Anda di halaman 1dari 24

MANUAL MPK BIL : 75 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :
GARIS PANDUAN KOMUNITI
BERPAGAR (GATED COMMUNITY)
& KOMUNITI BERPENGAWAL
(GUARDED COMMUNITY) DI KAWASAN
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

KANDUNGAN

MUKA
NO ISI KANDUNGAN
SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA i.

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN ii.

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5

3.0 DEFINISI 6

4.0 CARTA BAHAGIAN 8

5.0 SUMBER KUASA 9

6.0 SKOP KERJA 9

7.0 PROSES KERJA 11

JADUAL PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA ‘GATED AND


8.0 13
GUARDED COMMUNITY’ (PEMBANGUNAN BARU)

JADUAL PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA ‘GATED AND


9.0 19
GUARDED COMMUNITY’ (PEMBANGUNAN SEDIADA)

10.0 PENUTUP 24

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 2


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya


Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Keperluan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik


telah menarik penduduk, khususnya di kawasan bandar untuk
memilih skim-skim kediaman yang menawarkan sistem kawalan
keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded).
Selain daripada skim-skim kediaman berbilang tingkat (high-rise)
berhakmilik strata, pembangunan hartanah kediaman bertanah
(landed property) yang memperkenalkan konsep `gated and guarded
community’ turut dan mula menjadi pilihan dan tarikan penduduk.

Memandangkan pertumbuhan skim `gated community’ dan `guarded


neighbourhood’ terus berleluasa. Oleh itu penggubalan satu garis
panduan perancangan sebagai langkah dalam membantu proses
pertimbangan permohonan skim ‘Gated and Guarded’ oleh PBT.

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto


yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Mohd Ikhsan Bin Mukri


Setiausaha Majlis Perbandaran Klang

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 3


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh


dan Salam Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya


Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated
Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded
Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang ini
telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada semua yang
terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam menghasilkan Manual
Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti
Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran
Klang bagi Edisi Pertama ini. Buku " Manual Garis Panduan Komuniti
Berpagar (Gated Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded
Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang " merupakan garis
panduan edisi pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi
pelaksanaan ‘Gated and Guarded Community’ di kawasan Majlis
Perbandaran Klang. Tujuan garis panduan ini diterbitkan adalah untuk
memberi panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga
Klang. Manual Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peraturan
dan undang-undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang
digunakan sebagai rujukan.

Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated
Community) & Komuniti Berpengawal (Guarded Community) Di
Kawasan Majlis Perbandaran Klang edisi pertama. Adalah diharapkan
agar apa yang dirancang akan menepati matlamat penghasilan buku
ini.

Wassalam.

En. Zailani Bin Panot


Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 4


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik


Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.

1.3 Menyelaraskan pemakaian garispanduan komuniti berpagar dan


berpengawal di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

1.4 Memudahkan pelaksanaan semasa proses semakan pelan.

1.5 Mewujudkan satu garis panduan komuniti berpengawal dan


berpagar yang sesuai dengan isu dan masalah setempat.

2.0 LATAR BELAKANG

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis


Perbandaran Klang untuk mengawal dan menentukan arah
pembangunan dengan lebih terkawal, sistematik dan terancang.
Permintaan ke atas permohonan ‘Gated and Guarded’, semakin
mendapat sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.

Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang


mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Bagi melaksanakan permohonan
‘Gated and Guarded’ ini, garispanduan ini mengandungi perkara-
perkara utama seperti tujuan, definisi, sumber kuasa, skop kerja,
proses kerja serta jadual piawaian garis panduan ‘Gated and Guarded
Community’ bagi pembangunan baru dan sediaada.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 5


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.0 DEFINISI

3.1 Pendahuluan

‘Gated and Guarded Community’ (GC) boleh didefinisikan


sebagai suatu kumpulan penduduk atau komuniti yang tinggal
dalam kawasan berpagar dan berpengawal sama ada dalam
kawasan bangunan kediaman berbilang tingkat (high-rise
property) seperti pangsapuri, kondominium dan ‘town-house’
atau di kawasan kediaman bertanah (landed property) seperti
banglo, teres dan rumah berkembar atau kedua- duanya sekali
sebagaimana yang didefinisikan di bawah Akta Hakmilik Strata
1985 (Akta 318).

3.2 Permohonan Pembangunan Secara ‘GC’

Cadangan membangunkan skim GC perlu ditentukan di dalam


pelan susunatur pembangunan kediaman berskala besar dan
tertakluk kepada kelulusan kebenaran merancang oleh Majlis
Perbandaran Klang. Permohonan secara ’GC’ perlulah bermula
daripada cadangan skim kawasan pembangunan
baru.Permohonan perlulah dibuat di bawah Seksyen 6 (1A),
Akta 318 dan dinyatakan dengan jelas di dalam tajuk
permohonan. Cadangan pembangunan skim ‘gated community’
perlu ditandakan di dalam pelan susunatur pembangunan.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 6


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

3.3 Piawaian garis Panduan Pembangunan Secara ‘Gated and


Guarded Community’

*Setiap komponen terperinci pembangunan ‘GC’ akan


diperincikan dalam Jadual 1.0 bagi Garis Panduan
Pembangunan Secara Gated Community.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 7


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
PENGARAH PERANCANG BANDAR
DAN DESA

TIMBALAN PENGARAH PERANCANG


BANDAR DAN DESA

KETUA BAHAGIAN

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN


DESA (KLANG UTARA) DESA (KLANG SELATAN)

PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI PENOLONG PEGAWAI


PERANCANG BANDAR DAN PERANCANG BANDAR DAN PERANCANG BANDAR DAN PERANCANG BANDAR DAN
DESA DESA DESA DESA

JURUTEKNIK JURUTEKNIK JURUTEKNIK JURUTEKNIK JURUTEKNIK JURUTEKNIK


PERANCANG PERANCANG PERANCANG PERANCANG PERANCANG PERANCANG
BANDAR DAN DESA BANDAR DAN DESA BANDAR DAN DESA BANDAR DAN DESA BANDAR DAN DESA BANDAR DAN DESA

PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU


TADBIR TADBIR TADBIR TADBIR

PEMBANTU
PENGUATKUASA

PEMBANTU AM PEMBANTU AM
PEJABAT PEJABAT
5.0 SUMBER KUASA

Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual


adalah seperti berikut:

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)


ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Akta Parit, Jalan Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
iv. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
v. Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318)
vi. Perkeliling / Arah daripada Yang DiPertua/Setiausaha

6.0 SKOP KERJA

6.1 Pengarah Perancang Bandar


Menerima permohonan di peringkat Jabatan serta mengesahkan
surat yang diterima. Pengarah Perancang Bandar memantau
surat-surat yang diterima dan menyemak surat jawapan. Selain itu,
menyemak kertas kerja atau menyemak minit mesyuarat yang
berkaitan dan mengkaji surat jawapan sebelum Pembantu Tadbir
menguruskan surat jawapan keluar. Pengarah Perancang Bandar
akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu.

6.2 Pegawai Perancang Bandar


Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
berkaitan dengan pemajuan tanah. Pegawai Perancang Bandar
akan menjalankan lawatan tapak sekiranya perlu dan menyemak
ulasan yang disediakan oleh Penolong Pegawai Perancang
Bandar. Selain itu, memberi maklumbalas kepada surat-surat
yang diterima daripada orang awam dan menyediakan kertas
kerja atau menyemak minit mesyuarat yang berkaitan.

6.3 Penolong Pegawai Perancang Bandar


Memproses permohonan kebenaran merancang dan lain-lain
yang berkaitan dengan pemajuan tanah. Penolong Pegawai
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Perancang Bandar juga memberi maklumbalas kepada surat-


surat yang di terima daripada orang awam. Penolong Pegawai
Perancang Bandar juga akan menjalankan lawatan tapak dan
menyediakan laporan tapak berdasarkan maklumat gunatanah
sediada dan maklumat yang diperolehi. Selain itu, menyediakan
kertas kerja atau keputusan minit mesyuarat yang berkaitan.
Penolong Pegawai Perancang Bandar juga mengumpul, menyelia
maklumat serta data, menyediakan laporan dan ulasan teknikal
ke atas sesuatu permohonan bagi surat-surat permohonan.

6.4 Juruteknik Perancang Bandar


Menjalankan lawatan tapak dan menyediakan laporan tapak
berdasarkan maklumat gunatanah sediada dan maklumat arahan
pegawai. Juruteknik Perancang Bandar juga melukis Pelan
Pertapakan dan sebagainya mengikut arah pegawai.

6.5 Pembantu Tadbir


Menaip kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Mesyuarat
Teknikal Pembangunan dan Mesyuarat berkaitan. Selain itu,
menaip pemberitahuan mesyuarat serta notis penduduk
bersempadan/berjiran, surat bantahan awam, lawatan tapak,
panggilan mesyuarat, maklumbalas dan sebagainya.

6.6 Pembantu Penguatkuasa


Membantu Pengarah/Pegawai/Penolong Pegawai/Juruteknik
ketika siasatan/lawatan tapak dibuat. Membantu mengenalpasti
tapak-tapak tanpa permohonan kebenaran merancang. Selain itu,
membantu mengedarkan notis penduduk berjiran.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 10


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.0 PROSES KERJA

Carta alir proses kerja permohonan komuniti berpagar dan komuniti


berpengawal di kawasan Majlis Perbandaran Klang seperti berikut:-

PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN KM DI OSC

SEMAK PERMOHONAN DI OSC

TIDAK
LENGKAP
PEMOHON LENGKAP

TERIMA PERMOHONAN JABATAN


DARIPADA OSC TEKNIKAL

LAWATAN TAPAK DAN LAPORAN TERIMA LENGKAP


SURAT
ULASAN/SOKONGAN
JABATAN TEKNIKAL
DARI OSC
SEDIAKAN KERTAS KERJA
MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC

MESYUARAT JAWATANKUASA
OSC

KEPUTUSAN
LULUS/LULUS BERSYARAT

KELUAR SURAT MAKLUMAN PEMOHON


KEPUTUSAN KEPADA
PEMOHON

TERIMA DOKUMEN UNTUK


TUJUAN PENGESAHAN

SEDIAKAN SURAT IRINGAN


BORANG C(1) DAN COP LULUS
PELAN

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 11


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

7.1 Penerimaan Permohonan


Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan dan nyatakan sebab-sebab permohonan di
tolak.

Terima permohonan berserta ulasan Jabatan Teknikal daripada pihak


OSC. Jika lengkap dapatkan no. fail sediada atau buka fail baru jika
belum ada rekod berhubung tanah tersebut.

7.2 Membuat Lawatan Tapak


Membuat lawatan dan laporan tapak. Menyediakan ulasan berdasarkan
maklumat sediada atau laporan tapak.

7.3 Penyediaan Kertas Kerja


Menyediakan kertas kerja mesyuarat Jawatankuasa OSC dan
kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar untuk semakan.
Permohonan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa OSC.

7.4 Keputusan Mesyuarat


Keputusan mesyuarat dimaklumkan kepada pemohon. Pemohon akan
mengemukakan dokumen untuk tujuan pengesahan.

7.5 Kelulusan
Surat iringan Borang C(1) dan cop lulus pelan dan diserahkan kepada
pemohon.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 12


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

8.0 PIAWAIAN PEMBANGUNAN BARU ‘GATED AND GUARDED


COMMUNITY’
PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA
GC-1 ‘GATED AND GUARDED
COMMUNITY’

JADUAL 1.0 : PEMBANGUNAN BARU

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GATED AND GUARDED


COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
Saiz i) Bagi semua jenis perumahan.

Pembangunan Keluasan : 3 ekar (min) – 20 ekar (mak)

* Lain-lain pembangunan adalah tertakluk mana-mana yang

lebih tinggi dan bergantung kepada pertimbangan MPK.

Densiti / i) Kepadatan mengikut Rancangan Tempatan Klang atau

Kepadatan Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Negeri Selangor terkini atau tertakluk pada

pertimbangan Majlis.

Perancangan i) Perancangan tapak hendaklah mengikut garis


panduan dan piawaian dari JPBD Semenanjung
Tapak
Malaysia.
ii) Pemilihan tapak perlu bersesuai dan mematuhi dasar,
zon perancangan dan garis panduan pembangunan
perumahan yang ditetapkan di dalam Rancangan
Tempatan.
iii) GC tidak dibenarkan di kawasan yang terdapat sungai
atau saliran semulajadi.
iv) Lokasi tapak di lapisan kedua dan kenderaan lain perlu
melalui kawasan/komuniti ini untuk ke kawasan lain
adalah tidak di benarkan.

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 13


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Lokasi Justifikasi
i) Tiada lokasi khusus untuk GC samada di kawasan
Pembangunan
bandar atau luar bandar.
ii) Bergantung pada permohonan dan pertimbangan
Majlis.
Sistem Hieraki i) Hieraki jalan merujuk Garis Panduan JPBD Selangor
terkini dan ulasan Jabatan Teknikal
Jalan & Laluan
ii) Rangkaian jalan perlu menekankan aspek
Keluar Masuk
keselamatan, kecekapan aliran trafik dan keindahan.
iii) Perancangan pembangunan GC perlu memastikan
laluan keluar masuk ke kawasan lot lapisan kedua
tidak terhalang.
iv) Sekurang-kurangnya 2 laluan keluar masuk disediakan
bagi memenuhi keperluan masa kecemasan mengikut
keperluan bomba dan lain-lain.
v) GC digalakkan untuk menyediakan laluan keluar
masuk iaitu bagi penduduk dan bagi pelawat dan lebar
minima jalan masuk utama ke skim GC adalah 66 kaki
(20 Meter) – mengambilkira bahu jalan, setback (1m)
dan perlu memasukkan gambarajah. *(rujuk Jabatan
Kejuruteraan)
vi) Menyediakan ruang tempat letak kereta menunggu
(layby) untuk keperluan pelawat.
vii) Rekabentuk laluan keluar masuk perlu mempunyai ciri-
ciri keselamatan melalui penyediaan ‘road hump’.
- Perlu mengemukakan ulasan sokongan daripada
Jabatan Kejuruteraan, MPK

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED

COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 14


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Rekabentuk
Perumahan dan i) Merujuk Garis Panduan JPBD Selangor sedia ada.
Anjakan
Pembinaan i) Ketinggian maksima yang dibenarkan adalah 7 kaki.
ii) Sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan
Pagar / Tembok
tembok adalah terbuka yang dapat dilihat dari luar.
iii) Pagar / tembok dibenarkan di sekeliling kawasan GC
sebagai sempadan dengan kawasan bersebelahan.
iv) Pagar yang dibina perlu menekankan unsur
keharmonian dengan alam sekitar.

Pembinaan i) Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam kawasan


skim GC.
Pondok
ii) Lokasinya hendaklah tidak menghalang lalulintas iaitu
Pengawal
sama ada diletakkan di bahagian bahu jalan atau di
kawasan yang bersesuaian.
iii) Lokasi dan rekabentuk pondok pengawal hendaklah
ditunjukkan di dalam pelan semasa permohonan
kebenaran merancang dikemukakan kepada MPK.
iv) Dibenarkan bersekali dengan tandas dan pejabat
pengurusan dengan menyediakan anjakan 20’/10’/10’.
v) Sekiranya pondok pengawal sahaja dengan saiz
maksimum 1.8m x 2.4m (6’x8’) perlu menyediakan
anjakan bangunan sekurang-kurangnya 1 meter dari
bahu jalan.
vi) Pondok pengawal termasuk dalam skim hakmilik
strata.

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED


COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
Lanskap dan i) Merujuk Garis Panduan Lanskap Negara atau Garis
Penanaman Panduan JPBD Selangor.
Pokok
ii) Penanaman pokok-pokok renek tidak boleh menutupi

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 15


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

50% ruang terbuka pagar.


iii) Pemaju perlu memaklumkan secara jelas kepada
pembeli rumah tentang kos-kos penyelenggaraan
lanskap yang perlu ditanggung oleh mereka.
iv) Tidak dibenarkan penanaman pokok berpagar di
kawasan hakmilik bersama kerana bagi mengelakkan
menjadi kawasan persendirian dan menghalang
kepada awam melalui/menggunakannya serta akan
menghalang laluan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.
Ketinggian i) Ketinggian maksima yang dibenarkan bagi rumah
Bangunan banglo / semi-D / cluster / teres di kawasan GC adalah
4 tingkat daripada ‘basement’ (18.5 meter) atau 3
tingkat dari aras tanah atau tertakluk kepada
pertimbangan.
ii) Ketinggian bangunan adalah daripada lantai sehingga
ketinggian paling atas bumbung dan selaras dengan
densiti kawasan.
iii) Jika lantai dibina pada paras tanah maka lantai yang
pertama ditetapkan sebagai tingkat pertama termasuk
‘basement’.(Merujuk dentisiti kawasan Rancangan
Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 1)
atau yang terkini.
Tempat Letak i) Merujuk Garis Panduan JPBD Selangor terkini.
Kenderaan
Laluan Khas i) Setiap kemudahan utiliti perlulah dibina di lokasi yang
Utiliti mempunyai kemudahsampaian yang tinggi bagi tujuan
memudahkan kakitangan utiliti yang terlibat membuat
kerja-kerja penyelenggaraan.
Penyelenggaraan kemudahan infra dan utiliti adalah di
bawah tanggungjawab pemaju sepenuhnya.
Nama Taman i) Tertakluk kepada pertimbangan Majlis yang perlu

mengambilkira perkara-perka berikut:

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 16


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

a) Elemen-elemen Bandar Diraja.

b) Unsur Malaysia

c) Strategic Planning

Penilaian Impak Justifikasi


Sosial
i) Garispanduan merujuk garispanduan JPBD

semenanjung

ii) Laporan SIA perlu di jelaskan di dalam Laporan

Cadangan Pemajuan atau

iii) Keperluan Laporan SIA bergantung kepada keluasan

tapak dan pertimbangan Majlis.

Perletakan i) Bagi pembangunan yang melebihi daripada 1 skim


Kemudahan
Awam / atau parcel perlu menyediakan kemudahan awam
Masyarakat
bersepadu seperti (masjid, sekolah, padang bola, dll)

di tapak dan lokasi yang sesuai di luar GC supaya

dapat digunakan secara bersama antara skim/parcel

dan masyarakat amnya.

ii) Lain-lain kemudahan bergantung kepada Garis

Panduan JPBD Selangor terkini.

iii) Setiap skim GC digalakkan menyediakan sekurang-

kurangnya satu plot kawasan lapang / rekreasi dengan

saiz yang sesuai. Kawasan lapang yang dirancang

perlu berfungsi (functional open space) dan

diselenggara sendiri oleh penduduk.

iv) Contohnya menyediakan taman permainan kanak-

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 17


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

kanak.

v) Peruntukan kawasan lapang/rekreasi ini tidak dikira

sebagai sebahagian daripada 10% tanah lapang awam

seperti yang disyaratkan di dalam keseluruhan skim

pembangunan.

Kelulusan i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan


Kebenaran
Merancang pembangunan di pondok pengawal.

ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan

undang-undang, garispanduan, piawaian dan

keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan ke

atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 18


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

9.0 PIAWAIAN PEMBANGUNAN SEDIADA ‘GATED AND GUARDED


COMMUNITY’

JADUAL 2.0 : PEMBANGUNAN SEDIADA

KOMPONEN PIAWAIAN GARISPANDUAN “GATED ANG GUARDED


COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
Penyelesaian Pembangunan sediada
kepada Skim i) Tandatangan penduduk 100% bagi kawasan
‘Gated perumahan yang telah didiami atau
Community’ ii) Sekiranya belum didiami dan permohonan
sedia ada yang dikemukakan oleh pemaju, satu dokumen perjanjian
bukan di bawah berasingan perlu disediakan oleh pemaju bagi
peruntukan Akta memaklumkan penyelenggaraan infra dan utiliti serta
Hakmilik Srata kenderaan awam yang disediakan di dalam kawasan
berpagar adalah menjadi tanggungjawab
sepenuhnya oleh pemaju ATAU Pemilik/penyewa
iii) Pemaju perlu menyediakan Surat Akujanji di antara
pemaju dan penduduk
iv) Perlu kemukakan surat persetujuan daripada
Persatuan Penduduk atau Badan Pengurusan.
v) Mematuhi Undang-Undang Kecil Taman
vi) Kelulusan Majlis atau Kebenaran Merancang hanya
diberikan secara terhad dari 1 hingga 3 tahun
tertakluk kepada pertimbangan Majlis dan boleh di
tarik balik oleh Majlis pada bila-bila masa sekiranya
menimbulkan kacauganggu dan sekiranya perlu.
Ulasan/Sokongan i) Jabatan Kejuruteraan, MPK
Jabatan Teknikal ii) Jabatan Bangunan, MPK
iii) Jabatan Taman dan Rekreasi, MPK
iv) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kelulusan i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan
Kebenaran pembangunan di pondok pengawal.
Merancang ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 19


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan
undang-undang, garispanduan, piawaian dan
keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan ke
atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

2.0-GUARDED COMMUNITY

2.1-Pendahuluan
Kawasan komuniti yang disediakan dengan perkhidmatan keselamatan sama
ada dengan penyediaan pondok pengawal atau halangan fizikal.

PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA


GC-2
‘GUARDED COMMUNITY’

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GATED AND GUARDED


COMMUNITY” DI MAJLIS PERBANDARAN KLANG.
Kawalan Am i) Bilangan unit rumah (minimum dan maksimum)
Perancangan dalm sesuatu skim bagi memastikan ianya dikawal
dan diurus dengan berkesan adalah tertakluk
kepada pertimbangan Majlis dengan keluasan 3
ekar (min) – 20 ekar (mak).
ii) Pelaksanaan hanya dibenarkan bagi kawasan yang
tidak mempunyai kemudahan yang berkongsi
seperti sekolah, dewan orang ramai, masjid, surau,
sekolah, padang bola dan sebagainya seperti di
peruntukan dalam (Pelan Kebenaran Merancang /
Pelan Susunatur) asal yang diluluskan.
iii) Penghalang di benarkan beroperasi dari pukul 12.00
pm – 6.00 am atau menempatkan pengawal
keselamatan bertugas untuk mengawal
sekatan/halangan tersebut selama 24 jam.
iv) Penggunaan kad akses (automatic) dilarang sama

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 20


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

PIAWAIAN PEMBANGUNAN SECARA


GC-2
‘GUARDED COMMUNITY’

sekali.
v) Tidak dibenarkan menghalang kenderaan
keluar/masuk ke kawasan berkenaan.
vi) Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh
dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka
pada bila-bila masa.
vii) Tidak menimbulkan kacau ganggu kepada jiran
bersempadan dan pihak Majlis boleh menarik balik
kelulusan jika terdapat kacau ganggu tanpa
memberi sebarang notis.
viii) Pihak berkuasa boleh memasuki kawasan pada
bila-bila masa tanpa halangan.

1.3-Syarat Asas Penubuhan

i) Permohonan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar (pemabangunan


sedia ada) dan pemaju sekiranya melibatkan pembangunan baru.

ii) Perlu persetujuan 85% penduduk (bagi skim perumahan sedia ada).

iii) Semua premis kediaman yang hendak dijadikan sebagai ‘guarded


community’mestilah telah mendapat Perakuan Kelayakan Menduduki
(CFO) atau Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi skim perumahan
lama tertakluk kepada pertimbangan Majlis.

iv) Sekiranya di pohon dari peringkat Kebenaran Merancang perlu


ditunjukkan di pelan Kebenaran Merancang dengan terperinci
bersesuaian dengan saiz jalan mengikut spesifikasi Jabatan
Kejuruteraan, MPK.

v) Lokasi tapak di lapisan kedua dan kenderaan lain perlu melalui


kawasan/komuniti ini untuk ke kawasan lain adalah tidak di benarkan

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 21


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

KOMPONEN PIAWAIAN GARIS PANDUAN “GUARDED COMMUNITY”


DI MAJLIS
Pembinaan i) Pondok pengawal dibenarkan dibina di dalam
Pondok kawasan skim GC. Lokasinya hendaklah diletakkan
Pengawal di bahagian bahu jalan atau di kawasan yang
bersesuaian tertakluk kepada pertimbangan Majlis
dengan mengikut spesifikasi Jabatan Kejuruteraan,
MPK.
ii) Lokasi dan rekabentuk pondok pengawal hendaklah
ditunjukkan di dalam pelan semasa permohonan
kebenaran merancang dikemukakan kepada PBT.
iii) Pondok pengawal saiz maksimum 1.8m x 2.4m
(6’ x8’) perlu menyediakan sekurang-kurangnya 1m
dari bahu jalan (hanya pondok pengawal sahaja
dibenarkan tidak dibenarkan membina tandas).
iv) Permohonan pondok pengawal perlu mengikut
prosedur Kebenaran Merancang terhad MPK.
v) Penghalang di benarkan beroperasi dari pukul 12.00
pm – 6.00 am atau pengawal keselamatan bertugas
mengawal sekatan halangan tersebut selama 24 jam.
vi) Lokasi di lapisan kedua tidak dibenarkan.
vii) Tidak dibenarkan menghalang kenderaan
keluar/masuk ke kawasan berkenaan.
viii) Penghuni yang tidak menyertai skim ini tidak boleh
dihalang sama sekali memasuki kediaman mereka
pada bila-bila masa.
ix) Pihak berkuasa boleh memasuki kawasan pada bila-
bila masa tanpa halangan.
x) Perlu membina pondok pengawal sekurang-kurangya
mengikut spekfikasi Majlis merujuk pelan standard
yang disediakan oleh Majlis. Pemohon dikehendaki
menyewa tapak daripada Majlis.
xi) Membuat permohonan Kebenaran Merancang

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 22


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

sekiranya dipohon dari peringkat Kebenaran


Meracang atau memohon kelulusan dasar di Jabatan
Perancang dan mengemukakan pelan bangunan
terperinci setelah mendapat kelulusan dasar
daripada Majlis yang telah dirujuk ke Mesyuarat
Teknikal atau Mesyuarat OSC (memohon permit atau
pembinaan sementara).
xii) Rekabentuk pondok pengawal perlu dikemukakan
kepada MPK (Jabatan Bangunan) untuk mendapat
permit atau kelulusan pembinaan sementara.
xiii) Halangan dalam bentuk sekatan fizikal secara
sementara seperti ‘manual boom gate’, kon dan
papan tanda keselamatan boleh diberi pertimbangan
untuk dipasang atau diletakkan di lokasi yang sesuai
di jalan masuk berhadapan dengan pondok pengawal
dengan syarat terdapat pengawal keselamatan
bertugas mengawal sekatan tersebut selama 24 jam.
xiv) Sebarang kerja-kerja pemasangan penghadang,
penutupan jalan dan kerja-kerja yang menghalang
laluan perlu mendapatkan kelulusan atau permit
daripada Jabatan Kejuruteraan, MPK sebelum kerja-
kerja dijalankan.
Pembinaan i) Dilarang sama sekali membina tembok (fencing)
yang mengelilingi kawasan pembangunan.
Pagar

Pengawal i) Perlantikan dan tugas Pengawal Keselamatan wajib


Keselamatan mematuhi Akta Agensi Persendirian 1971 (Akta 27)
dan keperluan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Pelepasan Status i) Cadangan pelepasan atau pembubaran status
‘guarded community’ kepada status asal (tidak
berpengawal) oleh persatuan penduduk perlu
memaklumkan kepada MPK.
Ulasan/Sokongan i) Jabatan Kejuruteraan, MPK

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 23


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 75 2013
Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

Jabatan Teknikal ii) Jabatan Bangunan, MPK


iii) Jabatan Taman dan Rekreasi, MPK
iv) Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Kelulusan i) Perlu mempamerkan surat kelulusan pelan-pelan
Kebenaran pembangunan di pondok pengawal.
Merancang
ii) Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
iii) Segala prinsip-prinsip perancangan, peruntukan
undang-undang, garispanduan, piawaian dan
keperluan jabatan teknikal yang telah disyaratkan
ke atas pemajuan ini hendaklah di patuhi.

10.0 PENUTUP

Manual garis panduan ini digubal bagi membantu PBT dan pemaju
dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan ‘Gated
Community’ (GC) agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip
perancangan.

Garispanduan ini juga boleh dijadikan rujukan oleh kejiranan sedia ada
dalam menubuhkan skim ‘Guarded Neighbourhood’ (GN).

Garis Panduan Komuniti Berpagar (Gated Community) & Komuniti 24


Berpengawal (Guarded Community) Di Kawasan Majlis Perbandaran Klang

Anda mungkin juga menyukai