Anda di halaman 1dari 3

2.

3 Perkembangan Bahasa
Perkembangan

bahasa

bagi

kanak-kanak

autisme

pada

peringkat

sebelum

menampakkan ciri-ciri autisme adalah sama seperti kanak-kanak normal. Namun begitu,
selepas ciri-ciri autisme sudah menjelma maka beberapa kesannya dapat dilihat dengan jelas.
Kanak-kanak austime ini mempunyai perkembangan bahasa yang normal sehingga tiga
tahun. Hanya selepas tiga tahun kanak-kanak austime ini telah menjadi pendiam dan lebih suka
bermain dengan alat-alat permainan. Walau bagaimanapun kanak-kanak ini dapat bercakap
apabila umurnya kian meningkat. Namun begitu bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi
terdiri daripada satu atau dua perkataan. Ayat yang penuh tidak digunakan walaupun ayat
tersebut pendek. Walaupun begitu terdapat juga masa-masa tertentu kanak-kanak ini
menggunakan ayat penuh tetapi amat terhad.
Kanak-kanak autisme ini juga akan menjawab dengan perkara yang sama seperti yang
ditanya. Apabila menjawab soalan kanak-kanak ini akan menyebut dengan nada yang
monotonous kerana tidak ada eskpresi dan mereka sebenarnya tidak faham. Dalam
perkembangan bahasa dan komunikasi, ternyata juga bahawa penggunaan bahasa tiadak
prakmatik.Perkembangan bahasa menjadi masalah kerana kanak-kanak austime tidak
berupaya untuk berkomunikasi.

Perkembangan sosial
Peringkat pertama ialah antara umur kosong bulan hingga satu tahun. Pada
peringkat ini kanak-kanak autisme kekurangan responds sosial. Pada peringkat umur ini juga
kanak-kanak austime menunjukkan bukti kekurangan dalam sosial smile walaupun kanak-kanak
ini nampak gembira dan puas hati. Kanak-kanak austime ini memberi responds pada objek
yang dipandang, bunyi dan ransangan lain dan bukannya kepada orang ini kerana orang tidak
menjadi bahan yang diminatinya. Kanak-kanak ini juga tidak memberi responds perasaan
gembira walaupun dengan ahli keluarga mereka sendiri. Peringkat ini juga tidak menunjukkan
tanda-tanda tekanan apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali. Ketidakupayaan
mereka dimbangkan kepada kegiatan bermain dengan objek secara berulang tanpa membuat
sebarang eskplorasi persekitaran.

Peringkat kedua ialah antara tiga hingga lima tahun. Peringkat ini merupakan peringkat
pengasingan diri. Pada peringkat ini mereka lebih gembira apabila ditinggalkan sendirian.
Pandangan kanak-kanak austime ini tidak pada orang sebaliknya menembusi orang. Peringkat
ini juga mereka mempunyai ketidakupayaan hubungan semakin ketara dilihat. Keadaan ini jelas
kerana kanak-kanak austisme tidak dapat memahami ekspektasi sosial.
Peringkat yang terakhir ialah lima tahun ke atas. Peringkat lima tahun dan ke atas
merupakan satu perubahan yang ketara dalam tingkah laku sosial akan menjelma terutama
pada kanak-kanak yang lebih berupaya. Mereka ini akan menunjukkan peningkatan dalam
sosialisasi terutamanya jika disertakan dengan terapi secara intensif mengikut Ivar Lovaas.
Terdapat juga nilai-nilai murni dan positif yang ditunjukkan oleh mereka. Nilai-nilai tersebut ialah
kejujuran, tidak pandai memanipulasi keadaan dan juga tidak bergosip.

2.4 Perkembangan Emosi


Perkembangan emosi di peringkat awal kanak-kanak austime memperlihatkan reaksi
emosi yang tersendiri. Kanak-kanak ini menunjukkan mood yang agak ekstrem dalam keadaan
gembira, tertekan, marah dan panik. Ekspresi muka yang ditunjukkan juga terhad di samping
postur badan yang kaku dan penggunaan suara yang monotonous.
Di samping menghadapi kesukaran dalam menunjukkan emosi mereka mengikut situasi,
kanak-kanak austime juga menghadapi masalah memahami emosi dan situasi orang lain.
Selain itu kanak-kanak ini juga tidak suka dibelai dan membelai orang lain di samping tidak
mempunyai minat untuk interaksi dua hala. Ibu bapa dapat memainkan peranan penting dalam
usaha memahami emosi kanak-kanak austime ini.

2.5 Perkembangan Kognitif


Segala masalah dan ketidakupayaaan yang dihadapai oleh kanak-kanak austime
mempunyai kaiatan rapat dengan kesemua unsur perkembangan kognitif. Kanak-kanak austime
mempunyai masalah beberapa masalah seperti pembentukan konsep terutamanya dan tidak
dapat menghargai pemikiran orang lain (blind mindness).
Kanak-kanak austime ini mempunyai kebolehan yang baik dalam bidang-bidang seperti
tatabahasa, maklumat fakta, matematik dan susunan blok. Di samping itu kelemahan kanakkanak austime ini ialah lemah dalam pemahaman dan mengatur gambar kerana kedua-dua
aktiviti ini memerlukan pengetahuan sosial.

Kanak-kanak austime ini juga mempunyai daya ingatan yang kuat khususnya pada
visual. Kanak-kanak ini mempunyai masalah kerana tiada fleksibiliti kognitif atau lurus (one
track mind). Disebabkan itu pemikiran kanak-kanak ini terlalu terhad dan kaku, menghadapi
kesukaran dalam penyesuaian diri kepada perubahan atau kegagalan dan gagal memindah
atau membuat generalisasi kepada situasi lain. Namun begitu, mereka mempunyai kemahiran
dalam bidang pembacaan, ejaan dan pengiraan. Mereka ini berkebolehan

mempunyai

pencapaian sekolah rendah yang tinggi ini kerana cara pembelajaran di sekolah rendah
bercorak pengulangan, prosedur pembelajaran mekanikal dan arahan linguistik yang mudah
mengekalkan perkara yang dipelajari untuk diingati dalam jangka masa yang panjang.
Sebaliknya semasa di sekolah menengah pembelajaran mereka mula merosot ini disebabkan di
sekolah menengah pembelajaran melibatkan kemahiran pemahaman, memahami konsep,
analisis, kerja kumpulan dan penyelesaian masalah.

Anda mungkin juga menyukai