Anda di halaman 1dari 10

PUSAT CITRA UNIVERSITI (CITRA UKM)

DIALOG PERADABAN (LMCR 1152)

Tajuk:
PERANAN INSTITUSI KELUARGA

Disediakan Oleh:
Siti Nur Fadhilah Binti Mohd Yussof (GB 03370)
Set:
2

Fakulti:
Pengajian Islam

Disediakan Untuk:
Encik Shamsul Azhar bin Yahya
KANDUNGAN

Perkara Mukasurat

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Peranan Institusi Keluarga 1

3.0 Institusi Keluarga Masyarakat Islam 1

4.0 Institusi Keluarga Masyarakat Cina 1

5.0 Institusi Keluarga Masyarakat India 1

6.0 Kesimpulan 1

7.0 Rujukan 1

2
1.0 Pendahuluan

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu
kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau
ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan
dalam satu periuk. Institusi keluarga terdiri daripada bapa,ibu,anak-anak dan saudara mara. Setiap unit
mempunyai peranan yang jelas dan tersendiri.

Terdapat beberapa definisi keluarga dari beberapa sumber,

3
2.0 Peranan Institusi Keluarga

Walaupun keluarga merupakan agen sosial yang terkecil dalam masyarakat,namun keluarga
memainkan peranan yang amat besar dalam melahirkan insan yang cemerlang. Ibu bapa
terutamanya,mempunyai tanggungjawab yang besar kerana anak-anak diibaratkan seperti sehelai
kain putih dan ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Malah, hadis Rasulullah S.A.W. ada
mengatakan bahawa setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan yang bersih melainkan
dua orang tuanya yang berperanan mencorakkannya menjadi Yahudi, Nasrani,atau Majusi.
Jelaslah di sini bahawa keluarga memainkan peranan yang begitu penting dalam membentuk diri
anak-anak dari segala aspek. Persoalannya,pernahkah ibu bapa renungkan sejauh mana peranan
yang mereka mainkan berpengaruh dalam perjalanan hidup anak mereka?

Slogan ‘Rumahku Syurgaku’ membawa erti keluarga yang bahagia. Dalam hal ini,ibu
bapa amat berperanan dalam melahirkan keluarga yang aman dan damai. Kesejahteraan itu
bermula dari rumah,maka ibu bapa hendaklah menjadikan rumah seperti syurga yang penuh
dengan kedamaian dan keindahan kepada anak-anak. Kesejahteraan di rumah akan dapat
mewujudkan keluarga penyayang. Oleh itu,ibu bapa harus peka dan faham serta mempunyai
iltizam untuk melahirkan insan yang utuh dari segi emosi,akhlak,dan moraliti dalam
mengharungi ranjau serta liku yang sentiasa menghambat kesejahteraan keluarga. Anak-anak
yang membesar dalam lingkungan kebahagiaan lebih mudah menerima perkara-perkara positif
dalam membina jati diri mereka. Oleh itu,anak-anak terutamanya remaja yang baru sahaja
berumur setahun jagung,darah setampuk pinang ini,tidak akan bercermin di air keruh. Selain
itu,mereka juga lebih tenang dan lebih mudah menerima pelajaran bagi memastikan
kecemerlangan mereka dalam bidang akademik. Mereka tidak akan teraba-raba dalam mencari
hala tuju kerana mereka sudah mempunyai keluarga bahagia yang menjadi tulang belakang
mereka. Justeru,dapatlah disimpulkan bahawa keluarga yang bahagia menjadi sumber kekuatan
mereka dalam menempuh usia remaja yang penuh cabaran.

Selain itu,ibu bapa bertanggungjawab memberikan ilmu kepada anak-anak. Peranan


ilmu dalam kehidupan seseorang individu sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh itu, anak-
anak mestilah dipupuk supaya mencintai ilmu. Misalnya, ibu bapa wajar membudayakan amalan
membaca dalam keluarga.

4
3.0 Institusi Keluarga Masyarakat Islam

5
4.0 Institusi Keluarga Masyarakat Cina

Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara
adik beradik lelaki dengan ketua keluarga dan antara sahabat amatlah penting. Oleh itumereka
amat menghormati orang yang lebih tua yang di pandang sebagai mempunyai kebijaksanaan.
Secara tradisi terdapat nama keluarga dan diturunkan melalui anak lelaki.Anak lelaki juga
mewarisi harta dari bapanya. Kepentingan meneruskan keluargamenyebabkan perkahwinan
seorang lelaki adalah amat penting. Secara tradisi perkahwinanmengikut beberapa upacara yang
bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan.Kelahiran anak
mengikut beberapa adat pantang larang untuk menjaga kesihatan ibu dankandungan. Digalakan
tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik.
waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibedung. Pada hari ke29 anak itu dicukur dan
rambutnya dibungkus dengan kain merah dan di gantung dekat bantalnya selama 100 hari dan
kemudiannya dibuang ke dalam sungai. Dia diharapkan berani pada masa hayatnya. Setelah 1
bulan upacara ‘Bulan Penuh’ akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran tidak akan
diperingati kecuali oleh anaknya pada waktu tua secara besar-besaran. Kematian adalah upacara
yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak, keranda yang baik,tanah kubur yang baik dan
pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja yang besar.&nilah hadiah terbaik anak pada
ibu bapanya. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi,
memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh
seorang tukang tilik. Upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan peraturan
tertentu. Selepas pengkebumian diadakan pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan
alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalanhidup di akhirat. 'leh itu banyak kepercayaan dan
pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian

6
5.0 Institusi Keluarga Masyarakat India

Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi
ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak
perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi
perhatian.

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses
perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi
pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan
berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka
biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara
perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama.
Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk
menyaksikan perkahwinan tersebut.

SEWAKTU MENGANDUNG

Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh
hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang
dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud
'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada
kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada
beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing.
Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi
bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama kuih muih, buah-buahan dan bunga-
bungaan. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali
sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang
kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin
serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya
upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu
niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti
air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil

7
tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga
oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang
dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku
dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan
juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih dan lain lain.

8
6.0 Kesimpulan

7.0 Rujukan

9
10

Anda mungkin juga menyukai