Anda di halaman 1dari 36

MANUAL MPK BIL : 122 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :
PERMOHONAN KELULUSAN PELAN
LANDSKAP BAGI PEMAJUAN BARU
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

NO ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATARBELAKANG 5
3.0 DEFINISI 5-6
4.0 CARTA BAHAGIAN 6
5.0 SUMBER KUASA 7
6.0 SKOP KERJA 8
7.0 PROSES KERJA 8-12
8.0 CARTA ALIR KERJA 12
9.0 PENUTUP 13
LAMPIRAN 14
KANDUNGAN

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 2


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya


Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka
menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan
agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu
tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Penghasilan Manual ini diharapkan dapat meningkatkan kecekapan


warga MPK dalam memberikan perkhidmatan khususnya Bahagian
Kawalan Pembangunan Landskap dan Pelaksanaan Dasar. Manakala
kepada warga Klang amnya dapat meningkatkan pemahaman di dalam
proses Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru
dalam mencapai objektif untuk menjadikan Klang sebagai “Bandar
Dalam Taman” demi untuk meningkatkan kesejahteraan dan taraf
keselesaan hidup penduduk Klang.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto


yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri
Setiausaha MPK

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 3


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi


restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya
landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan
(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan
pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch
pengarang buku “The Image of The City”, landskap
bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang
banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati
dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru
melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan
menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh
masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di
hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya
menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan
pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu
tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu
persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan
sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan
landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.

Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja


rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.
Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan
dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan
penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan
MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk
mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.

Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan


Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi
kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual
ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-
sama menghasilkan manual ini.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 4


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik


Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Memastikan semua permohonan kelulusan pelan landskap


yang dikemukakan diproses dengan teratur mengikut prosedur
dan garispanduan dalam masa yang ditetapkan.

1.3 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
MPK dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG

Manual ini dilaksanakan di bawah pemantauan Bahagian Kawalan


Pembangunan Landskap dan Pelaksanaan Dasar dalam memproses
permohonan kelulusan pelan landskap yang dikemukakan oleh
perunding landskap atau pemaju bagi pemajuan baru.

3.0 DEFINISI

3.1 Landskap

Secara umumnya adalah pemandangan di atas permukaan


bumi yang dihasilkan daripada keadaan semulajadi atau hasil
binaan. Dari sudut senibina landskap merupakan gabungan
antara sains dan seni di dalam menghasilkan suatu rekaan
kreatif melalui dua komponen utama landskap lembut
(softscape) dam landskap kejur (hardscape).

3.2 Pelan Landskap

Pelan landskap yang menunjukkan susun atur landskap lembut


dan landskap kejur yang mengikut spesifikasi dan piawaian
yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang di
sesuatu kawasan perumahan, kawasan perdagangan,
kawasan perindustrian,kawasan perniagaan dan sebagainya.
Kepentingan Landskap di dalam Pembangunan seperti syarat-
syarat yang terkandung di dalam Seksyen 21, Akta
Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) dan
Garispanduan Landskap Negara Edisi 2.
Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 5
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.3 Landskap Kejur

Merujuk kepada semua jenis struktur hasil binaan manusia


seperti perabot jalan, laluan pejalan kaki, wakaf, pancuran air,
lampu taman, arca dan sebagainya.

3.4 Landskap Lembut

Merujuk kepada sumber alam semulajadi seperti topografi, air


dan tanaman.

4.0 CARTA BAHAGIAN

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN LANDSKAP DAN


PELAKSANAAN DASAR

Pengarah Jabatan Taman


dan Rekreasi

Penolong Arkitek Landskap


Kanan

Penolong Arkitek Landskap

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 6


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual


adalah seperti berikut:

5.1 Akta-Akta Yang Digunapakai

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid /


No.Keluaran / No.Pindaan
1. Akta Kerajaan Tempatan 1976 Cetakan Tahun 2003
(Akta 171)
2. Akta Perancangan Bandar Dan Cetakan Tahun 2009
Desa 1976 (Akta 172)
3. Akta Jalan, Parit Dan Cetakan Tahun 2008
Bangunan 1974 (Akta 133)

5.2 Undang-Undang Kecil Yang Digunapakai

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid /


No.Keluaran / No.Pindaan
1. Undang-Undang Kecil Taman No.Pindaan Sel. P.U. 48;
(MPK) 2005 Tahun 2005
2. Undang-Undang Kecil No.Pindaan Sel. P.U. 46;
Vandalisme (MPK) 2005 Tahun 2005

5.3 Garis panduan Yang Digunapakai

Bil. Tajuk Dokumen Tahun Cetakan / No.Jilid /


No.Keluaran / No.Pindaan
1. Garispanduan Landskap Tahun 2008
Negara (Edisi 2)
2. Garispanduan Tahun 2005
Penyelenggaraan MPK
3. Garispanduan Tahun 2008
Penyelenggaraan Pokok
4. Guidebook Improving The Tahun 2008
Delivery System Procedure And
Process Of Development
Proposal And Implementation Of
One- Stop Center (Second
Edition)
5. Garis Panduan Dan Piawaian
Perancangan Negeri Selangor Tahun 2010
6. Dasar Landskap Negara Tahun 2011
7. Garispanduan Perancangan Tahun 2012
Kejiranan Hijau

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 7


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

6.0 SKOP KERJA

6.1 Memproses dan membentangkan permohonan kelulusan pelan


landskap ke mesyuarat Jawatankuasa OSC.

6.2 Membentangkan kertas kerja dan isu-isu berkaitan teknikal ke


Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.

6.3 Mengeluarkan surat sokongan landskap kepada pemaju bagi


mendapat Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan CCC.

6.4 Memantau kerja-kerja landskap yang dibangunkan oleh pemaju.

6.5 Merancang, melaksana dan memantau dasar-dasar yang


berkaitan dengan pembangunan landskap seperti Local Agenda
21.

6.6 Merancang, melaksana dan memantau dasar-dasar dan arahan


berkaitan dengan pengurusan kualiti seperti MS ISO 9001:2008.

7.0 PROSES KERJA

Tatacara Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan


Baru

7.1 Menerima Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

7.1.1 Terima permohonan kelulusan pelan landskap daripada


perunding landskap arkitek melalui Jabatan Pusat
Setempat (OSC).

7.1.2 Pastikan surat daripada perunding landskap arkitek


dilampirkan bersama dengan :

7.1.2.1 1 set pelan berlapik kain / linen.

7.1.2.2 2 set pelan kertas.

7.1.2.3 Kebenaran merancang dan pelan susunatur


yang disahkan atau diluluskan (sekiranya
berasingan dengan permohonan pelan
bangunan atau Kebenaran Merancang).

7.1.2.4 Salinan resit bayaran proses pelan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 8


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.1.3 Rekod permohonan dalam buku daftar dan buka fail


dengan mencatat nombor rujukan, tajuk projek dan nama
perunding landskap arkitek dengan lengkap di atas kulit
fail dan di dalam buku daftar.

7.2 Penyediaan Laporan dan Ulasan

7.2.1 Fail dan pelan-pelan akan disemak dan diberi ulasan


mengikut Senarai Semak Dokumen Permohonan
Landskap (Lampiran 5), Senarai Semak Terperinci
Permohonan Pelan Landskap (Lampiran 5A) dan
Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap,
Jabatan Taman dan Rekreasi Majlis Perbandaran Klang.

7.2.2 Laporan dan ulasan perlu disahkan status bagi tindakan


yang perlu diambil;

7.2.2.1 Sekiranya pelan landskap tidak teratur, surat


komen atau arahan pembetulan akan
dikeluarkan kepada perunding arkitek landskap
yang perlu melaksanakan pembetulan pelan
landskap dan memajukan semula ke kaunter
OSC merujuk kepada para 4.1.

7.2.2.2 Sekiranya pelan landskap disahkan teratur,


kertas kerja akan disediakan untuk Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat Setempat (MJOSC).

7.2.3 Pemantauan akan dibuat sekiranya pelan landskap


pembetulan yang tidak diambil atau dikembalikan oleh
perunding landskap arkitek bagi tindakan seperti berikut;

7.2.3.1 Surat Peringatan akan dikeluarkan.

7.2.3.2 Sekiranya tiada tindakan daripada perunding


landskap arkitek, pelan landskap tersebut akan
dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat
Setempat (MJOSC) untuk syor TOLAK bagi
mengemaskini rekod Jabatan Pusat Setempat
dan rekod Jabatan Taman dan Rekreasi.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 9


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.3 Penyediaan Kertas Kerja ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat


Setempat (MJOSC).

7.3.1 Kertas kerja dibentangkan di dalam MJOSC untuk


mendapatkan kelulusan samada lulus/lulus syarat, tolak
atau tangguh.

7.3.2 Berdasarkan keputusan mesyuarat, tindakan-tindakan


yang perlu diambil;

7.3.2.1 Sekiranya keputusan lulus/lulus bersyarat bagi


permohonan berasingan (telah ada kelulusan
Kebenaran Merancang), perlu disediakan surat
lulus dan cop lulus di atas pelan. Syarat-syarat
kelulusan akan dinyatakan dalam surat lulus dan
ditampal di dalam pelan lulus.

7.3.2.2 Bagi permohonan kelulusan pelan landskap


serentak dengan permohonan Kebenaran
Merancang, surat lulus dan pelan-pelan
landskap hanya akan dicop lulus selepas
disahkan penerimaan kelulusan Kebenaran
Merancang (Borang C-1) dan pelan susunatur
yang dikemukakan.

7.3.2.3 Surat kelulusan hendaklah menggunakan


nombor rujukan fail yang didaftarkan.

7.3.2.4 Pelan lulus/lulus bersyarat hendaklah


mengandungi nombor rujukan mengikut
bilangan pelan dibawa ke MJOSC dan tahun
mesyuarat diadakan contoh Bil.1/2012.

7.3.2.5 Sekiranya keputusan tolak, perlu disediakan


surat tolak dengan jelas menyatakan klausa-
klausa perundangan atau peraturan yang tidak
dipatuhi. Diantara sebab-sebab penolakan;

a) Tidak mematuhi Senarai Semak Terperinci


Permohonan Landskap (Lampiran 5A) dan
Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi
Pelan Landskap.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 10


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

b) Keputusan tolak permohonan pelan


landskap serentak dengan permohonan
Kebenaran Merancang.

c) Tiada tindakan daripada perunding


landskap selepas surat peringatan
dikeluarkan.

7.4 Penyerahan Surat Dan Pelan Kelulusan Landskap Kepada


Perunding Landskap Arkitek.

7.4.1 Pelan lulus/lulus bersyarat hanya akan diserahkan


setelah memastikan semua syarat-syarat kelulusan
dipatuhi.

7.4.2 Perunding landskap arkitek perlu mengisi borang


pengakuan mengambil pelan-pelan lulus.

7.4.3 Surat kelulusan dan 1 set pelan lulus (pelan kertas) akan
diberi kepada perunding landskap arkitek.

7.5 Tempoh Sah Kelulusan Pelan Landskap

7.5.1 Tempoh Sah Kelulusan Pelan Landskap adalah 24 bulan


(2 Tahun) dari tarikh pelan landskap diluluskan dan perlu
diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut.

7.5.2 Perunding/ pemaju perlu memaklumkan pihak Majlis


dengan mengemukakan Borang Notis Permulaan Kerja
Landskap Di tapak Projek.

7.5.3 Projek yang telah dimulakan sebahagian fasa dalam


tempoh 24 bulan (2 tahun), perunding landskap arkitek /
pemaju perlu mengemukakan permohonan melanjutkan
tempoh mengikut prosedur permohonan kelulusan pelan
landskap bagi memperbaharui kelulusan sebelum tamat
tempoh 2 tahun untuk dibentangkan di dalam mesyuarat
jawatankuasa OSC untuk pengesahan semula kelulusan.

7.5.4 Projek yang tidak dimulakan dalam tempoh 24 bulan (2


tahun), perunding landskap arkitek / pemaju perlu
mengemukakan permohonan baru mengikut prosedur
kelulusan pelan landskap untuk dibentangkan di dalam
mesyuarat jawatankuasa OSC untuk kelulusan pelan
landskap.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 11


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.5.5 Pelan-pelan pindaan daripada pelan-pelan yang telah


diluluskan perlu dibuat permohonan baru mengikut
prosedur kelulusan pelan landskap.

7.6 Projek Pembangunan Yang Tidak Perlu Dibuat Permohonan


Dan Boleh Diberi Pengecualian:-

7.6.1 Rumah sesebuah oleh pemohon individu.

7.6.2 Kilang tambahan kurang 0.3 ekar dan tidak melibatkan


kawasan landskap.

7.6.3 Pembangunan semula rumah dan kedai pejabat kurang 5


unit di kawasan pembangunan sedia ada.

8.0 CARTA ALIR

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 12


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

9.0 PENUTUP

Penyediaan Manual Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi


Pemajuan Baru ini diharapkan dapat meningkatkan system
penyampaian jabatan amnya dan perkhidmatan Majlis khasnya.

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta


kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras
dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis
Perbandaran Klang.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 13


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

LAMPIRAN

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 14


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

SENARAI BORANG YANG DIGUNAPAKAI:

Bil. Tajuk Borang No. Borang No. Tarikh


Pindaan Berkuatkuasa
1. Senarai Semak Dokumen OSC/PL/01-10 01 01 Januari 2012
Permohonan Landskap (Lampiran 5)
dan Senarai Semak Terperinci
Permohonan Pelan Landskap
(Lampiran 5A)
2. Garispanduan Semakan Kelulusan GP/01/MPK/PK/K 02 01 Jun 2012
Bagi Pelan Landskap P/14
3. Borang Bayaran Proses Borang Taman 02 01 Januari 2012
Permohonan Kelulusan Pelan 22/88
Landskap
4. Notis Permulaan Kerja Landskap Di Borang 00 01 Januari 2012
Tapak projek PKL/01/2012
5. Borang Permohonan Pengecualian TMN/PL/01-10 00 01 Januari 2012
Pelan Landskap

1.1 Senarai Semak Dokumen Permohonan Landskap

JABATAN/AGENSI TEKNIKAL: JABATAN LANSKAP PBT SENARAI SEMAK DOKUMEN


PERMOHONAN LANSKAP

BIL JENIS DAN BILANGAN DOKUMEN YANG ADA/TIADA CATATAN


DISEMAK OLEH OSC /X
Bil Dokumen Bilangan
Dokumen
1 Surat permohonan lengkap 1
dengan tandatangan pemilik
dan Perunding Bertauliah.
2 Surat Kelulusan Kebenaran 1
Merancang; jika berkaitan
3 Laporan pengekalan pokok 1
dan pengurusan landskap
(TCLM Tree Conservation
and Landscape
Management Plan)
hendaklah disertakan.
Laporan dalam bentuk PDF.
4 Salinan Resit Bayaran untuk 1
memproses pelan dalam
bentuk pdf.
5 Pelan-pelan landskap yang 1
disediakan oleh perunding
yang berkelayakan.
6 Salinan Pelan susunatur 1
yang diluluskan

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 15


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7 Salinan pelan-pelan lantai 1


yang berkaitan dengan
kerja-kerja lanskap.
8 (a) Pelan Tampak/keratan 1
yang menunjukkan
cadangan dataran dan
dataran sedia ada (existing
and proposed level of
development);
9 b) Pelan keratan jajaran 1
jalan sehingga ke
bangunan.
10 Lukisan Perspektif 1
cadangan lanskap.

1.2 Senarai Semak Terperinci Permohonan Pelan Landskap

JABATAN/AGENSI TEKNIKAL:JABATAN LANSKAP PBT SENARAI SEMAK


TERPERINCI PERMOHONAN LANSKAP

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS ADA/TIADA CATATAN


KEPERLUAN JABATAN/AGENSI /X

1 Pelan-pelan landskap yang disediakan selaras Buku


Garis Panduan Landskap Negara.

2 Rekabentuk dan butiran cadangan lanskap hendaklah


selaras manual LANDSCAPING THE NATION

3 MAKLUMAT TAMBAHAN YANG PERLU DISERTAKAN


− Keluasan tapak pembangunan.
− Keluasan kawasan pembinaan.
− Keluasan kawasan hijau yang diperuntukan.
− Keluasan kawasan landskap kejur.
− Keluasan kawasan riadah dan kawasan berekreasi.
− Kawasan badan air sekiranya ada.

4 PERKARA-PERKARA YANG PERLU DICATATKAN DI


DALAM PELAN
− Garis tanda tingkat bawah. (Basement line)
− Garisan dinding penahan. (Retaining Wall)
− Kawasan lereng bukit.
− Bahu jalan.
− Laluan kable bervoltan tinggi.(High voltage cable)
− Laluan utiliti bawah tanah.
− Kawasan-kawasan berair, pergigian air dan paya.
− Laluan sedia ada.
− Tanaman serta pokok sedia ada.
− Sistem pengairan untuk penyiraman.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 16


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5 MEWARNAKAN PELAN LANDSKAP


− Bagi tanaman-tanaman yang dicadangkan mengikut
bentuk serta spesis yang digunakan.
− Kawasan siarkaki diwarnakan merah.
− Kawasan yang berair seperti lombong, kolam air, sungai
tasik diwarnakan biru.
− Taman permainan kanak-kanak warna coklat.
− Kawasan cerun warna hijau tua.
− Padang bola/kawasan lapang/jalinan hijau warna hijau
muda.
− Kemudahan awam seperti gazebo, wakaf, pavillion,
tandas, gerai diwarnakan coklat tua.
− Bagi gelanggang riadah seperti bola tampar, tenis, bola
tangkis (badminton), sepak takraw (gelanggang
terbuka) diwarnakan oren.
6 LUKISAN KERATAN PENANAMAN
− Bagi memastikan pokok-pokok ditanam di tempat yang
bersesuaian dengan keluasan kawasan yang dirizabkan
terutama bagi penanaman di bahu jalan, jalan masuk
utama, tempat letak kereta, tepian bangunan dan kawasan
cerun, pihak pemaju perlu mengemukakan lukisan keratan
rentas (cross section) yang menunjukkan cadangan lokasi
pokok dan lain-lain kemudahan yang disediakan seperti
lampu-lampu hiasan, kekotak bunga dan perabot-perabot
landskap yang lainnya.

7 LUKISAN PELAN TERPERINCI


− Semua kemudahan gelanggang terbuka seperti sepak
takraw, bola tangkis (badminton) bola tampar dan
sebagainya.
− Perabut-perabut landskap dengan surat jaminan
pembekal.
− Bagi kawasan-kawasan khas seperti halaman/plaza
hadapan bangunan, lereng bukit, tepian sungai atau
tempat yang menjadi tarikan.
− Bahan-bahan yang digunakan serta spesifikasi
pembinaan perlu mematuhi piawaian yang telah ditetapkan
dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

8 PELAN UTAMA LANDSKAP


− Tajuk Pelan.
− Petunjuk.
− Sekil.
− Tanda Arah/Mata angin.
− Jenis Pembangunan.
− Nombor Lot dan Bangunan.
− Garis Sempadan (Fasa dan keseluruhan tapak projek)

Nota: Pelan susunatur Landskap yang dipohon untuk


kelulusan, perlu diselaras dengan kedudukan kegunaan
sepertimana yang telah diluluskan di pelan susunatur di
peringkat kelulusan perancangan terutama berhubung

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 17


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS ADA/TIADA CATATAN


KEPERLUAN JABATAN/AGENSI /X

9 PELAN LOKASI
− Pelan yang dikemukakan perlu diwarnakan dengan terang
dan mempunyai tajuk dan petunjuk yang lengkap dan telah
ditandatangani.
− Garisan sempadan lot yang akan dimajukan perlu
ditebalkan dan diwarnakan.
− Pelan juga perlu menunjukkan jalanraya utama dan
semua jalan yang menghubungkan lot yang akan
dimajukan.
− Pelan juga perlu menunjukkan pembangunan sedia ada di
sekitar kawasan cadangan pembangunan.
− Pelan perlu menunjukkan pokok-pokok sedia ada di tapak
projek dan lot-lot berdekatan (bagi pokok-pokok tepian
jalan).

10 PELAN TAPAK
− Skala yang digunakan perlu dalam kiraan metrik dan tidak
kurang daripada:
a) 1:500 bagi projek pangsapuri 300-500 unit;
b) 1:1000 bagi pembangunan campuran perumahan atau
projek mega;
c) 1:250 bagi projek pejabat, stesyen minyak, perdagangan,
kilang dan kawasan lapang.

11 LUKISAN PERSPEKTIF
− Sekurang-kurangnya satu pelan persektif perlu disediakan
sebagai gambaran keseluruhan projek. Kawasan-kawasan
yang menjadi pilihan termasuklah halaman/plaza/hadapan
bangunan atau kawasan khas yang telah dikenalpasti
sebagai tarikan awal kepada pembangunan yang
dilaksanakan.

12 SIMBOL TANAMAN
− Jenis-jenis tanaman atau spesis yang digunakan perlu
seperti di Buku Garis Panduan Landskap Negara. Gambar-
gambar perlu diserahkan bagi penggunaan spesis baru atau
jarang digunakan. Salinan gambar-gambar dalam bentuk
PDF.
13 Sistem pengawalan perjalanan projek lanskap hendaklah
selaras dengan manual PENGURUSAN LANDSKAP
PENGEKALAN POKOK - TREE CONSERVATION AND
LANDSCAPE MANAGEMENT (TCLM) untuk kawasan
lapang dan kawasan landskap yang berkaitan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 18


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK SELARAS ADA/TIADA CATATAN


KEPERLUAN JABATAN/AGENSI /X

14 KEMUDAHAN AWAM DAN REKREASI- Kemudahan awam


terutama di kawasan perumahan awam perlu disediakan
mengikut pelan susunatur yang diluluskan:
a) Kawasan lapang, gelanggang rekreasi terbuka, taman
permainan kanak-kanak dan padang bola.
b) Perkakas permainan yang dibekalkan perlu daripada
bahan-bahan yang telah diluluskan oleh SIRIM dan selamat
untuk digunakan.
c) Perkakas permainan daripada jenis ready made perlu
dilengkapi dengan:
• Nama Pembekal
• Jenis Alat Pembekal
• Lampiran atau Nota Kajian Alat Permainan
• Surat Jaminan Pengedar
Menyediakan kemudahan taman seperti bangku-bangku
duduk, lampu-lampu taman, papan tanda dan sebagainya.
Pembekalan rumput diperlukan nama kontraktor dan
pembekal. Salinan kelulusan dalam bentuk PDF
15 Penyediaan dan pembekalan PERKAKAS PERMAINAN
KANAK-KANAK hendaklah selaras garis panduan
PBT/Garis Panduan Landskap Negara .

16 REKABENTUK KESELURUHAN - Penyediaan dan


pembahagian komponen ruang adalah mencukupi

17 REKABENTUK KESELURUHAN Keseimbangan kawasan


lapang/ hijau dan binaan adalah mencukupi.

18 REKABENTUK KESELURUHAN
− Peredaran (Circulation) dalam keadaan baik
− Nilai estetik adalah menarik
− Lain-lain seperti peruntukan ruang untuk penanaman dalam
keadaan baik

19 Rekabentuk dan pemilihan Lanskap lembut hendaklah


selaras Garis Panduan Lanskap Negara

20 Rekabentuk dan pembinaan Lanskap Kejur hendaklah


selaras Garis Panduan Lanskap Negara.

21 Pertimbangan terhadap keselamatan dari faktor-faktor


persekitaran adalah mencukupi dan selaras dengan Garis
Panduan Lanskap Negara.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 19


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

BIL PERKARA-PERKARA YANG DISEMAK ADA/TIADA CATATAN


SELARAS KEPERLUAN JABATAN/AGENSI /X

22 LAIN-LAIN
− Pengekalan dan pengkayaan pandangan indah adalah
mencukupi
− "Screening" pandangan buruk adalah mencukupi
− Pengekalan dan pemuliharaan landskap adalah
mencukupi
− Kemudahan saliran adalah mencukupi
− Kemudahan pengairan adalah mencukupi
− Akses penyelenggaraan adalah mencukupi
− Cadangan atau langkah-langkah menghalang hakisan
tanah adalah mencukupi.
− Peruntukan untuk kawasan lapang, jalinan hijau dan
tempat-tempat rekreasi perlu disediakan dengan
mengenakan syarat dan keperluan mengikut jumlah
penduduk atau peraturan yang bersesuaian.
− Jalinan kawasan hijau serta keluasan/rizab kawasan
tanaman pokok tepian jalan perlu ditandakan di pelan
susunatur projek-projek yang akan dilaksanakan.
− Pembangunan yang dicadangkan perlu mengambilkira
keadaan fizikal landskap sedia ada terutama yang
melibatkan kawasan bukit dan pokok-pokok sedia ada
− Menentukan adanya ruang yang luas untuk tujuan
landskap. Persimpangan antara pembangunan dengan
alam semula jadi terutama kawasan takongan air perlu
diambilkira semasa perbincangan pelan susunatur.

23 TEMPOH SAH KELULUSAN


− 24 bulan (2 tahun) dari tarikh diluluskan dan perlu
diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut

24 PERLAKSANAAN PROJEK LANDSKAP


− Perlaksanaan projek landskap perlu mematuhi semua
kehendak serta spesifikasi sepertimana di dalam pelan
yang diluluskan

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 20


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2.0 Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap

Majlis Perbandaran Klang


Jabatan Taman & Rekreasi

Tajuk Dokumen: Garispanduan Semakan Kelulusan Bagi Pelan Landskap


No. Dokumen: GP/ 01/ MPK/ PK/ KP/ 14
No. Pindaan: 02
Tarikh Berkuatkuasa: 01 Jun 2012

1.0 Bayaran Pemprosesan Pelan

1.1 Bayaran Proses pelan landskap perlu dijelaskan mengikut kategori

permohonan.

1.2 Salinan resit bayaran perlu disertakan bersama pelan permohonan landskap.

2.0 Keperluan Kebenaran Merancang dan Pelan Susunatur yang telah


disahkan.

3.0 Syarat Kebenaran Merancang menaiktaraf kawasan lapang yang


berhampiran bagi pembangunan perumahan yang tidak menyediakan
kawasan lapang/ kekurangan kawasan lapang.

4.0 Keperluan Pelan Landskap:-

4.1 Menyediakan satu ruangan 100mm x 150mm untuk cop kelulusan di penjuru
atas/ bawah kanan setiap pelan.

4.2 Skala pelan yang hendak digunakan adalah 1:300 minima.*

4.3 Arah utara hendaklah ditunjukkan.

4.4 Pokok renek Bunga Raya/ Hibiscus spp. perlu di tanam di jalan masuk utama
setiap pembangunan atau kawasan lapang bagi projek perumahan.

4.9 Pokok yang berbunga lebat hendaklah ditanam di jalan protokol, perumahan
dan kawasan lapang.

4.10 Pemilihan pokok hendaklah mengikut kesesuaian projek dan garis panduan
Landskap Negara.

4.11 Jadual Petunjuk ‘Legend’ hendaklah menunjukkan butir-butir seperti berikut:-

4.11.1 Simbol berwarna (satu simbol bagi satu jenis pokok dan pokok renek).

4.11.2 Nama botani (ejaan hendaklah tepat dan betul).

4.11.3 Nama biasa/ tempatan (ejaan hendaklah tepat dan betul).

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 21


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

4.11.4 Ketinggian pokok bunga + ukuran garis pusat batang pokok;

4.11.4.1 Pokok – 2m tinggi batang x 50mm - 75mm dia. batang


minima.*

4.11.4.2 Palma (single stem) – 1m tinggi batang x 100mm dia.


batang (sederhana).*

4.11.4.3 Palma (single stem) – 3m tinggi batang x 250mm


dia.batang (besar).*

4.11.4.4 Palma (multi stem) – 2m tinggi keseluruhan dengan


minima 3 rumpun pokok.*

4.11.4.5 Pokok renek – 450mm tinggi keseluruhan x 300mm


(bentuknya sihat dan subur).*

4.11.4.6 Pokok tutupbumi – 150mm x 150mm.*

4.11.5 Jarak tanaman;

4.11.5.1 Pokok – 8000mm hingga 15,000mm c/c *.

4.11.5.2 Pokok Palma – 3000mm hingga 5000mm c/c *.

4.11.5.3 Pokok renek – 300mm c/c*.

4.11.5.4 Pokok tutupbumi – 150mm c/c.*

4.11.6 Bilangan tanaman perlu dinyatakan.*

4.11.7 Keluasan rumput hendaklah dinyatakan dalam meter persegi.

4.11.8 Senaraikan kemudahan rekreasi, alatan permainan, perabot taman


dan lampu taman serta kuantiti/ jumlah yang dicadangkan.

5.0 Pelan Keratan/ Rentas Terperinci Hendaklah Dikemukakan Bagi


Tanaman:-

5.1 Pokok.

5.2 Palma.

5.3 Pokok renek.

5.4 Penutup bumi.

5.5 Rumput.

5.6 Pelan keratan hendaklah menunjukkan butir-butir seperti berikut:-

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 22


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.6.1 Lubang tanaman

5.6.1.1 Pokok/ Palma – 1000 x 1000 x 1000mm.

5.6.1.2 Pokok renek – 300 x 300 x 300mm *.

5.6.1.3 Penutup bumi – 150 x 150 x 150mm.

5.6.2 Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja organik) : 1 (pasir).

5.6.3 Penegak pokok;

5.6.3.1 Kayu penyokong 2500mm x 75mm x 50mm dia. pada setiap


pokok.

5.6.3.2 Tali pengikat perlu dibalut dengan ‘hose getah’.

5.6.3.3 Bagi pokok palma yang melebihi ketinggian 3m perlu


menggunakan kayu penyokong empat penjuru (ketinggian
kayu penyokong hendaklah ½ daripada ketinggian palma)
dan batang palma dibalut dengan kain guni.

5.6.4 Rumput di kawasan landskap, di kawasan lapang/ permainan, lereng


‘slope’, simpanan jalan, parit, zon penampan dan padang bola.

5.6.4.1 Tanam rumput axonopus compressus/ cow grass @ rumput


karpet secara ‘close turfing’.

5.6.4.2 Saiz rumput 300mm x 300mm x 50mm (sodding) dan 80%


ketulenan/ bebas rumpai.

5.6.4.3 Tanah campuran 100mm (minima) dalam hendaklah ditimbus


dan diratakan. Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja
organik) : 1 (pasir).

5.6.4.4 Mampatkan rumput ke dalam tanah dan diratakan pada


gradient 1:8.

5.6.4.5 Kawasan hendaklah bersih daripada batu, kayu dan sampah


sarap pembinaan.

(Perkara 5.6.4.1 hingga 5.6.4.5 perlu dinyatakan dalam pelan terperinci).

5.6.4.6 Warnakan semua kawasan rumput di dalam pelan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 23


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

6.0 Kotak Bunga/ ‘Planter box’ *:-

6.1 Pelan keratan/ rentas terperinci perlu dikemukakan.

6.2 Tanah campuran tanaman – 3 (topsoil) : 2 (baja organik) : 1 (pasir).

6.3 Lubang pengairan (outlet) hendaklah disediakan.

6.4 Simbol dan kuantitinya perlu ditunjuk dalam petunjuk/ legend.

6.5 Jenis pokok bunga dan kuantitinya hendaklah ditunjuk dalam petunjuk/
legend.

6.6 Kedalam planter box hendaklah 500mm minima.

6.7 Kemasan luar kotak bunga hendaklah di bina dengan kemasan atau dicat.

7.0 Keperluan Landskap Mengikut Kategori Kawasan:-

7.1 Kawasan perumahan

7.1.1 Jarak kawasan landskap hadapan rumah antara longkang dan tepi
jalan premis (bahu jalan) yang kurang 1.0m hendaklah ditanam palma
bersaiz sederhana, pelan keratan rentas terperinci hendaklah
dikemukakan (bagi jalan 40 kaki).

7.1.2 Jarak kawasan landskap hadapan rumah antara longkang dan tepi
jalan premis (bahu jalan) yang melebihi 1.0m hendaklah ditanam
pokok berbunga, pelan keratan rentas terperinci hendaklah di
kemukakan. Batu berbendul/ kerb perlu diadakan bagi membezakan
jalan dan kawasan landskap (bagi jalan 50 kaki ke atas).

7.1.3 No. Pt./ Lot hendaklah di tunjukan.

7.2 Kawasan Kilang/ Gudang/ Industri;

7.2.1 Hendaklah ditunjukan no. Lot asal/ Lot kilang.

7.2.2 Kawasan hadapan kilang/ gudang, kelebaran 1.00m hinga 2.00m


hendaklah disediakan sebagai kawasan landskap utama.

7.2.3 Minima 1.0m lebar kawasan hijau hendaklah disediakan di sepanjang


pagar sempadan sekiranya jalan melebihi 20 kaki dari garisan
sempadan pagar ke garisan bumbung bangunan.

7.2.4 Pelan keratan rentas terperinci dan pelan pandangan hadapan kilang
bagi kawasan yang mempunyai cadangan landskap hendaklah
dikemukakan dari garisan bangunan, jalan utama, longkang, pagar
hingga kawasan hijau/ zon penampan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 24


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.3 Kawasan Rumah Kedai;

7.3.1 Pokok perlu ditanam dikawasan laluan pejalan kaki atau di kawasan
tempat letak kereta mengikut kesesuaian di hadapan kedai.

7.3.2 Kedudukan pokok hendaklah bertentangan dengan ‘column’ atau


tiang kedai dan ditanam setiap dua ‘column’.

7.3.3 Konkrit framing/ kerb bersaiz 1mx1mx0.2m tinggi dari paras rata
hendaklah dibina pada setiap tapak penanaman pokok*.

7.3.4 Tapak penanaman pokok hendaklah ditunjukan kedudukanya di


dalam pelan.

7.3.5 Pelan terperinci bagi laluan pejalan kaki hendaklah dikemukakan.

7.4 Kawasan tempat letak kereta

7.4.1 Kawasan tanaman bagi pokok teduhan hendaklah diperuntukan 1.0m


lebar minima.

7.4.2 Mengadakan batu berbendul/ kerb di keliling lubang tanaman bagi


membezakan jalan dan kawasan landskap.

7.4.3 Elakkan tanaman berdaun halus, berbuah atau bunga yang bergetah.

7.5 Kawasan simpanan jalan dan parit serta Jalan-jalan utama;

7.5.1 Hendaklah ditanam pokok.

7.5.2 Diantara pokok hendaklah ditanam pokok renek/ rumput.

7.6 Kawasan Zon Penampan;

7.6.1 Bagi kawasan lebar 10m hendaklah ditanam 2 baris pokok pada jarak
10m c/c.

7.6.2 Bagi kawasan lebar 20m hendaklah ditanam 3 baris pokok pada jarak
10m c/c.

7.7 Kawasan Sekolah/ Pangsapuri/ Bangunan Pameran/ Rumah Kelab/ Stesen


Minyak/ Kompleks Membeli-belah/ Hotel /Tadika /Rumah Ibadat/ Lain-lain :-

7.7.1 Kawasan hadapan premis kelebaran 1.00m hingga 2.00m hendaklah


disediakan sebagai kawasan landskap utama.

7.7.2 Minima 1.0m lebar kawasan hijau hendaklah disediakan disepanjang


pagar sempadan sekiranya jalan melebihi 20 kaki dari garisan
sempadan pagar ke garisan bumbung bangunan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 25


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.7.3 Pelan keratan rentas terperinci dan pelan pandangan hadapan premis
bagi kawasan yang mempunyai cadangan landskap hendaklah
dikemukakan dari garisan bangunan, ‘jalan utama’, longkang, pagar
hingga kawasan hijau/ zon penampan.

8.0 Kawasan Lapang/ Permainan/ Padang Bola:-

8.1 Pelan keratan terperinci bagi kemudahan rekreasi hendaklah dikemukakan


mengikut spesifikasi Majlis Perbandaran Klang.

8.2 Tapak berkenaan hendaklah dibesarkan supaya tanaman dan susun atur
kemudahan rekreasi boleh dibaca dengan jelas.

8.3 Ukuran sempadan dan keluasan hendaklah dinyatakan.

8.4 Tanam sekurang-kurangnya 2 jenis pokok atau lebihkan tanaman pokok


berbunga lebat.

8.5 Bangku taman jenis, konkrit yang bersesuaian termasuk perkataan “Majlis
Perbandaran Klang”. Tapak asas konkrit 100mm tebal x 1000mm lebar x
2000mm panjang.

8.6 Tong sampah beserta tempat abu rokok dan mempunyai ‘wire mesh’ atau
lapisan tong kedua (dengan logo Majlis Perbandaran Klang dan sticker
gambar membuang sampah). Spesifikasi warna hijau. Tong sampah
diskrukan pada tapak asas konkrit 100mm tebal x 600mm x 600mm.

8.7 Gelanggang badminton/ sepak takraw (dwi permainan).

8.8 Gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

8.9 Litar refleksiologi 2m lebar x 15m panjang, dibahagi kepada 2 bahagian


susunan batu iaitu tegak dan melintang. Pemegang dari jenis G.I pipe
yang dicat lapisan tahan karat.

8.10 Papantanda pemberitahuan Undang-Undang Kecil Taman Tahun 2005 (Jenis


Bergambar) dan Undang-Undang Kecil Vandalisme Tahun 2005 dengan logo
Majlis Perbandaran Klang, nama taman perumahan beserta alamat.
Spesifikasi warna tiang hitam, background kuning dan tulisan hitam.

8.11 Lampu di kawasan alat permainan dan gelanggang permainan hendaklah


ditunjukkan lokasi, bilangan dan perincian. Spesifikasi kerja-kerja elektrik
hendaklah merujuk Jabatan Kejuruteraan.

8.12 Pergola, gazebo/ wakaf, laluan pejalan kaki dan lain-lain landskap kejur
hendaklah dikemukakan.

8.13 Menyediakan laluan konkrit 1m lebar x 2m panjang x 100mm tebal dan batu
bebendul/ kerb 200mm dikiri kanan di laluan masuk ke kawasan lapang/ di
atas longkang terbuka mengikut spesifikasi keperluan OKU seperti yang
ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Klang.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 26


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

9.0 Keperluan Alat Permainan Dan Kemudahan Rekreasi Mengikut Keluasan


Kawasan Lapang:-

9.1 Mengikut spesifikasi/ Majlis Perbandaran Klang. Pelan terperinci perlu


dikemukakan. Berserta imej alat permainan.

9.2 Kawasan lapang/ permainan kurang 0.25 ekar;

9.2.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘integrated’ 25 hingga 28 orang


kapasiti.

9.2.2 Mengadakan dua set buaian dua tempat duduk.

9.2.3 Mengadakan satu set jongkang jongkit dua tempat duduk.

9.2.4 Mengadakan tiga bangku taman.

9.2.5 Mengadakan dua tong sampah.

9.2.6 Mengadakan dua buah lampu taman.

9.2.7 Mengadakan 1 buah papantanda pemberitahuan Undang-Undang


Kecil Taman dan vandalisme.

9.3 Kawasan lapang/ permainan diantara 0.25 ekar hingga 0.5 ekar

9.3.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated 28 hingga 30 orang


kapasiti.

9.3.2 Mengadakan dua set buaian dua tempat duduk.

9.3.3 Mengadakan dua set jongkang jongkit dua tempat duduk.

9.3.4 Mengadakan empat bangku taman.

9.3.5 Mengadakan dua tong sampah.

9.3.6 Mengadakan satu buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-


permainan).

9.3.7 Mengadakan tiga buah lampu taman.

9.3.8 Mengadakan 2 buah lampu limpah gelanggang badminton/


sepaktakraw.

9.3.9 Mengadakan 1 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang


Kecil Taman & Vandalisme.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 27


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

9.4 Kawasan lapang/ permainan diantara 0.5 ekar hingga 1.0 ekar.

9.4.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 28 hingga 30 orang


kapasiti.

9.4.2 Tiga set buaian dua tempat duduk.

9.4.3 Dua set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.4.4 Mengadakan enam bangku taman.

9.4.5 Mengadakan tiga tong sampah.

9.4.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-


permainan).

9.4.7 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.4.8 Mengadakan lima buah lampu taman.

9.4.9 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang


badminton/ sepaktakraw.

9.4.10 Mengadakan sebuah gazebo/ wakaf.

9.4.11 Mengadakan 1 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang


Kecil Taman & Vandalisme.

9.5 Kawasan lapang/ permainan diantara 1 hingga 2 ekar.

9.5.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 30 hingga 40 orang


kapasiti.

9.5.2 Tiga set buaian dua tempat duduk.

9.5.3 Tiga set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.5.4 Mengadakan lapan bangku taman.

9.5.5 Mengadakan empat tong sampah.

9.5.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-


permainan).

9.5.7 Mengadakan sebuah gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

9.5.8 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.5.9 Mengadakan tiga jenis stesyen senaman (fitness stations) beserta


‘seamless flooring rubber tiles’.

9.5.10 Menyediakan laluan pejalan kaki atau laluan ‘jogging’ 2m lebar.

9.5.11 Mengadakan enam buah lampu taman.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 28


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

9.5.12 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang


badminton/ sepaktakraw.

9.5.13 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi sebuah gelanggang bola


keranjang.

9.5.14 Mengadakan 2 buah papan tanda pemberitahuan Undang-Undang


Kecil Taman & Vandalisme.

9.5.15 Mengadakan 2 buah gazebo/ wakaf.

9.6 Kawasan lapang/ permainan diantara 2 ekar hingga ke atas.

9.6.1 Mengadakan satu set alat permainan ‘intergrated’ 40 hingga 50 orang


kapasiti.

9.6.2 Empat set buaian dua tempat duduk.

9.6.3 Tiga set jongkang-jongkit dua tempat duduk.

9.6.4 Mengadakan dua belas bangku taman.

9.6.5 Mengadakan enam tong sampah.

9.6.6 Mengadakan dua buah gelanggang badminton/ sepaktakraw (dwi-


permainan).

9.6.7 Mengadakan sebuah gelanggang bola tampar/ bola keranjang.

9.6.8 Mengadakan satu litar refleksiologi dan pemegang.

9.6.9 Mengadakan enam jenis stesyen senaman (fitness stations) beserta


‘seamless flooring rubber tiles’.

9.6.10 Menyediakan satu padang bola.

9.6.11 Menyediakan laluan pejalan kaki atau laluan jogging.

9.6.12 Mengadakan sepuluh buah lampu taman.

9.6.13 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi 2 buah gelanggang


badminton/ sepaktakraw.

9.6.14 Mengadakan 4 buah lampu limpah bagi sebuah gelanggang bola


keranjang.

9.6.15 Mengadakan minima 3 buah papan tanda pemberitahuan Undang-


Undang Kecil Taman & Vandalisme*.

9.6.16 Mengadakan 3 buah gazebo/ wakaf.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 29


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

10.0 Alat Permainan:-

10.1 Pemaju/ Perunding landskap perlu menyediakan alat permainan mengikut


‘Standard Majlis Perbandaran Klang’ dan hendaklah menepati syarat-syarat
seperti di bawah:-

10.1.1 Mengadakan buaian jenis biasa. Tali buaian dari jenis ‘hot-dipped
galvanized finish oven cured’ atau jenis lain yang dibenarkan oleh
Majlis.

10.1.2 EPDM ‘Seamless flooring’ di keseluruhan kawasan alat peralatan


permainan berkelompok (intergrated set).

10.1.3 Segala jenis bahan dan komponen besi yang digunakan perlu melalui
proses powder coated dan menepati cir-ciri keselamatan, ketahanan
dan buatan Malaysia.

10.1.4 ‘Product designed’ menepati SIRIM : MS 966 ‘Design and Safety’.

(Perkara 10.1.1 hingga 10.1.4 perlu dinyatakan dalam pelan terperinci).

10.1.5 ‘Children playground equipment warranty’ sekurang-kurangnya lima


tahun dengan tajuk projek dan alamat serta no telefon syarikat
pengeluar (Dikemukakan semasa permohonan Sokongan CF/
CCC).

11.0 Padang bola/ Futsal:-

11.1 Ukuran dan keluasan padang bola/ futsal perlu dikemukakan.

11.2 Mengadakan penghadang keselamatan di belakang pintu gol/ pagar


disekeliling kawasan futsal (Pelan terperinci perlu dikemukakan).

11.3 Mengadakan tiang-tiang gol (pelan terperinci perlu dikemukakan).

11.4 Mengadakan subsoil-drainage di kawasan penalti (Pelan terperinci perlu


dikemukakan).

11.5 Orientasi gelanggang pada kedudukan melawan arah laluan matahari *.

12.0 Gelanggang permainan;

12.1 Ukuran gelanggang permainan dan ruang legar hendaklah dikemukakan.

12.2 Pelan keratan/ rentas terperinci hendaklah dikemukakan.

12.3 Paras gelanggang permainan hendaklah melebihi 100mm tinggi daripada


paras padang.

12.4 Tiang jaring termasuk ‘Footing’ pelan terperinci hendaklah dikemukakan.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 30


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

12.5 Semua garisan permainan gelanggang hendaklah dibina daripada mozek


berwarna gelap saiz 50mm.

12.6 Gradient gelanggang hendaklah di antara 1% hingga 3%.

12.7 Orientasi gelanggang pada kedudukan melawan arah laluan matahari*.

13.0 Ke arah menuju Bandar Selamat 2010, pengasingan pejalan kaki dari laluan
bermotor perlu disediakan tanaman landskap diantaranya.

14.0 Tapak-tapak:- Untuk cadangan Surau, Tadika, Balairaya, gerai, masjid,


stesen minyak dan lain-lain hendaklah ditimbus, diratakan dan ditanam
dengan rumput Axonopus compressus secara spot turfing dan 80%
ketulenan. (Kawasan ini hendaklah dipagar dan diselenggarakan oleh pihak
Pemaju Perumahan hingga pembangunan berkenaan telah dilaksanakan
dengan sempurna dan diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan/ kerajaan).

15.0 Kedudukan/ tapak:- Loji najis, bangunan TNB, tangki air dan lain-lain
struktur hendaklah ditunjukkan dalam pelan.

16.0 Tempoh penyelenggaraan :- Enam (6) bulan atau satu (1) tahun dari
tarikh CF bangunan/ CCC dikeluarkan (pihak pemaju hendaklah memberitahu
Jabatan Taman dan rekreasi pada akhir tempoh penyelenggaraan untuk
pemeriksaan terakhir sebelum diambil alih oleh Majlis Perbandaran Klang,
pihak pemaju perlu mengemukakan surat permohonan penyerahan beserta 1
salinan laporan bergambar).

17.0 Tempoh Sah Kelulusan :- 24 bulan (2 tahun) dari tarikh diluluskan dan
perlu diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut.

17.1 Perunding/ pemaju perlu memaklumkan pihak Majlis dengan mengemukakan


Borang Notis Permulaan Kerja Landskap Di tapak Projek.

17.2 Projek yang telah dimulakan sebahagian fasa dalam tempoh 24 bulan (2
tahun) :-

Perunding/ pemaju perlu mengemukakan permohonan melanjutkan tempoh


mengikut prosedur permohonan kelulusan pelan landskap bagi
memperbaharui kelulusan sebelum tamat tempoh 2 tahun untuk
dibentangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa OSC untuk pengesahan
semula kelulusan.

17.3 Projek yang tidak dimulakan dalam tempoh 24 bulan (2 tahun) :-

Perunding/ pemaju perlu mengemukakan permohonan baru mengikut


prosedur kelulusan pelan landskap untuk dibentangkan di dalam mesyuarat
jawatankuasa OSC untuk kelulusan pelan landskap.

18.0 Pelan-pelan pindaan daripada pelan-pelan yang telah diluluskan perlu


dibuat permohonan baru mengikut prosedur kelulusan pelan landskap.

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 31


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

19.0 Projek pembangunan yang tidak perlu dibuat permohonan dan boleh
diberi pengecualian:-

19.1 Rumah sesebuah oleh pemohon individu.

19.2 Kilang tambahan kurang 0.3 ekar dan tidak melibatkan kawasan landskap.

19.3 Pembangunan semula rumah dan kedai pejabat kurang 5 unit di kawasan
pembangunan sedia ada.

(Nota: * mengikut kesesuaian)

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 32


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.0 Borang Bayaran Proses Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 33


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 34


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

4.0 Notis Permulaan Kerja Landskap Di Tapak projek

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 35


No Pindaan: 0 Manual MPK BIL 122 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

5.0 Borang Permohonan Pengecualian Pelan Landskap

Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pemajuan Baru 36

Anda mungkin juga menyukai