Anda di halaman 1dari 2

Unit No.

: 30-06

Datuk Bandar Kuala Lumpur


Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur Tarikh : 03-December-2020

Tuan/Puan Yang Dihormati,

PER : RAYUAN BANTAHAN TERHADAP CADANGAN PINDAAN NILAI TAHUNAN BAGI TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,


WAI JUN XIAN
1. Saya _____________________________adalah, 30-06
pemilik Unit No. ___________ yang beralamat
30-06, Pangsapuri Nuri Desa Petaling,
______________________________________________________________________________________
No.22, Jalan 2/125, Desa Petaling, 57100, Kuala Lumpur, Malaysia.
______________________________________________________________________________________.

2. Saya seperti nama di atas, ingin membuat rayuan bantahan terhadap Cadangan Pindaan Nilai Tahunan
yang dicadangkan oleh DBKL.
Maklumat pegangan / hartanah adalah seperti berikut :

No. Lot : 12138


Seksyen/Mukim : PTG 000
No. Akaun : 08/000/038239/0385
Cadangan Pindaan Nilai Tahunan (RM) : RM 9,600.00
Kadar (%) : 4%

2. Berdasarkan notis tersebut, cadangan pindaan nilai tahunan yang dikenakan oleh pihak Tuan adalah
tinggi. Pada masa ini, di mana negara kita masih lagi merasai kesan kemelesetan akibat pengurangan
tahap kuasa pembelian rakyat dan kadar 6% SST yang dikenakan (menggantikan 6% GST) oleh kerajaan
dan juga faktor ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

3. Antara sebab-sebab terhadap bantahan nilai tahunan tinggi ini adalah disenaraikan seperti berikut :
(a) Peningkatan kos sara hidup yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur;
(b) Kondo disekitar kawasan ini dikenakan pindaan nilai tahunan yang lebih rendah;
(c) Harga hartanah yang terus meningkat menjadi beban kewangan untuk memiliki hartanah sendiri;
(d) Saya memiliki hartanah ini yang mana ianya untuk kediaman kami sekeluarga dan bukan untuk tujuan
penyewaan. Oleh sebab itu, cadangan pindaan nilai tahunan yang tinggi memberi kesan kesukaran
kewangan kepada kami;
(e) Sebagai pemilik kondo, kami bukan sahaja terpaksa membayar Cukai Tanah, Cukai Pintu, Kos Insuran
dan Kos Pembentungan, tetapi perlu juga mambayar “service charge” dan “sinking fund” setiap bulan.
Bayaran bulan ini dikenakan untuk menampung kos penyelenggaraan, pembersihan dan pembuangan
sampah. Ini secara tidak langsung telah mengurangkan kos penyelenggaraan, buruh dan beban tugas
pihak DBKL;
(f) Pihak pengurusan kondo juga telah menyediakan kawasan letak kereta dan lampu untuk kawasan
persekitaran. Pengawal keselamatan dan taman permainan untuk kanak-kanak juga disediakan dan ini
membolehkan pihak DBKL tidak perlu menanggung apa-apa kos untuk menyelenggara kawasan kami;
(g) Memandangkan kondo kami mempunyai peraturan yang ketat terhadap haiwan peliharaan seperti
anjing, kucing dan sebagainya, maka tidak ada risiko haiwan terbiar atau pencemaran sekitar.

-1-
4. Sebagai kesimpulan, saya merayu kepada pihak DBKL untuk mempertimbangkan mengurangkan pindaan
nilai tahunan yang dicadangkan.

Saya berbesar hati jika pihak DBKL prihatin terhadap cabaran dan beban kewangan yang dihadapi oleh kami,
sebagai penduduk dan warga ibukota yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi.

Segala pertimbangan dan bantuan dari pihak tuan untuk megurangkan kadar nilai tahunan yang dikenakan
didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

Nama : WAI JUN XIAN


I/C No. : 910628-08-6157
Tel : +6018-2586 843

-2-

Anda mungkin juga menyukai