Anda di halaman 1dari 5

KEPENTINGAN INTERVENSI SEAWAL USIA

APAKAH ITU INTERVENSI AWAL?

1. Intervensi awal adalah salah satu proses membekal perkhidmatan, pendidikan dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan
menghalang proses pembelajaran.

2. Perkhidmatan atau program intervensi awal yang disediakan adalah untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak dan keluarga yang berkeperluan khas dalam lima bidang
perkembangan, iaitu perkembangan fizikal, kognitif, komunikasi, sosial emosi serta
adptasi melalui pelbagai terapi atau perkhidmatan, seperti terapi cara kerja, terapi fisio,
terapi pertuturan dan khidmat sokongan untuk keluarga.

SUMBER: (Sandler, Brazdziunas, Cooley & De Pijem 2001) (Addison 2003).

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN INTERVENSI AWAL?


1. Individu bekerperluan khas.
2. Individu yang mengalami lewat perkembangan
3. Individu yang mengalami lewat pertuturan
4. Individu yang mempunyai masalah dalam aspek pergerakan motor
5. Individu yang mengalami masalah dari aspek pendengaran

1. Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada


kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang.
Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan untuk kanak-
kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak berisiko tinggi (IDEA, 1990).
Mengapa?
· 1. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
· 2. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga
dan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat
kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah
komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak- kanak berkeperluan
khas (Lerner, 2003).
· 3. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa
isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang
untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
· Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan
kecewa.
· Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.
Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas
pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.
Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal
dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang
sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga,
dan mengurangkan pembinaan institusi khas.
Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat
persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan
untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan.
1.3 Bentuk intervensi awal yang sesuai
Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh kelas
bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan.
Terdapat tiga bentuk intervensi awal iaitu;
a) Berasaskan pusat
Kanak-kanak yang menerima perkhidmatan intervensi awal berasaskan pusat mungkin
melaksanakan intervensi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Intervensi awal yang dilaksanakan di dalam bilik darjah memerlukan satu kaedah yang direka
khas mengikut keperluan atau ketidakupayaan kanak-kanak. Aktiviti yang sering disediakan
dalam konteks bilik darjah adalah seperti terapi cara kerja, terapi fisio, aktiviti bermain,
simulasi dan interaksi tidak formal antara kanak-kanak dan dewasa. Aktiviti berbentuk
interkasi yang banyak dapat membantu kanak-kanak dari aspek sosialisasi, tingkah laku dan
komunikasi.
Pelbagai pusat samada dari agensi kerajaan atau agensi swasta ada menyediakan
perkhidmatan intevensi awal kepada kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Program
intervensi awal yang disediakan kebanyakan mengikut kategori ketidakupayaan murid.
Perkhidmatan intervensi awal di pusat dilakukan oleh kakitangan yang terlatih. Namun
begitu, penglibatan ibu bapa adalah sangat digalakkan untuk menyokong program intervensi
awal yang dilaksanakan. Penglibatan ibu bapa dalam program intervensi awal di pusat
memperlihatkan kewujudan konsep kolaborasi.
b) Berasaskan hospital

Selain daripada pusat, pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan intervensi awal.
Jenis-jenis intervensi yang terdapat di hospital adalah terapi fisio, terapi cara kerja, terapi
pertuturan. Intervensi awal yang dilaksana di hopsital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang
terlatih.

c) Berasaskan rumah

Bagi sesetengah kes, kanak-kanak disediakan khidmat intervensi awal berasaskan rumah.
Keadaan ini khusus kepada kes kanak-kanak yang berumur kurang daripada dua tahun dan
mempunyai kecacatan fizikal atau ketidakupayaan pelbagai. Program berasaskan rumah dapat
menyediakan peluang kepada kanak-kanak bersama-sama dengan ahli keluarga dan komuniti
setempat perkhidmatan dalam persekitaran utamanya iaitu rumah. Situasi tersebut menjadi
fokus kekuatan dan keutamaan kepada ibu bapa dan komuniti sebagai penyedia perkhidmatan
utama.
Kebanyakan perkhidmatan intervensi berasaskan rumah menekankan kepada lawatan
kakitangan profesional untuk memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa cara terbaik mengikut
keperluan anak. Tambahan lagi, program intervensi berasaskan rumah adalah berorientasikan
anak.
Pendekatan intervensi berasaskan rumah melibatkan penglibatan keluarga. Kanak-kanak
dilihat sebagai sebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibu bapa dilibatkan
dalam proses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses
pembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak
dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang
tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga
mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang
keperluan individu berkeperluan khas. Urutan, tanam kaki di dalam pasir dan berdiri di dalam
embun merupakan contoh-contoh intervensi awal berpusatkan rumah yang menggunakan
kaedah tradisional. Terdapat juga intervensi awal berpusatkan rumah yang menggunakan
kaedah spiritual seperti meminum dan menyapu air yang sudah dijampi, sembahyang hajat
dan lain-lain. Penggunaan kaedah spiritual merupakan usaha ibu bapa dan kepercayaan
mereka terhadap kuasa Tuhan atau kuasa lain yang boleh membantu anak yang mengalami
masalah, kecacatan atau ketidakupayaan.
Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting
untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan
untuk memulihkan kecacatan tersebut.

Pediatrik

Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan
punca masalah pembelajaran seperti genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal.

Neurologi

Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan
neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu
perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya

Oftomologi

Pakar ini akan menaksir penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masalah penglihatan maka
akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa.

Audiologi

Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada pakar
audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Klinik Audiologi dan Sains Pertuturan yang
terletak di Jalan Temerloh ini menyediakan kepakaran menilai, mencegah serta mengendalikan
masalah pendengaran dan komunikasi.

Terapi Pertuturan

Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi
pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti
gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Contoh
senaman oral motor Aktiviti Terapi Pertuturan Terapi fizikal Ahli kumpulan ini bertanggungjawab
untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak, melatih kemahiran hidup
serta kemahiran membantu diri.

Fisioterapi
untuk melatih kanak-kanak khas belajar berjalan

Jurupulih

Carakerja Mereka lebih menitikberatkan kemahiran motor halus dan bertanggungjawab menilai murid
dari segi penggunaan tangan dan jari murid. Mereka melatih murid mengasah kemahiran melalui
terapi bagi menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian bagi mengimbangi masalah fizikal.

INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN DALAM INTERVENSI


UNTUK MEMBANTU IBU BAPA

Anda mungkin juga menyukai