Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PENUBUHAN

PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN


WARGA EMAS D’LAMAN BONDA

Alamat: Unit 17-11, D'Aman Residence-


Jalan Dagang Mas 3, Taman Mas Sepang,
47100 Puchong, Selangor
Tel: 017-3500905
PENGENALAN
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

D’LAMAN BONDA adalah sebuah pusat jagaan warga emas yang akan didaftarkan di
bawah Akta Pusat Jagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan memenuhi syarat-syarat
minimum yang ditetapkan oleh JKM dan mendapat sokongan teknikal dari pelbagai agensi
seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa
tempatan. Kami juga akan mendaftarkan pusat jagaan ini di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan juga di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) setelah pusat
jagaan ini beroperasi dengan baik dan mendapat sokongan dan bantuan pelbagai pihak.

Pengasas utama D’LAMAN BONDA merupakan calon Doktor Falsafah Pengurusan di


Victoria University Melbourne dan bekas Pengarah sebuah syarikat startup teknologi dan
kini berkhidmat sebagai Pengurus di salah sebuah pusat jagaan warga emas di Puchong,
Selangor. Beliau akan dibantu oleh seorang pegawai berpangkat Mejar yang telah
berkhidmat lebih 10 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berpengalaman
menguruskan bapa beliau yang terlantar akibat penyakit strok sejak tahun 1999. Manakala
seorang lagi pengasas adalah seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan mempunyai
pengalaman dalam merawat dan mengubati pesakit-pesakit sendi saraf, perempuan bersalin
dan merupakan bidan kampung sejak 25 tahun yang lalu.

Ketiga-tiga kami ingin memberikan khidmat sosial dan kebajikan kepada warga emas yang
banyak terpinggir dan tidak diendahkan akibat sakit oleh anak-anak dan waris terdekat. Atas
kesedaran ini, kami ingin membuka D’LAMAN BONDA ini untuk membantu warga emas
yang beragama Islam untuk hidup sihat seperti sediakala dan dapat beribadah kepada Allah
S.W.T. Amin Insyallah.
Sumbangan Ikhlas berbentuk Wang Ringgit diperlukan untuk menyewa 3 bilik kondominium
berserta dengan 2 bulan deposit sebanyak: RM5000.00 yang terletak di Taman Mas,
Puchong

1. 10 biji Katil Pesakit (Baru atau Telah digunakan)


2. Pampers (lampin pakai buang)
3. Ubat-ubatan: ubat tahan sakit, ubat sedative, sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis dan sebagainya.
4. Kerusi Roda
5. Bahan Makanan termasuklah Beras, Gula, Garam, Tepung, Telur, Sardin, Nestum,
Oat, Susu Pekat, Susu Tepung, Nescafe, Teh, Milo dan sebagainya
6. Al-Quran, Sejadah, Buku Panduan Solat, Kitab Agama dan Bahan Ilmiah
7. Pakaian, Tuala Mandi, Peralatan Mandi, Alat Kebersihan diri dan lain-lain
8. Kelengkapan elektrik rumah seperti TV, Peti Ais, Mesin Basuh, Kipas Angin, Alat
Penapis Minuman dan sebagainya

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Faizal di talian 017-3500905

PERKHIDMATAN JAGAAN TETAP


 Khusus untuk warga emas yang tidak ada waris atau penjaga. Akan dikenali sebagai
Penghuni Tetap
 Penjagaan dan pemerhatian dengan suasana di rumah.
 Penginapan dengan kemudahan yang selesa dan terjamin
 Sajian berdasarkan menu berkhasiat mengikut selera
 Pemeriksaan kesihatan dan rawatan saraf

PERKHIDMATAN JAGAAN HARIAN ATAU MINGGUAN


 Jagaan harian atau mingguan semasa anak2 atau penjaga keluar bekerja atau ada
urusan di luar kawasan.
 Kegiatan harian dan sajian sebagaimana penghuni tetap
 Keperluan peribadi dibawa sendiri seperti lampin pakai buang, kain atau lain-lain
 Perkhidmatan ini adalah untuk warga emas yang benar-benar sihat sahaja.
Kami juga akan meminta bantuan dan bekerjasama dengan pelbagai NGO termasuklah dari
Persatuan Jururawat Malaysia, Amal Malaysia, dan sebagainya. Kami juga akan
memastikan kebajikan dan kerohanian penghuni warga emas Muslim wanita ini terjaga dan
terbela dan memastikan waris mereka tahu perkembangan mereka. Seterusnya memastikan
mereka mendapat hak mereka seperti bantuan zakat, bantuan kebajikan warga emas dan
sebagainya.

LOKASI PUSAT JAGAAN


MENGAPA KAMI MEMILIH DI D’AMAN RESIDENCE SEBAGAI TEMPAT
PUSAT JAGAAN WARGA EMAS

 PERSEKITARAN SELAMAT DENGAN PENGAWAL KESELAMATAN 24 JAM


SERTA CCTV
 KEMUDAHAN DI KEDIAMAN TERMASUKLAH KOLAM RENANG, JAKUZI,
TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK, TEMPAT BBQ, GYMNASIUM,
GELANGGANG TENIS/BADMINTON, BILIK BACAAN, SURAU, DEWAN
SERBAGUNA, TREK JOGGING, BILIK YOGA, TAMAN BERLANDSKAP, KAUNTER
CONCIERGE, DAN SISTEM LETAK KERETA BERAKSES KAD
 MESRA UNTUK PENGGUNA KERUSI RODA DAN UNTUK WARGA EMAS

UNTUK PERMULAAN –D’LAMAN BONDA BERCADANG UNTUK MENYEWA 3


BEDROOM APARTMENT (1076 sqft) YANG BOLEH MENEMPATKAN 10 KATIL

PELAN LUKISAN UNTUK 3 BEDROOM APARTMENT D’AMAN RESIDENCES


RUANGAN TAMU YANG BESAR
AKAN DILETAKKAN KATIL
PESAKIT DENGAN TABIR

KAMI AKAN MEMASANG TABIR


UNTUK KATIL PESAKIT DI
RUANGAN LUAR UNIT
KONDOMINIUM

KAMI AKAN MENYEDIAKAN BILIK


PENGHUNI YANG SELESA BAGI
MEMBANTU MEMPERCEPATKAN
PROSES PEMULIHAN PESAKIT
SEWAKTU MENJALANI RAWATAN
KAUNTER PENDAFTARAN MASUK
(CONCIERGE) KE D’AMAN
RESIDENCES
PINTU MASUK UTAMA DAN
KAUNTER PENGAWAL
KESELAMATAN

KEMUDAHAN REKREASI YANG LENGKAP


TERMASUKLAH KOLAM RENANG,
TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
DAN JAKUZI

D’AMAN RESIDENCES @PUCHONG


YANG TERSERGAM INDAH DI
TAMAN MAS PUCHONG
KEMUDAHAN GYMNASIUM
DISEDIAKAN SECARA PERCUMA

MAKLUMAT UNTUK SEWAAN UNIT 3 BEDROOM APARTMENT DI D’AMAN


RESIDENCES

- Rental Price : RM 1300


- Build Up: 1076 sqft
- 3 Rooms 2 bath
- 2 Car Park
- Partly Furnished
- Air Con x3
- Build in Wardrobe
- Water Heater
- Kitchen Cabinet
- Safety Grill
FACILITIES
- Infinity pool
- Wading pool
- Jacuzzi
- Indoor gymnasium
- Adult outdoor gymnasium
- Squash
- Pilates / yoga area
- Surau / prayer room
- Multi function hall
- Children playground equipments
- Foot reflexology path
- Landscape
- 3 tier security
- Security guards
- Access card (lift lobby & car park)

Anda mungkin juga menyukai