Anda di halaman 1dari 21

Kandungan

Perkara

Mukasurat

Pengenalan Definisi ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Ciri-ciri ADHD Penyebab ADHD Intervensi Rawatan dan Pemulihan Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Kesimpulan Rujukan

1 2 3 6 8 12 18 19

Pengenalan Seorang guru biasanya boleh mengawal murid seramai 40 orang dalam satu kelas. Namun terdapat juga kes-kes dimana guru tidak dapat mengawal seorang murid. Ada anak-anak yang tidak boleh mengawal pergerakan mereka. Mereka akan sentiasa bergerak dan tidak mengendahkan arahan orang lain. Kanak-kanak ini boleh dianggap sebagai kanak-kanak hyperaktif atau ADHD. Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Jika kita lihat pada masalah ini, anak-anak yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang tumpuan adalah golongan kanak-kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan mereka mudah terganggu oleh faktor di sekililing mereka. Bagi mengenal pasti kanak-kanak yangmenghadapi masalah hiperaktif, terdapat beberapa ciri yang boleh mengambarkan bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan hiperkatif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkahlaku yang ditunjukkan. Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan pelajar menghadapi masalah hiperaktif sepeti faktor neurologik, faktor genetik, faktor suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini bukan sahaja memberikan implikasi terhadap dirinya sendiri malah turut memberikan implikasi kepada pelajar lain dan juga guru. Adalah dikatakan bahawa ADD tanpa hiperaktiviti kerapkali tidak didiagnosa dengan tepat. Gangguan hiperkinetik merupakan satu lagi istilah yang digunakan untuk menggambarkan ADHD. Dikatakan 1 daripada 25 kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Ini mungkin berlaku kerana ADD tanpa hiperaktiviti lebih berpengaruh dalam diri kanak-kanak perempuan dan tidak didiagnosa dengan tepat. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gangguan ini hanya mendapat bantuan pada usia 6-9 tahun walaupun kebanyakan ibu bapa menegaskan masalah yang dihadapi anak mereka mula dikesan pada usia yang lebih muda. ADHD dianggap sebagai penyakit yang akan kekal sepanjang hayat dan sedikit sebanyak dibawa ke alam dewasa.

Maka sudah semestinya kita sebagai ibu bapa perlu untuk mengambil tindakan bagi menolong kanak-kanak ADHD ini. Sebagai ibu bapa kita perlu lebih mendalami permasalah yang timbul bagi membantu anak-anak ini di dalam pembelajaran mereka. Pelbagai persoalan akan timbul dikalangan ibu bapa yang mempunyai anak ADHD ini. Ibu bapa perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk menolong kanak-kanak yang bermasalah ini. Jika masalah ini dapat di kesan dengan lebih awal, peluang untuk kanak-kanak tersebut untuk membaiki diri sendiri adalah lebih besar. Bagi tujuan untuk mengenali ADHD dengan lebih mendalam saya akan megupas dan menulis berkenaan ADHD ini sejajar dengan kehendak penulisan ilmiah yang dikehendaki.

Definisi hiperkatif Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disorders). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yangseusia dengan mereka kerana perhatian kanakkanak hiperaktif mudah beralih dari satufokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampumenarik minat mereka tetapi mereka tidak pernah menemui permainan tersebut.Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan mereka. Contohnya ketika membuatkeputusan dalam keadaan tertentu mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebutdari sudut positif dan negatif sebaliknya mereka hanya melakukannya mengikutkehendak mereka sendiri.Menurut kamus dewan edisi keempat telah mendefinasikan hiperaktif sebagaikanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk dikawal. Hiperaktif juga merupakan satu masalah yang dialami olehkanakkanak. Kanak-kanak akan mengalami satu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kebolehankanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.Manakala manipulasi adalah kemahiran
2

kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya (Scrib, 2010).Dalam aspek pembelajaran, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini sukar untuk menerima pelajaran yang diajar kepada mereka. Para pelajar ini lebih asyik dengandunia mereka sendiri tanpa menghiraukan orang yang ada disekeliling mereka. Padakebiasaannya, pelajar yang hiperaktif ini kurang memberi perhatian kepada pembelajaranmereka dan sukar untuk guru mengajarnya. Mereka akan lebih tertumpu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan kadang-kala aktiviti tersebut mampu mengancam Ciri-ciri ADHD Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Lelaki adalah tiga kali ganda lebih ramai menghidap ADHD berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememangnya lumrah setiap kanak-kanak bersikap begini, tetapi bagi penghidap ADHD, perangai mereka agak nakal daripada kebiasaannya, terutamanya jika berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Penghidap ADHD mempunyai fungsi otak yang mengawal aktiviti berbeza daripada normal. Ini membuatkan mereka sering

berkelakuan pelik dan kelam kabut. Pengkaji dan doktor mengatakan ADHD berpunca daripada genetik tetapi tidak diketahui sebab utama yang mampu mengesahkan bagaimana ADHD boleh terjadi kepada manusia.

Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah: mata memfokus terlalu cepat, badan kerap berpeluh, jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar. Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu: 1. tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting. 2. Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain. 3. Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas. Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan. Apakah tanda-tanda ADHD Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti: di rumah dan di sekolah dan sebagainya
4

1. Hiperaktiviti Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk. Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap Banyak bercakap Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.

2. Tempoh tumpuan yang singkat Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya) Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.

3. Tingkah laku impulsive Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Penyebab ADHD Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.

Antara faktor fisiologikal yang dikenalpasti sebagai punca ADHD adalah faktor keturunan, perbezaan fungsi otak, dan faktor biokimia. Dalam faktor keturunan, individu dengan ADHD berkemungkinan besar mempunyai corak ADHD dalam keluarganya. Malah, kanak-kanak yang ibu atau bapanya mengalami ADHD berkemungkinan tiga kali ganda mewarisinya. Ahli sains mendapati tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia, dan serebelum berfungsi berbeza-beza pada individu dengan ADHD berbanding individu lain. Khusus bagi kanak-kanak dan orang dewasa dengan ADHD, terdapat kurang aktiviti elektrikal dan kurang tindak balas terhadap rangsangan bagi bahagian-bahagian tersebut. Bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai nuerotransmitter yang memancarkan maklumat daripada salah satu daripada tiga bahagian otak kepada bahagian yang lain, tidak dipecahkan dan diserap semula dengan sempurna dalam otak individu dengan ADHD.

Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa faktor fisiologi merupakan punca utama terjadinya ADHD, dan faktor persekitaran pula dilihat sebagai penyumbang kepada tahap keterukan ADHD yang dialami oleh kanak-kanak. Kecederaan otak mungkin terjadi semasa tempoh pranatal akibat daripada penggunaan dadah, rokok, atau pengambilan alkohol oleh ibu. Semasa proses kelahiran, kecederaan otak berlaku akibat kekurangan oksigen. Selain itu, kecederaan otak boleh juga disebabkan demam panas yang teruk atau kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.

Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Menurut kajian perubatan, rawatan yang tidak teratur semasa kehamilan juga boleh menjadi penyebab masalah perilaku hiperaktif ini kepada anak anda. Keputusan ujian kami menunjukkan kanak-kanak hiperaktif ini mempuyai tahap glukosa yang tinggi berbanding kanak-kanak normal. ADHD berlaku apabila ada perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitters pada otak manusia. Cairan kimia ini berfungsi menghantar pesanan antara sel saraf ke otak. Bagi individu yang kekurangan kimia ini akan menunjukkan simptom ADHD. Ada beberapa pendapat pakar mengatakan saiz otak ADHD lima ke 10 peratus lebih kecil daripada otak normal. Merokok ketika mengandung juga boleh menyebabkan anak berisiko mendapat ADHD. Selain itu risiko lain ialah kelahiran pra matang, bayi dilahirkan dengan berat badan berkurangan dan kecederaan pada otak ketika di dalam perut ibu.

ADHD bukan sejenis penyakit berjangkit, tetapi sindrom seumur hidup bagi mereka yang mengalami situasi kronik. Apa yang membimbangkan 35 peratus daripada kanak-kanak ADHD lebih bersikap degil, sering membantah dan melanggar peraturan. Selain itu, 18 peratus daripada mereka lalai, tidak puas dengan apa yang ada, tertekan, masalah dalam pelajaran dan bersosial serta hilang rasa hormat terhadap diri sendiri. Kira-kira 25 peratus lagi kanak-kanak ADHD cepat risau, takut dan panik, menyebabkan jantung mereka berdegup laju, berpeluh, sakit perut dan cirit birit.

Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah untuk kanak-kanak ADHD. Walaupun kanak-kanak ada kalanya menunjukkan tingkah laku yang terlalu aktif atau lasak, ibubapa harus berhati-hati agar tidak tersilap membuat andaian dan menganggap anak mereka hiperaktif. Semangat berkobar-kobar, bertindak mengikut gerak hati

dan suka bergurau dianggap sebagai normal. Tetapi semuanya bergantung kepada usia dan tahap pertumbuhan mereka. Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanak-kanak tersebut. Kanakkanak sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. Untuk lebih jelas, di bawah ini adalah senarai faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif

Faktor keturunan Kecederaan otak semasa dalam kandungan Kembar, Jika salah seorang dari pasangannya adalah ADHD 80-90 peratus daripada kajian perubatan kami menunjukkan bahawa pasanganya yang lain juga akan mendapat hal yang sama.

Masalah kesulitan dalam pembelajaran juga boleh membuatkan seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD atau hiperaktif kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami sesuatu yang dipelajari.

Keadaan persekitran. Seperti terdedah kepada asap rokok dan pencemeran udara boleh menyebabkan risiko hiperaktif.

Intervensi Rawatan dan Pemulihan Intervensi awal yang boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ADHD ini boleh di kategorikan kepada dua bahagian iaitu model perubatan (Medical Model) dan model social. Model perubatan adalah melibatkan ubat-ubatan yang diberikan kepada pesakit ADHD manakala model sosial pula adalah sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling terhadap pesakit ADHD ini. ADHD tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Caranya adalah dengan bantuan ibu bapa dan orang di sekeliling. Rawatan ADHD juga dikatakan lebih baik dengan gabungan perubatan dan terapi. Susulan rawatan yang sistematik sangat membantu mereka kembali normal. Selain itu sokongan ibu bapa amat penting kepada kanak-kanak ini. Ini adalah kerana ibu bapa adalah orang yang paling hampir kepada mereka. Ibu bapa dan keluarga haruslah memberi sokongan moral yang tinggi terhadap kanak-kanak ini. Haruslah di ingatkan, kanak-kanak ini mempunyai keyakinan diri yang rendah. Oelh yang demikian mereka akan merasa rendah diri. Jika keluarga tidak

memberi sokongan yang kuat, pelajar ini akan terus dengan sikap rendah diri dan ini akan menganggu proses pembelajaran mereka.Walaupun kanak-kanak ini kelihatan gembira, di mana mereka sentiasa aktif namun sikap rendah diri ini masih menebal di dalam diri mereka. Masalah ini akan lebih dirasai oleh mereka apabila berada dikalangan kawan-kawan di sekolah. Kita sebagai ibu bapa seharusnya lebih peka terhadap kelakuan anak-anak ini dan tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan. Saya akan membincangkan beberapa faktor yang dapat membantu kanak-kanak ini dari segi model perubatan dan model sosial. Model Perubatan(Medical Model) Pencegahan lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang ditakrifkan sebagai Sindrom Hiperaktif merupakan peringkat yang rumit untuk dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran,pengorbananmasa,tenaga dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perlu dikuasai dan perhubungan yang rapat dengan pakar-pakar yangterlibat perlu dijalinkan.

Setiap kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan di bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyaimasalah pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis. Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk melaksanakan progrem pemulihan.

Matlamat rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan .

Model Sosial Bantuan dan pendidikan kepada ibubapa dan keluarga tentang cara pengendalian dan psikologi untuk kanak-kanak hipraktif kerana mereka punyai perilaku yang berbeza berbandingkanakkanak normal. Pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif yang juga menghadapi masalah dengankerja rumah dan pembelajaran yang terjejas akibat sifat kanak-kanak hipraktif. Sekolah mereka harus timbulkan kesedaran dalam kalangan guru-guru dan menolong guru-guru untuk mengurus kanak-kanak hiperaktif di dalam kelas dengan cara yang betul dan bukandengan memberi tekanan seperti menganggap mereka bodoh dan lembab. Intervensi tingkah laku Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.

Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.

Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

10

Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah na

Pengurusan emosi Kanak-kanak hiperaktif biasanya melalukan sesuatu tampa memikirkan tentang orang yang berada disekitar mereka. Mereka suka bermain berseorangan dan melalukan pekara yang mereka mahu lakukan(hanya mengikut gerak hati mereka). Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menetapkan atau mengawal tingkah laku hiperaktif atau ADHD :

Jangan meninggalkan mereka sendirian untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda atau seusia mereka. Hal ini untuk mencegah mereka dari menyakiti atau mencedekakan kanak-kanak lain.

Jauhkan meraka dari benda-benda yang merbahaya. Untuk mengelakkan dari dia mencederakan dirinya sendiri ataupun orang lain

Mereka harus ditegur dan dididik dengan cara yang betul dan supaya mereka menilai apakah yang mereka lakukan.

Jangan bercakap dengan cara yang kasar di depan mereka kerana mereka selalunya akan mengikut apa yang kita lakukan.

Mereka harus diberikan perhatian yang lebih dan mengajar mereka tentang apa yang dan tidak harus dari usia mereka muda untuk memudahkan mereka membezakan apa yang harus dan apa yang tidak.

11

Jangan merendah-rendahkan diri mereka di depan orang. Hal ini akan menyebabkan mereka terasa tidak di sayangi dan akan memburukkan keadaannya.

Apa yang penting di dalam mendidik kanak-kanak ADHD ini adalah, ibu bapa perlu mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Selain itu ibu bapa haruslah tidak mudah mengalah atau berputus asa. Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah daya tumpuan yang singkat, ibu bapa boleh mengajar kanak-kanak yang bermasalah ini tidak kira tempat dan masa. Jika kanak-kanak ini berminat dengan kerja yang anda sedang lakukan, cuba terapkan nilai pendidikan pada ketika itu. Selain daripada itu, libatkan sekali kanak-kanak ini di dalam aktitiviti yang sedang kita lakukan. Kanak-kanak ini dapat belajar sambil bermain.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Satu pendekatan yang efektif diperlukan dalam proses pembelajaran bagi mengawal dan menarik minat pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini.Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif dengan mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapatmemberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (MohdFaldz Hj Ibrahim, 2007).Menurut James Dabson pula dalam bukunya kendalikan selagi mampu yangdipetik oleh Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) telah memberikan pengertiannya terhadapanak hiperaktif yang juga disebut hiperkinensis, kelainan kecil pada otak , kelainanimpuls dan beberapa istilah yang lain mendifinisikan hiperaktif sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali Cara Cara Membimbing Kanak-Kanak Hiperaktif 1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum mula bercakap.Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda ketika bercakap. Beri arahan yang jelas dan tepat. 2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjaditanggungjawabnya. 3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjarankepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.
12

4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekolah, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat selama 5 minit atau10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan dengan cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal. 5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa. 6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru bimbingan yang sesuai. 7. Latih anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik. 8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahananak anda. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana,kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahanseperti kanak-kanak normal. 9. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Dalam melatih ataumengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaankanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang diminatinya. 10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukanrawatan yang terbaik buat anak. 11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya.Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh. 12. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-halyang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal 13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan. 14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang bolehmembahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diridan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi

13

mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. 15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanakkanak tersebut lebihkreatif dan idealisme. 16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkanmakanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus andalakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar. 17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anakanak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif. 18. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan programprogram di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka. 19. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya dikala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itudisalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.Terimalah had kebolehan anak anda. Jika anda mampu melahirkan yang terbaik daripadaanak anda dan kemudian secara perlahan-lahan membantu dia untuk memperbaiki dirinya, makaanda telah menyempurnakan satu tanggungan Pendidikan khas di sekolah Seperti pelajar bekeperluan khas yang lain, pelajar ADHD akan ditempatkan di dalam kelas Program Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) dan mengiuti Kurikulum PKBP berdasarkan Sukatan Pelajaran PKBP Sekolah Rendah dan Menengah. Perlaksanaan kurikulum adalah luwes (flexible) mengikut keupayaan pelajar. Pengajaran guru akan disesuaikan dengan tahap

keupayaan mental pelajar, tingkah laku, tumpuan perhatian, tahap kemahiran, motor kasar dan halus, keupayaan berkomunikasi, dan lain-lain.
14

Sebab itulah Sukatan Pelajaran PKBP

digabungkan antara sekolah rendah dan sekolah menengah bagi menunjukkan kesinambungan kurikulum. Pelajar yang menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik akan mengikuti

pelajaran pada tahap yang lebih tinggi berbanding rakan-rakan mereka yang lain.

Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun. Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun mengikut keperluan murid-murid berkenaan.

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara optimum Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah & Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, antara yang boleh dijalankan oleh guru-guru ialah terapi.

Keperluan Terapi

Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap aktiviti atau kemahiran.

15

Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan kefungsian badan secara normal (Kamus Perubatan Mosley, 2001)

Dalam konteks Pendidikan Khas, terapi merupakan kaedah bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan daya pengamatan murid-murid, meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka. Di samping itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan. ( G. Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008; Z. Ibrahim, 2009).

Terapi-terapi yang boleh dilaksanakan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. terapi fisio terapi kuda terapi cara kerja terapi pertuturan terapi muzik dan pergerakan kreatif terapi seni terapi air/hidro terapi pasir terapi main terapi alternative

Contoh Bagi kanak-kanak ADHD yang mempunyai masalah tumpuan yang singkat mereka memerlukan keadaan persekitran yang boleh menenangkan mereka dan dapat membuat mereka diam dan memberi tumpuan dengan lebih lama.

16

Aktiviti terapi: Terapi motor kasar berjalan, berlari, gallop dan lompat di garisan lurus, di garisan bengkok dan menggunakan alatan seperti bangku. Terapi pengamatan (visual, auditori dan tactile) melihat gambar bertindih, mencari benda tersembunyi dalam gambar, membeza bunyi-bunyian dan menyentuh/merasa jenis permukaan Terapi motor halus memegang pensel dan menconteng atas kertas Terapi kuda menunggang kuda serta membetul postur badan dan perkembangan emosi. Terapi pasir meramas pasir, menconteng atas pasir, bermain dengan pasir untuk kemahiran motor halus. Terapi air bermain dengan bola dalam air bagi pengukuhan pergerakan dan perkembangan otot.

Selain daripada itu, terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan oleh sesebuah sekolah dalam membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gangguan ADHD ini antaranya memilih guru yang berkebolehan iaitu dengan menepatkan pelajar kepada guru yang optimis, fleksibel dan berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Guru yang liberal ini mampu menolong pelajar yang mengalami gangguan ADHD ini. Selain itu guru-guru ini mestilah lebih kreatif di dalam menangani kana-kanak ini. Mereka perlu memikirkan aktiviti yang dapat menolong kanak-kanak ini menumpukan perhatian di dalam pembelajaran mereka. Guru ini juga perlu lebih peka dengan factor keselamatan pelajar ini memandangkan mereka adalah lebih aktif daripada pelajar lain. Guru perlu sentiasa mengadakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dengan adanya aktiviti yang menarik ini, pelajar dapat menumpukan perhatian dengan lebih lama dan pelajat juga dapat menerima pembelajaran yang di ajar.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan sokongan bagi mempromosikan kelakuan yang ditugaskan iaitu dengan mencari seorang rakan belajar yang sesuai kepada pelajar ADHD, memerhatikan setiap kerja yang dilakukan oleh pelajar ADHD dan mengekalkan kekerapan komunikasi antara ibu bapa dengan sekolah.

17

Kesimpulan

Kanak-kanak dengan ADHD dapat dididik dan mempunyai potensi untuk berkembang seperti kanak-kanak lain. Malah terdapat kanak-kanak ADHD yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan kerjaya mereka. Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kualiti pendidikan yang diperolehinya ketika di rumah mahupun di sekolah. Kecelaruan tingkah laku kanak-kanak ini perlu diurus melalui proses pembelajaran yang tersusun dan sistematik. Pengetahuan ibu bapa dan guru tentang ADHD sangat penting dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak-kanak dengan ADHD. Ada pendapat yang mengatakan kanak-kanak ini mempunyai idea yang kreatif. Jika kita dapat memupuk kreativiti mereka, maka secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat serta sikap keyakinan diri mereka. Haruslah di ingat bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah pembelajaran yang lambat. Tidak mustahil jika ibu bapa bergading bahu dengan guru dan masyarakat membantu anak-anak ini, mereka pasti berjaya. Apabila anak-anak ini telah berjaya menguasai pembelajaran, mereka pula akan mempunyai kelebihan kerana daya kreativiti mereka yang lebih tinggi dari kanak-kanak biasa.

18

RUJUKAN

Bahan Ilmiah: Jamila K.A. Mohamed, 2006. Pendidikan Khas untuk KANAK-KANAK istimewa. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang, 2009. Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

Ang Huat Bin,1999. Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur.

Laman Web: Kanak-kanak berkeperluan khas http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=28

Pendidikan khas http://www.moe.gov.my/jpkhas/forums/index.php?action=vthread&forum=4&topic=33

Masalah bahasa dan komunikasi http://jomperaduan.blogspot.com/2009/01/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html

Penjagaan kanak-kanak keperluan khas http://www.skmethodist.edu.my/portal/modules.php?name=Encyclopedia&op=content&tid=29

Pengenalan Pendidikan Khas http://anuarsped.blogspot.com/2009/01/pengenalan-pendidikan-khas.html

Keperluan Terapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas Oleh DR. HAJJAH YASMIN BINTI HUSSAIN http://istimewapendidikankhas.blogspot.com/
19

Hyperactive Behaviour Management http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/HyperactiveBehaviourEmotionManagement.html #.UXVznUo9Awo Kanak-kanak Hiperaktif http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-hiperaktif.html Bermain untuk kanak-kanak istimewa http://adamayu.blogspot.com/2011/02/bermain-untuk-kanak-kanak-istimewa.html Hiperaktif ADHD http://pendidikankhassmkjabi.blogspot.com/2010/01/hiperaktif-adhd.html Ulasan jurnal ADHD http://mariatijoharikaq1043.blogspot.com/2011/03/ulasan-jurnal-adhd.html

20

Anda mungkin juga menyukai