Anda di halaman 1dari 21

ASSIGNMENT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER


Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan mengenai perkembangan kanak-kanak
melalui interaksi ataupun perhubungan secara zahiliah dengan alam persekitaran dan
masyarakat setempat. Berkaitan dengan itu, terdapat pelbagai kesinambungan yang
berlaku samaada secara jelas atau tidak. Dalam rangkaian kesinambungan ini,
Bronfenbrenner menyatakan pendapatnya berdasarkan kepada penelitian terhadap
kanak-kanak. Pada asasnya, teori ini seperti merujuk kepada sikap semulajadi kanak-
kanak yang dianggap sering menggunakan persekitaran untuk melatih kemahiran dan
kepenggunaan dalam diri sendiri.
Berdasarkan teori ini, Bronfenbrenner telah menetapkan lima ciri-ciri penting
yang perlu diambil kira. Kelima-lima ciri ini adalah sistem tetap dalam teori ekologi dan
merupakan satu keutamaan. Kelima-lima sistem ini adalah mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem. System-sistem ini merupakan perkaitan
atau kesinambungan yang dikaitkan dengan persekitaran kanak-kanak dengan
perhubungan interaksi kanak-kanak itu sendiri. Oleh itu, teori ini merupakan
kepercayaan berasaskan kepada kajian mendalam yang mengaitkan hubungan kanak-
kanak dengan persekitaran mereka samaada dengan masyarakat, pengaruh alam
sekitar, iklim, budaya dan bahasa, kepercayaan dan lain-lain.
Penekanan teori ekologi ini adalah kepada keupayaan kanak-kanak dalam
menyesuaikan diri kepada persekitaran di samping dapat memanfaatkan kemahiran-
kemahiran yang lahir berasaskan kepada persekitaran setempat. Disebabkan itu,
Bronfenbrenner telah membuat penegasan berdasarkan kepada cirri kanak-kanak,
hubung kait dan kesan kepada kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan kepada lima cirri
yang terdapat dalam kajian teori ini, masyarakat akan dapat melihat dengan jelas
peranan-peranan yang dimainkan oleh keluarga, rakan-rakan, kawasan kejiranan,
masyarakat umum dan sebagainya.

Oleh yang demikian, adalah wajar sekiranya teori ini diberi lebih perhatian dan
penekanan terutama kepada guru-guru untuk menilai tahap perkembangan kanak-
kanak. Hal ini adalah untuk mengelakkan para guru daripada mengabaikan keperluan
dan kehendak murid-murid kelak. Kerana itu, persekitaran yang baik turut diambil kira di
samping gagasan perkembangan kanak-kanak yang baik dan berkesan. Perhubungan
teori ini juga dilihat sebagai sejajar dengan kehendak sistem Pendidikan Negara yang
menekankan aspek kemahiran kanak-kanak samaada secara langsung atau tidak
langsung.
Kesimpulannya, para guru, ibubapa dan masyarakat setempat perlulah sama-
sama menghayati dan memahami teori ekologi Brofenbrenner agar perkembangan
kanak-kanak tidak terhenti dan terbantut. Masing-masing perlu memainkan peranan
dalam memberi tunjuk ajar dan melatih kanak-kanak untuk membina perkembangan
yang baik dan teratur.

2.0 SISTEM PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER


Dalam teori ekologi ini, Bronfenbrenner telah menggagaskan lima sistem berkait rapat
dengan keperluaan kanak-kanak untuk meningkatkan tahap perkembangan kemahiran
mereka. Lima teori ini adalah mengenai mikrosistem, mesosistem, eksosistem,
makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem ini merupakan kesinambungan yang
jelas mengenai teori ekologi ini. Sistem-sistem ini menyifatkan bahawa kanak-kanak
boleh memperkembangkan kemahiran mereka berasaskan kepada persekitaran.
Rajah 1 : Sistem-sistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner

2.1 Mikrosistem
Sistem mikrosistem adalah berhubungkait dengan persekitaran terdekat kanak-kanak.
Hal ini bermaksud, keadaan atau suasana yang berlaku secara langsung terhadap
kanak-kanak dari segala segi samaada untuk interaksi, aktiviti sosial mahupun sebagai
contoh tingkah laku. Oleh itu, teori ekologi ini menyatakan bahawa kanak-kanak akan
lebih banyak menghabiskan masa mereka berasaskan kepada sistem ini.
Berasaskan sistem mikrosistem, kanak-kanak adalah lebih rapat atau mudah
dipengaruhi oleh masyarakat terdekat seperti ibu bapa, adik beradik, rakan, jiran dan
guru. Hal ini bermakna, kawasan terdekat untuk kanak-kanak bagi mikrosistem adalah
di rumah, kawasan kejiranan atau persekitaran rumah terdekat, serta kawasan
persekolahan. Bagi kawasan rumah, masyarakat terdekat dengan kanak-kanak ialah
pihak keluarga seperti ibu bapa dan adik-beradik. Bagi kawasan kejiranan pula,
masyarakat terdekat adalah seperti jiran dan rakan-rakan sementara kawasan sekolah
pula berkait rapat dengan guru dan rakan sekolah.
Ramai yang membuat tanggapan dan andaian bahawa kanak-kanak mudah
dipengaruhi dengan budaya persekitaran yang dibawa secara langsung. Hal ini
bermaksud masyarakat sekitarlah yang memberi ruang bagi kanak-kanak menilai dan
memilih budaya mereka mengikut apa yang mereka lihat, rasa, dan alami. Namun
begitu, berasaskan kepada teori ekologi Bronfenbrenner, kanak-kanak telah dserapkan
dengan kemahiran dan kebudayaan berasaskan kepada teknik pengajaran dan tunjuk
ajar dari masa ke semasa. Oleh itu, teori ini telah menyangkal pandangan dan
pendapat sesetengah pihak walhal keadaan semasa sebenarnya telah mengubah
kebenaran teori ini berasaskan kepada sistem mikro.
Apabila melihat beberapa rujukan terutama daripada lain-lain teori yang
berkaitan seperti teori kognitif, maka terdapat beberapa kekeliruan yang mula timbul.
Antaranya, apabila berlaku unsur lepas tangan dengan harapan kanak-kanak boleh
mencapai tahap kemahiran mereka secara kendiri. Oleh itu, sistem ini dilihat tidak
terlalu mantap jika hanya bergantung kepada satu sistem sahaja. Maka adalah wajar
jika unsur mikrosistem dikaitkan dan digabungjalinkan dengan kesemua sistem yang
terdapat dalam teori ekologi Bronfenbrenner.
2.2 Mesosistem
Sistem seterusnya yang dijelaskan dalam teori ekologi ini adalah mesosistem. Menurut
Bronfenbrenner, mesosistem adalah kesinambungan daripada mikrosistem. Hal ini
bermakna, elemen mesosistem tidak akan berlaku sekiranya elemen mikrosistem tidak
berlaku terlebih dahulu. Sebarang perkara yang berlaku semasa proses mikrosistem
berkembang dalam diri kanak-kanak akan mempengaruhi hubungan dengan elemen
mikrosistem yang lain. Dalam bahasa yang lebih mudah, gabungan dua elemen
mikrosistem akan melahirkan unsur mesosistem.
Mesosistem menjelaskan kepada umum bahawa keadaan atau suasana di
sesuatu tempat akan mempengaruhi tingkah laku individu di kawasan lain. Sebagai
contoh, kaitan antara rumah dengan sekolah. Sekiranya seseorang pelajar merasai
pengalaman di rumahnya, maka pelajar itu akan menggunakan pengalaman dan
tingkah lakunya untuk dibawa ke kawasan sekolah. Hal ini adalah jelas, sekiranya
dilihat keadaan atau pembawakan kanak-kanak di persekitaran sekolah, maka
pembawakan atau wataknya di rumah boleh dianggap sama. Begitulah juga dengan
hubungan kanak-kanak samaada membabitkan rumah dengan sekolah, rumah dengan
jiran ataupun antara sekolah dengan jiran.
Walaubagaimanapun, masih juga terdapat keraguan di dalam kajian berkaitan
dengan sistem meso ini. Hal ini adalah kerana, masih wujud masalah di mana pelajar
tidak membawa perwatakan dan pengalaman mereka secara berterusan. Sebagai
contoh, kanak-kanak pada masa kini cenderung untuk mempelbagaikan watak, tingkah
laku dan pengalaman mereka bergantung kepada suasana, keadaan dan masa yang
berbeza. Dalam kata lain, kanak-kanak boleh memanfaatkan situasi dan keadaan serta
menggunakan pendekatan yang berbeza-beza. Oleh itu, suasana semasa telah
menolak mentah-mentah elemen kedua di dalam teori ini. Kanak-kanak tidaklah
semestinya mengamalkan perlakuan mereka di rumah untuk di bawa ke sekolah,
kejiranan atau sebagainya.
Oleh yang demikian, pendekatan yang digunakan dalam mesosistem
mengalami sedikit pertikaian dengan situasi semasa kanak-kanak. Begitulah juga
halnya dengan pembawaan kebudayaan, pertuturan, tutur langkah dan lain-lain lagi.
Namun begitu, hal ini masih tidak dikaitkan lagi dengan teori kognitif yang turut
membincangkan perkaitan dengan perkembangan psikologi kanak-kanak. Tuntasnya,
adalah lebih wajar sekiranya setiap elemen di dalam teori ekologi ini dinilai dan
digabungjalinkan supaya wujud kesinambungan antara satu sama lain bagi
mengukuhkan lagi teori ekologi Bronfenbrenner ini.
2.3 Eksosistem
.Eksosistem beerti pengalaman yang ada dengan persekitaran yang tidak melibatkan
kanak-kanak secara langsung tetapi mempengaruhi keputusan yang diambil dalam
persekitaran semasa kepada kanak-kanak itu. Hal ini bukan sahaja boleh berlaku
kepada kanak-kanak tetapi turut berlaku kepada golongan dewasa yang terlibat dengan
kanak-kanak terbabit. Perubahan konsep ini akan lebih jelas seperti mengaitkan
hubungan kanak-kanak dengan persekitaran terutama untuk membuat keputusan.
Sebagai contoh, kanak-kanak akan lebih memahami persekitaran mereka dan
sekaligus menggunakan pengalaman ini untuk dimanfaatkan dalam kehidupan seharian
mereka. Contohnya, perhubungan antara sekolah dengan pasaraya. Sekiranya kanak-
kanak pergi ke pasaraya, maka mereka perlulah beratur untuk membuat pembayaran.
Hal inilah yang akan mereka manfaatkan sekiranya ingin menjalankan urusan
pembelian di kawasan kantin sekolah. Contoh seterusnya adalah berkaitan dengan
hubungan antara perpustakaan dengan sekolah. Pelajar mestilah senyap dan tidak
bermain-main ketika berada di dalam perpustakaan, maka mereka perlulah
mengaplikasikan konsep ini ketika berada di dalam kelas. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa seseorang individu mampu mempengaruhi individu lain berasaskan kepada
elemen ketiga ini iaitu eksosistem.
Dalam eksosistem juga, penekanan lebih tertumpu kepada perkaitan antara
persekitaran, individu atau masyarakat yang mendatangkan pengaruh kepada kanak-
kanak. Kanak-kanak yang mudah dirangsang seringkali menggunakan pengaruh
persekitaran dalam membentuk pengalaman baru. Seterusnya pengalaman ini telah
mereka manfaatkan dalam kehidupan seharian juga untuk digunakan di persekitaran
yang berlainan. Hal inilah yang dimaksudkan dengan eksosistem dan penekanan dalam
sistem ketiga ini. Oleh itu, prinsip ini boleh diklasifikasikan sebagai jelas dan bertepatan
dengan situasi kanak-kanak pada masa kini.
Pengaruh eksosistem dalam perkembangan kanak-kanak juga adalah jelas jika
dilihat dengan persekitaran sekolah. Sebagai contoh, guru perlulah lebih jelas tentang
kepelbagaian ciri-ciri setiap pelajar. Oleh itu, pelajar yang pasif akan mendatangkan
kesan kepada teknik pengajaran seorang guru. Hal ini adalah kerana, guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran bagi mengelakkan pengaruh yang berbeza-beza ini
berkembang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2.4 Makrosistem.
Elemen seterusnya adalah berkaitan dengan makrosistem. Menurut Brofenbrenner,
makrosistem bermaksud perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma
kehidupan, nilai dan amalan masyarakat di persekitaran. Disebabkan oleh pengaruh-
pengaruh ini, perkembangan kanak-kanak akan terikut-ikut atau terbawa-bawa dengan
kepentingan dan keperluan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, di sesetengah
Negara, kepercayaan karut masih menjadi amalan dan kepercayaan kuat dalam
masyarakat. Oleh yang demikian, kanak-kanak akan terbawa-bawa dan akhirnya terus
berpegang kuat kepada pembawakan pengaruh terbabit.
Makrosistem turut membantutkan rangsangan terhadap kanak-kanak.
Contohnya, kaum wanita tidak diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat
tinggi. Alasannnya adalah kerana kaum wanita perlu menjaga keperluan keluarga dan
tidak perlu bekerja. Maka, kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran seperti ini
akan mudah terpengaruh seterusnya merasa malas untuk belajar. Begitu juga halnya
dengan kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai pemimpin, walaubagaimanapun apabila
berlaku pembalikan norma, maka kaum lelaki akan merasa kurang selesa. Sebagai
contoh, apabila kaum wanita dilantik menjadi ketua atau memegang jawatan tinggi,
sekaligus menyebabkan kaum lelaki berasa kurang selesa untuk bekerja di bawah
arahan kaum wanita.
Namun begitu, pegangan dalam sistem ini dianggap tidak bersesuaian lagi
dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak khususnya. Sistem makrosistem
dilihat sebagai tidak relevan lagi dengan perkembangan pada masa kini. Hal ini adalah
disebabkan oleh, kebolehan kanak-kanak untuk membuat penilaian sendiri di samping
penggabungan budaya-budaya lain. Dalam kata lain, kanak-kanak akan lebih mudah
terpengaruh dengan situasi dan kehendak semasa berbanding dengan pegangan dan
norma-norma yang sedia ada. Oleh kerana itu, pendekatan ini juga adalah tidak begitu
realistik jika dibandingkan dengan sistem-sistem lain yang terdapat dalam teori ekologi
ini.
Secara ringkasnya, elemen makrosistem ini lebih menjurus kepada pengaruh
secara sekata yang sudah sedia ada. Disebabkan itu, maka perubahan sering berlaku
dari masa ke semasa untuk membentuk perkembangan yang seimbang kepada kanak-
kanak. Penularan budaya negatif dan tidak sihat juga telah menyumbang kepada
perubahan iklim budaya secara terang-terangan dan teratur. Oleh itu, gagasan di dalam
elemen makrosistem tidak dapat bergerak seiring melainkan terdapat perubahan dalam
teori ini yang terus menyokong kehendak dan ciri-ciri dalam perkembangan kanak-
kanak.
2.5 Kronosistem
Sistem yang terakhir dalam teori ekologi Bronfenbrenner adalah kronosistem.
Kronosistem dilihat sebagai lebih efektif dan bersesuaian dalam mengaitkannya dengan
perkembangan kanak-kanak. Kronosistem bermakna perubahan yang berlaku terhadap
kelakuan dan tingkah laku serta budaya kanak-kanak dalam suatu tempoh masa. Hal ini
bermaksud kanak-kanak akan mudah terdedah dengan persekitaran dan perubahan
semasa dalam membentuk kemahiran, pengalaman dan tingkah laku. Namun begitu,
perubahan yang berlaku dari masa ke semasa telah membantu kanak-kanak untuk
menguasai kemahiran baru yang serba moden.
Dalam kronosistem, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangn yang dapat
dilihat terhadap perkembangan kanak-kanak. Antaranya adalah, kanak-kanak akan
mudah lupa serta gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang sedia ada sejak turun
temurun. Dalam kata lainnya, kanak-kanak akan mudah melupai asal dan budaya
turun-temurun mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak masa kini lebih gemar untuk
bermain permainan komputer, sebaliknya kanak-kanak masa dahulu lebih gemar
bermain di persekitaran rumah mereka. Oleh itu, dirasakan banyak kemahiran-
kemahiran bakal berkurang dan menggugat perkembangan kanak-kanak dari sudut
positif.
Namun begitu, masih terdapat kekuatan berasaskan kepada sistem
kronosistem. Antaranya adalah kebolehan kanak-kanak dalam menguasai kemahiran-
kemahiran baru. Perkembangan dari sudut masa juga dianggap perlu untuk sentiasa
memperoleh generasi baru dari masa ke semasa. Oleh itu, elemen kronosistem juga
dianggap sebagai sesuai dan boleh digunapakai dalam menyokong teori ekolagi
Brofenbrenner. Selain itu, kronosistem juga merupakan pelengkap kepada kelima-lima
sistem yang digagaskan dalam teori ekologi ini.
Kesimpulannya, tidak semua elemen ini yang sesuai digunakan dalam
membentuk perkambangan kanak-kanak. Namun begitu, jika kesemua elemen ini diikat
jalinkan maka akan terbentuk satu kesatuan yang boleh membantu perkembangan
kanak-kanak secara lebih sempurna. Akan tetapi, terdapat juga elemen yang dirasakan
tidak sesuai digabungkan kerana akan mendatangkan pertembungan dalam membina
perkembangan yang baik. Oleh itu, diharap agar kesemua sistem ini mampu membantu
kanak-kanak untuk memperkembangkan kemahiran, budaya dan interaksi mereka
dengan lebih baik lagi.

Rajah 2 : Model Ekologi Bronfenbrenner

3.0 PERBEZAAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER DENGAN TEORI

PERKEMBANGAN ROBERT HAVINGHURST


Perkembangan kanak-kanak berlaku dalam tempoh pergerakan masa atau keadaan di
dalam persekitaran serta masyarakat. Disebabkan itu, ramai ahli-ahli psikologi dan
falsafah yang membina pelbagai teori atau pendekatan untuk membincangan perkara
ini. Teori-teori ini terhasil melalui idea yang digabungkan dengan prinsip, fahaman,
kajian, penelitian dan hasil olahan. Antara tokoh-tokoh yang terlibat mengenai kaedah
perkembangan kanak-kanak ini ialah Bronfenbrenner, Robert Havinghurst, Arnold
Gesell, Jean Piaget dan ramai lagi. Namun begitu, terdapat pelbagai perbezaan
berasaskan kepada teori-teori yang dihasilkan. Oleh itu, penyelidikan telah dilakukan
mengenai banding beza di antara teori ekologi dengan teori perkembangan.

3.1 Teori Perkembangan Robert Havinghurst:


Sebelum kita melihat perbezaan di antara kedua-dua teori, elok rasanya untuk kita
meneliti dan memahami terlebih dahulu apa yang dibincangkan di dalam teori
perkembangan Robert Havinghurst.
Robert Havinghurst ialah seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal dengan
teori perkembangan sosio budaya dan antropologi. Berdasarkan kepada teori yang
telah beliau garapkan, beliau seolah-olah mengakui dan percaya bahawa
perkembangan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Hal ini
sekaligus telah membawa makna, personaliti seseorang juga turut dipengaruhi oleh
nilai-nilai, norma-norma, budaya dan persekiran. Selain itu, beliau juga turut
beranggapan bahawa perkembangan turut dipengaruhi oleh faktor biologi, sosial dan
psikologi.
Di samping itu, Havinghurst juga turut memperkenalkan konsep-konsep dalam
tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Hal ini bermakna, tugas-tugas ini berfungsi
mengikut perkembangan kanak-kanak itu. Dalam kata lain, apabila berlaku perubahan
dari segi usia seseorang individu, maka tugas-tugas perkambangan juga akan berubah
mengikut tahap. Beliau juga merasakan, kegagalan dalam melalui satu-satu tugas di
peringkat awal akan menyusahkan proses perkembangan dan kesukaran untuk melalui
peringkat seterusnya. Pembahagian tugas ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap
pertama peringkat bayi dan awal kanak-kanak ( 0-6 tahun ), tahap kedua peringkat
pertengahan kanak-kanak ( 6-12 tahun ), dan tahap ketiga peringkat awal remaja dan
remaja ( 12-18 tahun ).
Dalam peringkat pertama, kanak-kanak akan mula menguasai kemahiran asas
seperti berjalan, melompat, makan, minum serta membuang air. Kanak-kanak juga
akan mula mengenal perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan. Selain itu, kanak-
kanak juga sudah boleh menguasai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Pada
peringkat ini juga, mereka akan mampu untuk mengenal perkataan, tanda-tanda,
nombor dan huruf. Dengan itu, telah wujud kesediaan membaca dalam diri kanak-
kanak. Akhirnya, mereka juga akan melahirkan sikap-sikap yang baik seperti bertolak
ansur dan bertimbang rasa. Di samping itu, mereka juga akan bersedia untuk menerima
pandangan dan nasihat dari orang lain.
Peringkat kedua adalah peringkat pertengahan kanak-kanak. Pada peringkat ini,
kanak-kanak sudah mula menguasai teknik-teknik permainan dengan baik. Hal ini
kerana, telah berlaku perkembangan otot-otot dan pertumbuhan tulang. Oleh itu, kanak-
kanak akan mudah untuk menguasai kemahiran-kemahiran baru. Selain itu, kanak-
kanak juga sudah mula menguasai kemahiran bersosial dengan baik. Mereka akan
mula bertolak ansur dengan rakan-rakan sebaya. Akhir sekali, kanak-kanak pada
peringkat ini turut menguasai kemahiran 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Mereka akan lebih mahir menulis serta membaca serta lancar dan memahami isi
bacaan. Dalam kata lain, mereka akan dapat menghuraikan semula isi bacaan serta
menguasai teknik mengira secara asas.
Akhir sekali adalah peringkat ketiga iaitu peringkat awal remaja dan remaja.
Ketika peringkat ini kanak-kanak sudah mula melalui perubahan dari segi tubuh badan
dan suara. Kanak-kanak lelaki akan mula memainkan peranan sebagai lelaki dan begitu
juga sebaliknya. Mereka juga suddah pandai memahami batas-batas pergaulan antara
lelaki dengan perempuan serta bersosial mengikut kesesuaian jantina. Dari sudut emosi
pula, kanak-kanak akan mula belajar menghormati orang yang lebih tua dari mereka.
Selain itu, mereka juga sudah bersedia untuk memilih kerja yang bersesuaian mengikut
kehendak dan keperluan semasa. Remaja juga akan mempelajari peranan dan
tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka.
Begitulah serba sedikit maklumat berkaitan dengan teori perkembangan Robert
Havinghurst. Beliau lebih menekankan prinsip perkembangan berasaskan keperluan
dan peringkat dalam diri setiap individu. Di samping itu, teori ini turut mengajar kita
supaya sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. Oleh itu,
sebarang masalah di peringkat perkembangan akan hanya membantutkan proses
perkembangan kanak-kanak itu sendiri.

Rajah 3 : Teori Robert Havinghurst

3.2 Beza di antara dua teori


Carta 1 : perbezaan di antara Teori Bronfenbrenner dengan Teori Robert Havinghurst
3.2.1 Istilah
Bagi sudut istilah, ternyata terdapat perbezaan yang besar di antara kedua-dua teori ini.
Bronfenbrenner berpendapat perkembangan kanak-kanak terjadi hasil daripada
interaksi alam persekitaran dengan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini bermakna, kanak-
kanak sentiasa akan memperkembangkan kemahiran mereka setelah berinteraksi
dengan persekitaran. Oleh itu, perkembangan tidak mungkin akan terhenti atau
terbantut selagi mana kanak-kanak it uterus bersosial dan menerima pengaruh dari
persekitaran mereka.
Namun begitu, bagi pendapat Robert Havinghurst pula, perkembangan kanak-
kanak berlaku akibat daripada pengaruh masyarakat, norma-norma, nilai-nilai dan
persekitaran. Oleh itu, beliau merasakan perkembangan itu berlaku secara sendiri dan
terkawal. Walaubagaimanapun, beliau turut merasakan perkembangan akan terjejas
sekiranya perkembangan di peringkat pertama gagal. Rumusannya, dalam teori
perkembangan Robert Havinghurst, perkembangan kanak-kanak perlulah sentiasa
diawasi dan diberi tunjuk ajar dari masa ke semasa. Dalam soal ini, beliau
menggalakan perkembangan berjalan secara individu dan tidak terikat.
3.2.2 Konsep
Dalam teori ekologi Bronfenbrenner, perkembangn kanak-kanak berlaku dalam lima
proses. Proses-proses ini boleh berlaku samaada secara keseluruhan atau tidak
menyeluruh. Kelima-lima proses ini adalah proses mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kepelbagaian di dalam proses-proses ini
membolehkan kanak-kanak berkembang dari pelbagai sudut yang berbeza. Namun
begitu, terdapat beberapa perkara yang dianggap tidak cenderung dengan situasi
semasa kanak-kanak. Oleh itu, kegagalan proses perkembangan mungkin akan berlaku
jika teori ini diguna pakai.
Merujuk kepada teori perkembangan Robert Havinghurst pula, terdapat tiga
aliran peringkat perkembangan dalam diri setiap individu. Peringkat-peringkat ini adalah
peringkat bayi dan awal kanak-kanak, peringkat pertengahan kanak-kanak, serta
peringkat awal remaja dan remaja. Menurut Havinghurst, sekiranya kanak-kanak gagal
untuk melepasi setiap satu tahap dengan baik dan sempurna, maka akan timbul
masalah untuk ke peingkat seterusnya. Oleh itu, adalah sukar untuk meramalkan tahap
sebenar kanak-kanak itu jika dirujuk kepada teori ini sahaja.
3.2.3 Sumbangan
Teori ekologi Bronfenbrenner telah mendatangkan implikasi yang besar samaada
dalam proses perkembangan kanak-kanak mahupun dari sudut pendidikan dalam bilik
darjah. Teori ini dapat membantu guru-guru untuk mengenali dan membuat penilaian
terhadap pelajar-pelajar mereka. Selain itu, teori ini juga turut membantu kanak-kanak
untuk mempelajari teknik, kemahiran dan pengalaman baru mengikut kesesuaian
semasa. Oleh itu, kanak-kanak akan terus berkembang mengikut peredaran masa dan
persekitaran.
Berbeza pula dengan teori perkembangan Robert Havinghurst. Berdasarkan
teori ini, guru-guru akan dapat membuat penilaian dan menggolongkan para pelajar
mengikut kemahiran yang berbeza. Oleh itu, para guru akan lebih mudah untuk
mengatur teknik pengajaran yang sesuai berasaskan perbezaan kemahiran para pelajar
mereka. Di samping itu, kanak-kanak juga akan mampu menguasai kemahiran
mengikut tahap kesesuaian mereka. Dalam kata lain, kanak-kanak tidak perlulah
memikirkan akan hal-hal yang akan dating.
3.2.4 Implikasi
Kedua-dua teori ini juga turut mendatangkan implikasi-implikasi khasnya kepada kanak-
kanak. Sebagai contoh, dalam teori ekologi, perkembangan kanak-kanak hanya terhad
kepada faktor persekitaran semata-mata. Ruang lingkupnya terlalu terhad dan tidak
berjalan secara menyeluruh. Selain itu, teori ini juga tidak mempunyai nilai galakan atau
sumbangan dari luar yang dianggap sebagai mampu untuk menjadi daya penyumbang
yang besar tehadap perkembangan kanak-kanak pada masa kini.
Teori perkembangan Robert Havinghurst juga mempunyai kekurangan yang
menjadi implikasi terhadap perkembangan kanak-kanak. Antara implikasinya adalah
seperti menghadkan tahap perkembangan kanak-kanak dalam menguasai sesuatu
kemahiran. Hal ini begitu jelas, apabila teori ini memberi tumpuan secara berperingkat
maka perkembangan kanak-kanak juga akan tersekat mengikut peringkat.
Perkembangan mereka akan menjadi terhad dan mereka sukar untuk melepasi tahap
kemahiran yang sedia ada. Selain itu, masalah juga akan timbul sekiranya kanak-kanak
gagal untuk melepasi satu-satu tahap dengan baik. Oleh itu, adalah lebih wajar untuk
menggarapkan kepelbagaian dalam satu-satu teori itu.
Kesimpulannya, kedua-dua teori ini sememangnya mempunyai banyak
perbezaan yang. Keperbezaan ini boleh datang dalam pelbagai sudut. Kerana itu,
seseorang tokoh psikologi tidak akan memandang pada satu sudut sahaja dalam
membuat penilaian terhadap sistem perkembangan kanak-kanak ini. Maka adalah
wajar, jika kita membuat penyelidikan secara lebih mendalam dan mengguna pakai
sesuatu teori itu mengikut kesesuaian dan keperluan semasa. Dalam kata lain, prinsip
perkembangan kanak-kanak itu bukanlah sesuatu yang bersifat konkrit sebaliknya ianya
akan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
3.3 Perbezaan berasaskan prinsip teori dalam proses perkembangan

TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER TEORI


PERKEMBAN
GAN ROBERT
HAVINGHURS
T
Menurut beliau, persekitaran perkembangan individu Peringkat-
Proses
terdiri daripada lima sistem, peringkat
perkemban iaitu : dalam teori
gan  Mikrosistem : Sebahagian besar sosial individu tugas
dihabiskan ataupersekitaran yg paling hampir dgn perkembanga
individu (sekolah, tempat kerja, keluarga) n Robert
J.Havighurst,
Iaitu :
 Pering
kat
permulaan
dan awal
kanak-kanak
(0-5 tahun) :
1. 9-15 bulan :
Berjalan,
berlari dan
melompat.
Bersedia
menghadam
 Mesosistem : dan menyerap
Pengalaman satu sistem Mikro mempengaruhi sistem pelbagai jenis
Mikro lain. Ia merujuk kepada hubungan individu dengan makanan.
individu lain dalam persekitaran di mana individu
ituberkembang,contohnya rumah,sekolah dan jiran.

2. 20-24 bulan:
Menggabung
perkataan utk
menjadi suku
 Ekosistem :
kata.
Keadaan yang tidak melibatkan individu secara
3. 2-4 tahun:
langsung, tetapi mempengaruhi sistem individu dan
Mengawal
keluarga,contohnya tempat kerja,ibu bapa.
pembuangan
kotoran.
4. 5-6 tahun:
 Makrosistem : Persekitaran yang abstrak, merangkumi Bersedia
sistem kepercayaan dan ideologi.Sosial dalam untuk
masyarakat contohnya budaya Melayu dan budaya membaca.
Islam.
 Peringkat
pertengahan
kanak-kanak(
6-12 tahun):
1. Membentuk
sikap menjaga
 Kronosistem : kebersihan
Merujuk kepada peristiwa dan transisi yang berlaku badan dan
dalam persekitaran individu sepanjang konsep
hayatnya. Sejarah perkembangan sosial individu kendiri.
(kehidupan moden jadikan kanak-kanak lebih maju) 2. Belajar
menyesuaikan
diri dgn rakan
sebaya.

 Peringkat
remaja (13-18
tahun) :
1. Mencapai
perhubungan
baru dengan
rakan sebaya
dari kedua
jantina.
2. Pencapaian
akil baligh
membawa
kepada
perubahan
bentuk badan.

 Peringkat
kedewasaan
awal (19-29
tahun)
1. Berusaha
menampilkan
diri dalam
pekerjaan dan
akan
membentuk
gaya hidup.
2. Cuba
menjalinkan
persahabatan
intim dengan
individu yang
berlainan
jantina.

 Peringkat
akhir dewasa
(61 tahun ke
atas) :
Mempunyai
pengetahuan
yang
mendalam
tentang
kerjaya dan
akan
dihormati
kerana telah
memberikan
sumbangan
yang besar.

4.0 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN TERHADAP PROSES PEMBELAJARAN

KANAK-KANAK
Dalam memastikan perkembangan kanakk-kanak berjalan dengan baik, adalah wajar
untuk kita meneliti setiap perkara yang berhubung rapat dengan proses perkembangan
ini. Kerana itu, Bronfenbrenner memperkenalkan teori perkembangan ekologi kanak-
kanak. Berdasarkan teori ini, beliau menyatakan bahawa perkembangan seseorang
individu itu merangkumi lima sistem yang berhubung dengan persekitaran. Lima sistem
ini adalah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem.
Kesemua lima sistem ini telah memberikan implikasi kepada para guru dalam
menyediakan diri ke arah proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk kita memberi bimbingan
yang terbaik kepada para pelajar. Hal ini beerti, guru bukanlah hanya sekadar mengajar
bahkan turut berperanan untuk mendidik para pelajar termasuk untuk memberi
bimbingan yang sewajarnya. Hal ini kerana, pelajar akan lebih banyak meluangkan
masa mereka di persekitaran sekolah berbanding di rumah. Oleh itu, adalah wajar
sekiranya guru dijadikan sumber rujukan dan menjadi penasihat yang terbaik kepada
pelajar mereka. Kerana itu, guru mestilah bijak dalam merangka aktiviti pengajaran
yang berkesan dan bersesuaian dengan pengalaman, minat serta pengetahuan sedia
ada pelajar untuk meningkatkan tahap perkembangan mereka. Begitu juga halnya
dengan persiapan awal yang perlu dilaksanakan oleh para guru sebelum memulakan
sesi pengajaran. Guru haruslah peka terhadap masalah –masalah pelajar supaya
objektif yang diharapkan akan tercapai dengan baik.
Jika dilihat dari sudut mesosistem pula, guru haruslah sentiasa menunjukkan
sikap yang baik dan terpuji kepada para pelajar. Guru yang tidak menunjukkan sikap
yang baik kepada para pelajar akan menimbulkan pelbagai masalah terutama kepada
para pelajar itu sendiri. Hal ini adalah kerana, pelajar akan senang terpengaruh dan
terikut-ikut dengan segala tindakan guru. Mereka sering menjadikan guru sebagai
penunjuk cara dan sumber rujukan mereka. Kerana itu, mereka gemar meniru tingkah
laku para guru. Sebagai contoh, sekiranya seseorang guru itu menunjukkan sikap
negatif seperti panas baran di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut akan sikap
ini seterusnya membawa amalan ini ketika di rumah. Disebabkan itu, adalah penting
untuk para guru dalam menerapkan unsur-unsur kerohanian semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga perlulah sentiasa memberi nasihat
yang berguna kepada para pelajar supaya mereka akan menjadi orang yang berguna
kelak.
Beralih pula kepada aspek eksosistem. Dalam sistem ini, seseorang individu
boleh mempengaruhi individu yang lain berasaskan kepada pengalaman sedia adanya.
Sebagai contoh, seorang pelajar yang pasif mampu untuk mempengaruhi persekitaran
kelas sekaligus memberi kesan kepada proses penyediaan aktiviti pengajaran guru.
Begitu juga halnya kepada pelajar yang terlalu aktif. Oleh itu, guru perlulah melakukan
kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat
pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Disebabkan itu,
guru-guru perlulah memberi tumpuan yang lebih terhadap semua pelajar samaada
pelajar itu aktif mahupun pasif. Hal ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza-beza walaupun berada di dalam kelas yang sama.
Aspek seterusnya adalah aspek persekitaran makrosistem. Aspek ini menyentuh
tentang daya perkembangan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh norma-norma dan
amalan masyarakat setempat. Oleh itu, adalah penting untuk para guru bagi
menjelaskan dan memperbaiki kesalah fahaman para pelajar tentang sesuatu konsep.
Hal ini adalah kerana, ibu bapa sering kali membawakan kefahaman yang tidak sesuai
dengan keperluan semasa. Sebagai contoh, ibu bapa yang menghalang pelajar
perempuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi. Perkara sebegini sering
berlaku kerana ibu bapa percaya bahawa kaum wanita hanya layak untuk menjaga
keperluan keluarga sahaja berbanding kaum lelaki yang memikul tanggungjawab lebih
besar sebagai ketua keluarga. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada
para guru untuk memperbetulkan semula fahaman-fahaman sebegini agar tidak
menjejaskan proses perkembangan kanak-kanak. Selain itu, kepercayaan-kepercayaan
seperti ini juga haruslah dikikis daripada pemikiran mereka agar mereka memahami
kepentingan pelajaran dalam hidup mereka.
Kecanggihan teknologi pada masa kini dilihat menjadi beban kepada kanak-
kanak khasnya kepada para pelajar di kawasan bandar. Hal ini adalah kerana,
pengaruh media massa seperti televisyen dan internet yang berkembang maju tanpa
batas dan kawalan. Kesannya, kanak-kanak akan mudah terdedah dengan adegan-
adegan negatif dan pembawaan budaya barat yang teruk. Mereka akan senang
terpengaruh dan terikut dengan paparan-paparan yang tidak sihat ini. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab kepada para guru untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar
yang betul agar golongan kanak-kanak tidak terjebak dengan masalah negatif yang
semakin menular pada masa kini. Selain itu, para guru juga perlulah bijak untuk
menggunakan kecanggihan ini sebagai perangsang dalam membentuk pelajar yang
serba boleh dan berkualiti.
Oleh yang demikian, peranan guru adalah perlu untuk menjamin proses
perkembangan kanak-kanak dengan baik. Implikasi yang timbul berdasarkan kepada
teori ekologi Bronfenbrenner ini perlu dipandang serius serta diatasi dengan sebaik
mungkin. Kesimpulannya, keberkesanan dalam proses pendidikan terutama dari segi
pengajaran dan pemilihan aktiviti yang baik telah membantu proses perkembangan
kanak-kanak. Jadi adalah wajar untuk masyarakat kini, meneliti dan memanfaatkan
teori ini dalam usaha membantu kanak-kanak membina kemahiran dalam diri mereka.

5.0 RUMUSAN
Teori ekologi Bronfenbrenner sememangnya memberi keterangan berkaitan dengan
kajian terhadap proses perkembangan seseorang individu. Berdasarkan kepada teori
ini, kita dapat membuat penelitian berkaitan dengan proses-proses perkembangan yang
berlaku secara berperingkat. Melihat dari pelbagai perspektif, teori ini adalah dianggap
masih bersesuaian dengan proses perkembangan yang berlaku pada masa kini.
Mengikut pegangan Bronfenbrenner, proses perkembangan kanak-kanak adlah
sangat berkait rapat dengan persekitaran terdekat. Selain itu, teori ini juga telah
dipecahkan kepada lima bahagian yang dikira sebagai berturutan. Lima aspek ini
adalah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-
lima aspek ini merupakan pokok kepada teori ini. Hal ini bermakna, teori ini telah
menjadikan kelima-lima aspek ini sebagai pegangan untuk menyokong proses
perkembangan kanak-kanak.
Disebabkan itu, maka adalah baik sekiranya para guru dapat mengaplikasikan
teori ini sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
membuat kajian berkaitan dengan teori ini, para guru seharusnya telah memahami
keperluan dan perbezaan terhadap para pelajar. Dengan itu, para guru akan lebih
mudah untuk memilih teknik pengajaran yang bersesuaian. Di samping itu, guru-guru
juga akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi pelajar ketika di dalam
kelas.
Dengan merujuk kepada teori ekologi ini, guru-guru juga haruslah sentiasa
menunjukkan sikap yang terpuji kepada para pelajar. Hal ini kerana, dalam proses
perkembangan, Bronfenbrenner percaya bahawa kanak-kanak akan mudah
terpengaruh dengan masyarakat setempat terutama guru mereka. Kanak-kanak juga
seringkali menjadikan guru mereka sebagai contoh terbaik untuk diikuti. Maka, adalah
wajar sekiranya para guru untuk meneliti teori ini dengan baik seterusnya
memanfaatkannya sebagai rujukan dalam kehidupan.

Selain itu, teori ini juga sangat mementingkan keadaan persekitaran sebagai
satu faktor yang mendorong ke arah proses perkembangan individu. Sekiranya
seseorang kanak-kanak itu membesarkan di dalam persekitaran yang baik, maka
proses perkembangannya juga akan berjalan dengan baik. Begitulah juga dengan
perkembangan kemahiran dalam diri kanak-kanak. Namun, jika kanak-kanak itu
membesar dalam persekitaran yang kurang sihat, maka proses perkembangannya juga
tidak akan berjalan dengan baik.
Oleh itu, adalah wajar sekiranya semua pihak memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan konsep persekitaran yang terbaik. Kita juga perlulah sentiasa
mengambil kira akan keadaan semasa untuk mengelakkan kanak-kanak daripada
terikut-ikut akan gejala yang tidak sihat seterusnya membantutkan proses
perkembangan mereka. Semua pihak juga seharusnya menunjukkan sikap yang terbaik
kerana ianya bakal menjadi ikutan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai