Anda di halaman 1dari 9

UNIT 5

FAKTOR SOSIOBUDAYA REMAJA


DALAM PROSES PEMBELAJARAN

Dr. Nurulhuda Md Hassan


TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Teori ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917–2005) memberi fokus terhadap
konteks sosial dan agen-agen sosial dalam mempengaruhi perkembangan individu.
◦ Lima Sistem Persekitaran
◦ Teori ekologi Bronfenbrenner mengenal pasti lima sistem persekitaran yang terdiri daripada interaksi
interpersonal yang rapat hingga pengaruh budaya yang luas.
◦ Lima sistem tersebut adalah sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro, dan sistem krono.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Sistem mikro adalah konteks di mana individu menghabiskan banyak masa seperti keluarga, rakan
sebaya, sekolah, dan kawasan kejiranan pelajar.
◦ Dalam mikrosistem ini, individu tersebut mempunyai interaksi langsung dengan ibu bapa, guru, rakan
sebaya, dan lain-lain.
◦ Menurut Bronfenbrenner, pelajar bukan penerima pengalaman yang pasif, tetapi merupakan seseorang
yang saling berinteraksi dengan orang lain dan membantu membina system mikro.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Jenis-jenis Gaya Asuhan Ibubapa (Baumrind, 1960s)
◦ Gaya autoritatif - ibu bapa mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan mendengar
pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, serta sentiasa melibatkan diri bersama dengan anak-
anak.
◦ Gaya autoritarian - ibu bapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-anak dengan mempraktikkan
pendekatan kawalan, hukuman, dan peraturan yang ketat yang tidak membenarkan anak-anak
mempertikaikannya.
◦ Gaya permisif - ibu bapa mesra, terlalu berlembut dan memenuhi kehendak anak-anak tanpa kawalan.
◦ Gaya pengabaian - ibubapa meletakkan kawalan yang rendah terhadap tingkahlaku anak-anak dan tidak
melibatkan diri dengan anak-anak.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Sistem meso melibatkan hubungan antara mikrosistem.
◦ Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain.
◦ Contohnya adalah hubungan antara pengalaman keluarga dan pengalaman sekolah dan antara keluarga
dan rakan sebaya.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Sistem ekso merupakan pengalaman dalam suasana lain (di mana individu tidak mempunyai peranan
aktif) mempengaruhi apa yang dialami oleh individu dalam konteks langsung.
◦ Sebagai contoh, sekolah dan persatuan pengawasan taman dalam komuniti, di mana kedua-duanya
memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti sekolah, taman, kemudahan rekreasi, dan
perpustakaan, yang dapat membantu atau menghalang perkembangan individu.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas.
◦ Budaya adalah istilah yang sangat luas yang merangkumi peranan etnik dan faktor sosioekonomi dalam
mempengaruhi perkembangan individu.
◦ Ini adalah konteks yang paling luas yang dialami oleh individu dan merangkumi nilai dan adat
masyarakat.
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
◦ Sistem krono merangkumi konteks sosio-sejarah perkembangan individu.
◦ Sebagai contoh, kehidupan anak-anak pada masa kini berbeza dalam pelbagai cara daripada apa yang
dialami oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka ketika kanak-kanak.
◦ Anak-anak masa kini lebih cenderung berada dalam penjagaan anak, menggunakan komputer, dan
membesar di kawasan-kawasan bandar.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai