Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAYA RUMPUT

KM 12.8, Paya Rumput, Tel : 06-3163705


Faks : 06-3163706
76450 MELAKA
E-mel : mea2103@1bestarinet.yes.my

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN DASAR WARGA EMAS 2018

1.0 Pendahuluan
Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan manusia sejagat. Jasa
dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga, masyarakat dan kemajuan negara amat
besar serta perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

2.0 Rasional
Rasional utama pelaksanaan program ini adalah:
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai program yang dijalankan oleh warga tua
sepanjang di rumah orang – orang tua.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat
lagi.

3.0 Matlamat
3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan
perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan
persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan
produktif kepada negara.
3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta
menyayangi sesama insan; dan
3.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi
meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.

4.0 Objektif
4.1 Memberi kesedaran awal kepada warga sekolah terutamanya murid-murid
terhadap kepentingan menghargai dan menyayangi warga emas.
4.2 Memperaktikkan nilai dan amalam saling menghormati dan menyayangi sesama insan
dalam kalangan murid dan guru-guru.
4.3 Meningkatkan kesedaran kepentingan warga tua terhadap masyarakat.

5.0 Peserta / Sasaran


Murid Tingkatan 1 Gemilang
Murid Tingkatan 1 Cemerlang

6.0 Tema : SAYANGI DAN HARGAI WARGA EMAS

7.0 Waktu Pelaksanaan


Tarikh : 15 November 2018
Hari : Khamis
8.0 Strategi Pelaksanaan

Masa Perkara Catatan


7.30 pagi Bertolak ke Rumah Seri Kenangan Cheng

8.00 pagi Sesi Taklimat oleh Guru Bimbingan dan


Kaunseling
8.20 pagi Sesi lawatan kasih warga emas Rumah Seri
Kenangan Cheng

- Mengedarkan kuih ekpada semua warga


emas
- Aktiviti mewarna bersama-sama warga
emas

9.0 Kewangan
9.1 Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Item Anggaran


1 Bayaran Sewa Bas 2 buah bas RM600.00
RM 2.00 x
2 Kuih Muih untuk warga emas RM160.00
80 orang

RM 760.00

9.2 Sumber :
10.0 Jawatankuasa Induk dan Pelaksana

Pengerusi : PUAN RUBAIYA BINTI ABU NAWAS


Pengetua Cemerlang SMK Paya Rumput

Naib Pengerusi I : TUAN HAJI KHIRUDIN BIN ABDULLAH


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi II : PUAN SOYAH BINTI HAJI SANUSI


Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi III : PUAN RANIMAH BINTI YAHYA


Penolong Kanan Kokurikilum

Setiausaha I : Puan Sarinah binti Anwar


Guru Bimbingan dan Kaunseling

Setiausaha II : Puan Lailawati binti Mohamad Salleh


Guru Bimbingan dan Kaunseling

AJK : PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

11.0 Penutup
Program ini akan membuka minda murid agar dapat menyantuni dan menghargai kewujudan
warga emas. Warga emas yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat dan negara,
diakui mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Mereka telah banyak memberi
sumbangan selama ini dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh yang demikian adalah wajar mereka mendapat perhatian,
penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang
hayat.

Disediakan oleh: Diluluskan oleh;

(SARINAH BINTI ANWAR) (HAJAH RUBAIYA BINTI ABU NAWAS)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua Cemerlang SMK Paya Rumput

Anda mungkin juga menyukai