Anda di halaman 1dari 3

1.

0 NAMA PROGRAM
IHYA DHUHA ( ‫ ) احياء الضحى‬Peringkat Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal

2.0 LATARBELAKANG PROGRAM


Program Solat Sunat Dhuha dianjurkan oleh Surau Al-Fateh bersama Panitia Pendidikan
Islam untuk mendidik murid-murid agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta
memohon rezeki, kemudahan dan pertolongan hanyalah kepadaNya. Semoga dengan ini,
murid-murid akan menggapai kejayaan dan kebahagiaan yang cemerlang dalam segenap
aspek kehidupan terutamanya di dalam bidang pelajaran.
3.0 MATLAMAT & OBJEKTIF
3.1 Mendidik murid-murid agar sentiasa melaksanakan Solat Sunat Dhuha.
3.2 Sebagai persediaan untuk murid-murid menghadapi peperiksaan UPKK bagi tahun 5 dan
UASA untuk murid tahap 2.
3.3 Membina sahsiah murid yang baik dengan pembentukkan disiplin diri.
4.0 KUMPULAN SASARAN
4.1 Ibu bapa dan penjaga murid SK Kuala Tekal.
4.2 Semua guru dan kakitangan SK Kuala Tekal.
4.3 Murid-murid SK Kuala Tekal.

5.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 15 September 2023
Hari : Jumaat
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Surau Al-Fateh SK Kuala Tekal

6.0 ANGGARAN BILANGAN PESERTA


160 orang

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

7.1 Murid –murid SK Kuala Tekal bersama semua jemputan berada di Surau Al-Fateh SK Kuala
Tekal untuk program IHYA DHUHA ( ‫ ) احياء الضحى‬dan perasmian oleh YB Dato’ Sri Ustaz Syed
Ibrahim bin Syed Ahmad .

7.2 Semua jemputan bersama-sama melawat Taman Dhuha SK Kuala Tekal.

8.0 ANGGARAN KOS


ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH
1 Banner RM 100.00

2 Cenderahati Perasmi RM 100.00

3 Jamuan : RM 5 x 30 RM 150.00

Jumlah RM 350.00
SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 PIBG RM 350.00

Jumlah RM 350.00

9.0 FAEDAH/OUTCOME
9.1 Memupuk sikap untuk sentiasa mengamalkan solat sunat dhuha dalam kehidupan.
9.2 Menjalin hubungan yang baik dengan penjaga dan warga sekolah.

10. KESIMPULAN
Adalah diharapkan agar program ini akan berjalan dengan lancar dengan sokongan pihak yang
terlibat merangkumi barisan pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana ( AKP) dan ibu
bapa semua warga SK Kuala Tekal. Maka dengan itu, semua pihak diharapkan dapat memberi
komitmen yang sepenuhnya untuk memastikan program ini mampu mencapai objektif yang
disasarkan.

Disediakan oleh :

...................................................................
YAHYA BIN ISMAIL
Setiausaha

Disemak oleh :

.................................................................
TUAN SYED OTHMAN BIN SYED AHMAD
Yang Dipertua PIBG
SK Kuala Tekal

Disahkan oleh :

.................................................................
HAJAH NOR LAILAH BINTI SAMAD
Guru Besar
SK Kuala Tekal

Anda mungkin juga menyukai