Anda di halaman 1dari 5

NOTA PERSEFAHAMAN

DI ANTARA

KOLEJ VOKASIONAL BESUT


(Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian
Pendidikan Malaysia)

DENGAN

TATI UNIVERSITY COLLEGE (TATIUC)

BAGI

KERJASAMA PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN DAN


BIMBINGAN KHIDMAT TEKNIKAL BIDANG:
TEKNOLOGI ELEKTRIK
Kenyataan Bersama

PROGRAM KERJASAMA PEMBANGUNAN LATIHAN KEMAHIRAN


DAN BIMBINGAN KHIDMAT TEKNIKAL BIDANG:
TEKNOLOGI ELEKTRIK

KOLEJ VOKASIONAL BESUT, BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN


VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN TATI UNIVERSITY
COLLEGE (TATIUC), pada ___________________(tarikh) bersetuju untuk
melaksanakan program kerjasama pembangunan latihan kemahiran dan bimbingan
khidmat teknikal bagi bidang Teknologi Elektrik bagi memenuhi keperluan pihak-pihak
dalam perkara berikut:

1. Latihan teori dan praktikal dalam bidang Teknologi Elektrik;


2. Memudahcara dan membantu keperluan latihan industri dan kemahiran;
3. Memudahcara penempatan pelajar untuk mendapatkan pendedahan industri dan
kerjaya;
4. Bertindak sebagai Technical Advisory Committee;
5. Perkara-perkara lain yang berkaitan kerjasama dalam niat dan objektif Nota
Persefahaman ini, yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Bersama dari semasa ke semasa.

Butiran perlaksanaan kerjasama ini adalah seperti di LAMPIRAN A.


Ini adalah kenyataan berniat untuk mewujudkan hubungan kerjasama bagi kebaikan
Kolej Vokasional Besut dan TATI University College (TATIUC)

Bagi Pihak
TATI UNIVERSITY COLLEGE SDN. BHD

Tandatangan : …………………………………………..
Nama : Prof. Dr. Anuar bin Ahmad
Jawatan : Rektor TATIUC

Disaksikan oleh

Tandatangan : ……………………………………....…..

Nama :
Jawatan :

Bagi Pihak
KOLEJ VOKASIONAL BESUT

Tandatangan : ……………………………………….…..
Nama : Hj. Abdullah Zawawi Bin Hj. Yahya
Jawatan : Pengarah Kolej Vokasional Besut

Disaksikan oleh

Tandatangan : ……………………………………………

Nama :
Jawatan :
LAMPIRAN A
BUTIRAN PERLAKSANAAN KERJASAMA

Berikut merupakan pesanan dan fungsi bagi pelaksanaan kerjasama:

1. Kolej Vokasional Besut dengan ini bersetuju untuk berusaha dengan sebaik mungkin
untuk:
1.1 Menawarkan kursus kepada pengajar dan pelajar untuk melengkapkan modul-
modul KSKV yang terpilih di TATI University College (TATIUC)
1.2 Menawarkan penggunaan kemudahan dan peralatan latihan secara bersama
1.3 KV Besut sebagai feeder bagi program Ijazah Sarjana muda TATIUC

2. TATI University College (TATIUC) dengan ini bersetuju untuk berusaha dengan
sebaik mungkin untuk:
2.1 Menawarkan kursus teori dan praktikal bidang Teknologi Elektrik mengikut
keperluan modul KSKV/ NOSS.
2.2 Menawarkan penggunaan kemudahan dan peralatan latihan semasa sesi
kursus berlangsung;
2.3 Menawarkan bimbingan khidmat teknikal bidang Teknologi Elektrik dalam
pembangunan silibus;

3. Adalah dipersetujui bahawa terma-terma bagi apa-apa aktiviti dalam butiran


perlaksanaan yang dicadangkan hendaklah dipertimbangkan dan dipersetujui secara
bertulis sebelum sesuatu aktiviti atau kerjasama itu dilaksanakan dan tertakluk
kepada persetujuan bersama, pembiayaan kos yang terlibat sekiranya ada
hendaklah dipersetujui bersama dan kelulusan bertulis TATI University College
(TATIUC) dan Kolej Vokasional Besut.

4. Adalah juga dipersetujui untuk mematuhi apa jua dasar, peraturan-peraturan dan
arahan-arahan yang dikeluarkan serta ditetapkan oleh TATI University College
(TATIUC) Sdn. Bhd dan Kolej Vokasional Besut di sepanjang tempoh kerjasama ini.
5. Memorandum persefahaman ini berfungsi hanya sebagai nota keinginan daripada
satu pihak dan tidak membuat, dan tidak dimaksudkan untuk membentuk atau
membuat kewajipan berdasarkan undang-undang Negara atau antarabangsa dan
tidak akan menimbulkan setiap proses undang-undang dan akan tidak dianggap
sebagai membentuk atau mencipta kewajipan yang mengikut undang-undang.

Anda mungkin juga menyukai