Anda di halaman 1dari 4

BOMBA 2015| 0

KERTAS KONSEP
PDP LUARBILIK
DARJAH KE
BALAI BOMBA &
PENYELAMAT,
NILAI

TARIKH :
30 Septembar 2015

TEMPAT:
Balai BOMBA, Nilai
BOMBA 2015| 1

PENGENALAN

Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak semua kanak-kanak diberi


pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek kanak-
kanak tersebut. Keperluan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah
satu daripada tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat. Individu berkeperluan
khas yang berada dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Desa Cempaka
merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,
Perkembangan Lewat, Autisme, dan Hyperaktif.
Program PdP luarbilik darjah ke Balai Bomba ini merupakan suatu program motivasi
yang akan diadakan di luar bilik darjah. Program ini bertujuan untuk mendedahkan tentang
cara-cara mencegah kebakaran daripada berlaku dan tindakan yang perlu
dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Latihan kebakaran ini sedikit sebanyak membantu
memberi gambaran sebenarnya sekiranya kebakaran terjadi dan mereka mempunyai
pengetahuan untuk memadamkan kebakaran. Adalah diharapkan melalui program ini akan
meningkatkan keyakinan diri para murid PPKI dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya
berlaku kebakaran.

1.0 MATLAMAT

Matlamat program ini iaitu;


1. Mendedahkan murid kepada pengalaman langsung menghadapi bahaya
kebakaran.
2. Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku.
3. Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab
dalam menjaga keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2.0 OBJEKTIF

1. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid, kaedah menyelamatkan


diri ketika kebakaran/kecemasan;
2. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam
menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran;
3. Mendedahkan kepentingan tugas menyelamat oleh pihak bomba dan
4. Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3.0 TEMA

“Keselamatan Kunci Kesejahteraan”


BOMBA 2015| 2

4.0 KUMPULAN SASARAN

 39 orang murid PPKI.


 9 orang guru-guru PPKI
 3 orang PPM
 3 orang Ibu bapa murid PPKI

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh Hari Masa Tempat


10 September 2015 Rabu 9.00 pagi – 1.00 petang Balai Bomba dan Penyelamat,
Nilai.

6.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
8.00 pagi Berkumpul di sekolah.
8.30 pagi Bertolak ke Balai Bomba dan Penyelamat, Nilai.
8.55 pagi Tiba di destinasi
9.00 pagi Program bersama Pegawai Bomba dan Penyelamat
1.00 petang Bertolak pulang
1.25 petang Tiba di SMK Desa Cempaka.

7.0 KEWANGAN

Perbelanjaan program ke Balai Bomba dan Penyelamat yang berjumlah sebanyak


RM 350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga ratus lima puluh ringgit sahaja) adalah diperlukan bagi
melancarkan perjalanan program.

Bil PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH (RM)

1. PENGANGKUTAN
Bas ke Balai Bomba dan RM 350.00 RM 350.00
Penyelamat, Nilai

JUMLAH KESELURUHAN RM 350.00

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Hjh. Rihana binti Hashim


(Pengetua SMK Desa Cempaka)

Pengerusi : Cik Norizan binti Abdullah


(PK Pendidikan Khas)
BOMBA 2015| 3

Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Hasliza binti Omar


(PK Pentadbiran dan Akademik)

Naib Pengerusi 2 : En. Ajemeek bin Hj. Samut


(PK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 3 : En. Zuhairi bin Hj. Adnan)


(PK Kokurikulum)

Penyelaras Pendidikan Khas : Pn Puspevallee a/p S. Nachiappan

Setiausaha Program : Pn Noorulfadhilah binti Mat Aris

AJK Pelaksana : Semua Guru Pendidikan Khas & Pembantu Pengurusan Murid

9.0 PENUTUP

Syukur kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kerana memberikan idea untuk
menjayakan program ini. Semoga program yang telah dirancang ini dapat berlangsung dengan
jayanya. Besarlah harapan kami agar program ini dapat membantu murid PPKI dalam menjalani
kehidupan seharian mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________________ _______________________
(NOORULFADHILAH BINTI MAT ARIS) (HJH. RIHANA BINTI HASHIM)
Setiausaha Program PdP luarbilik darjah ke Balai Bomba, Pengetua,
Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Desa Cempaka,
SMK Desa Cempaka. Nilai, Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai