Anda di halaman 1dari 6

LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN WAKAF TAPAI,


21040 MARANG, TERENGGANU.
____________________________________________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
LAWATAN KE RUMAH EHSAN,
BANDAR ALMUKTAFI BILLAH SHAH,
DUNGUN, TERENGGANU.
TAHUN 2019

TARIKH :
16/07/2019

HARI :
SELASA

TEMPAT :
Rumah Ehsan Bandar Almuktafi Billah Shah, Dungun.

ANJURAN :
Panitia Pendidikan Moral,PPKI,Unit Kaunseling & Unit Disiplin SMKWT


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS

LAWATAN KE RUMAH EHSAN,
BANDAR ALMUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN,
TERENGGANU.
2019

1. PENDAHULUAN
Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan
pembelajaran semata-mata. Pihak sekolah boleh mempelbagaikan proses
pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas yang boleh mendorong murid
merasai sendiri suasana berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Lawatan sambil
belajar juga merupakan salah satu proses pembelajaran di luar kelas. Melalui
aktiviti lawatan, murid mendapat peluang untuk mengkaji, menganalisis dan
membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke rumah
warga emas sebagai contoh, dapat memberi peluang murid belajar tentang
kepentingan warga emas dalam masyarakat.

2. RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
emas di Rumah Ehsan.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga emas
dengan lebih dekat lagi.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
bebas daripada masalah sosial.

3. OBJEKTIF

3.1 Mempraktikkan Komunikasi Interpersonal dalam suasana mencabar di


mana kumpulan sasaran praktikal adalah warga emas yang terputus
hubungan kasih sayang dengan keluarga masing-masing.
3.2 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih saying dan keprihatinan kepada
golongan kurang bernasib baik.
3.3 Melalui pengalaman menarik yang dijangka dapat memberikan banyak
faedah kepada para pelajar
3.4 Menggembirakan golongan warga emas yang kesunyian dengan aktiviti
yang menceriakan.

4. SASARAN
29 orang pelajar Pendidikan Moral tingkatan 1 tingkatan 2 dan 4,20 orang pelajar
kelas PPKI ,14 ahli PRS,12 pelajar bermasalah disiplin, 8 orang guru pengiring
serta 2 orang pembantu pengurusan murid


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS

5. METODOLOGI
Metodologi yang digunakan ialah ramah mesra, melukis dan mewarna,bersih
kuku warga emas, menyuap makanan dan bertanya khabar.

6. PELAKSANAAN

Tarikh : 16/07/2019
Hari : Selasa ( 8.00 pg – 12.30 tgh)
Tempat: Rumah Ehsan Almuktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

7. JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran 1

8. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

9. KEWANGAN
9.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Pengangkutan RM 1200.00

2. Bahan Aktiviti

Pensil Warna - RM 4 x 75 kotak RM 300.00


Kertas Lukisan - RM 9 x 10 set RM 90.00
Kertas A4 - RM 10 x 5 Rim RM 50.00
Pensel 2B - RM 8.40 x 12 kotak RM 100.80

3. Minum pagi RM 187.50


75 x RM 2.50

4. Makan tengahari RM 262.50


75 x RM 3.50

JUMLAH RM 2190.80

9.2 Anggaran Sumber Kewangan


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS

Peruntukan Panitia Pend. Moral RM 270.40
Panitia Pendidikan Khas RM 270.40
Wang kantin RM 450.00
Peruntukan Amanah RM 1200.00
Jumlah Keseluruhan = RM 2190.80

10. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program ini dapat mencapai apa yang dihasratkan.
Mudah-mudahan semua peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program
tersebut dalam mencapai matlamat dan cita-cita menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dan semoga para pelajar boleh belajar menghargai warga emas. Terima
kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………. ……………………………………
(NOOR RAHIMAH BINTI MUSA) (ISMAIL BIN HASSAN)
Ketua Panitia Pendidikan Moral, Pengetua,
SMK Wakaf Tapai, Marang, SMK Wakaf Tapai, Marang,
Terengganu. Terengganu.

LAMPIRAN I


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS


JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Pengerusi : Pengetua SMK Wakaf Tapai, Marang


En. Ismail bin Hassan
Timbalan Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran
En. Mohd Yazid Bin Tanbon
Penyelaras Program : Pn. Noor Rahimah binti Musa
Setiausaha : Pn. Samila binti Mustafa
Bendahari : Pn. Salmi Bt. Harun
AJK :

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pendaftaran / Urusetia : Pn. Noor Rahimah Bt. Musa


Pn. Azlina Bt. Aziz
Pn. Samila Bt. Mustafa
Ust. Ahmad Aseri Bin Embong

Dokumentasi/ Fotografi : Pn. Yurhamiza Bt. Abd. Ghani


Pn. Marliana Bt. Talib

Cenderahati/Hadiah : Pn. Noor Rahimah Bt. Musa


Pn. Azlina Bt. Aziz

Pamplet : Pn. Fazilah Bt. Kassim


Siti Hamidah Bt. Wahab

Pengangkutan : Pn. Siti Ruhaya Bt. Zainuddin


Pn. Samila Bt. Mustafa

Tugas-tugas Khas : Ust. Alorzan Bin Wahab

LAMPIRAN 2


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019
LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS

TENTATIF

TARIKH MASA AKTIVITI


7.30 pg – 8.00 pg Sarapan pagi

8.00 pg – 9.00 pg Bertolak dari Sekolah ke Rumah Ehsan

900 pg – 12.00 tgh Taklimat ringkas oleh Pegawai Rumah Ehsan yang
bertugas
Sesi Ramah Mesra dengan penghuni Rumah Ehsan

12.00 tgh – 12.30 tgh Penyampaian cenderahati / Penutup

12.30 tgh – 2.00 ptg Makan tengahari dan Solat/Pulang


AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 2019

Anda mungkin juga menyukai