Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM IFTAR RAMADHAN AMPANG 2021

PPM-020-10-19032021
Dengan Kerjasama :

PERTUBUHAN MEGAH MUAFAKAT


PPM-020-10-19032021
326 PERSIARAN DESA AMPANG 6
TAMAN SRI AMPANG,
68000 AMPANG
SELANGOR
1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon tajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi
menjalankan Program iftar & Sumbangan Ramadhan Ampang 2021.

2. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia yang sangat dinanti-nantikan oleh semua Umat Islam. Bagi
menambahkan lagi keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun ini, kami di
Pertubuhan Megah Muafakat ingin menganjurkan Majlis Iftar & Sumbangan Asnaf Ampang, atau lebih
dikenali sebagai majlis berbuka puasa.

3. OBJEKTIF

 Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga yang kurang
bernasib baik bersempena pandemik Covid-19 yang melanda negara kini.

 Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik
menjelang Hari Raya Aidilfitri.

 Menggerakkan para sukarelawan NGO PPM yang terdiri dari pelbagai lapisan umur untuk
bersama mengambil berat terhadap kesusahan golongan miskin serta asnaf terutamanya di lokasi
terdekat dengan mereka.

4. SASARAN
Seramai 100 orang penerima sumbangan (barangan makanan & pakaian Hari Raya) disasarkan pada asnaf
yang terdiri daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin, ibu tunggal serta para muallaf di kawasan
Ampang.

5. PERLAKSANAAN
TEMPAT : DEWAN ORANG RAMAI TAMAN BUKIT AMPANG
TARIKH : 24hb APRIL 2021
MASA : 6.00 PETANG HINGGA 10.00 MALAM
6. ATURCARA PROGRAM

6.00 Kehadiran tetamu

6.30 Tazkirah Ramadhan

7.00 Kata – kata aluan dari Pengerusi Majlis

7.10 Ucapan Penaung Pertubuhan Megah Muafakat Tn. Ilyas Jamil

7.20 Ucapan Ketua ZON 12 / Ahli Majlis MPAJ Pn. Norsiah Md Hashim

7.25 Berbuka puasa & Solat Maghrib

8.00 Penyerahan Pakaian Hari Raya

8.30 Serahan Sumbangan Barangan & Duit Raya kepada asnaf

8.45 Solat Isya & Tarawih

10.30 Jamuan Ringan

11.00 Program Tamat


7. PERUNTUKAN PERBELANJAAN

Bil. PERKARA UNIT HARGA JUMLAH

1 KHEMAH 20 X 60 1 5,000.00 RM 5,000.00


2 PA SYSTEM + EMCEE 1 600.00 RM 600.00
3 KERUSI & MEJA 300 8.00 RM 2,400.00
4 KATERING (MAKANAN+MINUMAN) 300 30.00 RM 9,000.00
5 BARANGAN SUMBANGAN ASAS 100 100.00 RM 10,000.00
6 PAKAIAN HARI RAYA 100 200.00 RM20,000.00
- BAJU MELAYU+SONGKOK
- BAJU KURUNG+TUDUNG
- KASUT + DUIT RAYA
7. PENGURUSAN 30 100.00 3,000.00

JUMLAH RM 50,000.00

7. PENUTUP
Semoga Program Iftar & Sumbangan Ampang 2021 ini menjadi salah satu penzahiran keprihatinan
masyarakat di Malaysia yang berterusan tanpa mengira latar belakang diri dalam menghulurkan
sumbangan serta mampu meringankan sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang
bernasib baik seperti asnaf dan fakir miskin InsyaAllah.
Untuk sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun :
NAMA AKAUN : Persatuan Megah Muafakat
AKAUN NO : CIMB - 860 466 505 1

Disediakan oleh: Disemak & Disahkan oleh :

________________________ ________________________
NOOR ASYILA FARD MUHAMMAD ZAKI ABDUL MALEK
SETIAUSAHA PENGERUSI

Anda mungkin juga menyukai