Anda di halaman 1dari 3

AIN MAISARAH BINTI AZIZ (PI2)

REFLEKSI PEMBELAJARAN EDUP 3073 (14/2/2022)

PENDAHULUAN

-Perkaitan hadis ini dengan pendikan awal kanak-kanak

o “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibu bapaah yang
akan menyebabkan anak ini menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”
o Dari usia 1 hari – 6 tahun (sebelum pra-sekolah) Pendidikan yang diperoleh
adalah daripada ibu bapa sepenuhnya.
o Kesannya, anak-anak akan mendapat corak Pendidikan yang berbeza. Maka,
apabila memasuki alam persekolahan, murid akan membawa perwatakan, dan
budaya yang berbeza.
o Oleh itu, guru perlu memikirkan satu kaedah pengajaran yang sesuai dengan
semua latar belakang dan budaya murid-murid. (guru perlu peka terhadap isu-
isu sensitiviti berkaitan budaya murid)

TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBRENNER

- Pengasas : Urie Bronfenbrenner (lahir 24/4/1917 di Moscow, Rusia)


- Menurut beliau konteks social merupakan fasa seseorang kanak-kanak membesar dan
inididu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan perkembangan kanak-kanak itu.
- Terdapat 5 jenis system yang digariskan dalam teori ini, iaitu MIKROSISTEM,
MESOSISTEM, EKSOSISTEM, MAKROSISTEM dan KRONOSISTEM
o MIKROSISTEM
 persekitaran yang dekat dengan kanak-kanak tersebut iaitu masa yang
banyak dan digunakan olehnya. Contohnya, kanak-kanak berinteraksi
dengan ibu bapa, keluarga, raan sebaya sekolah dan jiran.
 Kanak-kanak merupakan penerima pengalaman aktif yang boleh
berinteraksi secara timbal balik dengan persekitarannya.
o MESOSISTEM
 Hubungan antara mikrosistem dengan mikrositem yang lain
 Hubungan antara pengalaman dalam keluarga dengan pengalaman di
sekolah
 Hubungan antara keluarga dan teman sebaya

o EKSOSISTEM
 Persekitaran yang tidak melibatkan atau berperanan aktif secara
langsung terhadap perkembangan seseorang tetapi ada kesannya
terhadap perkembangan mereka
 Cth: Keluarga Rakan, pertukaran tempat kerja keluarga

o MAKROSISTEM
 Perubahan persekitaran dalam sesuatu tempoh
 Cth: Ideologi negara, tradisi, agama, undang-undang dan budaya
 Perkembangan individu dipengauhi oleh norma-norma, nilai dana
amalan masyarakat.

o KRONOSISTEM
 Keadaan sejarah social dalam perkembangan kanak-kanak
 Persekitaran adalah tidak kekal sama dan berubah mengikut peredaran
masa
 Cth : perkembangan teknologi, kehadiran anak baru dalam keluarga

TEORI PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA LEV VYGOTSKY

- Pengasas Lev Vygotsky (1896-1934) ; ahli psikologi Belarus Rusia


- Perkembangan manusia tidak terpisah daripada kegiatan social dan budaya.
- Beliau menekankan proses perkembangan mental seperti ingatan, perhatian dan
penalaran melibatkan pembelajaran menggunakan Bahasa, system matematik dan alat-
alat ingatan.
- Menurut beliau, peranan orang dewasa dan kanka-kank lain akan memudahkan
perkembangan kanak-kanak
- Kanak-kanak tidak akan dapat mengembangkan pemikiran mereka tanpa bantuan orang
lain.
- Zon Perkembangan Proksimal (ZPD):
o Rangkaian tugas yang terlalu sukar untuk dikuasai oleh kanak-kanak secara
bersendirian.
o ZPD mementingkan interaksi social yang akan memudahkan perkembangan
kanak-kanak.
- Konsep Scaffolding :
o Konsep yang digunakan oleh Vygotsky untuk menjelaskan peringkat bimbingan
dan sokongan mengikut tahap keperluan dan kemampuan kanak-kanak.
o Lisan merupakan alat penting dalam ZPD
- Bahasa dan Pemikiran
o Kanak-kanak berbual bukan untuk komunikasi social sahaja tetapi membantu
mereka menyelesaikan tugas.

QnA :

1. Cara mengaplikasikan teori Vygosky dalam PdPc.


a. Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif/berkumpulan
b. Memahami latar belakang sosiobudaya murid
c. Mewujudkan hubungan guru-murid

Anda mungkin juga menyukai