Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK,

BANDAR LAGUNA MERBOK,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

KERTAS KERJA

LAWATAN KE haliza INDUSTRIES SDN HBD

TARIKH : 27.02.2020

HARI : KHAMIS

TEMPAT : BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

MASA : 8.00 PAGI-2.00 PETANG


1.0 PENDAHULUAN

Lawatan ke kilang Haliza ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang setiap tahun
bagi memenuhi sukatan pembelajaran murid PPKI. Lawatan ini bersifat ceria dan santai
dengan diselit elemen akademik dimana murid PPKI dapat menimba pengalaman serta
dapat melihat sendiri cara pemprosesan makanan ringan disamping dapat merasa dan
membeli produk keluaran muslim. Program ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan,
membantu membina keyakinan murid PPKI dan membolehkan mereka berinteraksi dan
bersosialisasi dengan masyarakat sekeliling.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan murid PPKI.
2.2 Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani
dan jasmani mereka.
2.3 Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik
darjah.
2.4 Memupuk perkongsian idea dan maklumat antara guru dan pelajar serta
masyarakat luar.
2.5 Melihat sendiri secara dekat tentang cara pemprosesan makanan ringan.

3.0 OBJEKTIF
1. Murid dapat meningkatkan keupayaaan bertutur dan berkomunikasi
2. Murid dapat bersosial dengan orang awam.
3. Murid dapat menjalani kehidupan dalam suasana yang tenang dan ceria.
4. Memberi ilmu pengetahuan berkaitan dengan kaedah pemprosesan makanan ringan
5. Murid dapat bercerita mengenai pengalaman murid kepada rakan-rakan dan ahli
keluarga.

4.0 RASIONAL
Lawatan ke Haliza Industries ini dapat memberi pengalaman kepada murid-murid
dengan melihat sendiri cara penyediaan makanan ringan dari bahan mentah sehinggan
dibungkuskan. Selain itu aktiviti lawatan ini juga menggalakkan murid-murid menyokong
produk tempatan disamping menimba ilmu pengetahuan murid juga dapat membeli dan
merasai makanan yang dihasilkan oleh muslim.

5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh : 27.02.2020
5.2 Hari : Khamis
5.3 Masa : 8.00 Pagi- 2.00 petang
5.4 Tempat : Bukit Mertajam, Pulau Pinang

6.0 KUMPULAN SASARAN


 11 orang murid integrasi

 3 orang guru

 1 PPM

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kuantiti RM

2. Pengankutan 1 biji van X RM400.00 RM400.00

3. Makan dan minum 11 orang X RM10.00 RM110.00


JUMLAH RM510.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Perkara RM
1. Kutipan waris RM 220.00
2. Duit kelas RM 290.00
JUMLAH RM 510.00

9.0 PENUTUP

Semoga lawatan ke Haliza Industries ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Sesungguhnya kerjasama, layanan, keperihatinan dan sokongan semua pihak dapat
membangunkan jiwa anak-anak ini agar mereka lebih berkeyakinan dan berketerampilan
dalam mengharungi ranjau kehidupan.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................. ……………………
(NUR ZAHIDAH BINTI SUBRI) (EN MOHAMAD FADZIELI BIN SAMAT)
Guru PPKI, Guru Besar,
SK Bandar Laguna Merbok. SK Bandar Laguna Merbok.

Anda mungkin juga menyukai