIN BUNTAT
BP060016 4 SPH (PKPG)
PENILAI :
PROF. MADYA DR OTHMAN BIN MD JOHAN

PN.HEE JEE MEI


LATARBELAKANG MASALAH
Malaysia merupakan sebuah negara membangun yang dirancakkan
dengan pembangunan industri dalam mencapai wawasan 2020. Ini
termaktub dalam rangka kerja perancangan Perspektif Wawasan
2020 yang di lancarkan oleh Tun Dr Mahathir pada 28 Feb 1991

SITUASI

Keperluan dan kehendak sektor pekerjaan kini memerlukan


graduan yang menepati permintaan dan kehendak masa kini
selaras dengan halatuju negara. Situasi ini telah memberi
implikasi yang besar kepada pasaran pekerjaan dalam negara dan
kesan pada kadar pengangguran. Ia mendapat reaksi daripada
Ketua Menteri Sarawak yang mengupas tentang kadar
pengangguran yang berlaku di dalam negara
Samb…
Bagi mencapai maksud itu, latihan amali perlu disediakan supaya
guna tenaga mempunyai kemahiran khusus yang diperlukan oleh
sektor industri dan majikan-majikan ( Perdana Menteri Malaysia,
Utusan Malaysia 22 Ogos 2007, Persidangan Dunia Ke- 35
Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan-Pertubuhan Latihan Dan
Pembangunan )
Walaupun sistem hubungan perusahaan di Malaysia adalah baik
untuk menarik masuk pelaburan antarabangsa, namun keadaan ini
mungkin menjadi tidak stabil kembali. Ini kerana pelbagai sektor
industri di Malaysia bergantung kepada empat juta pekerja asing
(Prof. Dr. Kamaruddin M.Said , Profesor Antropologi dan
Sosiologi,UKM)
Pihak yang berkaitan perlulah mengkaji semula keberkesanan
program kemahiran yang dirangka serta membuat penilaian khusus
untuk mendapat maklum balas terhadap kerelevanan kemahiran
dalam memenuhi kehendak industri semasa. Maklum balas ini
penting kepada pihak universiti agar dapat menyediakan graduan
yang dapat memenuhi kehendak pasaran ( Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, 22 April 2008 )
PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang


program kemahiran di Pusat Kemahiran MARA yang
terpilih serta kebolehupayaannya dalam
melengkapkan kemahiran asas pekerjaan di kalangan
pelatihnya yang meliputi jenis program kemahiran
yang ditawarkan, prospek kerjaya, kemampuan kursus
dalam melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran
industri dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
selari dengan peralatan yang digunakan oleh industri.
OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN
Untuk Mengenalpasti :
Jenis program yang ditawarkan Apakah jenis program yang
di KKTM,Pasir Mas ditawarkan di KKTM
Golongan yang terlibat Golongan manakah yang
terlibat?
Program yang ditawarkan
Adakah program yang
mempunyai prospek kerjaya
ditawarkan mempunyai
Latihan yang ditawarkan dapat prospek kerjaya
memenuhi pasaran pekerjaan Adakah program yang
ditawarkan dpt memenuhi
pasaran pekerjaan
1) Membantu memperjelaskan jenis-jenis program
kemahiran KKTM dalam memenuhi kehendak pihak
industri

2) Membantu pihak berwajib mendapat maklumbalas


sebenar hubungan kemahiran yang disediakan
dengan keperluan pihak industri masa kini

3) Mengupas kepentingan program yang ditawarkan


oleh pusat kemahiran dalam memenuhi keperluan
pihak industri

4) Mengubah persepsi umum terhadap peluang dan


ruang dalam bidang kemahiran yang dianggap
kurang peluang kerjaya.

5) Memberi gambaran kepada ibubapa tentang peri


pentingnya program kemahiran dalam
melengkapkan diri di alam pekerjaan berasaskan
kemahiran

6) Membuka ruang pemikiran terhadap masa depan


bidang kemahiran yang dipelajari di kalangan
pelatih apabila tamat pengajian kelak
BATASAN KAJIAN
KRITERIA BATASAN
KAJIAN

FOKUS PROGRAM YANG DITAWARKAN DI


KKTM PASIR MAS,KELANTAN

LOKASI
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PASIR MAS, KELANTAN

RESPONDEN UNIT TADBIRAN & PENGURUSAN


DAN
TENAGA PENGAJAR & PELAJAR
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian
Lokasi kajian
Pensampelan
Kaedah pengumpulan data
Penelitian dokumen
Prosedur kajian
Analisis data
Rekabentuk Kajian
Melibatkan kaedah analisis dokumen secara kuantitatif &
kualitatif Untuk mengumpul maklumat terperinci &
mengkaji peranan KKTM dan penggunaan angka berdasarkan
kategori angka & peratusan

Kaedah kuantitatif berasaskan penetapan strategi di mana


pembolehubah dimanipulasi dalam sesuatu situasi / eksperimen
(menurut Gilbert, PopeMohd Najib,1999 )

Asasnya, peristiwa yang berlaku disebabkan oleh sesuatu dan


harus diterangkan dalam keadaan yang paling mudah (bentuk
angka)
Lokasi Kajian
kawasan yang dipilih ialah Negeri Kelantan Darul
Naim
Tempat kajian – Kolej Kemahiran Tinggi
MARA,Pasir Mas
Kajian meliputi jenis kursus yang ditawarkan,
golongan yang terlibat serta prospek pekerjaan
setelah tamat latihan di KKTM, Pasir Mas

Persampelan
tidak diguna oleh penyelidik kerana penyelidik HANYA
menggunakan data-data yang diperolehi dari tempat kajian
Kaedah Pengumpulan Data
kajian mengandungi 2 fasa iaitu :

FASA 1
pengumpulan & penelitian dokumen yang diterima
(maklumat dalaman,jurnal & petikan artikel)

FASA 2
Proses pengumpulan data menggunakan temubual semi-
struktur
(dilakukan berdasarkan persoalan kajian)
Penelitian Dokumen
Dokumen - meliputi pelbagai bahan bertulis, visual dan fizikal
yang sesuai dengan kajian yang dilakukan. Ia juga meliputi semua
bentuk data yang tidak diperolehi melalui temubual dan
pemerhatian.
Menurut Meniam (1998), dokumen membolehkan pengkaji
mendapat maklumat melalui bahan bertulis, boleh diperolehi dan
digunakan dengan mudah dan tidak memerlukan masa yang
panjang dan dokumen juga mengandungi segala bentuk maklumat
yang penting yang telah digabungjalinkan ke dalam satu bahan
bertulis ataupun bercetak.
Bagi memastikan dokumen yang terkini - dokumen akan diperolehi
daripada pihak yang bertanggungjawab di institusi itu sendiri
ataupun dokumen tersebut mendapat cadangan daripadanya.
Bagi memastikan juga dokumen mudah diperolehi satu surat rasmi
memohon penggunaan dokumen tersebut akan ditunjukkan kepada
pihak yang terlibat.
Prosedur Kajian
SURAT
PERMOHONAN

ANALISIS DATA KUNJUNGAN KE


SECARA MANUAL KKTM PASIR MAS

DAPAT MAKLUMAT
• Dokumen
• Temubual semi-struktur
Analisis Data
Data dan maklumat yang diperolehi hasil
daripada penelitian terhadap dokumen dan
temubual akan dianalisis secara manual juga
berdasarkan soalan kajian.
Analisis data menggunakan kaedah kualitatif
deskriptif dan kuantitatif deskriptif.
Dapatan-dapatan ini diolah dan dibuat
kesimpulan dengan membuat penelitian yang
jitu supaya dapatan tersebut dapat memberi
menggambarkan keadaan yang sebenar.
DAPATAN & PERBINCANGAN
SK 1
Jenis program kemahiran yang ditawarkan
di KKTM, Pasir Mas?
Didapati terdapat 5 jenis program kem. peringkat Diploma
ditawarkan di KKTM Pasir Mas.
Kursus yang ditawarkan berjaya menarik minat golongan belia &
yang membezakannya hanyalah peratusan kemasukan. – purata
82.2 orang / kursus
Perbezaan ini menampakkan keluk permintaan terhadap sesuatu
program dan mencerminkan masa depan dalam bidang kerjaya
Situasi ini bertepatan dengan kenyataan Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata “Bagi sebuah
negara membangun, mereka yang memiliki kemahiran mendapat
pekerjaan yang lebih baik daripada mereka yang memiliki
kelulusan dalam bidang profesional”.(Utusan Malaysia)
DAPATAN & PERBINCANGAN
SK 2
2
Golongan yang terlibat dalam kursus kemahiran di KKTM, Pasir Mas?
Jantina – lelaki
Umur- 18 hingga 24 tahun
Kelayakan akademik- lepasan Giat Mara
Terdapat kesedaran mengenai kepentingan latihan teknik dan vokasional.
Pertumbuhan institusi yang melatih tenaga kerja dalam bidang teknik & vokasional
membuktikan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran menjadi rebutan industri.
Peningkatan selaras dengan perkembangan industri di seluruh dunia. Kesedaran
inilah yang boleh ditafsirkan sebagai angin perubahan trend tanpa mengira gender,
kaum ataupun umur.
Wan Azmi (1990) menyatakan juga bahawa ‘pengetahuan hendaklah disertai dengan
tahap kemahiran yang tinggi untuk mencapai sesuatu kerja yang bermutu tinggi’
Walaupun kemahiran yang tinggi sangat diperlukan dalam pekerjaan, tidak dapat
dinafikan lagi bahawa di samping kemahiran yang tinggi pengetahuan juga turut
dititik beratkan dan ia bertambah seiring dengan kemahiran
DAPATAN & PERBINCANGAN
SK 3
Adakah program kemahiran yang ditawarkan
di KKTM, Pasir Mas mempunyai prospek kerjaya?

Tahun 2006 hingga 2007 –berlaku peningkatan daripada 60-70%


keluk permintaan prospek kerjaya lepasan KKTM Pasir Mas.
Jumlah lepasan yang berjaya menamatkan pengajian yang diikuti
di kolej kemahiran tinggi mara pasir mas secara tidak langsung
turut menempah tiket untuk memperoleh kerjaya terutama bagi
lepasan yang memperoleh keputusan yang cemerlang.
Ini seakan mengiakan pendapat Tan Sri Abdul Taib Mahmud
‘sektor industri yang semakin berkembang pesat di negara ini
memerlukan mereka yang mempunyai nkemahiran khususnya
teknikal’
DAPATAN
DAPATAN &
& PERBINCANGAN
PERBINCANGAN
SK 4
Adakah latihan kemahiran asas yang di dedahkan
kepada pelatih di KKTM,Pasir Mas dapat memenuhi
pasaran pekerjaan?
Hasil dapatan dalam latihan kemahiran aasas yang telah dilalui oleh lepasan
Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dalam aspek pasaran pekerjaan
mendapati, pada tahun 2006, peratusan hampir 94 peratus lepasan mendapat
pekerjaan dan meningkat kepada hampir 97 peratus pada tahun 2007.
permintaan pasaran pekerjaan bagi lepasan kolej kemahiran tinggi mara pasir
mas dari tahun 2006 hingga 2009 menghampiri 72 peratus dan ini
mengambilkira data lepasan tahun 2008 yang songsang dapatannya berbanding
dengan kedua-dua tahun sebelumnya.
Ini menunjukkan bahawa, lepasan tidak semestinya bergantung harap untuk
mendapatkan pekerjaan semata-mata makan gaji tetapi perlu berinisiatif
mencari jalan alternatif meneroka peluang baru dalam bidang kemahiran yang
baru diperolehi.
Sehubungan dengan itu, Zaidatul Akmaliah (1993), menyatakan bahawa
pendidikan kemahiran dapat menyediakan pekerjaan alternatif untuk individu
yang gagal mendapat pekerjaan dengan majikan dengan kata lain bekerja
sendiri.
RUMUSAN
Kursus-kursus yang telah ditawarkan menepati kehendak industri
pekerjaan semasa, tambahan pula proses pengajaran dan infrastruktur
yang tersedia untuk menyampaikan kemahiran / mesej pengajaran pada
pelajar sentiasa dikemaskini selari dengan kehendak semasa
Terdapat kesedaran dalam pemilihan kursus yang ditawarkan yang
membawa perubahan tanpa mengira gender,kaum ataupun umur dan
bermotifkan kemahiran ke kerjaya.
Jumlah lepasan KKTM Pasir Mas yang berjaya bukan sahaja mendapat
kemahiran yang digunapakai dalam kehidupan seharian tetapi secaraa
tidak langsung telah menempah tiket di alam pekerjaan berasaskan
teknikal.
Lepasan KKTM Pasir Mas mampu memenuhi kehendak guna tenaga dalam
negara dalam bidang teknikal secara tidak langsung mengurangkan kadar
pengangguran dalam negara.
CADANGAN
Bagi memastikan ketercapaian matlamat penubuhan Institusi Kemahiran, latihan dan kursus
serta program yang ditawarkan hendaklah selari dengan kehendak agensi yang menawarkan
pekerjaan dan sesuai dengan keperluan semasa bagi membolehkan tahap pengaplikasian
kemahiran yang dipelajari dapat digunakan seoptimun yang mungkin. Oleh yang demikian, satu
jalinan dan hubungan langsung perlu ada diantara pihak institusi dengan pihak yang
berkaitan dengan penawaran pekerjaan.
Untuk mengurangkan jurang beza antara penyertaan program yang ditawarkan dari segi
gender, pihak atau lembaga mengurus perlulah memberi hebahan di media massa atau
media cetak kepada golongan perempuan supaya dapat mengurang jurang beza antara
golongan lelaki dan perempuan dalam kursus-kursus yang berbentuk teknikal. Ini kerana
tahap pencapaian kedua-dua golongan ini adalah tidak jauh bezanya.
Hasil daripada dapatan kajian, didapati ramai di antara pelatih berminat untuk bekerja
dengan swasta dan ada juga yang menceburi bidang keusahawanan dalam mengaplikasikan
kemahiran yang diperolehi. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat seharusnya mengadakan
seminar dan kursus keusahawanan dan persediaan alam pekerjaan kepada pelatih yang
bakal menamatkan program yang diikuti supaya mereka dapat bersedia menghadapi
dunia perniagaan serta bersaing dengan dunia luar.
Menjadi kemestian bagi pelatih mengetahui bidang pekerjaan yang sesuai diceburi dengan
kemahiran yang diperolehi agar selari dan seiring. Dengan demikian, pelatih akan mengetahui
kehendak dan keperluan latihan yang perlu dikuasai berdasarkan kepada bidang pekerjaan.
Oleh itu, amat perlu bagi institusi berasaskan kemahiran menekankan kemahiran
berasaskan pekerjaan yang boleh diceburi oleh para pelatih setelah tamat latihan.
Bermula aspek sebelum latihan hinggalah semasa dan selepas latihan semuanya perlu berkisar
kepada keperluan alam pekerjaan perlulah diberi perhatian yang sewajarnya.
Pengangguran dan tiada kelangsungan kemahiran yang diperolehi merencatkan matlaamaat
pembelajaran bidang kemahiran dan teknikal. Bagi menentukan mutu dan keunggulan
sesebuah institusi kemahiran, satu kajian mengenai punca yang menyebabkan berlakunya
pengangguran perlu dibuat dan matlamat kajian perlulah lurus ke arah mengatasi
masalah bukannya mengaut keuntungan.
CADANGAN KAJIAN
LANJUTAN
Kajian mengenai program kursus yang ditawarkan tidak
hanya terhad pada kolej kerajaan sahaja tetapi perlulah
diperluaskan ke kolej-kolej swasta untuk mengetahui
kewujudan, kelestarian serta daya saing program yang
ditawarkan yang terdapat di Malaysia.
Satu kajian berkaitan tahap penerimaan sektor industri
dan perkilangan terhadap lepasan belia yang telah
menjalani latihan kemahiran.
Kajian secara menyeluruh terhadap pendekatan dan
strategi penyampaian oleh tenaga pelajar dalam
menjayakan satu-satu latihan kemahiran.
Kajian berkaitan tanggapan golongan belia terhadap
program kemahiran dan masa depan lepasannya.
Kajian yang menyentuh potensi dan kemampuan golongan
belia yang mengikuti program kemahiran di sektor
pekerjaan terutama bidang teknikal.

Anda mungkin juga menyukai