Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH PENUBUHAN ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi apex yang
menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara. ANGKASA diiktiraf oleh
Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

ANGKASA telah diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi Pertama
pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971. Ditubuh dan didaftarkan dengan
rasminya pada 12 Mei 1971. ANGKASA ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam
kegiatan perniagaan seperti koperasi-koperasi lain. Sebagai koperasi apex ianya memperjuangkan cita-
cita serta hak kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.

OBJEKTIF PENUBUHAN ANGKASA

1. Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memperjuangkan hak dan
kepentingan pergerakan koperasi.

2. Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. Melaksanakan program pendidikan koperasi dan mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi
di kalangan rakyat Malaysia.

4. Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang termampu oleh ANGKASA bagi membantu
perjalanan dan pentadbiran koperasi-koperasi ahli.

AKTIVITI & KEGIATAN ANGKASA

Aktiviti & Kegiatan ANGKASA pada masa ini adalah :-

i. Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan untuk koperasi-koperasi ahli ANGKASA

Aktiviti ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, Penerbitan, Perkhidmatan dan Penyelidikan
(B4P). Program-program yang dijalankan adalah ceramah-ceramah, kursus, seminar, bengkel
untuk anggota lembaga dan Audit dalaman serta anggota-anggota koperasi.
Bagi setiap kursus yang diadakan, ANGKASA memberi bantuan kewangan sebanyak RM 12.00
seorang sehari untuk makan minum. Di samping itu, bayaran sewa dewan atau tempat dan
bahan-bahan kursus adalah ditanggung oleh ANGKASA.
Program Pendidikan Jarak Jauh dimulakan pada tahun 2000 dengan Sijil Perakaunan Koperasi
dengan kerjasama UMCCED (Universiti Malaya).

ii. Kemudahan potongan gaji

Kemudahan potongan gaji kakitangan Kerajaan/Agensi Kerajaan yang menganggotai koperasi-


koperasi bagi tujuan bayaran yuran/saham, simpanan, pinjaman dan sebagainya.
Urusan tuntutan potongan gaji ini diuruskan oleh bahagian Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA)
sejak dari tahun 1977. Pengurusan BPA telahpun mendapat pengiktirafan MS ISO 9002 pada 26
Mac 1999.
iii. Penerbitan

Selain daripada menerbitkan risalah-risalah dan majalah bulanan PELANCAR, ANGKASA juga
menerbitkan buku-buku dan juga sebuah buku khas untuk kegunaan dalam Kursus Audit
Dalaman.
Pelancar Bahasa Inggeris yang sebelum ini diterbitkan 2 kali setahun akan digantikan dengan
risalah (newsletter) dengan kekerapan yang lebih.

iv. Pembangunan Koperasi Sekolah

Pembangunan Koperasi Sekolah merupakan program yang diberi penekanan memandangkan


bilangan Koperasi Sekolah yang menjadi ahli ANGKASA hampir 85%. Di samping kursus,
bengkel, seminar untuk Pengetua/Guru Besar, Guru dan murid, B4P juga menganjurkan Hari
Koperasi Sekolah setiap tahun.
Di antara acara perayaan termasuklah Kuiz berkaitan koperasi, pidato dan juga berpantun, untuk
memelihara kesenian bangsa. Di samping hadiah, piala, wang tunai dan sijil penyertaan, dua
orang peserta terbaik bersama dengan guru terbaik dibawa melawat kegiatan koperasi di luar
negara.
Bagi membantu pengurusan anggota dan perniagaan koperasi sekolah, sebuah perisian khas
yang dikenali sebagai SEKKOP 123 telah dibangunkan. Perisian ini dijual kepada koperasi
sekolah dengan harga yang berpatutan.

v. Amanah Saham ANGKASA (ASA)

Amanah Saham Angkasa (ASA) telah dilancarkan dengan rasminya pada 24hb. April 1998.
ANGKASA telah melantik Pelaburan Johor Berhad (PJB) sebagai Pengurus Dana.
Dalam bulan Oktober 1999, Suruhanjaya Sekuriti telahpun memberi kelulusan pelaburan secara
individu kepada anggota koperasi yang menjadi ahli ANGKASA, termasuk pelajar sekolah.
Manakala, pada 13hb. Disember 2001 pula, ASA telah diisytiharkan sebagai sebuah skim unit
amanah syariah dan juga telah dibuka kepada pelabur-pelabur remaja yang terdiri daripada
anak-anak yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun dan juga kakitangan koperasi yang menjadi
ahli ANGKASA.
Pelabur-pelabur unit ASA boleh membuat pelaburan dengan pelaburan permulaan minima
sebanyak hanya 100 unit di Pejabat Urusniaga ASA di Kotaraya, Johor Bahru atau melalui Pusat-
pusat Pungutan jualan termasuk Bank Rakyat yang telah dilantik oleh PJB. Pembayaran boleh
dibuat secara tunai ataupun melalui bank in di dalam akaun PJB di Malayan Banking.
Sehingga kini, ASA telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan di mana semenjak
pelancaran sehingga kini, ASA telah membuat pengagihan pendapatan kasar sebanyak 45.78
peratus atau kadar bersih sebanyak 40.07 peratus.
Pengagihan pendapat terbanyak yang pernah diisytiharkan adalah sebanyak 21.20 peratus iaitu
pengagihan pendapatan interim pada 29hb. Februari 2000 yang lalu. Pada tahun kewangan
2001/2002, ASA juga telah memberikan pengagihan pendapatan interim sebanyak 2 peratus iaitu
pada 30hb. November 2001.

vi. Petanq. Permainan Petanq (Petanque)

sejenis permainan tradisional Perancis telah diperkenalkan. Permainan ini menggunakan bola
besi digolek/dibaling boleh dimainkan oleh semua peringkat umur wanita dan lelaki dan di mana
sahaja ada tempat lapang. Sudah banyak Persatuan Petanq ditubuhkan di sekolah dan di merata
tempat.
Pertandingan Petanq juga diadakan pada perayaan Hari Koperasi Sekolah dan pasukan juara
akan dibawa bertanding di luar negara - setakat ini di Singapura dan Thailand. Pada setiap
Perayaan Hari Koperasi Antarabangsa diadakan pertandingan di kalangan dewasa.
Keistimewaan Petanq ialah kemenangan tidak bergantung kepada kekuatan atau badan besar
tetapi kecekapan dan kemahiran

Anda mungkin juga menyukai