Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PRAPENDAFTARAN KOPERASI

CADANGAN NAMA KOPERASI

NAMA PILIHAN PERTAMA

KOPERASI PENGGUNA DAN USAHAWAN SELANGOR BERHAD

NAMA PILIHAN KEDUA

KOPERASI WARGA PRIHATIN SELANGOR BERHAD

CADANGAN ALAMAT OPERASI


NO 25 JALAN MERANTI PUCHONG D'25, TAMAN MERANTI JAYA
47120 PUCHONG SELANGOR DARUL EHSAN
EMAIL: copusel@gmail.com WEB: https://kopusel-mycoop.business.site/

KERTAS KERJA INI TELAH DISEDIAKAN OLEH


MOHD FAIZAL BIN AYOB
NO HP :017-3500905
1.0 PENGENALAN

KOPERASI PENGGUNA DAN USAHAWAN SELANGOR BERHAD (KOPUSEL)


ditubuhkan ketika negara menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi
mengurangkan penularan wabak pandemik COVID-19. Selangor merupakan negeri yang
terjejas teruk akibat pandemik ini kerana kes jangkitan tertinggi adalah di Selangor.
Penubuhan koperasi ini sudah pasti akan menghadapi pelbagai cabaran yang getir kerana
menurut statistik laporan dari SKM sebanyak 73 koperasi di seluruh negara mengalami
kerugian bernilai lebih kurang RM3.2 juta sehingga 15 Januari lalu ekoran penularan
pandemik COVID-19.

Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa), Datuk Abdul
Fattah Abdullah, mencadangkan koperasi di bawah ANGKASA perlulah mencari inisiatif
baharu serta mengubah strategi perniagaan masing-masing mengikut situasi ekonomi negara.
Strategi penubuhan koperasi kami adalah untuk memperkenalkan sistem e-dagang iaitu
platform atas talian “Bazar.Business” bagi membantu penjaja dan peniaga kecil di Negeri
Selangor iaitu yang menjalankan pernigaan makanan di Pasar Malam, Pagar Pagi dan juga
peniaga Bazar Ramadan. Koperasi ini mendapat kerjasama dari syarikat Golden Angel Sdn
Bhd dan juga Yayasan UNIKL bagi merealisasikan pelancaran platform ini yang akan
memberikan banyak manfaat dan impak kepada semua lapisan masyarakat. Seterusnya,
koperasi menyasarkan para penjaja dan peniaga kecil ini akan menyertai sebagai anggota
koperasi dan sekaligus meningkatkan ahli anggota koperasi ini.

1
1.1 VISI

❖ Memberikan perkhidmatan terbaik dan professional bagi meningkatkan sosio-


ekonomi anggota serta memenuhi manfaat seperti yang dijanjikan selari dengan
aspirasi penubuhan koperasi yang digariskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM)

1.2 MISI

❖ Menyediakan kemudahan pembiayaan patuh Syariah dan memperkasa nilai


pelaburan serta modal insan bagi mempertingkatkan sosio-ekonomi anggota.
❖ Meningkatkan prestasi kewangan dengan menjana pendapatan perniagaan yang
memberipulangan yang tinggi dan perkhidmatan berkualiti kepada pihak
berkepentingan.

1.3 OBJEKTIF

❖ Memastikan perkhidmatan dan pentadbiran kewangan yang berkualiti.


❖ Memastikan koperasi sentiasa bergerak di landasan yang betul selaras dengan
peruntukan undang-undang sedia ada.
❖ Mewujudkan modal insan yang berilmu, mahir dan berhemah tinggi.
❖ Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan sejajar dengan perkembangan
semasa dengan sokongan teknologi maklumat.
❖ Memastikan perniagaan dan pelaburan memperolehi pulangan yang setimpal.

1.4 BAKAL KEANGGOTAAN

Kakitangan sektor swasta, golongan belia termasuk para pelajar IPT/kolej komuniti,
usahawan muda/tempatan, persatuan peniaga pasar malam, penjaja setempat dan bergerak di
seluruh daerah di Negeri Selangor.

2
1.5 KAWASAN OPERASI
Negeri Selangor

1.6 JUMLAH BAKAL ANGGOTA

20 orang anggota

1.7 KEPENTINGAN BERSAMA BAGI BAKAL ANGGOTA

Dalam usaha untuk mencapai misi dan visi:

❖ Memberi komitmen dan sumbangan terbaik kepada anggota-anggota koperasi dengan


mempertingkatkan kepentingan sosio-ekonomi dan kebajikan anggota serta memberi
pulangan yang menarik ke atas simpanan anggota.
❖ Menjalinkan hubungan sebagai rakan strategik bersama koperasi-koperasi yang
berjaya di Malaysia
❖ Berusaha mengurangkan kos-kos operasi;
❖ Menyediakan jaringan peluang-peluang perniagaan kepada anggota seiring dengan
dasar pembangunan koperasi & industri negara.
❖ Memantapkan sumber manusia dalam usaha menyokong segala usaha koperasi ke
arah kestabilan dan masa depan yang kukuh.

3
1.8 PERANCANGAN PERNIAGAAN KOPERASI

Pinjaman Pembiayaan
Anggota layak membuat pinjaman peribadi dengan nilai maksimum berjumlah RM5000.00
setelah lengkap membayar yuran bulanan selama 18 bulan dan modal syer yang sebanyak
RM300.00 Manakala pinjaman ini hendaklah dibayar balik secara ansuran selama
maksimum 24 bulan. Bayaran perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 5% ke atas setiap
pinjaman. Kebiasaan pinjaman wang tunai dibuat untuk keperluan :
a. Tambah modal perniagaan /perusahaan
b. Pendidikan
c. Perubatan dan Kecemasan
d. Pendahuluan biaya kenderaan
e. Peniaga kecil / penjaja
f. Kegunaan peribadi
g. Persiapan perkahwinan

Takaful Keluarga Berkelompok (kerjasama dengan Etiqa)

❖ Diwujudkan bagi membantu anggota koperasi disamping mempunyai insurans


perlindungan dan menggalakkan menabung untuk masa tua.
❖ Tujuan utama pelan ini adalah untuk melindungi KOPUSEL sebagai pemberi
pembiayaan ke atas baki pembiayaan yang masih tertunggak disebabkan
kematian atau cacat kekal menyeluruh anggota yang membuat pembiayaan
di KOPUSEL

4
Aktiviti-aktiviti Ekonomi Koperasi

Pelaburan emas bagi menambahkan modal syer Koperasi. untuk setahun RM 1366.61

• Potensi Keuntungan 10%-100%


• Kenaikan 1% Harga Emas - Profit 10%
• Kenaikan 5% Harga Emas - Profit 50%
• Kenaikan 10% Harga Emas - Profit 100%
• Smart Kontrak 1 tahun

Projek Perabot Kayu Pallet

Menghasilkan perabot berasaskan kayu pallet untuk dijual kepada pembeli di Facebook dan
platform Lazada dan Shoppe. Jangkaan memperolehi hasil jualan sebanyak RM3000.00
sebulan dan hasil jualan setahun sebanyak RM20,000.00 ke RM30,000.00. Akan
mendapatkan dana bantuan keusahawanan dari Lembaga Zakat Selangor dan mengadakan
Bengkel Pembuatan Perabot Kayu Pallet.

Projek “eBazar” platform untuk peniaga dan penjaja kecil yang terjejas akibat
pandemik

Bekerjasama dengan syarikat teknologi tempatan dan mendapatkan sokongan Yayasan Kuala
Lumpur untuk projek CSR membantu para peniaga. Menjadikan para peniaga sebagai
anggota ahli koperasi dan memperolehi pendapatan dari yuran pendaftaran, modal syer dan
juga yuran bulanan. Selain itu Koperasi akan membantu mereka menyediakan Latihan dan
membantu meningkatkan hasil jualan mereka. Jangkaan peniaga yang akan menyertai adalah
seramai 50 orang untuk tempoh setahun bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022.

5
Sumber Bayaran Bilangan Ahli Jumlah
Yuran Menjadi Ahli Koperasi RM10.00 50 RM500.00
Modal Syer RM300.00 50 RM15,000.00
Yuran Bulanan (RM50 X12) RM600.00 50 RM30,000.00
Anggaran Pendapatan RM45,500.00

8. FAEDAH KEPADA ANGGOTA KOPERASI

Dividen Tahunan

❖ Setiap anggota KOPUSEL akan memperolehi Dividen berdasarkan kepada pelaburan


(syer) masing-masing. Pembayaran dibuat melalui perbankan internet.

Khairat Kematian

KOPUSEL akan menyumbang Khairat Kematian untuk setiap anggota, isteri atau suami
anggota, anak, dan ibu atau bapa anggota dengan kadar-kadar yang telah ditetapkan seperti
dibawah:

Bil Jenis Sumbangan Sumbangan


1 Kematian Anggota RM 700.00
2 Kematian Waris terdekat RM 300.00
3 Bencana Alam RM 100.00
4 Menghidapi penyakit kritikal RM 200.00

6
9. MODAL DALAMAN

a) Fee Masuk : RM10.00 setiap anggota

b) Modal Syer : RM300.00 setiap anggota

c) Modal Bulanan : RM50.00 setiap anggota

(Minima Modal Syer RM 300 bagi setiap bakal anggota)

✓ (Maksima Modal Syer bagi setiap anggota adalah tidak melebihi 20%
daripada jumlah keseluruhan kutipan modal syer.)
✓ RM3,000.00 (maksima modal syer setiap anggota). Jumlah akan bertambah
mengikut pertambahan anggota.

10. MODAL LUARAN


Koperasi akan membuat permohonan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk dana bagi
projek perniagaan yang bakal diusahakan seperti perniagaan perabot kayu pallet dan juga
dana membangungkan platform teknologi untuk peniaga-peniaga dan penjaja yang berdaftar
dengan PBT di seluruh negeri Selangor.

7
11. SENARAI BAKAL ANGGOTA KOPERASI

Rujuk lampiran

Cadangan bilangan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) beserta profil bagi setiap anggota.

Bil JUMLAH ALK PILIHAN KOPERASI


1. 3
2. 6
3. 9 x
4. 12
5. 15

Pengerusi

Timbalan
Setiausaha Bendahari
Pengerusi

Penolong AJK Tugas- Penolong


Setiausaha Tugas Khas Bendahari

AJK
Perhubungan
Awam

AJK
Kebajikan

Anda mungkin juga menyukai