Anda di halaman 1dari 2

Public Lecture 2 - Report

SITI NUR FADHILAH BINTI MOHD YUSSOF

GB03370

Adam Brimo memulakan syarahan dengan bertanyakan soalan “Bagaimanakah anda boleh tiba
disini?” Soalan ini tidaklah bermaksud bagaimana caranya untuk datang ke majlis ini, tetapi ia
bermaksud bagaimana anda masuk ke alam universiti. Kerana menurut beliau, banyak yang kita
harus lalui demi menjejakkan kaki ke alam institusi pengajian tinggi. Beliau meneruskan syarahan
dengan menerangkan apa itu ‘OpenLearning’. Ianya adalah satu platform yang berteraskan akses
dan kualiti pendidikan. Akses pendidikan bererti mudahnya dizaman ini untuk seseorang menuntut
ilmu, dengan menggunakan teknologi. Dengan ini akan lebih ramai lagi yang akan berpeluang
untuk meneruskan pembelajaran, walaupun dari luar negara. Kualiti pendidikan juga harus
dititikberatkan. Bagaimana kita tahu bahawa kos pendidikan yang sedang diambil itu bakal
membuahkan hasil atau tidak. Keadaan menjadi semakin rumit dengan perubahan pada
persekitaran dan budaya itu sendiri dengan sebab kewujudan teknologi.

Dari situlah wujudnya ‘OpenLearning’. Ia membolehkan ramai orang menyambung pembelajaran


ke peringkat yang lebih tinggi. Katanya, ini bukan lagi zaman menghafal teori untuk meneruskan
pembelajaran, seseorang itu haruslah faham akan konsep yang cuba disampaikan oleh tenaga
pengajar dan memahaminya. Adam Brimo membentangkan istilah baru iaitu ‘Massive Open
Online Course’ atau ‘MOOC’ yang mana sesiapa sahaja boleh sertai kursus yang sedang
dijalankan, tidak kira dimana mereka berada. Malaysia adalah salah satu negara yang terawal yang
mengamalkan ‘MOOC’, bagi membolehkan anda belajar tentang kemahiran keusahawanan dan
kemahiran berfikir secara kritikal. Pendek kata, anda boleh mempelajari pelbagai jenis ilmu dan
kemahiran yang baru, apa sahaja yang anda inginkan. Langkah berikutnya adalah dengan memiliki
impian. Kita haruslah menggunakan teknologi sebaiknya bagi menambah ilmu, mempelajari
perkara baru.

Syarahan diteruskan dengan persoalan ‘siapa yang ingin anda jadi dimasa hadapan?’ Kita harus
mempunyai sikap sentiasa memiliki impian untuk dicapai, cita-cita yang baik, dan lokasi yang
ingin dijadikan kawasan kerja. Namun haruslah kita beringat bahawa profesion boleh berubah
mengikut kehendak semasa. Jangan menjadikan alasan tercipta dihadapan, sebaliknya gunakan
alasan tersebut untuk menjadi lebih baik dari peringkat sebelumnya. Kita harus ada target ketika
sedang menyambung pembelajaran, contohnya mencuba sesuatu yang tidak pernah dibuat, atau
mencabar diri melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Perasaan ingin mencuba haruslah
sentiasa dipupuk agar biasa berhadapan dengan masalah baru dengan lebih tenang, tanpa perlu
memikirkan samada kita boleh melakukannya atau tidak. Jika kita tidak meletak titik halangan
didalam diri, peluang untuk berjaya akan lebih cerah.

Antara kelebihan lain masuk ke alam universiti adalah, kita boleh mendapat ramai rakan baru,
yang mana kita akan terkejut betapa setianya mereka menjadi kawan kita walaupun sudah
bertahun-tahun meninggalkan alam universiti. Beliau juga menggalakkan pelajar untuk mencuba
perkara baru dan sedia mengambil risiko, demi mendapat pengalaman dan seterusnya menjadi
orang yang berjaya didalam hidup. Kita harus fokus pada pengalaman dan buat yang terbaik demi
mendapat keputusan yang terbaik.

Anda mungkin juga menyukai