Anda di halaman 1dari 8

Definisi Dan Punca Autisma

Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang
bererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan
kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adalah
kategori ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi
sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.

Punca berlaku autisma


Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autism
membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap
dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

1.kerosakan otak
Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian
otak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak
normal kerana ada yang lebih besar.

2.Genetik
Kecelaruan autistik boleh diwarisi.

3.Komplikasi semasa kandungan


Dalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas
mengandung, termasuk

 Kekurangan oksigen semasa kelahiran


 Keracunan thalidomide
 Rubela kongenital
 Encephalitis
 Measles-campak
 Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971).
4. Kedudukan anak juga ada kaitan iaitu:
 Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga
 Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang
(Mesibov et al.,1997)
5. Faktor Pemakanan Yang Tidak Seimbang Dan Berkhasiat
Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang terbaik untuk menjamin
kandungan yang bakal lahir tidak bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung
akan mengalami alahan yang teruk dan ini menyumbang kepada pemilihan makanan
yang tidak sihat dan berkhasiat. Contohnya kekurangan zat besi akan menyebabkan
bayi tumbesarannya terbantut.

6. Emosi Ibu Yang Mengandung Yang Sering Murung


Semasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu memastikan tahap emosi berada
dalam keadaan terkawal. Ini kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan
suami akan memberi kesan kepada emosi si ibu untuk bersikap murung dan
seterusnya memberi kesan yang negatif kepasa bayi yang bakal lahir.

7. Kesihatan ibu yang sering terganggu


Ibu yang mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal dan dipantau
agar masalah yang dihadapi / penyakit dapat dikesan dan dirawat dengan segera.
Kesihatan yang sering terganggu menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk
memberi tupuan kepada bayi yang dikandung.

7. Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di
dalam kandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan
pada 8 minggu pertama kehamilan.
Di antaranya ialah :

 Thalidomide
 Asid Valproik
 Misoprostol
 Jangkitan Rubella pada ibu

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Autisma


Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

1.Komunikasi –
 Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
 Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota
badan.
 Kurang cerdas semasa bermain
 Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
 Ekolalia
 Tidak suka bertentang mata dengan orang lain
2.Tindak balas sosial
 Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
 Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
 Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
 Suka bermain sendirian
 Tidak suka bergaul
3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
 Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan,
menggoyangkan
 badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
 Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
 Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
 Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
 Sukakan rutin
 Cederakan diri sendiri
 Tidak suka disentuh
Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari segi:

 Kerencatan bahasa
 Masalah kefahaman

Pertimbangan Pendidikan
Guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peneguhan positif kepada
murid Autisma. Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan aktif
dalam aktiviti pembelajaran. Di samping itu juga sebagai guru kelas, murid Autisma
perlu diberi peluang untuk membentuk kemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu
perkenalkan situasi yang berbeza untuk murid Autisma merasa perbezaan. Ini kerana
mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan sedikit perubahan yang dibuat, murid akan
cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan sekaligus mendapat pengalaman
serta pengetahuan baru.

Murid Autisma berpotensi dalam akademik. Prestasi mereka diukur melalui


pemerhatian dan diubahsuai jika guru tidak berpuashati.Kerjsama ibu bapa dan guru
dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan diri murid Autisma.
Antara kaedah yang dapat digunakan ialah kaedah terapi Floortime iaitu murid
didedahkan ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah Terapi
Pertuturan akan membantu murid Autisma bertutur dengan bahasa dan situasi yang
sesuai. Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah TEACCH (Training and
Education of Autistic and Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang
menggunakan bahan visual untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran berdikari
seperti menyusun pakaian secara teratur. Kaedah dijelaskan dengan kad gambar
secara berperingkat iaitu dari mudah kepada susah.

CIRI-CIRI & JENIS AUTISME - SUBJEK PENGENALAN


PENDIDIKAN KHAS
CIRI-CIRI AUTISME

Kebanyakan bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Terdapat dua ciri utama yang
sering ditunjukkan termasuklah mengelakkan sentuhan fizikal daripada penjaga dan
melengkungkan belakang agar tidak disentuh fizikalnya oleh penjaga serta melembikkan badan
jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap sebagai pasif atau ’ overly
agitated baby ’.

Bayi yang ’ pasif ’ merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan
kurang memerlukan perhatian atau membuat kerenah daripada ibubapa. Manakala bayi ’ overly
agitated baby ’ pula merupakan bayi yang menangis dan kadang-kadang tanpa henti dan
berjaga sepanjang masa.

Kanak-kanak autisme pula, mereka kebanyakannya mencapai tahap perkembangan motor


seperti bercakap merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala
sebahagiannya pula mempunyai perkembangan yang lewat.

Hampir 1 ½ bahagian daripada kanak-kanak autistik berkembang secara normal sehingga


mereka berumur 1 ½ hingga 3 tahun, barulah simptom autistik mula kelihatan. Kanak-kanak ini
sering dianggap sebagai pengidap ’ regressive ’ autisme. Regression terjadi hasil daripada
candida albican’s, pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, sawan dan lain-lain.

Kanak-kanak autistik sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam aspek
komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Ketidakfungsian
tingkahlaku mula timbul seperti ’ self-stimulatory behaviors ’ iaitu pengulangan tingkahlaku yang
tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyangkan badan, mencederakan diri seperti menggigit
tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, ice contact yang lemah, tidak sensitif
kepada sakit, hiper atau hipo dan kurang menumpukan perhatian.

Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak ini ialah mereka mahu kepada kesamaan dan
tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang sama.

Kanak-kanak autistik cuba mengekalkan rutin harian dan jika berlaku perubahan kecil sekalipun
akan memperlihatkan sedih dan tidak tenteram. Mereka mahu kesamaan itu mungkin kerana
tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza.

Kanak-kanak autistik juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh.


Sebahagian daripada mereka menghadapi sawan untuk kali pertama ketiga baligh yang
mungkin disebabkan perubahan hormon.

Kajian yang dilakukan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan
autisme ialah :
i. masalah sosial: lemah dalam interaksi dua hala

ii. masalah komunikasi; verbal atau non verbal

iii. kurang daya imaginasi

Kanak-kanak autistik mempunyai ingatan yang baik untuk menghafal sesuatu seperti jadual
perjalanan bas walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut.

Setiap kanak-kanak autisme mempunyai ciri-ciri yang berbeza kecuali kanak-kanak autisme
yang tulen, mereka mempunyai hampir semua ciri seperti berikut :

Bersendirian dan berjauhan.

Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati
dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja.

Kanak-kanak ini menolak kehadiran seseorang atau melihat menembusi seseorang terutama
ketika bercakap dengannya.

Sukar bermain dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal.

Pemerhatian atau pemeriksaan diri sendiri

Kanak-kanak ini memeriksa bahagian anggotanya seperti kaki dan tangan seolah-olah ianya
baru dan pelik.

Membuang masa pada sesuatu objek.

Suka membawa berbagai objek dan amat marah apabila kehilangan objek tersebut.

Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain dan marah jika kehilangannya.
Membuat garisan atau corak dengan berbagai objek tanpa menghiraukan fungsi sebenar objek
tersebut.

Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata
dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat
gambar tersebut.

Permainan yang aneh dengan objek seperti memusing, menggoyangkan tali, menggoncang
objek di dalam tin dan mengoyak kertas.

Tidak suka kepada perubahan.

Sangat sukar mengubah rutin seperti menukar pakaian baru, makanan lain, jalan lain atau
makan ubat kerana melanggar rutin hariannya.
Menolak penerimaan belajar perkara baru.

Marah jika perabut di dalam rumah diubah-ubah.

Bersifat aneh terhadap sesuatu penerimaan deria.


Tidak bertindakbalas terhadap percakapan atau bunyi-bunyian.
Menutup telinga bila mendengar bunyi atau seseorang bercakap dengannya.

Bersikap seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.

Tiada tindakbalas terhadap sesuatu yang dilihat.

Menunjukkan minat pada benda yang bergerak.

Mengelakkan diri melihat sesuatu bila disuruh.

Bersikap seperti orang rabun walaupun boleh melihat.

Bersikap aneh terhadap kesakitan, panas atau sejuk. Bahkan tidak merasa sakit, panas dan
sejuk.

Sikap atau perasaan ganjil dan tidak normal

Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan
sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai,
hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab.

Mengilai dan ketawa tanpa sebab.

Tidak tahu erti bahaya. Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung
rumah dan lain-lain lagi.

Gangguan pertuturan.

Tiada pertuturan langsung.

Pertuturan yang tidak sempurna seperti ’ka’ untuk muka dan ’tu’ untuk pintu sehingga kanak-
kanak ini dewasa.
Menggunakan perkataan mudah.

Menggunakan perkataan berulang-ulang tanpa mengetahui maksudnya.

Menggunakan suara yang luar biasa untuk menyebut sesuatu perkataan.

Gangguan pergerakan.

Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain
dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Berbaring kaku tanpa bergerak dalam jangkamasa yang lama

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk


tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di
hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.
Intelek yang luar biasa

Pintar matematik

Bijak ’ jigsaw puzzles ’


Ingatan kuat terhadap hafalan seperti senikata lagu, nombor, nama dan lain-lain lagi.

Cepat membaca dan menulis.

Kemahiran mekanikal luar biasa.

Ciri-ciri utama Kanak-Kanak Autisme

Berkelakuan seperti orang pekak walaupun boleh mendengar.


Tidak memahami apa yang dilihat walaupun boleh melihat.
Gemar bermain dengan bentuk permainan yang luar biasa.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Ketawa dengan tiba-tiba.
Tidak mahu dipeluk dan dibelai.
Bercakap tidak putus-putus mengenai objek yang disukai.
Perkataan berulang-ulang.
Suka memutarkan barang.
Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
Tidak merasai kesakitan.
Berkelakuan aneh.
Tingkahlaku terlalu aktif atau pasif.
Sukar menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
Tidak mahu bermesra.
Mempunyai bakat tertentu seperti muzik.
Menunjuk dengan jari apa yang dikehendaki.
Memegang tangan orang lain untuk memberi arahan.
Tidak mahu menerima pelajaran biasa.
Suka meniru perkataan orang lain.
Tidak mahu perbezaan dalam hidup.
Tidak mengenali sesuatu bahaya.
Sayang terlampau terhadap sesuatu objek.
Suka mengelak diri daripada bertentangan mata semasa berkomunikasi.
Menghadapi gangguan deria .
Berlaku semasa lahir atau sebelum berumur dua tahun.
Sukar berhubung dengan orang lain.
Memperlihatkan tingkahlaku yang ganjil seperti tidak suka pada sentuhan, pelukan, senyuman
atau bertentangan mata.
Kelihatan seolah-olah tidak memberi perhatian tetapi berubah sifat dengan tiba-tiba apabila
objek kegemaran disebut.
Suka menyendiri seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri.
Memperlihatkan perlakuan tersendiri yang menjadi masalah jika berterusan.

JENIS DAN AUTISME


Sememangnya tidak ada satu kata sifat yang menjelaskan setiap jenis individu autisme. Hal ini
kerana terdapat banyak bentuk kecelaruan seperti individu yang anti sosial atau yang boleh
bersosial, agresif terhadap diri sendiri atau pun agresif terhadap orang lain. Sesetengahnya
mempunyai sedikit bahasa atau tiada bahasa langsung, ada yang mengulang-ngulang
perkataan atau frasa dan sebahagian mempunyai kemahiran bahasa seperti individu normal.

Edelson ( 1999 ), berpendapat memandangkan masih tiada lagi ujian fisiologi untuk
menentukan samada seseorang itu mempunyai autisme, oleh itu cara untuk mendiagnosis
adalah bila individu menunjukkan beberapa ciri tingkahlaku yang berkaitan.

Sebenarnya ramai individu autisme mempunyai tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang
nyata bercirikan autisme. Kajian menunjukkan orang yang terlibat memang mempunyai
tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi mempunyai kecelaruan yang jelas. Autisme
tersebut termasuklah Sindrom Asperger, Sindrom Fragile X, Sindrom Landau-Kleffner, Sindrom
Rett dan Sindrom Wiliams.

Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang konkrit, terlalu memikirkan mengenai
sesuatu topik, ingatan yang baik dan mempunyai sikap yang ganjil serta luar biasa. Mereka
boleh dianggap sebagai mempunyai tahap kefungsian yang tinggi dan layak untuk mempunyai
kerja dan boleh hidup berdikari.

Sindrom Fragile X pula merupakan satu bentuk mental retardasi ’ long arm’. Lebih 15%
pengidap sindrom ini menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistik. Tingkahlaku ini
termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat, hiperaktif, eye contact yang
lemah dan mengibar-ngibarkan tangan. Kebanyakan individu ini berfungsi pada tahap masalah
ringan kepada yang sederhana. Semakin mereka membesar, perkembangan fizikal mereka
menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang serta mungkin
menghadapi masalah jantung.

Sindrom Landau Kleffner menunjukkan banyak tingkahlaku autisme seperti mengelakkan diri
daripada bersosial, menghendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai masalah bahasa.
Mereka sering dianggap menghadapi ’ regressive ’ autisme kerana menunjukkan ciri seperti
normal sehingga umur 3 tahun hingga 7 tahun.Kemahiran bahasa jika ada akan berakhir
dengan hilang keupayaan bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak
normal jika dianalisis corak EEG semasa tidur.

Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat yang memberi
lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara umur ½ tahun hingga 1 ½
tahun. Mereka memperlihatkan ciri-ciri seperti kehilangan pertuturan, mengulang memulas
tangan, menggoyangkan badan dan mengelak daripada bersosial. Bahkan individu ini biasanya
mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk dan sangat teruk.

Manakala Sindrom William mempunyai ciri-ciri autistik termasuklah perkembangan yang lambat
dalam aspek bahasa, sensitif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian dan mempunyai
masalah sosial. Secara umumnya mereka yang mempunyai sindrom ini lebih bersosial dan
menghadapi masalah jantung.

Anda mungkin juga menyukai