Anda di halaman 1dari 4

GABUNGAN SUKARELAWAN SUNGAI LUI NEGERI SEMBILAN

(PPM-010-05-07022020)

KERTAS CADANGAN

PROGRAM JALINAN KASIH SEMPENA BULAN RAMADHAN 1441H/2020

TARIKH
MEI 2020

TEMPAT
MASJID FELDA LUI SELATAN

Email: Fdsglui@gmail.com
No telefon: 0197054202

       1.  TUJUAN
 Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon tajaan dan kerjasama dari
pelbagai pihak bagi menjalankan Program Jalinan Kasih Sempena Bulan Ramadhan
Gabungan Sukarelawan Sungai Lui Negeri Sembilan bersam asnaf, anak yatim serta
muallaf 1441H/2020M.

         2.  PENGENALAN

 Projek yang dijenamakan dengan Jalinan Kasih sempena bulan Ramadhan Gabungan
Sukarelawan Sungai Lui Negeri Sembilan(GSSLNS) Bersama asnaf, anak yatim serta
muallaf 1441H/2020M ini merupakan salah satu daripada program kebajikan yang
dilaksanakan oleh GSSLNS dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meringankan sedikit
bebanan serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf
dan anak yatim serta mualaf.
 Dengan sasaran seramai 200 orang penerima sumbangan dari 14 kampung untuk program
tahun 2020, GSSLNS bersedia untuk menggerakkan para sukarelawan di kawasan
tumpuan dalam usaha bukan sahaja untuk mencari individu atau keluarga yang layak
menerima sumbangan tetapi membantu melaksanakan juga majlis penyerahan sumbangan
atau aktiviti seperti menyampaikan sumbangan ke kediaman penerima sumbangan jika
ada penerima yang uzur, dan lain-lain.
 Justeru GSSLNS dengan rendah hati mengajak mana-mana badan, syarikat, dan individu
untuk bersama kami menjayakan Projek Jalinan Kasih Gabungan Sukarelawan Sungai
Lui Neggeri Sembilan 1441H/2020M. Moga dengan pelaksanaan projek ini menjadi
bukti keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menempuhi
ibadah dalam bulan Ramadhan di samping membawa keberkatan kepada para
penyumbang.

         3.  OBJEKTIF

 Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga yang
kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.
 Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih
baik.
 Menggerakkan para sukarelawan GSSLNS yang terdiri dari pelbagai lapisan umur untuk
bersama mengambil berat terhadap kesusahan golongan miskin serta asnaf terutamanya
di lokasi terdekat dengan mereka.

         4.  SASARAN

 Seramai 200 orang penerima sumbangan (dalam bentuk wang tunai dan barangan
makanan) disasarkan pada program kali ini yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga
fakir dan miskin, anak-anak yatim serta para mualaf di DUN Sg Lui. Selain itu, program
ini akan diakhiri dengan jamuan Iftar.
         5.  STRATEGI PERLAKSANAAN

 Mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, korporat dan swasta bagi
menaja keperluan projek Jalinan Kasih GSSLNS 1441H/2020M.
 Memobilisasikan pasukan sukarelawan GSSLNS dan masyarakat setempat untuk
membantu melancarkan perjalanan kempen dan program.
 Mencari rakan strategik serta menjalinkan kerjasama dengan badan-badan atau institusi-
institusi yang mempunyai kepakaran berkaitan yang boleh disumbangkan kepada
penerima bantuan projek seperti;
 Kerjasama dengan Majlis-Majlis Agama Negeri, pusat-pusat Islam di institusi pengajian
tinggi (IPT), dan masjid-masjid/surau-surau
 Kerjasama dengan pihak media

        6.  CADANGAN ATURCARA PROGRAM

MASA PERKARA
11.00 pagi Sukarelawan berkumpul
11.05 pagi Taklimat ringkas
11.15 pagi Ucapan wakil Gabungan Sukarelawan Sg Lui N. Sembilan yang terlibat
11.20 pagi Ucapan wakil pihak penaja sumbangan
11.25 pagi Sesi bergambar
11.35 pagi Berpecah mengikut kumpulan untuk edaran sumbangan
3.00 petang Selesai sesi edaran sumbangan
6.00 petang Berkumpul semula untuk sessi Iftar di lokasi yang dipilih
7.20 malam Majlis berbuka puasa
 

        7.  ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Pakaian Raya 75.00 200 15,000.00
7 Wang Tunai 20.00 200 4,000.00
8 Majlis Berbuka 20.00 150 3,000.00
9 Sewaan khemah, kerusi dan meja 500.00 5 2,500.00
10 Belanja operasi 1,500.00 1 1,500.00
11 Promosi 500.00 1 500.00
Jumlah 26,500.00
 
        8.  PENUTUP

 Semoga projek Jalinan Kasih Gabungan Sukarelawan Sungai Lui Negeri Sembilan
1441H/2020M ini menjadi salah satu penzahiran keprihatinan masyarakat di Malaysia
khususnya di DUN Sg Lui yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam
menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami
oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti asnaf dan fakir miskin. Di samping itu,
diharapkan usaha sebegini akan mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta
penghayatan sebenar bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Disediakan oleh:

Abdul Hafidz Bin Adbul Malek


Setiausaha
Gabungan Sukarelawan Sungai Lui Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai