Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN SERAI

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SI CILIK KE BALAI BOMBA

TARIKH:
4 OKTOBER 2015
(SELASA)

TEMPAT:
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BAGAN SERAI

ANJURAN:
PRASEKOLAH SK BAGAN SERAI
1.0 TUJUAN
Kertas kerja Lawatan Si Cilik ke Balai Bomba ini disediakan adalah sebagai
rujukan dan informasi mengenai program tersebut, serta untuk mendapatkan
kelulusan daripada pihak sekolah SK Bagan Serai supaya program ini dapat
dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

2.0 PENDAHULUAN
Program Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba adalah satu program yang
dirancang oleh Prasekolah SK Bagan Serai bertujuan memberi pendedahan
kepada murid-murid Prasekolah tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya
berlaku kebakaran. Latihan kebakaran ini sedikit sebanyak membantu memberi
gambaran sebenarnya sekiranya kebakaran terjadi dan mereka mempunyai
pengetahuan untuk menghadapi kebakaran. Selain itu, program ini juga
menunjukkan bagaimana ahli jawatankuasa kerja berusaha untuk menjayakan
program ini.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini adalah seperti berikut:
3.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid Prasekolah mengenai
pengetahuan asas untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.

4.0 OBJEKTIF
Objektif programg ini adalah seperti berikut:
4.1 Memberi pendedahan asas untuk menyelamatkan diri sekiranya
kebakaran benar-benar terjadi.
4.2 Memberi pengetahuan kepada murid-murid prasekolah tentang tindakan
yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran.

5.0 TEMA : ”KESELAMATAN KUNCI KESEJAHTERAAN”


6.0 TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Berikut adalah cadangan tarikh dan tempat pelaksanaan:
4.1 Tarikh : 4 Oktober 2016 (Selasa)
4.2 Masa : 9.00 - 11.30 pagi
4.3 Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai
4.4 Penyertaan : Semua murid prasekolah 2016
4.5 Kerjasama : Balai Bomba Bagan Serai

7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
7.30-8.00 pagi Berkumpul di prasekolah
8.00-8.30 pagi Sarapan pagi
8.30-9.00 pagi Taklimat ringkas oleh guru
9.00 pagi Bergerak ke Balai Bomba Bagan Serai
11.30 pagi Pulang ke sekolah
12.00 pagi Pulang ke rumah

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Pengerusi : Tn. Hj Hasan Aghare bin Mohd Noor
Naib Pengerusi : En. Shahidan bin Yusof
: Pn. Hidayat Azimah Bt Suhaimi
: En. Badulhisham B. Hj Mohd Noor
Setiausaha : Pn. Anis Ayuni Bt Mohmad
Bendahari : Pn. Nor Azlina Bt Ahmad

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengangkutan : Pn. Nor Azlina Bt Ahmad
: Pn. Anis Ayuni Bt Mohmad
: Pn. Noor Asimah Bt Ismail
Makanan : Pn. Norizewana Bt Safion Amin
: Pn. Noor Asimah Bt Ismail
Kebajikan : Pn. Anis Ayuni Bt Mohmad
: Pn. Nor Azlina Bt Ahmad
Kawalan Murid : Pn. Norizewana Bt Safion Amin
dan Keselamatan : Pn. Noor Asimah Bt Ismail
Hadiah dan : Pn. Suraiya Bt Omar
Cenderahati
Laporan dan : Pn. Anis Ayuni Bt Mohmad
Dokumentasi

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dirangka dan dirancang ini dapat berjalan dengan
lancar dan mencapai matlamatnya. Kami juga berharap agar kami mendapat
pengetahuan yang baru dan dapat digunakan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh, Disokong dan disahkan oleh,

……………………………………… ………………………………………
(PN. ANIS AYUNI BT MOHMAD) (HJ HASAN AGHARE BIN MOHD NOOR)
Setiausaha, Guru Besar,
Program Lawatan Si Cilik ke Balai Bomba SK Bagan Serai.
Prasekolah SK Bagan Serai

Anda mungkin juga menyukai