Anda di halaman 1dari 11

Intervensi awal Intervensi awalan bermaksud pendidikan dan lain-lain rawatan yang disediakan sebelum seseorang kanak-kanak itu

memasuki alam persekolahan atau sebelum masalah-masalah yang berkaitan dengan persekolahan menjadi serius. Ia juga merupakan perkhidmatan untuk kanakkanak berkeperluan khas dan keluarga mereka dari lahir hingga umur persekolahan. Reed (1994) pula menyatakan intervensi sebagai satu proses pengawasan yang berterusan, mengukur keupayaan berbahasa kanak-kanak secara teratur, konsisten, fleksibel dan mengikut kaedahkaedah tertentu secara langsung atau tidak langsung.

Dalam melaksanakan intervensi sebaiknya ianya dijalankan seawal mungkin, melibatkan profesional dari pelbagai disiplin, melibatkan keluarga, dijalankan oleh kakitngan yang berkelayakan dan seharusnya dapat membantu kanak-kanak yang berisiko. Intervensi yang dijalnkan pada peringkat awal dapt mengesan ketidakupayaan seawal mungkin. (Huggtower & Brada, 1991).Selain dari itu ia juga dapat membantu tahap potensi (Pisterse & Treloar dan Cairns; Uther & Brar, 1989). Intervensi menjadi sukar jika kanak-kanak telah terlazim dengan tingkahlaku yang silap (Reid 1994). Kelewatan memberi intervensi menyebabkan perbezaan kanak-kanak dengan rakan sebaya dan boleh mengakibatkan kanak-kanak khas mempunyai konsep kendiri yang rendah (Lawrence, 1987). Terdapat pelbagai program berdasarkan rumah, pusat dan kombinasi rumah-pusat.

Kepentingan Intervensi Awal Intervensi awal memberi pengalaman awal yang mempengaruhi semua fungsi organ. Hasil interaksi seorang bayi dengan alam sekelilingnya selepas kelahiran memberi tingkah laku yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman awal yang terhad akan gagal merangsang sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem ini. Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi menjejaskan sensori lain seperti pendengaran. Bayi yang tidak diransang secara aktif maka pendengarannya mungkin akan kurang sempurna.

Sebagai contohnya kanak-kanak autisma sensitif terhadap bunyi dalam persekitaran. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang

popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kapalan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson, 1999). Perkembangan kemahiran-kemahiran tertentu adalah tertakluk kepada waktu kritikal yang banyak berlaku pada tiga tahun pertama kehidupan seseorang. Intervensi awal bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran tetapi mengambil kesempatan waktu-waktu kritikal ini untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tertentu. Intervensi awal boleh diberikan kepada kanak-kanak autisme contohnya, seawal umur tiga tahun. Reed (1994) mengatakan kanak-kanak yang mengalami autisma biasanya mempunyai masalah yang berkaitan dengan kognitif, tingkah laku motor, ransangan sensori yang luar biasa, masalah pendengaran, sawan dan sindrom Fragile X. Umumnya autisma dapat dilihat sebelum berumur tiga tahun yang memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak tersebut.

Intervensi awal dapat membantu kanak-kanak memperolehi perkembangan yang tinggi. Kemahiran motor sensori contohnya deria sentuh dapat diransangkan apabila dibekalkan dengan persekitaran yang memberangsangkan.

Faktor Etiologi Mempengaruhi Intervensi Intervensi yang ingin diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami autisme perlulah berlandaskan kepada pengetahuan mengenai etiologi yang berkaitan. Kajian yang telah dilakukan dan analisa terperinci terhadap masalah neurologikal kanak-kanak autisma adalah penting dalam program pendidikan (Gallagher & Wiegerink, 1976). Kajian tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak austistik mempunyai masalah dalam pelbagai bidang kognitif. Pengetahuan mengenai etiologi perlu diketahui supaya pencegahan terhadap masalah kognitif (Coulder, 1996) dan kemungkinan boleh diaplikasikan dalam intervensi pendidikan (Mac Millan, Greshaw & Sperstein, 1963).

Selalunya mereka tidak boleh menggunakan simbol (Pibram, 1970) dan ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbantut. Ini ditambah pula dengan kurangnya penerimaan intergrasi stimuli yang konsisten dari persekitaran. Ornitz dan Ritvo (1968) menyatakan adakalanya mereka tidak berupaya menerima input sensori seterusnya tidak memberi respon kepada rangsangan. Kajian yang lain menunjukkan kanak-kanak autisma

mempunyai masalah ingatan (Bryson, 1970, 1972) dan tidak dapat memahami peraturan untuk menghasilkan sesuatu kod pembelajaran atau membuat generalisasi (Hermelin 1976).

Intervensi bagi kanak-kanak austistik boleh diberikan dari sudut dari sudut perubatan dan pendidikan. Dari sudut perubatan, terdapat pelbagai terapi untuk kanak-kanak yang mengalami autisma. Jika etiologi autisma disebabkan oleh genetik, maka kaunseling genetik boleh diberikan kepada ibu bapa tersebut. Linus Pauling (1973) pula menyatakan beberapa vitamin seperti vitamin B-kompleks , biotin,asid folik dan sebagainya yang mencukupi perlu diambil sebagai satu terapi untuk mengatasi masalah neuro atau saraf. Pengambilan vitamin ini perlu mengikut masa yang dicadangkan agar mereka mempunyai fungsi mental yang normal. Berdasarkan kenyataan Pauling, Rimland et. Al (1978) telah mendapati pengambilan vitamin yang berterusan dapat memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak yang mengalami autisma. Kaedah intervensi semasa adalah menggunakan kaedah pendidikan memandangkan pendekatan kemahiran berstruktur adalah yang paling sesuai menangani masalah tersebut. Memandangkan sering terdapat masalah mengenalpasti beberapa bidang yang mengalami kekurangan maka teknik yang berkesan pada seseorang kanak-kanak autisma tidak semestinya berkesan kepada kanak-kanak autisma yang lain. Bagaimanapun dalam melakukan intervensi terhadap kanak-kanak autisma, faktor-faktor seperti hubungan guru murid, kematangan pelajar dan keadaan persekitaran juga memainkan peranannya. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi intervensi di dalam kelas. Oleh itu guru sebagai pelaksana intervensi di sekolah perlu memainkan peranan utama agar intervensi yang ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar.

Proses Intervensi Kanak-kanak Autisme Sepanjang masa, kebanyakan keluarga telah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional dan bukan tradisional untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian. Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk memperbaiki tingkahlakunya namun tiada ubat utama yang ditunjukkan berkesan secara konsisten dalam merawat simptom autisme. Ubatan yang paling luas digunakan adalah ritalin yang diguna untuk merawat kurang tumpuan perhatian dan hiperaktif. Namun tiada kajian dijalankan untuk menunjukkan tahap keberkesanannya kepada mereka yang mempunyai autisme (Edelson, 1999).

Dua jenis rawatan yang menerima sokongan empirikal adalah modifikasi tingkahlaku atau Applied Behavior Analysis (ABA) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan

magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi seperti peneguhan positif dan time-out, untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson, 1999).

Vitamin B6 yang diambil dengan magnesium telah menunjukkan peningkatan dalam kesedaran dan tumpuan perhatian sehingga lebih kurang 45% daripada kanak-kanak autisttik. Terdapat juga beberapa laporan mengenai beberapa zat makanan pelengkap dan Di-methyigiycine (DMG). DMG banyak membantu ke arah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran komunikasi (Edelson, 1999). Sebahagian individu dengan autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan yang dipanggil candida albicans dalam saluran usus mereka. Tahap tinggi candida albicans mungkin menyumbang kepada faktor kepada masalah tingkahlaku mereka. Satu senario apabila kanakkanak mendapat jangkitan dari telinga tengah, antibiotik yang melawan jangkitan mungkin merosakkan sistem pengawalan jumlah yis dalam saluran usus. Sebagai hasilnya yis akan tumbuh dan melepaskan toxin dalam darah dan toxin ini mungkin mempengaruhi tahap kefungsingan otak namun ia boleh dirawat sama ada dengan perubatan yang ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson, 1999). Ketidaksuaian dan sensitif terhadap makanan telah mendapat perhatian sebagai penyebab berlakunya tingkahlaku autisme. Banyak keluarga telah memerhati perubahan tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan tidak diberi kepada kanak-kanak autisme. Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino. Protein ini adalah gluten (seperti gandum,barli ,oats) dan casien (dalam susu manusia dan susu lembu). Ramai ibu bapa telah mengeluarkan bahan ini daripada diet anak dan dilihat membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku (Edelson 1999). Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan daripada segi sensori, maka teknik integrasi sensori diguna untuk merawat ketidakfungsian deria rasa, vestibular, dan propioceptive senses. Sebahagian daripada teknik tersebut termasuk membuai di buaian dalam pelbagai cara untuk membantu menormalkan vestibular senses dan menggosok texture yang berlainan kepada kulit untuk deria sentuhan. Sebagai tambahan, seorang wanita

autisme, Dr. Temple Grandin, membentuk mesin peluk yang memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang (Edelson, 1999).

Kebanyakan individu autisme sensitif terhadap bunyi dalam persekitaraan. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi yang dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang diguna untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kaplan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson,1999). Intervensi Pendidikan Sebagai pendidik, maka intervensi yang akan dijalankan adalah lebih tertumpu kepada intervensi pendidikan. Rincover & Koegel (1975), Koegel & Rincover (1976) dan Koegel et al (1977) telah menemui kemahiran yang penting yang perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar kanak-kanak autisma. Kemahiarn-kemahiran tersebut adalah kemahiran untuk menyampaikan arahan dengan betul, kemahiran menggunakan peneguhan dengan berkesan, kemahiran untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baru, kemahiran membimbing pelajar memberi respon dengan tepat, kemahiran menyediakan masa interval antara tugasan juga kemahiran menonjolkan personaliti yang menarik.

Dalam kemahiran intrvensi kanak-kanak yang mengalami autisma ianya harus meliputi bidang tingkah laku, komunikasi, persekitaran dan sosial. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah yang ketara dan sering berlaku berkaitan bidang-bidang tersebut. Intervensi Tingkah Laku Intervensi tingkah laku perlu dilakukan untuk menangani masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak autisme. Intervensi tingkah laku yang akan diberikan ini adalah merujuk kepada intervensi tingkah laku sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr. O. Ivar Lovaas seorang ahli psikologi. Kaedah intervensi ini merupakan terapi bersifat program berpusat rumah.

Ia dijalankan sebagai satu pasukan program di mana sekurang-kurangnya 3 orang yang telah menjalani latihan penuh terlibat. Ini untuk memastikan intervensi yang dijalankan tersusun dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Kaedah Lovaas mementingkan penyertaan

daripada ahli keluarga. Ini bertujuan supaya ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan intervensi dengan menggunakan cara yang sama dengan ahli intervensi yang lain seterusnya memastikan kesinambungan intervensi berlaku. Semua kemahiran dipecahkan kepada kemahiran kecil yang boleh dicapai dan diajar secara berstruktur. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Mereka perlu sering diberi pujian dan peneguhan seperti makanan, minuman dan ganjaran sosial. Sebarang ganjaran yang berupa benda atau makanan akan semakin berubah kepada ganjaran sosial sesuai dengan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak autistik.

Untuk mengurangkan atau menggantikan tingkah laku agresif, guru boleh bertindak dengan tidak mempedulikan mereka atau memperkanalkan tingkah laku sosial yang lebih diingini. Jika mereka telah menguasai tugasan asas, maka bolehlah diperkenalkan intervensi yang lebih sukar. Apa yang perlu diingat adalah intervensi yang dijalankan perlu berterusan dan konsisten.

Intervensi Komunikasi Antara masalah utama kanak-kanak autistik adalah berkaitan dengan komunikasi. Justeru beberapa teknik boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi komunikasi seperti teknik menggalakkan kontak mata, memberi ucapan, menggalakkan respon kepada penggilan nama dan teknik khas untuk kanak-kanak nonverbal.

Bagi menggalakkan kontak mata, guru boleh menggunakan benda atau objek yang disukai oleh pelajar iaitu dengan memegang objek tersebut di depan mata. Sebaik sahaja kanakkanak memandang, bawa objek tersebut kepadanya. Guru juga boleh menggunakan benda yang banyak untuk dimasukkan ke dalam kotak. Pegang objek tersebut hampir dengan mata pelajar dan berikan kepadanya jika objek tersebut dipandang. Guru juga perlu memastikan pelajar memandangnya terlebih dahulu jika ingin dibimbing suatu objek dan menggunakan sebarang permainan yang mewajibkan pandang sebelum permainan tersebut dimulakan atau diteruskan. Antara teknik memberi ucapan pula adalah memberi ucapan atau salam kepada setiap kanak-kanak sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau ruang. Ucapan atau salam tersebut

hendaklah diberi dengan penuh bersemangat walaupun respon yang diterima tidak begitu menggalakkan. Nyanyian yang mengandungi ucapan juga boleh digunakan terutamanya dengan melibatkan kanak-kanak yang hampir. Teknik menggalakkan respon kepada panggilan nama digunakan dengan memanggil nama pelajar dari jarak dekat atau jauh. Panggil nama pelajar dari jarak dekat dan dapatkan responnya manakala jika penggilan dibuat dari jarak jauh perlu menyediakan seorang pembantu yang akan membantu pelajar memfokus kepada orang yang memanggilnya iaitu guru. Bagi kanak-kanak yang mengalami autisma nonverbal pula beberapa teknik seperti penggunaan bahasa isyarat, pemilihan objek yang dikehendaki dan memberinya kepada orang lain dan penggunaan gambar. Terdapat dua perkara yang boleh dilakukan dengan gambar. Yang pertama adalah gambar yang digunakan perlu dikaitkan dengan benda yang bersesuaian misalnya gambar cawan bermaksud minum. Yang kedua pula adalah menggunakan gambar benda yang disukai oleh pelajar dan diletakkan dekat dengan tempat duduk pelajar. Setiap kali murid menyentuh gambar tersebut, benda yang berkaitan akan ditunjukkan kepadanya sehinggalah akhirnya benda tersebut ditunjukkan lagi. Intervensi Persekitaran Kebanyakan kanak-kanak autistik amat sensitif atau peka terhadap persekitaran. Maka intervensi yang berkaitan dengan persekitaran amat diperlukan untuk membantub mereka menangani masalah tersebut. Persekitaran kelas merupakan persekitaran utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu bahan pameran di dalam kelas perlu ringkas dan melibatkan bilangan item minimum, juga perlu menggunakan hiasan yang ringkas serta berwarna lembut.

Jika kelas tersebut menerima pelawat, guru perlu mengingatkan pelawat agar tidak bercakap, meminimumkan bunyi hentakan kaki, mengurangkan pergerakan yang kesat dan juga pergerakan yang tiba-tiba. Guru juga perlu mengadakan rutin dalam aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti harian dan mingguan serta menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut pola yang sama. Hadkan peralatan yang digunakan iaitu pelajar hanya menggunakan peralatan yang minimun semasa melakukan semasa melakukan aktiviti agar mereka dapat menguasai alatan

tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga perlu membantu kanak-kanak di sepanjang aktiviti seperti semasa memulakan, membuat, menyelesaikan tugasan dan menyimpan benda atau alatan yang digunakan. Intervensi Kognitif Intervensi kognitif adalah intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah kanak-kanak yang mengalami autisma dari segi kognitif. Semasa menjalankan intervensi, guru perlu mengambilkira cara pengendalian maklumat terutamanya yang diberi secara lisan seperti mengelak dari memberi meklumat atau arahan yang negetif. Guru juga perlu menggunakan arahan atau memberi maklumat tugasan secara spesifik dan mengunakan perkataan atau bahasa yang tepat seperti Kita akan pergi ke restoran, melihat menu dan meminta makanan yang kita ingini dan bukan Kita akan pergi makan tengahari. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan media bukan bahasa untuk menyampaikan maklumat seperti gambar, simbol, perkataan bertulis dan warna. Contohnya kiu visual atau sensori menggunakan kad hijau sebagai tanda mula dan kad merah tanda akhir sesuatu aktiviti digunakan untuk membantu pelajar memahami konsep mula dan akhir aktiviti. Situasi ini memerlukan guru membuat persediaan menyeluruh sebelum sesuatu aktiviti yang berlainan dijalankan seperti menyediakan maklumat penting dan menggunakan penyokong visual untuk membantu pelajar memahami had yang ditetapkan.

Pelajar perlu diberi pengalaman untuk membuat pilihan. Wujudkan dan tawarkan peluang kepadanya untuk buat pilihan sepanjang hari. Objek maujud, foto atau simbol boleh digunakan untuk menyokong soalan berkaitan pilihan. Pelajar juga perlu dilatih berkomunikasi tentang masa dan konsep masa. Walaubagaimanapun, maklumat yang terlalu abstrak dan jauh ke hadapan perlu dielakkan. Gunakan kalendar untuk membolehkan kanak-kanak mengira hari sebelum sesuatu peristiwa penting, juga menerangkan pembatalan, penangguhan atau perubahan pada masa aktiviti. Guru juga perlu melatih pelajar menyediakan jadual visual aktiviti harian atau mingguan dan jadual visual tugasan individu. Selain daripada itu, guru boleh membantu memantau tingkah laku pelajar mengikut masa. Penerangan tentang mengapa sesuatu perkara berlaku perlu dilakukan. Antaranya seperti menerangkan peristiwa dan interaksi sosial dengan mengunakan lukisan dan tulisan, menggalakkan penggunaan gambar, cerita atau surat untuk menyampaikan maklumat kepada

orang lain. Contoh Intervensi Intervensi sewajarnnya dilakukan seawal mungkin. Oleh itu, antara contoh intervensi awal terhadap kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri autisma ialah sebagaimana yang dijalankan di Alice H. Hayden Preschool, Universiti Washington. Di pusat ini, Illene S. Schwartz, Felix F. Billingsley dan Bonnie M. Mc Bride telah memperkenalkan lima strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ketika menjalankan intervensi awal. Strategi-strategi tersebut adalah :

Strategi Mengajar Kemahiran Sosial Dan Komunikasi Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial adalah penting.Justeru sistem komunikasi menggunakan gambar (PECS-Picture exchange communications system) digunakan untuk membantu pelajar yang tanpa kemahiran verbal functionaluntuk berkomunikasi secara berkesan. Sistem ini menggunakan gambar dan simbol (Bondy & Frost, 1994; Schwartz, Garfinkle & Bauer, 1988) di mana cara ini lebih mudah difahami dan diterima terutamanya semasa proses perolehan kemahiran pertuturan berlaku. Guru juga telah menyediakan arahan secara tersusun dan sistematik dalam melakukan kemahiran peniruan agar ianya lebih difahami. Aktiviti berbentuk peniruan dilakukan sepanjang hari dan arahan yang digunakan adalah ringkas tetapi tepat. Selain dari itu, peluang untuk kanak-kanak bermasalah autisma berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain dibina dengan menyediakan permainan yang dapat melibatkan mereka secara bergilir-gilir seperti passing toy. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkongsi permainan secara perlahan-lahan.

Strategi Pengajaran Yang Dapat Mengekalkan Perjalanan Kelas Dengan Lancar. Supaya perjalanan kelas dapat berjalan dengan lancar, penglibatan rakan sebaya dalam sebarang pengajaran adalah perlu untuk mengelakkan pelajar merasa janggal. Prosedur pengajaran yang natural dilakukan dengan mengadakan aktiviti yang menarik minat pelajar seterusnya menggalakkan interaksi di mereka. Guru juga menggunakan petunjuk yang berlainan untuk memastikan setiap pelajar menerima sokongan yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Bagaimanapun, sokongan hanya disediakan berdasarkan apa yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung

kepada guru. Strategi Mengajar Dan Menyediakan Peluang Untuk Berdikari. Pelajar diberi peluang dan diajar membaut pilihan bila perlu dalam usaha untuk mengajar mereka berdikari. Justeru adakalanya guru menggunakan jadual bergambar untuk aktiviti harian supaya pelajar dapar belajar mengikut urutan dan tempoh aktiviti seterusnya memudahkan pertukaran aktiviti, juga meningkatkan penglibatan pelajar. Struktur untuk membolehkan pelajar mencuba aktiviti dan alatan baru disediakan dari semasa ke semasa dan akan diubah apabila pelajar telah menguasai aktiviti dan jadual tersebut. Guru turut memberi peluang kepada pelajar untuk membalas percakapan guru terutamanya di kalangan pelajar non verbal supaya keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan. Guru juga memberikan ekspektasi yang tinggi kepada semua pelajar dengan cara meraikan kejayaan pelajar walaupun sedikit, memberikan pujian atau galakan dan sentiasa memberi bantuan berdasarkan potensinya dan bukan kekurangannya supaya setiap pelajar berupaya mencapai kejayaan. Strategi Membina Komuniti Kelas Yang Melibatkan Semua Pelajar Strategi ini

menggunakan aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan keupayaannya seperti merancang aktiviti open-ended, menggunakan peralatan yang pelajar sukai, menggalakkan respon pelajar dan menunjukkan aktiviti kepada kekuatan pelajar. Setiap pelajar diberi peluang yang sama rata untuk memainkan peranannya semasa beraktiviti berdasarkan giliran dan perlu berinteraksi terutamanya ketika meminta sesuatu alat permainan.

Strategi Menggalakkan Kemahiran Generalisasi Dan Kemahiran Pengekalan Strategi ini menumpukan kepada kemahiran harian. Kemahiran dalam pelbagai situasi diberikan dengan mengutamakan aktiviti yang digemari pelajar bagi membolehkan aktiviti tersebut dijalankan berulang kali. Kemahiran tersebut dikekalkan untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang lain. Arahan yang diberikan oleh guru perlu menggunakan bahan yang biasa atau telah diketahui namun begitu perlu dapat menggalakkan pelajar menggunakannya dalam seting yang berbeza dan menggunakan petunjuk arahan jika ia didapati agak sukar

KESIMPULAN Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat perbezaan yang sigfinikan (Edelson, 1999).

Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanak-kanak ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan puzzles.

Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna (Artwood, 1998). Logo untuk kumpulan sokongan ibu bapa bagi Autism Society of America, merupakan gambar seorang kanak-kanak dalam bentuk puzzle. Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mencantumkannya. Sebagai manusia normal perlulah direnung kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa kepingan puzzle ini boleh menjadi pelbagai bentuk puzzle yang berbeza. Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah pembelajaran harus menerima bantuan pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya adalah untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang maksimum. Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanak-kanak untuk hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan.

Anda mungkin juga menyukai