Anda di halaman 1dari 4

SMK ST MICHAEL

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID FASA 1


2018

1.0 PENGENALAN

Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bimbingan &
Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan St Michael , telah bercadang untuk
mengadakan satu Program Pembangunan Sahsiah Diri. Program ini disertai oleh
golongan murid – murid yang disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di
sekolah. Masalah ini akan bermula apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang
akademik dan disiplin diri mereka dengan baik. Justeru, mereka akan cuba mencari
jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang – undang yang telah ditetapkan
oleh pihak pentadbir sekolah supaya mereka juga boleh dikenali dalam kalangan rakan
– rakan yang lain.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang
mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya
murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin
di setiap sekolah dapat dikurangkan, pihak sekolah sudah semestinya dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa
pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

1
4.0 OBJEKTIF
1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak
diri orang lain.
2. Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di
sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan
hidup.
5. Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan
menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 22 Januari 2018


TEMPOH : 8.30 – 9.30 pagi
TEMPAT : Dewan Auditorium La Salle

6.0 KUMPULAN SASARAN


45 orang murid yang terlibat dalam Kes Disiplin

7.0 PENGISIAN PROGRAM

 Ceramah daripada En zaharin B Rahmat ( ketua Unit Pembangunan


Kemanusiaan, PPD Kinta Utara)

Aturcara Program

TARIKH MASA AGENDA


22/01/2018 08.15 – 8.30 pagi - Pelajar berkumpul di Dewan Auditorium La
Salle
08.30 -9.30 pagi - Ceramah daripada En zaharin B Rahmat ( ketua
Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Kinta
Utara)
09.30-9.40 pagi - Pemberian cenderahati
8.0 PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN
2
Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah

1. Cenderahati RM 30.00

Jumlah Keseluruhan RM 30.00

9.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA INDUK ROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Penasihat : En Gunalan a/l Tony


( Pengetua)

Pengerusi : Tn Hj Mohd Azlan B Khalil


( PK Hal Ehwal Murid,)

Naib Pengerusi : YM Raja Yusoff bin Raja Badiamin


( PK Pentadbiran)

Setiausaha : Pn Agila a/p Themmedu


( Setiausaha Induk HEM )

SU Disiplin : En Chong Weng Sung

SU Pengawas : En Karunagaran a/l Krishnan

En Veeriah a/l Sinniah

SU Bimbingan & Kaunseling : En Ravindran a/l Vengadasalam

Pn Punitha a/p Thangavelloo

Pn Adariah bt Thamrin

10.0 Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini
agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah .Semoga
dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta

3
kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mengahrgai diri sendiri demi
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Tandatangan

Disediakan Oleh : Pn Agila Themmedu


Tarikh : 16/01/2018

Disemak Oleh : Tn Haji Mohd Azlan B Khalil


Tarikh : 16/01/2018

Disahkan Oleh : En Gunalan a/l Tony


Tarikh : 16/01/2018

Anda mungkin juga menyukai