Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI LAHIR MURID

(AMALAN PENYAYANG)
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK SEROM 3
TAHUN 2018
TARIKH:
8JULAI 2018 (AHAD)

PROGRAM BERSAMA
BADAN PERMUAFAKATAN PENDIDIKAN KHAS SK SEROM 3

“INSAN ISTIMEWA, KITA BANTU BERSAMA”


SAMBUTAN HARI LAHIR MURID
(AMALAN PENYAYANG)

1.0 PENGENALAN

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid Pendidikan Khas merupakan suatu


program yang dapat menerapkan nilai-nilai Amalan Penyayang. Program ini adalah satu
inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di
kalangan warga sekolah. Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid
Pendidikan Khas. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan
sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan murid pendidikan khas.

2.2 Memenuhi Sukatan kurikulum Pendidikan Moral dan Agama Islam dalam
penerapan nilai murni.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

3.0 MATLAMAT

3.1 Bermatlamat agar semua warga mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga PPKI.

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga PPKI.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas SK. Serom 3

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : 8 Julai 2018

5.2 Tempat : Restoran Marrybrown, Bukit Gambir


6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Ahli Jawatan Kuasa Program


Penaung : Puan Adibah bt Md. Kalid
( Guru Besar SK. Serom 3 )
Penasihat : En. Mohd Khalid bin Hussin
(Pen. Kanan Kurikulum)
: En. Sulaiman bin Wagiman
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid)
En. Rahim bin Kedi
(Pen Kanan Kokurikulum)

Penyelaras : En. Abdullah bin Samad


( Penyelaras Program Pendidikan Khas SK. Serom 3)
Ketua Program : Puan Ainul Huda binti Mohamad Pesal
Setiausaha : Cik Raihana bt Othaman (PPM)

AJK : Pn. Daratulhaida bt. Daud


Cik Maimunah bt. Raduan ( PPM )

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

PCG Pendidikan Khas


Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah


1. Jamuan Makan murid RM 13.00 x 15 orang RM 195.00

JUMLAH RM 195.00

8.0 ATURCARA PROGRAM

09.00 pagi : Ucapan Penyelaras Program

09.15 pagi : Penyampaian kad lahir murid

09.30 pagi : Acara menyanyikan lagu hari lahir

09.35 pagi : Jamuan kek kepada murid terlibat

10.30 pagi : Majlis tamat


9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru dan murid. Usaha ini dapat mewujudkan perasaan
kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara langsung akan dapat
meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang disasarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh :

AINUL HUDA BINTI MOHAMAD PESAL


Setiausaha Program Pendidikan Khas Integrasi
SK. Serom 3

Disemak oleh :

ABDULLAH BIN SAMAD


Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Serom 3

Disahkan oleh:

ADIBAH BT MOHD KALID


Guru Besar
SK. Serom 3

Anda mungkin juga menyukai