Anda di halaman 1dari 3

Air Tangan Orang Yang Tidak Solat

Sutera Sayang | March 10, 2013 | 0 Comments

Setiap Muslim diwajibkan menjaga solat mereka

”Dirikanlah sembahyang untuk mengingati-Ku’ (Surath Toha: ayat 14)

Firman Allah SWT ini begitu jelas, menunjukkan bahawa setiap orang yang mengaku dirinya
Islam wajib melakukan solat demi untuk mengingati Allah. Sememangnya matlamat utama
solat adalah untuk menunaikan perintahNya. Ini bermaksud hak Allah yang mesti ditunaikan.

Allah SWT yakni Tuhan yang wajib disembah yang menjadikan kita, seolah-olah kita telah
terhutang budi kepadaNya, maka kepada Allah yang Maha segala-galanya, kita mesti membalas
budi melakukan solat sebagai salah satu cara mengingatiNya selain pelbagai lagi amalan-amalan
yang dituntut.

Namun, persoalannya ramai antara kita yang culas untuk menunaikan solat lima waktu.
Ketahuilah bahawa solat yang kita lakukan lima kali sehari itu umpama membayar hutang
kepadaNya. Melunaskan hutang dijadikan satu tanggungjawab bagi seseorang Muslim.

Apakah kesan daripada tidak bersolat? Ya, pastinya kita akan menerima pembalasan atas
kelalaian tidak solat semasa hidup di atas dunia ini. Namun, mungkin ada sesuatu yang mungkin
terlepas pandang oleh kita iaitu tentang kesannya apabila orang-orang yang tidak menjaga
solatnya.
Para pembaca yang dikasihi, haruslah kita ketahui bahawa hukum meninggalkan solat adalah
berdosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan
solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS.

Dikisahkan pada zaman Nabi Musa AS, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga namun
dia tiada zuriat lalu terdetik dalam hatinya untuk bernazar “Jika ditakdirkan aku mendapat
anak, aku akan minum air kencing anjing hitam”.

Maka, Allah SWT ingin mengujinya dengan memakbulkan doa lelaki tadi. Oleh itu, isteri si
lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak beberapa bulan kemudian. Setelah mendapat
anak, lelaki ini menjadi sangat runsing.

Disebabkan beliau telah bernazar mahu minum air kencing anjing hitam, maka nazar tersebut
perlu dilaksanakan juga. Hal ini kerana, syariat pada zaman Nabi Musa AS adalah berbeza
dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad SAW. Jika dalam kalangan umat Nabi
Muhammad, nazar perkara-perkara yang haram, maka akan dikenakan denda (dam) atau
sedekah. Tetapi, pada zaman Nabi Musa, barangsiapa yang bernazar walaupun haram tetap
perlu dilaksanakan nazar itu.

Seterusnya, si lelaki yang baru mendapat anak tadi dengan hati yang gundah telah bertemu
dengan Nabi Musa lalu diceritakan akan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi
dia akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Hal yang membingungkan ini
pun terjawab…
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung
rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut.

Dengan senang hati, lelaki itu pun menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Begitulah hinanya orang yang meninggalkan solat hinggakan air yang jatuh dari bumbung
rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, apatah
lagi air tangan lagi. Fikirkanlah…

Menyentuh bab air tangan, lazimnya rata-rata antara kita gemar makan masakan ibu, isteri atau
suami masing-masing. Oleh yang demikian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat
(kecuali uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan seperti nasi (ketika
membasuh beras), mencuci sayuran, ikan dan sebagainya.

Seterusnya, anak-anak akan makan makanan yang dimasak. Kesannya, mungkin anak-anak gelap
hati minum air tangan ibu atau ayah mereka yang meninggalkan solat. Tergamakkah… apa
sudahnya andai hati anak-anak yang gelap, maka jadilah mereka anak-anak yang degil, culas
solat, menderhaka dan sebagainya.

Begitu juga dengan muslimin dan muslimat yang bekerja saban hari, pagi, petang dan
adakalanya makan di warung mahupun di restoran. Terdapat juga para tukang masak yang tidak
solat kerana leka dengan perniagaan mereka. Kita pula menjamah makanan yang dimasak
mereka, gelaplah hati kita.

Kesannya.. kita makin payah untuk melakukan kerja-kerja yang ke arah kebaikan dan melakukan
ibadah kepada Allah SWT. Oleh itu, berhati-hati lah dalam hal ini.

Soalt merupakan ibadah yang berat pada sesetengah manusia namun apapun solat perlulah kita
jaga. Dengan sebab itulah, Allah SWT memerintahkan kita melakukan amalan solat ini dengan
tekun dan sabar.

Sebab itulah juga maka Allah SWT telah mensyariatkan ibadat solat kepada Nabi Muhammad
SAW melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril
AS sahaja.

Wasiat Rasulullah SAW ketika saat sedang nazak, baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan
untuk umat Islam):
“As-solah as solah wa amalakat aimanukum”. Maksud : “Solat, solat jangan sekali kamu
abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Begitulah pentingnya untuk kita memelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan
solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Renungkanlah…

Anda mungkin juga menyukai