Anda di halaman 1dari 9

BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK DI MALAYSIA

Pendapat Tokoh-Tokoh Mengenai Maksud budaya

Nik Safiah Haji Abdul Karim: Budaya adalah tenaga, usaha rohani at kuasa menggerakan jiwa. Penggerak ini dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan.

Ini membawa maksud- kemampuan seseorang menggunakan segala tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani ke arah menggerakkan jwa bagi mencapai hasrat yg diingini. Hasrat dan nilai yg diingini seharusnya tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat secara umumnya dan diterima serta dipersetujui utk diamalkan bersama.

Mohd Taib Osman (1988): Budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yg mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarkatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Melalui himpunan daya intelektual maka masyarakat membentuk nilai yg dapat diterima bersama Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi: Budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dlm sesebuah masyarakat. Penghasilan karya at kesenian tersbt dipersembahkan dlm pelbagai btk yg akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.

E.B. Tylor : Budaya merupakan keseluruhan kompleks yg mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk kebiasaan. Ianya merujuk kepada perkataan Bourdeiu yg membawa maksud: satu proses sosial yg membolehkan budaya dan struktur sosial saling berinteraksi. Penjelasan ini merujuk kepada setiap aspek yg melibatkan pengamalan nilai dlm masyarakat yg begitu rencam dan kompleks. Proses sosialisasi akan turut membantu memperkembang budaya dlm sesebuah masyarakat yg terdiri drp latar bangsa dan agama.

L.A.White : Budaya merupakan satu organisasi fenomena tindakan (pola tingkah laku), objek(alat), idea, sentimen(nilai) yg bergantung kepada simbolsimbol. Tindakan dan tingkah laku akan menunjukkan nilai yg diterima secara bersama oleh setiap individu yg terdapat dlm masyarakat. Kroeber & Kluekohn: Budaya menerangkan satu entiti yg mengandungi pola implisit dan eksplisit ttg tingkah laku yg diperoleh dan diwariskan melalui simbol dan mengambil bentuk material

Malinowsky dlm bukunya A Scientific Theory of Culture: Budaya sebagai satu tindak balas terhadap keperluan manusia. Budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan d/segi sejarah, kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dsbnya. Budaya sebagai cara atau gaya hidup sesebuah masyarakat at bangsa. Ianya meliputi semua aktiviti harian manusia dan juga berperanan membezakan bangsa-bangsa tertentu

Kesimpulannya:

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara hidup yg diamalkan dalam kehidupan masyarakat pada masa kini. Dari segi istilah budaya meryujuk kepada satu cara hidup yg diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang dlm menghadapi sesuatu perkara at situasi. Budaya boleh dikaitkan dgn pengalaman interaksi sosial individu dgn masyarakat sekelilingnya. Ia merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yg boleh diwarisi dan ianya juga adalah hak masyarakat yg akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai