Anda di halaman 1dari 34

Perkembangan Kanakkanak

Topik 1

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mengenal pasti perbezaan keupayaan individu dari segi


perkembangan fizikal, sosial dan emosi dan kognitif;

2. Menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak dari


peringkat
bayi, kanak-kanak berjalan bertatih-tatih, taska sehinggalah ke
prasekolah; dan
3. Membincangkan perkaitan antara perkembangan kanak-kanak
dengan persekitaran termasuk rakan sebaya, keluarga,
komuniti dan budaya.

PENGENALAN
Bahasa ialah sistem undang-undang
tatabahasa dan semantik yang
membuatkan pertuturan menjadi bermakna.
Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal
pembentukan dan penyambungan bunyibunyi bahasa.
Sementara komunikasi adalah interaksi
antara dua pihak, di mana kedua-duanya
memainkan peranan sebagai penyampai
dan penerima mesej.

PERBEZAAN KEUPAYAAN
INDIVIDU
Perkembangan kanak-kanak merupakan
satu bidang kajian yang merangkumi
pelbagai aspek pertumbuhan dan
perubahan manusia dari detik
persenyawaan sehinggalah mereka dewasa.
Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan
yang boleh diukur secara konkrit seperti
ketinggian atau berat, sama ada meningkat
atau menurun.

Perubahan kualitatif adalah satu


proses perubahan yang lebih abstrak
dari satu tahap ke tahap yang lain,
seperti perubahan kemahiran berfikir
atau bersosial.

Perkembangan Fizikal
pertumbuhan fizikal (perubahan saiz
badan dan kepala, kandungan badan,
pertumbuhan gigi dan rangka
tulang), kemahiran pergerakan
(motor kasar dan halus) serta
pengawalan dominan tangan (kanan
dan kiri).

Berat Badan
Purata berat badan bayi baru lahir
sihat adalah 3 kilogram. Bayi akan kehilangan lima
hingga sepuluh peratus berat badan ketika lahir kerana
kehilangan cecair dari tubuhnya dan penyesuaian
dengan persekitaran barunya. Walau bagaimanapun,
berat badannya beransur-ansur meningkat kembali 10
hari kemudian.
Berat badan bertambah dengan cepat pada peringkat
awal kanak-kanak. Kebanyakan bayi bertambah berat
badan sebanyak satu kilogram pada akhir bulan
pertama. Kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap
paling cepat. Selepas peringkat ini kadar pertumbuhan
beransur perlahan. Dari umur dua tahun hingga baligh,
berat akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram setiap
tahun.

Ketinggian Badan
Perubahan ketinggian bayi juga berubah dengan cepat. Setelah mencapai
umur dua tahun, ketinggian bayi meningkat sebanyak 75% daripada
ketinggian badan ketika lahir.
Pada umur dua tahun, kebanyakan kanak-kanak telah mempunyai kira-kira
separuh daripada ketinggian sebenar yang akan dipunyai apabila mereka
dewasa kelak.
Seterusnya, pertambahan sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter ketinggian
badan setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanakkanak lelaki sebelum usia sebelas tahun.
Kemudian pada usia 12 atau 13 tahun, kanak-kanak perempuan menjadi
lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.
Dalam lingkungan umur 14 tahun, ketinggian kanak-kanak lelaki
meningkat kembali dan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak
perempuan.

Kadar Pertumbuhan Fizikal


(i) Lilitan Kepala
Pada masa kelahiran, jisim otak
mencapai nisbah 2/3 saiz kepala orang
dewasa. Lilitan kepala bayi berusia
dua tahun adalah 48 sentimeter.
Peringkat perubahan lilitan kepala
kanak-kanak pada 3 tahun dan ke atas
lilitan kepalanya mencapai 50%
daripada saiz remaja.

(ii) Lilitan Lengan


Kadar perkembangan fizikal berlaku
dengan pesatnya pada awal kelahiran.
Pada umur tersebut, lilitan purata lengan
berukuran daripada 11 sentimeter kepada
16 sentimeter. Kadar perubahan fizikal ini
bergantung kepada kesihatan yang baik
dan penerimaan zat pemakanan yang
seimbang dan mencukupi.

Pengkhususan Otak
Korteks serebral merupakan bahagian terbesar
dalam otak manusia iaitu lingkungan 85%
daripada berat otak dan bertanggungjawab
bagi kecergasan unik spesis manusia.
Selain itu, korteks serebral adalah bahagian
otak yang terakhir berhenti tahap
perkembangannya. Terdapat dua hemisfera
korteks serebral, iaitu otak kiri dan otak kanan,
yang mempunyai rupa bentuk sama tetapi
fungsi berbeza

Hemisfera Otak Kiri


Ia mengawal kebolehan verbal seperti
bahasa oral dan tulisan dan mengawal
emosi positif seperti keriangan.
Hemisfera Otak Kanan
Ia merupakan bahagian yang
mengawal kebolehan spatial iaitu hal
jangkaan jarak, bacaan peta, pengesan
bentuk geometrik dan kawalan emosi
negatif seperti kesedihan dan
kemurungan.

Kemahiran Pergerakan Motor


Kasar dan Halus
Perkembangan motor bayi merangkumi
kawalan pergerakan yang membantu
bayi untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran
setiap kemahiran bekerjasama antara
satu sama lain untuk mengawal
persekitaran berkesan.
Kemahiran pengawalan pergerakan
kanak-kanak merangkumi kemahiran
motor kasar dan halus.

Perkembangan Sosial
dan Emosi
Perkembangan sosial kanak-kanak
merupakan satu proses apabila kanakkanak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara yang dapat diterima
oleh masyarakat dan budayanya.
Perkembangan emosi kanak-kanak
merupakan tindak balas terhadap
sesuatu perkara, objek, orang atau
keadaan yang bertindak sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi.

(a) Kemahiran Komunikasi


Kanak-kanak berkomunikasi dengan orang
lain dapat dilihat dengan jelas pada
tingkah laku mereka semasa bermain
bersama rakan-rakan ataupun membantu
ibu bapa menjaga adik di rumah.
Pada usia satu hingga dua tahun,
walaupun kanak-kanak bermain di suatu
lokasi yang sama, contohnya dalam bilik
darjah, interaksi sosial yang berlaku di
kalangan kanak-kanak tersebut adalah
minimum.

(b) Perkembangan Konsep


Kendiri
Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang
kompleks. Secara umumnya, konsep kendiri
boleh didefinisikan sebagai anggapan
menyeluruh tentang diri sendiri, sama ada
positif atau negatif.
Konsep kendiri juga merangkumi identiti kendiri
dan kepercayaan tentang diri sendiri. Misalnya,
seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang
keluarga, bangsa dan agamanya sendiri.

(c) Emosi Diskrit


Emosi diskrit adalah emosi asas yang
dapat dikesan melalui air muka,
misalnya suka, takut, marah, sedih,
atau duka minat, terkejut dan jijik.
Nada perasaan emosi dipercayai
timbul pada peringkat awal masa
bayi.

Terdapat empat jenis


keyakinan perapatan:
(i) Yakin
Kanak-kanak membina keyakinan perapatan dengan penjaga,
merasa cemas apabila berpisah dengan penjaga dan berani
meneroka persekitaran baru apabila penjaga kembali.
(ii) Mengelak (Avoidant)
Kanak-kanak yang mengelak penjaga apabila mereka kembali.
(iii) Menolak (Resistant)
Kanak-kanak memberi reaksi yang menunjukkan kekeliruan
terhadap pengasuh mereka mungkin menolak atau memeluk
pengasuh.
(iv) Keliru (Ambivalent)
Kanak-kanak menunjuk respon yang keliru kadang-kadang dia
menolak dan kadang-kadang dia memeluk pengasuhnya.

(e) Temperamen
Temperamen merupakan bahagian personaliti yang
menentukan tingkah laku, reaksi dan respon, sama ada
konsisten atau berubah kepada pelbagai stimuli.
Temperamen individu boleh dibezakan berdasarkan
sembilan ciri temperamen iaitu
Paras aktiviti;
Rentak;
Senang terganggu;
Boleh didekati atau kemesraan;
Tahap penyesuaian;
Penumpuan perhatian dan ketekunan;
Intensiti reaksi;
Perasaan yang sensitif; dan
Kualiti perasaan.

(f) Tingkah Laku Prososial dan


Antisosial
Tingkah laku prososial merupakan
perasaan empati kanak-kanak yang
membawa kepada perkembangan sosial
ke arah membantu orang lain.
Antara persoalan yang sering dikaji oleh
ahli-ahli psikologi ialah bagaimanakah
wujudnya kecenderungan seseorang
individu untuk bekerjasama dan apakah
pengaruh persekitaran dalam membentuk
tingkah laku prososial atau antisosial
kanak-kanak.

Tingkah laku antisosial adalah seperti tingkah


laku agresif, intrusif, disruptif, asertif dan suka
mengawal orang lain atau melakukan keganasan
dan mencederakan orang lain. Tingkah laku agressif
sebegini biasanya apabila mereka menguasai
kemahiran meluahkan perasaan secara verbal.
Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang
individu menjadi antisosial. Salah satunya ialah
tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu
sebenarnya merupakan konsekuen daripada proses
peniruan (modeling), misalnya melalui model-model
atau cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen.

Perkembangan Kognitif
Perkataan kognitif berasal daripada
perkataan Latin cognitio yang
bermaksudto know iaitu mengetahui
atau memahami.
Kognitif dari segi bahasa bermaksud
pemerolehan ilmu pengetahuan dan
pengalaman melalui proses berfikir
dan senses atau kesedaran mental.

PEMERINGKATAN
PERKEMBANGAN BAHASA
KANAK-KANAK

. Bayi
Bayi ketika dilahirkan tidak memahami
Lazimnya kita telah pun
mengetahui
penguasaan
bahasa
pertama
berlaku
semulajadi semenjak kecil lagi.

bahasa.
bahawa
secara

Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara


berperingkat-peringkat. Apa yang penting ialah
bahawa bayi itu belajar secara tidak formal.
Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Bayi dapat
menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh
bukan melalui proses pembelajaran. Kanak-kanak
hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka
dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan
sendirinya menggunakan bahasa itu.

PEMERINGKATAN BAHASA
KANAK-KANAK
Kanak-kanak taska

Semasa kanak-kanak berada di taska,


pemerolehan bahasa kanak-kanak itu banyak
dipengaruhi oleh rakan, pengasuh dan
persekitarannya.

Kanak-kanak itu akan mengikut sahaja apa yang


mereka dengari dan lihat tanpa memikirkan baik
buruknya atau implikasi bahasa atau pertuturanya
itu.

Kebanyakan aktiviti kebolehan berbahasa kanakkanak taska dilaksanakan semasa kanak-kanak


bermain bongkah, melihat gambar, bermain anak
patung, bermain pondok-pondok dan sebagainya.

Pengasuh atau guru pula akan membantu


kanak-kanak ini dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa kanak-kanak melalui
aktiviti bercerita.

Untuk itu pengasuh perlu menyediakan


satu sudut bacaan kanak-kanak supaya
secara tidakl langsung akan membantu
kanak-kanak memilih buku yang mereka
gemari. Perlu diingat juga semasa di taska
guru perlulah bertindak sebagai fasilitator
sahaja iaitu akan membetulkan kesalahankesalahan yang kanak-kanak itu lakukan.

PEMERINGKATAN BAHASA
KANAK-KANAK

Kanak-kanak Prasekolah

Semasa di tadika, kanak-kanak suka bercakap


bersendirian terutamanya ketika bermain dan
meneroka didalam persekitarannya.

Ketika kanak-kanak berada ditadika, guru akan


membantu kanak-kanak untuk
memperkembangan kebolehan dan kemahiran
berbahasa. Pelbagai aktiviti akan diadakan untuk
membolehkan kanak-kanak mahir dan
berkebolehan berbahasa. Antara aktiviti-aktiviti
yang diadakan untuk memahirkan kanak-kanak itu
berbahasa adalah seperti berikut;

KAEDAH P&P PERINGKAT


PRASEKOLAH
Pengalaman melalui pendengaran

Kemahiran mendengar penting bagi


kanak-kanak. Pengalaman mendengar
bunyi dan perkataan akan membantu
kemahiran mendengar. Kemahiran
mendengar penting bagi kanak-kanak.
Guru sebaiknya memberi arahan kepada
kanak-kanak mengikut arahan pertama,
seterusnya dan akhir, supaya kanakkanak mudah memahaminya

KAEDAH P&P PERINGKAT


PRASEKOLAH
Meneka bunyi yang dibunyikan oleh guru dalam
cerita
Mengajuk bunyi yang dibunyikan oleh guru
Mengecam dan menyebut semula perkataan
yang didengar
Pengalaman mengikut arahan
Guru sebaiknya memberi arahan kepada
kanak-kanak mengikut arahan pertama,
seterusnya dan akhir supaya anak-anak
mudah memahaminya.
Mendengar dan memberi gerak balas terhadap
arahan dan cerita
Permainan menyambung cerita
Mendengar cerita melalui headphone
Bersoaljawab

KAEDAH P&P PERINGKAT


PRASEKOLAH
Pengalaman melalui pertuturan
Aktiviti pertuturan
menggalakkan kanak-kanak
menyebut perkataan dengan
betul, menggunakan intonasi
dan jeda yang tepat dan jelas
di samping meransang
kebolehan membentuk ayat
yang lengkap.

Aktiviti pertuturan menggalakkan kanak-kanak


menyebut perkataan dengan betul, menggunakan
intonasi dan jeda yang tepat dan jelas di samping
meransang kebolehan membentuk ayat yang
lengkap.
Aktiviti kuiz melatih kanak-kanak dalam
penggunaan soalan seperti siapa, di mana,
bagaimana, bila dan mengapa. Aktiviti nyanyian
dapat memudahkan kanak-kanak belajar menyebut
perkataan dan rangkaikata yang berirama. Melalui
nyanyian juga dapat meningkatkan
perbendaharaan kata kanak-kanak. Berikut adalah
aktiviti pertuturan :

AKTIVITI MELALUI
PERTUTURAN

Memberi ucap selamat, terima kasih,


bermaafan
Aktiviti perbualan awal dan bersoajawab
Menyanyi lagu pendek dan lagu tradisional
Bercerita, menceritakan semula peristiwa ikut
urutan
Melafazkan pantun dan puisi
Melakonkan watak dalam cerita

Melakon watak penjual dan pembeli


Melakon peranan ibu, ayah dan guru
Meniru aksi dan watak haiwan seperti kucing dan
ayam

Berjenaka
Bersajak
Penggunaan perisian komputer

AKTIVITI MELALUI
MEMBACA
Membaca (Prabaca atau awal
bacaan)

Selain daripada kemahiran tersebut di


atas, guru ataupun ibu bapa perlu
menyediakan persekitaran yang
meransangkan bagi menggalakkan minat
membaca. Contohnya, di prasekolah
guru perlulah menyediakan sudut
bacaan yang diisi dengan bahan-bahan
bacaan yang menarik dan pelbagai jenis.

Anda mungkin juga menyukai